10 March 2014

Lets Pray For Our MH370 ❤ | Pentagon Dakwa Tidak Ada Kesan Letupan di Laut China Selatan

Assalamualaikum All.

sumber Astro Awani, Pentagon dakwa tidak ada kesan letupan berlaku di laut china selatan.
menandakan keberangkalian kapal tidak meletup for me adalah besar tidak berlaku dan
menjadi tanda tanya dimanakah kapal tersebut berada sekarang.
pada waktu ini, pesawat sudah tentu telah kehabisan minyak dan..
tidak mungkin berada di atas awan.
Ya Allah. permudahkan lah segala urusan misi mencari pesawat yang hilang.
Pray for MH370 T_T

 sumber : google
KUALA LUMPUR: Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon mendapati pesawat MH370 yang hilang pagi Sabtu, tidak meletup di Laut China Selatan.

Menurut laporan The New York Times, yang memetik sumber seorang pegawai kerajaan negara itu, satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia telah digunakan untuk pemantauan awal tersebut namun ia tidak mengesan sebarang tanda letupan di kawasan perairan itu.

Pegawai yang ditemuramah oleh The New York Times itu bagaimanapun enggan mendedahkan namanya atas alasan maklumat yang diberi adalah sulit.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara bersama 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 09, 2014 19:51 (MYT)
Read more at: astroawani.com
salam sayang. PG

6 comments:

  1. let us pray for MH370... sangat sesuatu dan misteri kejadian ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, let us pray for them dear farah.
      semoga ada keajaiban yang berlaku.

      Ya Allah, aku mohon permudahkan urusan misi mencari MH370.

      Delete
  2. Replies
    1. yes. semoga our pray dimakbulkan. inshaAllah.
      teruskan berdoa untuk mereka T_T

      Delete
  3. misteri yg blm ada jawapan..panjatkan doa moga semuanya dlm keadaan selamat..top up cne sekali

    ReplyDelete
  4. moga 'misteri' terungkai. harap waris yg terlibat sabar dan tabah :(

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes