Pregnant? Rozita Che Wan Tidak Mahu Terlalu Teruja

March 05, 2014

Assalamualaikum All.

tak datang period almost three weeks?
syukur alhamdulillah. satu petanda yang baik.
mengandung atau tidak, inshaAllah kalau ada rezeki disitu, adalahkan :)

nope. bukan PG ya. tapi our love che tah aka rozita che wan.
syukurlah. semoga che tah sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
apa pun, mengikut kenyataan che tah dekat berita harian,
dia tak mahu terlalu teruja. mungkin juga sebab biasa lambat datang haid.

 kredit : google

Kesibukan suami selain nasihat orang tua supaya jangan terlampau teruja membuatkan Rozita Che Wan masih menangguhkan hasrat menjalani ujian kehamilan selepas hampir tiga minggu lewat datang haid.

Biarpun berharap rumah tangga bersama Zain Saidin, 30, yang dibina sejak Disember lalu diserikan kehadiran cahaya mata, Rozita atau panggilan mesranya Che Ta hanya berserah kepada-Nya.

Bukan itu saja, sebelum ini, beliau juga biasa lambat datang haid, membuatkannya lebih selesa menunggu beberapa minggu lagi daripada tergesa-gesa membuat pemeriksaan doktor.
Terima kasih kepada yang mendoakan kami. Bukan tidak mahu ke klinik, rasanya masih terlalu awal untuk kami berbuat demikian. Kami pun sibuk dengan penggambaran. Saya ada maklumkan (hal ini) kepada Zain minggu lalu. Jadi ketika sambutan hari lahirnya, dia memberitahu tidak mahu apa-apa, selain mendengar khabar gembira (hamil) itu.

Saya tahu suami saya tidak mahu memberikan tekanan. Dia pun faham, malah minta saya tunggu saja rezeki yang diberikan-Nya. Andai berita gembira, ia bukan hanya hadiah terbesar buat suami, malah untuk saya juga kerana ulang tahun saya pada 9 Mac ini, katanya kepada HIP, semalam. kredit: BH

betul tu. kadang kita ni tak tentu pun kan datang haid.
kalau stress lagi la kot boleh menyebabkan haid datang lambat.
lebih-lebih lagi stress bila fikir kenapa bulan ni datang lamba. huhu.

salam sayang. PG

You Might Also Like

4 comments

  1. sekiranya betul berita bahagia tumpang happy untuk che' ta...

    ReplyDelete
  2. klau btl apa salahnya kan..benda baik tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..semoga kedatngan org baru dapat mendekatkan dirinya pada Allah lagi..

    HYPOGLYCEMIA : JANGAN PANDANG ENTENG

    ReplyDelete
  4. Hiihihihi mesti encem n comel je anak diorang ehehehe <3333
    Hi kak pg!!! Misschuuu <3333

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images