#sekilas

Hello Today! ❤ :)

March 27, 2014

Assalamualaikum. Morning Fellow.

hari ni awal sampai ofic.
syukurlah tak jame. budak sekolah cuti kan.
keluar dari rumah tadi 6.30 pagi, sampai ofic sebelum jam 7.00 pagi.
awal lagi nak start buat kerja. jadi kita lepak kat sini sat :D
masa sangat berharga sekarang ni kan ;)
dan. sedar tak sedar. masa da berlalu dengan pantas.
tengok sat lagi. tak sedar da waktu untuk makan tengahari. suker! hehe.


yes! be good one today okei! :)
salam sayang. PG

#sekilas

Jom Balik Wei!!

March 26, 2014

Assalamualaikum Fellow.

jom balik.
sebab aku da penat sangat.
da tak mampu nak mengadap pc lelama.

weiii. rumah engko cantik apa wei T_T

hehe. tajuk pun da nampak sangat apa aku nak tulis kan. skema je lebih :D
salam sayang. PG

Lets Pray For MH370 ❤

Mengenang MH370 | Be Strong Dear Maira ❤

March 25, 2014

Assalamualaikum Fellow.


masih tidak percaya dengan kenyataan dari our Perdana Menteri Malaysia semalam mengenai pengesahan pesawat MH370 hilang di kawasan selatan lautan hindi, buat aku tertanya-tanya lagi sebenarnya. tapi bila melihat video 'keganasan lautan hindi' yang di share seorang kawan dekat facebook petang tadi, buatkan aku berfikir, bagaimana dan macam mana depa nak cari pesawat tersebut? dengan ombak yang kuat dan aku boleh katakan misi pencarian sangat-sangat memerlukan pengorbanan, risiko yang besar dari nyawa setiap yang bertugas semata-mata untuk mencari MH370, yang mana jika terhempas, dimanakah bangkai pesawat tersebut? para penumpang bagaimana? jika benar telah tiada, sekurang-kurangnya ada tanda! sukarnya minda nak percaya dengan apa yang telah disahkan. tapi! sebagai umat islam, siapa kita untuk menidakkan kekuasaanNya, bukan? T_T

 kedalaman lautan hindi
 
korang tengok gambar diatas. macam mana dalamnya lautan hindi. berkali-kali ganda dari menara Burj Khalifa, Dubai. Sedangkan kita sendiri tahun, menara tersebut adalah menara paling tertinggi didunia. mencecah awan! subahanaAllah!! tengok garisan kuning berdiri tegak. berapa kali ganda tinggi dan dalamnya lautan tersebut. Ya Allah. permudahkanlah urusan misi pencarian MH370 Ya Allah.

Luahan Maira Elizabeth Nari. Anak kepada Ketua Pramugara MH370.



 be strong and more strong maira.
buat maira, evendo kita tidak kenal antara satu sama lain. saya doakan semoga awak tabah menerima dugaan ini. be strong dear.
salam sayang. PG

Lets Pray For MH370 ❤

Mengenang MH370 ❤

March 25, 2014

Assalamualaikum.

 sumber : google

hati rasa nak sahaja meraung. tapi rasanya ia tidak setimpal mana dengan apa yang dilalui dengan mereka-mereka yang kehilangan keluarga tersayang yang berada di pesawat MH370 yang sehingga kini sebenarnya menjadi tanda tanya pada aku. walaupun our PM telah membuat sidang media semalam dengan mengatakan lokasi terakhir MH370 hilang di selatan lautan hindi, tapi bagi aku. sukar untuk aku terima. aku harapkan misi pencarian sekiranya boleh, teruskan lah. hiba. luluh. sedih. pedih. segala rasa ada. jika kita berada ditempat mereka-mereka yang mengalami, menghadapi situasi ini, apa yang akan kita rasa. sakit. terasa sakit yang amat sangat......tiada kata yang dapat aku  ungkapkan. rasa tidak percaya sangat-sangat.

