Mengenang MH370 ❤

March 25, 2014

Assalamualaikum.

 sumber : google

hati rasa nak sahaja meraung. tapi rasanya ia tidak setimpal mana dengan apa yang dilalui dengan mereka-mereka yang kehilangan keluarga tersayang yang berada di pesawat MH370 yang sehingga kini sebenarnya menjadi tanda tanya pada aku. walaupun our PM telah membuat sidang media semalam dengan mengatakan lokasi terakhir MH370 hilang di selatan lautan hindi, tapi bagi aku. sukar untuk aku terima. aku harapkan misi pencarian sekiranya boleh, teruskan lah. hiba. luluh. sedih. pedih. segala rasa ada. jika kita berada ditempat mereka-mereka yang mengalami, menghadapi situasi ini, apa yang akan kita rasa. sakit. terasa sakit yang amat sangat......tiada kata yang dapat aku  ungkapkan. rasa tidak percaya sangat-sangat.

Ya Allah. tabahkan hati mereka-mereka. Ya Allah. aku sangat sedih. 

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Siasatan awal mendapati pesawat yang hilang itu telah dilencongkan dengan sengaja oleh seseorang yang memandunya. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi dan teori konspirasi timbul kerana sistem komunikasi dengan pesawat itu terputus dan tiada bukti-bukti kukuh atau petunjuk mengenai kehilangan pesawat itu.

Antara teori yang dikemukakan dalam masa pencarian sepanjang 17 hari lalu oleh pakar dan penganalisis penerbangan termasuk rampasan, sabotaj oleh juruterbang serta kemungkinan pesawat itu mengalami masalah sehingga menyebabkan semua anak kapalnya tidak sedarkan diri dan pesawat itu terbang sendiri sehingga kehabisan minyak.

Pesawat penerbangan MH370 membuat hubungan terakhir dengan pusat kawalan trafik udara semasa berada di Laut China Selatan di sebuah kawasan yang terletak antara sempadan Malaysia dan Vietnam. Ia kemudian dikesan berpatah balik dari laluan asalnya dan terbang selama beberapa jam.

Usaha mengesan pesawat itu kemudiannya digerakkan di dua jalur di sebelah utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand serta dari Indonesia sampai ke selatan Lautan Hindi.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:27 (MYT)
salam sayang. PG

You Might Also Like

12 comments

  1. Sedih kan....
    Hanya Allah sahaja yang maha mengetahuinya...
    Datang kita dariNYA...dan kembali kita kepadaNYA jua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lets, teruskan berdoa untuk mereka ya nao mei ❤

      Delete
  2. :((( innalillah hi wa inna ilaa hi roo ji'uun :(

    ReplyDelete
  3. sedih hiba dgt brita nie tadi pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu asha. till now, PG masih belum dapat menerimanya T_T

      Delete
  4. Replies
    1. masih tidak percaya dengan pengakhiran begini zs :(

      Delete
  5. salam. tak sangka begini akhirnya..sedihh :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam cik itah.
      lets pray cik itah :(

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images