26 February 2014

Sleepyyyyyy!!!

Assalamualaikum Korang.

aku da mengantuk sangat time ni. memang mata da rasa berat macam 10 tan da. tapi aku tak nak tidur lagi. sebab apa. sebab kalau aku masuk tidur sekarang, aku sure tengahmalam nanti aku pasti terjaga. da la esok ada bengkel kena jaga. i mean, urus setia. kena awal datang ke pusat pembelajaran. sebelum tu kena pegi breakfast dengan suami dulu. so, aku rasa aku kena bertahan sikit jam lagi. kang aku boleh pengsan terus. jadi tak la terjaga tengahmalam. tapi nampaknya macam tak berjaya je nak duduk lelama kat sini. aku da mengantuk sesangat. bye!

sumber : google

salam. sayang. PG

23 February 2014

Garage Sale Dbkk!

Assalamualaikum All.

Garage Sale anjuran Kelab Reka DBKK datang lagi untuk tahun 2014 ni. hehe. sebenarnya aku tak tahu pun garage sale ni dibuat sebulan sekali. huhu. nampak sangat tak alert kan :D apa pun. today is my first experience join this'Garage Sale'. wow! hapening wei. memang aku boleh kata, rugilah kalau tak join sebelum-sebelum ini. serius. sumpah rugi. dan korang sebagai pembeli pun rugi kalau tak mai singgah dekat gerai  yang ada. bukan sahaja murah. malah sebagai pembeli, korang boleh membuat tawaran harga yang kaw-kaw punya. yang dapat murah tu, sure korang senyum gembira la aku kata. :)


our garage sale ;)

ok, then aku nak ucapkan terima kasih dekat kak jue, sebab dia yang ajak aku join this program. kak jue pakai seluar lagging warna biru tu. hehe. aku ajak sister aku sekali join. dia jual baju dan seluar dia yang lelama tapi! still can use tau. masyuk juga. aku hari ni jual shawl dan tudung aku yang masih boleh digunapakai semula, cuma aku tak berapa nak pakai lagi da. jadi, daripada menimbun banyak dalam bakul,better aku jual je. murah apa wei. satu aku jual rm3.00. dua aku bagi harga rm5.00. kalau ambik 3 helai, aku bagi hargai rm8.00. murahkan? dan syukur alhamdulillah, semua item yang aku jual hari ni, habis! syukur. syukur alhamdulillah. masyuk! masyuk! :D

salam sayang. PG

22 February 2014

8 Mangsa di Sedut Pasir Jerlus di Temui | Al-fatihah

Assalamualaikum All.



 sumber google

Alfatihah buat mangsa lemas yang telah ditemui kesemuanya hari ini.
buat keluarga mangsa, salam takziah dari PG.
orang kata, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
inshaAllah. pasti ada hikmah diatas apa yang telah terjadi.
1 sahaja yang PG nak katakan,
Tuhan lebih sayangkan mereka.
that why, arwah di ambik dahulu dari kita-kita yang masih diberi pinjam apa yang ada di depan mata.
Alfatihah.

Alfatihah buat arwah bapa PG. da lama tak mimpikan bapa. T_T
salam sayang. PG

Tidak Dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia? Jom Merayu | Borang Rayuan BR1M

Assalamualaikum All.


 rupanya borang itu :D

ar. tadi aku ada share yang aku tak dapat bantuan rakyat 1 Malaysia tu kan.
baca entry kat sini.

but yes.
kalau tak dapat.
itu bukan bermakna ianya akan terberhenti kat situ je tau.
ada caranya.
psstt. duit free, i mean bantuan macam ni, kalau korang tak grap,
memang rugi. sebab apa?
sebab kerajaan da memperuntukkan sejumlah kewangan yang besar untuk ini tau.

that why.
MERAYU.
yes. bukannya merayu korang kena pegi merayu depan lembaga hasil tu.
tak!
korang ambik borang rayuan untuk mendapatkan br1m.
ambik borang, korang klik kat sini > borang rayuan bantuan rakyat 1 Malaysia <
ok. aku da google tau, borang ni sama je.
tak sure kalau ada borang baru ke tidak.

ok. tu je la.
jangan lupa isi borang tu. lengkapkan.
then hantar pegi lembaga hasil yang berdekatan dengan korang tau.

PG will make it later. hehe.
salam sayang. PG

21 February 2014

Tidak Dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia? Tidak Lulus? Sebab dan Mengapa?!

Assalamualaikum All.