Ya Allah. tabahkan hati mereka-mereka. Ya Allah. aku sangat sedih. 

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:27 (MYT)
salam sayang. PG

#review novel

Hal Kisah Kemarin dan Novel Cinta Untuk Di Sewa by Lynn Dayana ❤

March 24, 2014

Assalamualaikum Fellow :)

maap ya.
lately see, nampak sangat tak rajin update belog kan.
tak paham sungguh napa perangai buruk macam beruk.
malas tahap dewa nak update cik belog T_T

oh. by the way.
da terlajak kat sini. nak share.
kemarin PG pegi 1borneo. of course dekat kota kinabalu, sabah.
largest shopping complex in East Malaysia (wiki say ya).

tujuan utama nak pegi kamdar. beli kain cotton.
buat baju kurung. memandangkan baju kurung sekarang,
banyak da tak muat. bukan salah ukuran ya. tapi aku da kian membesar dengan jayanya.
kekeke. nak salah mama dengan arwah bapak. memang tah la kan. :D
sapa suruh tak reti nak berhenti makan ;)
maka. harus cari alternative lain dengan terpaksa beli kain and buatlah baju baru T_T
tapiiiiii. cis!! tak da satu pun yang aku berkenan di hati T_T
jadi. tujuan utama untuk ke 1B, tidak berjaya dengan jayanya.

maka..

pergi cari makan dan nampak sale dekat popular!
wa. terus grap satu 1 novel. huhu.
nampak sangat. yang dirancang tak menjadi.
yang tak dirancang pula menjadi :) huhu.

novel by Lynn Dayana. 
Cinta Untuk di Sewa
 yang ni tak baca lagi. sat lagi nak start baca.

novel by Lynn Dayana. 
Miss & Mrs. tahun lepas beli dan da habis baca pun.
memang best ;)

 salam sayang. PG

ishq hindustan

Jom Tengok Iqsh TV3 :)

March 22, 2014

Assalamualaikum Fellow ;)

adoi. cuaca agak panas erk petang ni.
tadi tidur tengahari, Ya Allah, bahang bukan main lagi.
oh, tido memang fav la wei. hihi.
lagi-lagilah da penat bekerja for one week.
bila jumaat tiba je, memang da set nak tido minggu ni sampai lebam biji mata :D

kredit : wiki

korang buat apa?
aku lagi tengah tengok citer hindustan dekat tv3 ni.
ishq. lakonan mantap ajay devgan, amir khan, kajol and juhi chawla.
tak ada apa yang nak ditengok. layan je la kan.
tengok dengan PG jom :)

salam sayang. PG

icon ariani

Icon Ariani | Selendang Siti Nurhaliza Collection di Ariani | Dapatkan Potongan Harga 30% Sekarang! ❤

March 21, 2014

Assalamualaikum All.

berita baik untuk korang yang peminat fanatik tahap dewa dengan koleksi tudung dari Ariani, dan memang sah korang tak pernah tertinggal untuk mendapatkan one of koleksi dari depa, aku nak  bagitau korang, yang mana, hari ini 21 Mac 2014, Datuk Siti Nurhaliza, our beloved singer tu, telah menjadi icon Ariani. wow! super B la. aku rasa korang patut tahu tentang ni. selain itu, datuk siti juga ada berkolaborasi bersama Ariani, yang mana starting 21 Mac ni, Datuk Siti Nurhaliza akan mengeluarkan Siti Nurhaliza Collection di butik Ariani. Bukan tudung, tapi selendang! korang harus pegi dapatkan segera tau :)

berita hebat lagi wei nak kongsi starting 21 Mac ni, setiap Siti Nurhaliza Collection akan dapat 30% diskaun untuk member semuanya sampai ramadhan ni sahaja. - ni sumber PG kreditkan kat Yuyu Zulaikha blog.

 kredit : yuyu zulaikha blog

 kredit : yuyu zulaikha blog

Jadi, korang. pergi cepat dapatkan koleksi Datuk Siti Nurhaliza ya :)
wa, tajuk bukan main panjanggggg lagi. hehe.

salam sayang. PG

Captain America the Winter Soldier

Captain America the Winter Soldier In Cinemas 27 March 2014 | Synopsis ❤

March 21, 2014

Assalamualaikum All.
 

 tq nuffnang :)
korang peminat Kapten Amerika tak?
kalau tanya aku.
aku tau tengok je sebenarnya :D
before this ada juga nampak wayang kapten Amerika ni.
tapi tak ambik point sangat, kecuali beliau ensem :D
tapi ni nak share.
Kapten Amerika akan berada dipawagam berdekatan korang and me too of course,
pada 27 Mac 2014 ni. nak tengok? inshaAllah. :)
tengok tau nanti :)

Synopsis
After the cataclysmic events in New York with The Avengers, Marvel’s “Captain America: The Winter Soldier” finds Steve Rogers, aka Captain America, living quietly in Washington, D.C. and trying to adjust to the modern world. But when a S.H.I.E.L.D. colleague comes under attack, Steve becomes embroiled in a web of intrigue that threatens to put the world at risk.

Joining forces with Natasha Romanoff aka Black Widow, Captain America struggles to expose the ever-widening conspiracy while fighting off assailants sent to silence him at every turn. When the full scope of the villainous plot is revealed, Captain America and the Black Widow enlist the help of a new ally, the Falcon. However, they soon find themselves up against an unexpected and formidable enemy—the Winter Soldier.

Based on the ever-popular Marvel comic book series, first published in 1941, Marvel’s “Captain America: The Winter Soldier” is produced by Kevin Feige, p.g.a., directed by Anthony and Joe Russo, from a screenplay by Christopher Markus & Stephen McFeely, and stars Chris Evans, Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Cobie Smulders, Frank Grillo, Emily VanCamp and Hayley Atwell, with Robert Redford as Alexander Pierce and Samuel L. Jackson as Nick Fury. 
salam sayang. PG

churpchurp earning

On Leave | Churp Churp Current Earnings ❤

March 21, 2014

Assalamualaikum Fellow.

hari ni aku bercuti. tak masuk office.
nak cuti sebenarnya sebab suami pun kata dia bercuti hari.
sebab lagi nak kena ambik bos kat airport petang ni.
so, decide ambik cuti nak urus lesen memandu aku yang da tamat tempoh tu.
tapi. lain yang dirancang. lain yang jadi.
suami kata dia boleh pegi tolong renewkan lesen. sebab nanti after renew my lesen.
dia nak pegi bengkel terus. T_T
kalau tahu. tak payah kot aku nak apply cuti today. sayang cuti je T_T

then decide nak ambik peluang update blog plus blogwalking.
huhu. tak de kan? dekat qila blog je sempat and ada lah few blog tadi yang sempat aku singgah.
maaf erk. lately sangatlah mood malas nak update blog. tak tahu pegi mana mood tu T_T

then baru tadi cek acc churp-churp.
oh. churpy da meningkat sikit. sebelum ni, adalah dalam dua tiga inggit je kat situ.
tapi ni da naik ke sepuluh inggit something.
syukur alhamdulillah. bukan senang kot orang nak kasih duit free macam tu.
aku share kat bawah ni ya.

syukur alhamdulillah. sapa nak kasi kan? :)
terima kasih churpy :)

salam sayang. PG

#sekilas

Untitled Untitled ❤

March 20, 2014

Assalamualaikum All.

ar bosan.
tadi aku nak update pasal MH370.
tapi terganggu dengan kengkawan yang bertandang.
boring ar. tak tahu nak update apa.

aduiiii. engko macam ni pun da buat daku jatuh cinta apa wei! ^^

oh by the way. aku masih menanti perkabaran tentang MH370
cuma. tidaklah menanti macam dulu.
nak cepat-cepat balik dari kerja sebab nak tengok segala berita.
nasiblah kat rumah aku tak de astro
kalau tak, semua channel aku nak tengok satu-satu.
sekarang ni. aku cuma dengar dekat hotfm je.
dekat tv. berita. aku bosan da.
asyik-asyik dok cakap benda yang sama.
sidang media yang satu apa pun aku susah nak faham.
oh. aku lembab sikit kalau orang cakap hollywood yang tak berapa clear di pendengaran telinga aku.
sorry erk. bukan tak reti. cuma. lain sikit penangkapan aku.

hurm. oh. aku masih menanti si qila update result spm beliau :D
korang boleh pegi ziarah blog dia kat sini > qila < hehe.

hurm. tu je la kot aku nak cakap.

salam sayang. PG

semakan keputusan spm 2014

Ambik Result SPM Today. Good Luck Semua!

March 20, 2014

Assalamualaikum Fello.

 sumber : google.

hari ni result spm da keluar kan?
wa. teringat pula zaman tok nenek ambik result.
hati jangan cakaplah. sah-sah kot tak boleh tidur.

bagi kengkawan PG yang ambik result hari ni,
PG doakan semoga korang dapat result yang baik.
kalau pun tak de A kat situ. as long lulus pun da ok.
inshaAllah. tapi kalau dapat yang super Baik,
awesome gila la kot korang.

good luck semua!

salam sayang. PG

project hashima sinopsis

Tonton Wayang | Project Hashima

March 15, 2014

Assalamualaikum All.


sumber: google

jumaat lepas pegi tengok wayang,
biasalah dengan geng kaki wayang.
tapi kali ni, kitaorang pegi bertiga je.
sorang lagi tu kena pegi kursus biro tatanegara.
aku sepatutnya pegi sama kursus tu as urus setia.
tapi en. bos aku kata, no need. uwargh! syukur alhamdulillah kot. hehe.

so. berbalik dengan tengok wayang.
we pegi tengok project hashima
citer seram. citer seram memang aku suka giler.
tapi jangan pelik kalau aku asyik nak kata "aku pukul juga ko ni"
hehe. da memang macam tu kot fashion aku.
sapa-sapa je duduk belah aku. sure aku pukul :D
ahaha.

ok. project hashima for me, its look like cerita higland tower.
our cerita melayu. more to dokumentari something macam tu.
so, citer dia bebudak 5 orang tu baru je lepas habis belajar.
fresh la kan. then, depa pegi  buat research kat satu bangunan lama ni.
kira bangunan tu ada make pujaan somethinglah.
then, tiba-tiba, seram kat situ dan depa pun berlari-lari. ye la, kena kejar hantu la kan.
then. sampai rumah. depa uplod video yang depa rakam tadi.
jadi femes. ramai orang tengok. hurm. da macam wayang melayu kami histeria tu pula kan.
sapa tengok wayang tu, korang pasti tahu babak depa uplod video and femes bagai.

then. bila depa da femes.
depa dapat call da 1 agensi ni. ghost something nama macam tu la.
jadi, depa pun terima tawaran tu. memandangkan rasanya depa nak  duit.
and ye la baru graduate and tawaran pegi buat pengambaran pula dekat jepun.
then, tempat dorang nak pegi tu is 'pulau hashima'. orang kata pulau tu memang berhantu giler.
aku tak research pasal pulau tu lagi.

so. banyak benda berlaku dekat mereka since da masuk pulau tu.
ada yang mati juga and of course ada yang masih hidup.
oh, citer hantu dekat bangunan pertama yang depa jejak tu, hantu tu macam mati kat situ je. hehe.
hantu baru muncul when depa pijak bumi jepun tu.
ar. siapakah hantu tersebut? dan siapakah yang mati dan yang masih hidup?
tu korang kena tengok tau :D
hehe. suka sangat aku buat korang tertanya-tanya kan :D
that why korang kena tengok dulu sebenarnya sebelum aku tengok. kekeke.
ok. tu je la nak cakap. hehe.
pegi tonton tau ^^

salam sayang. PG

contest RichPlan4U.com

Aku dan Kereta ❤

March 15, 2014

Assalamualaikum All.

bila sebut pasal kereta.
banyak benda kena fikir, kan?
bajet minyak kereta,
bajet bayar kereta,
bajet servis kereta lagi.
belum lagi masuk bajet renew insuran kereta dan road tax.

ok. sebut pasal renew insuran kereta dan road tax ni,
PG nak share dengan korang, sekaligus memperkenalkan RichPlan4U.com.