Ya. serius. aku tak dapat br1m tau. tapi mungkin sebab kesalahan yang aku make it sendiri. tau sebab apa? 
ar, ni bukan kes tamak ke apa k. read first apa yang aku nak cakap sebelum kata aku tamak ke apa.

ok, memang da 2 kali aku dapat bantuan rakyat 1 Malaysia ni sebelum ini. 
that mean, br1m 2014 adalah bantuan kali ke 3 dari kerajaan Malaysia.
syukur alhamdulillah la kan. da kerajaan nak bagi duit free macam tu, sapa yang tak nak ambik kan. 
bolehlah kot menambah beli minyak keta ke aper ke di tengah-tengah bulan. 

tapi.
dan apa yang aku perhatikan is,
ada juga rakyat yang bukan kerakyatannya adalah BUKAN WARGA Malaysia,
tapi mendapat  bantuan br1m ni. bukan itu sahaja. 
ada kawan suami aku, anak datuk, ada bisness kaya raya, dapat br1m juga. omgeeee.
ok. itu mungkin rezeki dia la kan. dan aku tak ada bukti nak show kat korang.
dan ada juga yang kata suami isteri gomen pun dapat br1m
again. aku memang tak ada bukti nak katakan apa yang aku cakap ni benar belaka.
then. anggap je gosip k.

then kerana ada juga yang kata suami isteri gomen pun dapat br1m itulah.
aku isi bantuan br1m Malaysia untuk suami aku pula. huhu.
korang jangan kata aku tamak tau. 
tak.
sebab?
sebab aku pelik kenapa pula suami isteri gomen ni tadi boleh dapat. 

jadi sebab itulah aku memohon untuk suami aku pula.
ar. maka!
bila aku check dekat lembaga hasil minggu lepas. 
just nak check permohonan aku laki bini lulus ke tak.
dan jawapannya adalah TIDAK LULUS

omgeeeee. TIDAK LULUS ya.
sebab apa?
ar. sebab! nama aku da CLASH dengan nama suami aku.
CLASH ya. 
jadi, macam mana pula permohonan suami isteri gomen ni tadi boleh lulus dan dapat br1m ni?

hurm. ok. itu sahaja sebabnya.
1 je nak cakap.
kalau rasa nak bagi tu, bagi je la.
kata bantuan 1 Malaysia. T_T

 salam sayang. PG

Cpuv Nuffnang 5 Serentak untuk Tahun 2014 | Terima Kasih Nuffnang

Assalamualaikum All.

syukur alhamdulillah. lately walaupun sibuk sikit dengan kerja kat office, ditambah dengan mood yang malas nak update blog, tapi rezeki dari nuffnang untuk blog aku yang tak seberapa ni, ada juga tersangkut. terima kasih nuffnang. bolehlah mengubati hatiku sedikit dek kerana tak dapat br1m kali ni. huhu


terima kasih sekali lagi nuffnang 
salam sayang. PG

20 February 2014

Payment History | Terimas Kasih Nuffnang! ❤

Assalamualaikum All.

syukur alhamdulillah.  akhirnya status payment history earning aku da bertukar ke status SEND. horey! that mean. dalam beberapa minggu lagi, dapatlah kot cheque dari nuffnang. terima kasih nuffnang. oh, bukan sahaja dekat nuffnang, aku nak berterima kasih sekali lagi juga dekat geng topup PG kat bawah tu, dan juga buat kengkawan blogger yang sudi melawat PG blog, sekaligus mendermakan klik untuk tabung PG blog. terima kasih ya semua.


oh. untuk para blogger, yang baru mai singgah ziarah blog PG yang tak seberapa ni (hehe. PG akan menggunakan kata ganti diri PG aku tau. ikut kesesuaian ayat :D maka! jangan kata PG rude tak pasal-pasal tau. tehee) ok, sambung balik. PG nak share dengan korang yang mana jumlah yang PG perolehi ni adalah jumlah starting PG mula start berblog dan menggunakan nuffnang sebagai sumber pendapatan kedua tau. oh masa tu tak fikir lagi sebenarnya nak dapat duit bagai ni. tapi bila da mula-mula dapat rm51.25 untuk kali pertama tu, hati memang riang ria lah gamaknya. ye la, berblog suka-suka hati masa tu kan. tup-tup masyuk. waaaaaa! gembira tidak terkira sampailah PG dapat earning kedua masa tu dalam rm100. tapi masa tu earning tak di kira tau. memang silap sendiri juga. sebab pegi klik iklan sendiri kan T_T jadi, nuffnang reject earning tu. sodeh! 

ar, tengok. setahun juga kan PG dapat cheque yang kedua. syukur alhamdulillah lah masa tu dapat juga rm58.75. syukur. syukur. kena sentiasa bersyukur tau. oh, duit buat apa? tak ingat. rasanya pegi makan belanja en. suami kot. ahaha. 

dan yang di nanti-nantikan is, cheque ketiga PG. erk, untuk tahun 2012 tak de bagi clear cheque langsung kan? hehe. tak. untuk tahun 2012, earning yang PG dapat ciput je. tak banyak mana. sodeh pula den. hehe. jadi, earning tu di bawah ke tahun 2013 :D menjadikan ianya rm381.08. syukur alhamdulillah. kali pertama dan kali kedua mendapat entry sponsored post kat situ. 

ok! aku stop kat sini dulu. tu je la nak share dengan korang. hehe. bukan nak berlagak ya. tidak. tapi PG just nak share dengan korang, agar korang akan lebih bersemangat untuk menulis dan menjadikan blog sebagai satu sumber pendapatan sampingan. ops. bukan sampingan sahaja!. malah lebih dari itu tau :D da. da! PG stop dulu ;) thanks nuffnang!

salam sayang. PG

Babak Akhir Drama Lestari Ku Cinta Kau Seorang

Assalamualaikum All.

malam ni da episod akhir drama lestari ku cinta kau seorang kan. tak sabarnya nak tengok. aku suker giler kentang tengok raut wajah si amyra rosli. da macam nia ramadhani da aku tengok.  oh by the way, rasanya gambar-gambar kat bawah adalah babak terakhir untuk malam ni. bestnya ;) ... wei. da start wayang. jom tengok cepat! :D


selamat menonton semua ;)
salam sayang. PG

19 February 2014

Segmen Jom Beramah Mesra

Assalamualaikum All. sorry. 

lately jarang nak update blog. sebenarnya ada je pun. PG tak pegi mana-mana pon. cuma ada banyak nak kena buat dari duduk depan laptop. heee. tak de nya nak sibuk bagai pun kalau memang malas. hehe. ok, maafkan saya tau. tapi, untuk tidak dan agar korang tak rindu dan tercari-cari PG, PG nak join segmen blog yumida. supaya korang tahu, PG was here. hehe. nak join sekaki, jom! :) 

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe Dynasty, Bifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

salam sayang. PG

14 February 2014

Valentine's Day. Nope.

Assalamualaikum All.

Valentine's day?
nope. kita tak sambut valentine day ok.
sebab apa? tak de sebab. 
memang dari dulu lagi memang kita tak sambut.
sebab kita memang dah diberi tahu tentang sambutan valentine's day bukan our budaya.
so, valentine's memang tak sambut.
ni kalau suami tahu kita sambut valentine, silap hari bulan kang sampai ke subuh tak habis ceramahnya :D

tapi. dekat sekolah menengah while PG was there,
valentine's day dirai dengan jualan bunga hidup, seperti bunga ros. yang penting is warna merah.
bukan jualan bunga ros sahaja. tapi ada yang jual coklate, kad, pensil comel-comel gitu.
all the item yang super comel la orang kata. then yang boy beli untuk their girl.ahaha
wei. kata not our culture kan. tapi bukannya ianya terang lagi bersuluh.;)

tapi lately, orang kita sangat terbuka on this date, day kan.
no i mean, yang meraihkannya tu, yes, memang itu pegangan depa.
kita tak boleh nak kata NO on that! NO. aku tak maksudkan apa-apa.
as long, kita hormat each other kan ;)
kata 1Malaysia. Respect and Trust, enough ;)


omaiii. cantiknya bunga ;)

salam sayang. PG

13 February 2014

7 Suami. Omaiii!

Assalamualaikum All.

7 Suami? alamak. helo. bukan 7 suami sebab kawen serentak tau. ni 7 suami sebab lepas nikah sorang, then bercerai. kawen lagi sorang. then cerai juga. ar sampai lah 7 kali. makanya tajuk drama 7 Suami di angkat untuk menjadi drama arahan heykal hanifah. amboi-amboi. pandai-pandai je kan PG buat cerita. hehe. ok, PG baru je kot nak layan drama ni kat tonton.com.my. kat rumah tak pasang astro. hihi. jom tonton dengan PG. sebab drama ni baru je 5 episod kat laman web tu. ;)


TAJUK : 7 Suami
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITA : Suhan Movies
EPISOD : 13 episod 
SIARAN : Setiap Selasa dan Rabu di Slot Ratu TV9
MASA : 8.30 mlm
PELAKON : Izreen Azminda (Safiyah Muzil), Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Danial, Azhan Abdul Rani, Esma Dainal B Md Isa, Azhar Sulaiman, Idzham Ismail, Kaza, Norlia Ghani,

SINOPSIS 7 SUAMI

7 suami berkisarkan kisah hidup Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) gadis ayu, lemah lembut, penyayang, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati yang diuji dengan tujuh percintaan yang terpaksa dilaluinya. Yah yang terpaksa atau sentiasa memerlukan cinta kasih dan sayang dari seorang insan yang bernama lelaki telah merelakan dirinya untuk berkahwin sebanyak tujuh kali, mengenali hati budi tujuh lelaki.

Di sebalik kisah hitam yang dipalitkan oleh kisah kedua orang tuanya, Yah yang tinggal dengan neneknya tabah menghadapi tohmahan orang kampung. Setelah dewasa, Yah menjalinkan hubungan cinta dengan Ihsan (Aiman Hakim), seorang pemuda kampung yang baik budi pekertinya namun hubungan mereka tidak direstui oleh kedua orang tua Ihsan. Yah terpaksa menggadaikan cintanya dan akur dengan kehendak neneknya untuk berkahwin dengan Hj Dollah, seorang lelaki kaya yang 30 tahun lebih tua daripadanya, hanya kerana ingin membalas budi Hj Dollah yang banyak membantu mereka.

Kebahagiaan yang dikecapi Yah hanya seketika apabila Herman, anak Hj Dollah enggan menerima Yah sebagai ibu tiri dan terang-terangan menolaknya. Kesabaran Yah teruji, rumahtangga mereka mula merantakkan apabila Hj Dollah mula hilang kepercayaan terhadap Yah.

Setiap jodoh yang Allah tetapkan untuk Yah ada suka dukanya. Sekuat mana iman Yah, Allah sentiasa menguji kesabarannya. Namun, berjayakan dia menghadapinya demi mencari kebahagian?


 mereka-mereka ke si 7 suami itu? ;)


yah aka Izreen Azminda

salam sayang. PG

12 February 2014

Balik.

Assalamualaikum All.

Pack jam 5.00 petang. tapi masalah suami aku tak sampai lagi. best je kan kalau waktu bekerja sama dengan suami. tak la penat nak menunggu suami datang ambik. hurm paling lewat pun aku pernah balik around 7.30 pm. half dari jalan cerita ariana rose da tertinggal kat situ. T_T. sobsob. tak pe la. jangan nak mengada sangat la PG. elok-elok suami tu pegi kerja, cari rezeki, isteri pula potpetpotpet. ar, nanti dapat gaji, tak berkat pula. hihi.


heee. love u suami :D

salam sayang. PG

Lagi 4 Bulan | Kertas Kerja Kertas Kerja!

Assalamualaikum All.

Lagi 4 Bulan nak puasa kan. cepatnya! hari ni aku kena siapkan design for kertas kerja untuk ceramah ramadhan in coming june. sebab kita di jangkakan akan starting berpuasa on june kan. heee. cepatnya masa berlalu. tahun ni inshaAllah, jika di permurahkan rezeki, PG akan menyambut lebaran hari raya aidilfitri sekali lagi kat ipoh, perak and kedah. inshaAllah. inshaAllah.


backdrop ceramah tahun 2013 yang PG design
sebenarnya buat design ni senang sahaja. sebab background boleh ambik dari google, 
tinggal nak susun atur letak je. pakai adobe photoshop je kot :)


that one pula kertas kerja kerja/kertas cadangan untuk ceramah ramadhan last year.
but akteli, nak make it memang senang juga kan. nampak senang. tapi bila da bagi masuk dekat bilik bos, 
then masa tu pula da rasa perfectlah apa yang sudah ada depan mata, tup-tup pula bos reject.
ar, masa tu memang rasa macam nak ambik cuti je kot masa tu. ahaha.
but alhamdulillah. orang kata, tanpa teguran PG mungkin tak akan ke hadapan. 
thanks to bos too la :)

much love. PG

Wear Glasses?! No!!

Assalamualaikum All.

morning too. aku tak akan lama kat sini tau. mata da macam nak berair da.
by the way, aku rasa aku ada masalah dengan mata lately. selalu je sakit. no i mean pedih semacam.
korang pernah tak kalau nak baca paper dari jarak dekat tapi nampak kabur.
korang rasa rabun dekat ke? T_T sebab lately and dalam beberapa bulan da perasan macam ni.
nak tengok benda kecik je rasa kabur then kena jarakkan sedikit dari mata. baru nampak clear.
big sis aku kata, aku kena pakai cermin mata da. tapi kalau pakai cermin mata.
agak-agak nampak comel tak macam heliza? dan orang kata kalau pakai spek mata ni,
look like nerd gitu. tapi? who cares kan! as long baik untuk mata T_T


macam comel je macam comel je :D

salam sayang. PG

11 February 2014

Perempuan Memang Selalu Banyak Fikir. Kan?