RichPlan4U.com adalah satu syarikat yang menawarkan servis perbaharuan insuran
kereta dan cukai jalan menawarkan sehingga 15% potongan harga ke atas NCD
sedia ada. 15%? wow! menarik kan? ok, untuk makluman bersama juga, mulai sekarang
dan sehingga 31 Mac, anyone yang berminat, bolehlah membuat tempahan awal untuk
menikmati tawaran yang bagi PG memang super B. (tertakluk kepada tahun ini sahaja).

bagaimana untuk membuat tempahan?
korang boleh masuk ke laman web ini :  Borang Tempahan

untuk mendapatkan potongan harga 15% pula,
korang boleh mengisi borang disini :  Borang Diskaun 15%
mudah je kan? :) ❤


Aku dan Kereta | First Time ❤ 

sebut pasal kereta lagi.
aku ada satu story nak aku share dengan korang.
yang mana aku rasa, aku rasa kehidupan kita ni
tak semestinya kena basic sentiasa like kereta manual.
kena juga ada pro dan kontra like kereta automatik.

one night. suami aku pergi outstation.
penat. mengantuk semua ada.
suami pula da memang tak larat nak drive da.
adoi. semak ar kan.
nak tak nak. aku kuatkan semangat juga drive keta auto tu.
adoi. memang aku rasa if anything hapen kat aku malam tu.
aku tawakal je. kerana suami aku. gagah drive dan kali pertama kereta auto.
syukur alhamdulillah. selamat juga aku kan.
cuma itulah. bagi aku, kita kena harus sentiasa berfikiran positive.
berfikiran positive dan berani mencuba sesuatu.
orang perempuan sekarang da moden kot kan.
bukan nak membelakangkan suami.
cuma, kadang. kita tak menjangkakan apa yang bakal berlaku di depan.
so, ya. cerita aku dan kereta, that was my first time ever drive kereta automatik ❤
tu je la kot. toodles!



psst : korang. ini adalah contest yang dianjurkan oleh RichPlan4U.com tau.
penyertaan sangat mudah dan terbuka kepada semua bloggers.
hadiah? serius sumpah super B! iPad Mini dan 5 power bank disitu :)
kot2 rezeki terpijak untuk blog PG kan :) ❤

salam sayang. PG

zamani84 blog segmen

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

March 13, 2014

Assalamualaikum All.

perut da kenyang. hati pun senang la kan.
awal pagi lagi da breakfast dengan rojak daging. huhu.
mata jangan cakaplah. rasa nak tutup pintu office,
tarik bantal busuk (hehe) zzzzz. boleh? :D

before PG menyibukkan diri dengan kerja yang ada,
PG nak join segmen senang lagi mudah.
segmen mini power bank untuk rakan
uwargh. giler kentang senang. hehe.
korang nak join, boleh klik banner tau ;)

http://zamani84.blogspot.com/2014/03/segmen-mini-power-bank-untuk-rakan.html

klik banner tau kengkawan :)
salam sayang. PG

Lets Pray For MH370 ❤

Lets Pray For Our MH370 ❤ | Stesen Radio Hentikan Segmen Humor, Kurang Lagu Rancak

March 11, 2014

Assalamualaikum All.

sumber : aghotfm iG


pagi ni bila check iG dekat fon.
nampak post dari aghotfm.
yang mana stesen radio henti segmen humor, kurang lagu rancak.