Assalam All.

aku bosan. serius. bosan banyak sebab. banyak sebab tu yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir dan menyebabkan aku bosan. 


kadang aku kata dekat suami, kenapa aku selalu sakit kepala. 
suami tanya kat aku semula, kenapa aku sakit kepala. 
then aku jawap, aku banyak benda nak fikir.
suami tanya semula, banyak benda tu apa. aku diam seketika. 

sambil berfikir apa sebenarnya yang aku fikir. kerja aku senang sahaja. rutin. masuk kerja jam 8.00 pagi. buat kerja bla-bla yang rutin then keluar lunch. jam 2.00 petang sambung kerja lagi. tak lama buat kerja bla-bla, lepak dengan kak mi, kak neta, tak sedar da jam 5.00 petang. then balik rumah. jadi, apa yang aku fikir sebenarnya? no point kan?

suami tanya sekali lagi. kenapa aku sakit kepala.

aku diam. tak tahu nak jawap apa. 
bagi aku. perempuan memang selalu banyak fikir. kan?

salam sayang. PG

Masalah Kulit Kering? Atasi sekarang dengan Nivea In-Shower Skin Conditioner!

Assalam All.

Memiliki kulit yang putih bersih suci murni, tulus mulus lagi menawan memang menjadi idaman segala kaum hawa kan. PG pun sama. sure korang pun juga lah sama. jangan kata si qila tak suka kulit yang menawan. hehe. esok boyfren kata awat kulit hang macam kulit orang tua, jangan salahkan PG tau qila :D 

by the way, PG pun sebenarnya tak berapa rajin sangat pun nak jaga kulit badan apatah lagi kulit wajah. memang pemalas tahap gaban la PG kata. kalau korang nampak gambar PG tu macam lawa (lawalah sangat. perasan sungguh!) ar, itu kena ucapkan terima kasih pada aplikasi kamera 360 darjah yang diberikan secara percuma kat mobile pon canggih korang untuk kaum-kaum hawa semua sebab mencantikkan kulit wajah kita. hehehe. kan? berbalik dengan kulit. yes, kulit PG pun memang kering. mama kata kulit kering ni banyak sebab. salah satu adalah kurang minum air. yes. PG memang akui memang kurang minum air masak. T_T air masak tak sedap apa wei! hehe. 

  

sebut pasal kulit lagi, Nivea ada penyelesaian untuk korang!. bukan sahaja untuk korang. untuk PG juga dan untuk mereka-mereka di luar sana yang mengalami masalah kulit kering. NIVEA In-Shower Skin Conditioner!

ops. belum habis lagi. korang bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah kulit korang tu, tapi korang juga berpeluang memenangi hadiah hebat iaitu iPad Air dan memenangi lebih 20 Hadiah Hamper dari Nivea yang bernilai RM150.00! menarikkan? PG inshaAllah akan turut serta. inshaAllah. korang yang free, cepat-cepat jenguk kat sini. penyertaan yang sangat mudah! 



heee. lamanya tak tulis tentang Nuffnang T_T
selamat berjaya semua! :)
salam sayang. PG

What a Blog Use For?

u. Assalamualaikum.

yes, honestly. aku rindu nak tulis something yang tak perlu aku nak edit dan ulang 10 kali baca sebab nak cek kesalahan on own my writing. tak perlu nak padam apa yang salah. dan tak perlu nak fikir orang lain kata apa yang aku nak tulis. yes. rindu sangat. kadang rasa macam bila aku nak tulis something, nanti orang kecik hati dengan apa yang aku tulis. nanti orang terasa dengan apa yang aku nak cakap. dan kadang dan yang paling teruk is, takut nanti tak ada orang nak komen. omaiiii! nampak sangat gila glamour. that why kenapa kadang aku rasa memang tak ada mood nak tulis something. dek kerana itu semua. omgeeee. rasa macam hilang jati diri. rasa diri sendiri tu da hilang. rasa seribu rasa yang orang lain kawal hidup aku. kawal blog aku. T_____T serius!



much love. PG

Selamat Ulangtahun Ke-14 Bandaraya Kota Kinabalu ❤

hey, assalamualaikum fellow ;)

PG nak ucapkan Selamat Ulangtahun Ke-14 Bandaraya Kota Kinabalu, which is kemarin 10 Februari 2014, Majlis sambutan ulangtahun diadakan di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, dengan dihadiri oleh Mayor Bandaraya dan juga kakitangan Dewan Bandaraya sendiri. PG was there too, and congrats for our Mayor Datuk Abidin Madingkir kerana, tahun ini adalah tahun ke-3 Yang Berbahagia menjadi Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu. what i wish is, semoga keamanan, kebersihan dan keindahan terus di kekalkan di Kota Kinabalu, Sabah. Terima Kasih Mayor.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu
Datuk Abidin bin Madingkir


ommgeee. temuknya pipi! T_T

much love. PG

10 February 2014

Wish You Were Here

Assalamualaikum. Hi Fellow.

pakcik gugil, pinjam gambarrrrr :D
much love. PG

08 February 2014

Tonton Wayang | Kami Histeria

Assalamualaikum. Morning again fellow! ;)

ok, ni sepatutnya entry kemarin. tapi tak menyempat nak update :) as usual pegi tengok wayang dengan geng kaki wayang. jumaat, kan masa panjang. lebih-lebih lagi panggung wayang atas ofic PG je kot. ahaha.

KAMI HISTERIA or HISTERIA adalah satu kumpulan band yang di anggotai oleh si mereka-mereka yang cantik dan pelakon yang sangat hebat okei, ada Bad aka badariah (Sara Ali), Laila (Diana Danielle), Airin (Mila Jirin), Peanut (Nad Zainal) and Jojo (Umie Salwana) yang mana depa menggunakan bantuan suara dari Cik Lang (Fazura) dalam lagu-lagu mereka. Then tak sangka their band famous after that, banyaklah dapat tawaran menyanyi sana sini kan. masuk radio, di temubual segala.

Then! one day, semasa depa di temubual di satu station radio. ya, Cik Lang call dan...all the band terkedu, terkejut seketika...segala mimik muka resah gelisah semua ada. ar? kenapa agak korang rasa? hihi. ok. sebenarnya sebelum depa ni famous, Bad ada buat satu perjanjian dengan Cik Lang kalau depa famous, depa kena tunaikan janji depa kat Cik Lang. Janji apa ka itu? hehe. itu PG tak boleh nak bagitau detail. sebab PG nak korang pegi tonton sendiri! :D

 
PG share trailer HISTERIA dengan korang ;)
much love. PG

Tahniah | Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013

Assalamualaikum. Hi Morning Fellow.

Sepahtu Juara Maharaja Lawak 2013?! yes!. Tahniah dari PG ya. but honestly, PG tak tengok MLM sebenarnya. memandangkan astro da lama PG terminated kan. hihi. nampak banyak sangat status dekat facebook pagi tadi, oh tahulah PG SEPAHTU menang malam semalam kan ;) apa pun, PG memang suka tengok sepahtu dari zaman si mamat tu ada lagi ;)

congrats tuk korang!

much love. PG

07 February 2014

Giveaway 5K Dunia Sebenar Shida

Assalamualaikum. Hi Fellow. Assalammualaikum, peace upon you.

http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :
Kategori Onlineshop :
AHR Boutique, WA beauty E'Shoppe, Syiela d'beauty, Zinnia Z A Zinnia, Puteri Jelita Shoppe,
Annia's Health & Beauty Shoppe, Dedeqdewishes Boutique,
Nurul Yui Collection, Nini Bizshop, Reddelima.com


Jom join sama dengan PG ya ;) kot-kot ada rezeki melekat, rezeki juga tu :) 
sempat lagi nak join ni. 

much love. PG

06 February 2014

its 30 Years Old Already ❤

Assalamualaikum. Hi Fellow ;)

yes, its 30 years old already.  
cepat betul masa berlalu. tak sedari hari ni usia aku da 30 tahun. nope. tak perlu shame bagailah nak mention umur sendiri. sebab aku percaya, usia da meningkat, angka yang berubah bukanlah penghalang segala-galanya, as long korang rasa hidup ini perlu di nikmati dengan sebaik-baiknya. kan?

its 30 years old already.
macam tak percaya. sumpah! rasa macam da tua sangat kot. heee. rasa macam zaman keremajaan aku da berlalu. (memang pun kan. sobsob) rasa macam hidup kena lebih serius. (tak kan lah kena serius je selalu. tet!) tak mau! rasa macam perlu untuk lebih bertanggungjawab dari sebelum ini. (habis tu sebelum ni tak bertanggungjawablah konon) dan rasa perlu lebih bersikap lebih matang. which is, matang dengan lebih meluas. bukan hanya pada diri sendiri. tapi rasanya more tu others. hoho. baru je orang sakitkan hati aku wei. habis tu aku kena matang dan biarkan benda tu berlalu macam tu je ker? T_T

its 30 years old already.
yes. bersyukur sangat-sangat sebab da 30 tahun aku hidup di dunia ni. syukur alhamdulillah. masih berpeluang menjalani kehidupan seperti biasa. dengan suami, mama, adik beradik, kengkawan, rutin kerja, rutin kehidupan sebagai isteri, rutin sebagai anak, rutin sebagai adik. and rutin sebagai seorang perindu yang setia (hihi). dan segalanya its 30 years already apa sahaja yang aku buat, mereka ada di samping aku. terima kasih semua. 

 
untuk suami, terima kasih sebab terima isteri awak yang kadang menjengkelkan sometimes. saya tahu itu, dan saya cuba untuk berubah menjadi seperti yang awak nak. inshaAllah. thanks for everything, segala rasa yang telah awak berikan untuk saya, akan menjadi ingatan buat saya, yang awak adalah satu-satunya lelaki yang tidak mungkin akan sama dengan lelaki lain. terima kasih suami, being my superior!