ok. thats good sebenarnya.
as korang tahu dengan kehilangan pesawat MH370
yang till now da masuk hari ke 4 usaha pencarian pesawat tersebut
yang belum ditemui. menjadi tanda tanya dan menjadi bualan seluruh dunia.
sudah tentu mengundang satu seribu rasa buat setiap ahli keluarga mangsa.

so, dengan penghentian seketika segmen tersebut, rasanya sebagai rakyat Malaysia,
kita telah menunjukkan betapa respectnya kita dengan sensitiviti masyarakat
dengan perasaan sedih, gundah gelana pada tiap ahli keluarga mangsa yang terlibat.

untuk para kengkawan PG BLOG,
PG mohon lets pray for our MH370.
semoga pencarian MH370 DIPERMUDAHKAN.
YA ALLAH. BANTU LAH MEREKA DENGAN MISI PENCARIAN MH370.

salam sayang. PG

Lets Pray For MH370 ❤

Lets Pray For Our MH370 ❤ | Pentagon Dakwa Tidak Ada Kesan Letupan di Laut China Selatan

March 10, 2014

Assalamualaikum All.

sumber Astro Awani, Pentagon dakwa tidak ada kesan letupan berlaku di laut china selatan.
menandakan keberangkalian kapal tidak meletup for me adalah besar tidak berlaku dan
menjadi tanda tanya dimanakah kapal tersebut berada sekarang.
pada waktu ini, pesawat sudah tentu telah kehabisan minyak dan..
tidak mungkin berada di atas awan.
Ya Allah. permudahkan lah segala urusan misi mencari pesawat yang hilang.
Pray for MH370 T_T

 sumber : google
KUALA LUMPUR: Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 19:51 (MYT)
Read more at: astroawani.com
salam sayang. PG

dealing with adam

Dealing With Adam : HUH!

March 07, 2014

Assalamualaikum All.

 sumber : google

dealing with adam awal morning lagi kadang boleh membuatkan kita hilang mood.
kan wahai para isteri? T_T

salam sayang. PG

The Heirs Korean Drama

The Heirs Korean Drama ❤

March 06, 2014

Assalamualaikum All.

 sumber : google

omgeee.
aku da habis tengok the heirs korean drama.
evendo aku rasa aku lah manusia paling last ever tonton the heirs
yang da berlalu lama main kat astro tu kan.
tak pa. aku tak kisah.
as long aku da tengok.
bintang?
10/10 bintang aku bagi :D
bagi aku lee min ho memang awesome hensem gila
park shin hye pun comel je

salam sayang. PG 

Encik Mimpi

Bad Dream!

March 06, 2014

Assalamualaikum All.

 sumber : google

untuk kesekian kalinya.
yang tak cukup tidur untuk ke berapa ratus malam.
tension betul.
rasa nak makan ubat tidur pun ada.
biar senang tidur. huhu.


korang.
macam mana erk supaya nak bagi tidur dengan senang pada waktu malam?
aku tak tahu nak buat apa da. da cuba untuk tidur seawalnya
tapi masih juga rasa tak cukup tidur. T_T
tension!

dan
untuk kesekian kalinya.
aku tak perasan pun bila masa aku boleh bercakap waktu tidur.
ar? semalam punya mimpi yang aku ingat,
anak buah aku si hafiz tu kena rasuk hantu mak nenek :D
sampai aku mengucap panjang kata suami. erk?

salam sayang. PG

rozita che wan mengandung

Pregnant? Rozita Che Wan Tidak Mahu Terlalu Teruja

March 05, 2014

Assalamualaikum All.

tak datang period almost three weeks?
syukur alhamdulillah. satu petanda yang baik.
mengandung atau tidak, inshaAllah kalau ada rezeki disitu, adalahkan :)

nope. bukan PG ya. tapi our love che tah aka rozita che wan.
syukurlah. semoga che tah sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
apa pun, mengikut kenyataan che tah dekat berita harian,
dia tak mahu terlalu teruja. mungkin juga sebab biasa lambat datang haid.

 kredit : google

Kesibukan suami selain nasihat orang tua supaya jangan terlampau teruja membuatkan Rozita Che Wan masih menangguhkan hasrat menjalani ujian kehamilan selepas hampir tiga minggu lewat datang haid.