 terima kasih mama sebab melahirkan aku, kenal erti hidup kat dunia ni. terima kasih juga dekat arwah bapa (alfatihah to him) sebab kalau bukan kerana proses persenyawaan bapa dengan mama, tak lahir kot aku kat dunia ni, and now, its 30 years old already (hehe) terima kasih to both of u. korang till death. 


to my bro, 3 orang tu. korang memang abang yang super baik. tapi kadang ada juga yang menjengkelkan aku. tapi itulah proses kehidupan kan. i try my best untuk jadi adik yang super baik untuk korang sebab korang la abang yang aku ada. dan aku adik yang paling bongsu, selalu juga korang sakitkan hati aku. tapi tak pa. aku maafkan korang, sebab hari ni hari jadi aku yang ke 30 apa wei :D


untuk both of my sista. terima kasih sebab sudi jadi my big sista sepanjang 30 tahun ni.  memang korang 'big' pun dari size fizikal, tak di nafikan :D thanks for everything juga sebab being my super sister, being my superior super powerpuffgirl. terima kasih ya. korang dua. inshaAllah, kalau aku kaya sikit, aku belanja korang boleh? :D
ahaha.

its 30 years old already.
last but not least. for me. semoga dengan usia yang da kian menambah ni, hihi. (ada orang will gelak if read bout this, sebab suka sangat la tu kutuk umur orang da meningkat! :) saya rindu awak. serius. sumpah!) aku harap sangat-sangat sifat kanak-kanak ribena dalam diri aku akan berkurangan sedikit. heeee. sebab suami selalu kata aku macam budak-budak je. tehee. abih tu nak buat macam mana kan? da memang aku lagu tu aper wei. T_T benci ar! oklah oklah. moga lebih cantik dari kebiasaannya (perasan!), lebih matang, lebih bertanggungjawab, lebih pandai berdikari sendiri (sememeh je kan), lebihkan dalam diri tu menambung dari membazir, lebihkan makan salad, lebihkan pegi jogging, diet etc dan lebihkan segalanya la lebih. jangan lebih temuk suda. boleh? hehe. 

ok! PG stop kat sini dulu. last-last! PG nak ucapkan happy birthday buat my own self. da 30 tahun, semoga sentiasa positive ya yatie ;) untuk shadhira, terima kasih ucapan birthday dari awak :) syg awak!



happy birthday yatie ❤!
much love. PG
(pakcik gugil, pinjam the all ur picture okei)

05 February 2014

Payment Avdice Ke 3 dari Nuffnang | Terima Kasih Nuffnang ❤

Assalamualaikum. Hi Fellow ;)

pagi tadi dapat email dari hsbc advising service. tiba-tiba kot. memandangkan PG memang selalu open email terus dari samsung s3 mini PG yang super comel tu, PG abaikan email tu. sat lagi masuk ofic, pegi tengok dari pc tradisional.

dalam kepala, sibok fikir bila masa aku ada loan dengan hsbc bank. tak tahu lagi ni. tup-tup masuk ofic, cek email dari pc tradisional office ni, dengan hati yang dub dub kencang, nasib tak meletup,  terus hep hep horey! remember entry cash out earning nuffnang ke tiga PG bernilai RM381.08 tu? yesssss. pembayaran earning nuffnang telah pun di proses! horeyyyyy! maka! sekarang ni bila-bila masa je la PG tunggu kedatangan cik cheque kat PG :D OK2. nak beli aper nak beli aperrr! teheee.


terima kasih nuffnang

erp. hari tu PG kata nak anjurkan segmen sementara nak tunggu cheque tu sampaikan? ok, PG ada fikirkan something juga. macam nak anjurkan giveaway 'novel'. ada tak yang sudi nak join? hehe. kalau topup, memang selalu sangat giveaway bentuk topup kan. tapi tu la, topup ni memang senang la kalau nak redeem kan. hurm. novel ya? inshaAllah, PG akan fikirkan lagi nak bagi hadiah apa. ;)

much love. PG

Gambar Baby Girl Leuniey dan Apek I Tahniah!

Assalamualaikum. Hi Morning Fellow.

PG nak ucapkan tahniah buat leuniey dan apek dek kerana selamat bergelar ayah dan ibu for their beautiful doter ;) tak sabar pula nak ada baby sendiri . hurm. 


kredit illustrasiaku.com
selamat berpantang leuniey!

much love. PG

04 February 2014

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.com

http://www.bubblynotes.com/2014/02/segmen-my-best-entry-bubblynotescom.html
Dah lama sangat kot Bubblynotes.Com tak melancarkan segmen...dan kini Tora datang lagi... ooopsss... salah pula... dan kini dengan ini saya lancarkan segmen ini khas buat rakan2 blogger di luar sana. *_^

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com pernah dilakukan dulu sekali di SINI dan hari ini...segmen ini bermula dari, 4/2/2014 SEHINGGA 5/2/2014, jam 1.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 7/2/2014.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

korang, jemput join sama!
much love. PG :)

Minggu Sedih Yang Menjengkelkan

Assalamualaikum. Hi Fellow.

mungkin disebabkan aku kurang sihat sepanjang minggu lepas, batuk, selsema, bengkak gusi dan gigi plus kepala aku sakit, maigrain menyerang tiba-tiba tanpa di undang lalu menyebabkan mood aku berubah 100%. sedangkan sepanjang minggu lepas as korang tahu khamis tu half day kerja. sepatutnya aku boleh bersorak sakan keliling padang such like kanak-kanak riang dapat angpau memandangkan masa tu sambutan tahun baru cina just around corner kan. tapi aku? sebelum tu, korang punya sambutan tahun baru cina macam mana? dapat angpau tak? PG sah-sahlah tak dapat. T_T

sambung story aku tadi. sepanjang masa tu juga aku menahan sakit dari siang, tengahari ke malam ke subuh dan seterusnya hari-hari yang mendatang. pergi farmasi beli ubat hilangkan selsema dan batuk. tak puas hati dengan keberkesanan ubat yang aku beli, aku pegi hospital gomen. kena bagi ubat batuk warna hitam yang aku rasa tak sampai 5 minit aku makan, boleh pengsan dengan segera! kalau mix dengan ubat selsema yang aku beli dekat farmasi, korang rasa tak ke aku pengsan sehari semalam dek kerana makan ubat je? tidak!!!bukan setakat ubat batuk ala-ala kicap sahaja. malah, vitamin segala doktor bagi! plus free, aku main ambik je la. tinggal makan sahaja. nasiblah aku bukan jenis yang tak reti nak telan ubat. huhu.

then bukan takat itu sahaja. esoknya! gusi aku pula bengkak. plus gigi aku rasa macam sememeh je. rasa macam nak minta kena tumbuk pun ada kat pipi. sakit bukan main. see? nampak tak. macam mana aku menahan sakit dari selsema, batuk and now bengkak gusi dan gigi aku yang aku rasa ada je something berjalan dekat situ. huh! sangatlah mencabar keimanan aku. terus aku pegi ziarah doktor swasta on friday hari tu. aku tak kira. aku nak baik hari tu juga! memandangkan aku da semalaman menahan kesakitan yang amat. aku tengok je mama, suami, abang aku makan buah limau tu. aku tengok je dengan hati yang membengkak sama. nasiblah aku sakit! T_T


memeh sakit gigi. duduk diam-diam atas kerusi. pakcik googele pinjam gambar lagi :D

nampak tak berapa jenis ubat da aku kena telan dalam masa sehari? doktor swasta bagi aku vitamin lagi, plus ubat tahan sakit gigi, ubat kurangkan bengkak kat gusi dan doktor baik hati sebab ask if aku dapat tidur malam tak dengan kesakitan yang melanda. aku kata tak la kan. terus dia bagi ubat tahan sakit untuk malam punya. memang baik punya doktor la. aku telan je malam tu, memang aku tidur sedap punya la aku kata. sampaikan suami aku kata, aku tidur tak sedar diri. erk? macam mana tu? memanglah tidur sure-sure tak sedar diri kan? :D kalau tak, memang tidur sambil berjalan apa wei. ;) 

alamak. da terpanjang pula entry ni kan. nanti PG sambung lagi. da da!

much love. PG

dan Sabar itu lebih cantik ❤

Assalamualaikum. Hi Fellow ;)

yup. sabar itu separuh daripada iman kan




pakcik2 gugil, saya pinjam lagi gambar awak tau. tq

much love. PG

03 February 2014

Sadness!

Assalamualaikum. Hi Fellow.

kasian kat blog. kasihan dekat aku juga. rasanya da lama aku tak meluahkan rasa perasaan aku yang mana aku cukup jaga baik perasaan aku. tapi more to jaga perasaan orang. sebab aku rasa, perasaan orang lebih penting dari perasaaan diri sendiri. tapi aku cuma tak reti satu perkara sahaja. kenapa orang lain suka nak sakitkan hati aku. sakitkan perasaan aku. apa salah aku? apa salah aku sampai korang nak usik hati dan perasaan aku yang satu ni. satu-satunya milik aku. kasihan dekat suami aku. dekat dia aku terpaksa hamburkan segala perasaan marah dan sakit hati aku dekat orang yang lain yang tak dapat aku nak balas. suami aku menjadi mangsa keadaan atas perbuatan korang yang aku rasa tak ada perasaan. kasihan kat dia. segala amarah yang terbuku dalam hati aku, aku lepas kat suami aku. T_T


 korang memang melampau! T_T