Biarpun berharap rumah tangga bersama Zain Saidin, 30, yang dibina sejak Disember lalu diserikan kehadiran cahaya mata, Rozita atau panggilan mesranya Che Ta hanya berserah kepada-Nya.

Bukan itu saja, sebelum ini, beliau juga biasa lambat datang haid, membuatkannya lebih selesa menunggu beberapa minggu lagi daripada tergesa-gesa membuat pemeriksaan doktor.
Terima kasih kepada yang mendoakan kami. Bukan tidak mahu ke klinik, rasanya masih terlalu awal untuk kami berbuat demikian. Kami pun sibuk dengan penggambaran. Saya ada maklumkan (hal ini) kepada Zain minggu lalu. Jadi ketika sambutan hari lahirnya, dia memberitahu tidak mahu apa-apa, selain mendengar khabar gembira (hamil) itu.

Saya tahu suami saya tidak mahu memberikan tekanan. Dia pun faham, malah minta saya tunggu saja rezeki yang diberikan-Nya. Andai berita gembira, ia bukan hanya hadiah terbesar buat suami, malah untuk saya juga kerana ulang tahun saya pada 9 Mac ini, katanya kepada HIP, semalam. kredit: BH

betul tu. kadang kita ni tak tentu pun kan datang haid.
kalau stress lagi la kot boleh menyebabkan haid datang lambat.
lebih-lebih lagi stress bila fikir kenapa bulan ni datang lamba. huhu.

salam sayang. PG

perniagaan

Pengalaman Meniaga

March 05, 2014

Assalamualaikum All ;)

syukur alhamdulillah.
anyone yang baca entry garaje sale dbkk aku before this,
tahulah kan aku pernah berniaga untuk kali pertama.
ek. tak kot. kali pertama berniaga masa aku dibangku sekolah lagi.
tu pun teman kan my sister jual ais batu cendol.
masa tu kena tolak meja meniaga dari rumah pegi belakang rumah.
meniaga kat situ.
masa tu persaingan meniaga ais batu cendol tak la ramai mana pun.
lagi pun duduk kawasan rumah yang boleh dikatakan orang cina lebih ramai dari orang melayu kot.

so that one my kali pertama pengalaman meniaga.
malu. segan. semua ada masa tu.
tapi yang bestnya is. bila dapat duit.
i mean, bila part orang tengah nak membayar dan kita pulangkan baki duit tu.
that was wonderfull ever pengalaman.
hehe. teringat pula seseorang.

so, meaning garaje sale dbkk, adalah pengalaman kali kedua aku meniaga.
dengan my first sister. and meniaga pula dengan kengkawan.
best pula. menyesal pula tak join before this.
oh. anyone yang ada dekat kota kinabalu sabah,
09 mac 2014 ni, inshaAllah aku akan berada di sana lagi untuk garaje sale dbkk
kali kedua untuk tahun ni. so, inshaAllah, we meet there ok!
jangan risau. harga sangat berpatutan!

salam sayang. PG

#sekilas

Aneyasayo!

March 04, 2014

Assalamualaikum All!

 kredit : google

anyone already tercari-cari PG tak? hihi.
maafkan PG ya. lately sangat, serius sibuk dekat office.
hari ni ada audit MS-ISO. internal sahaja.
tapi persediaan untuk menghadapi audit ni bukan semudah SAHAJA.
banyak benda kena buat.
part PG senang je kot.
makesure ada laporan kursus bila da selesai habis kursus.
rekod buku dalam pusat sumber, sapa-sapa pinjam dan sapa-sapa belum kembalikan.
then. buat promosi pusat sumber then email to all staff.
lain-lain buat kerja yang diarahkan dari masa ke semasa.
wa. nampak senang je kan kerja PG. hehe.

tapi. kenapa tak update blog ye PG? :D

salam sayang. PG

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images