11 February 2014

Perempuan Memang Selalu Banyak Fikir. Kan?

Assalam All.

aku bosan. serius. bosan banyak sebab. banyak sebab tu yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir dan menyebabkan aku bosan. 


kadang aku kata dekat suami, kenapa aku selalu sakit kepala. 
suami tanya kat aku semula, kenapa aku sakit kepala. 
then aku jawap, aku banyak benda nak fikir.
suami tanya semula, banyak benda tu apa. aku diam seketika. 

sambil berfikir apa sebenarnya yang aku fikir. kerja aku senang sahaja. rutin. masuk kerja jam 8.00 pagi. buat kerja bla-bla yang rutin then keluar lunch. jam 2.00 petang sambung kerja lagi. tak lama buat kerja bla-bla, lepak dengan kak mi, kak neta, tak sedar da jam 5.00 petang. then balik rumah. jadi, apa yang aku fikir sebenarnya? no point kan?

suami tanya sekali lagi. kenapa aku sakit kepala.

aku diam. tak tahu nak jawap apa. 
bagi aku. perempuan memang selalu banyak fikir. kan?

salam sayang. PG

5 comments:

  1. betul2 ! sy pon byk benda pikir. ntah apa yg pikir pon tak tau. ekeke xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Ntah apa ja yg difikirkan, kan wak? ;)

      Delete
  2. tanpa kita sedar, kita sendiri banyak fikir. sometime susah nak describe. moga PG sentiasa dipelihara allah swt

    ReplyDelete
  3. haah la btl tu pg..entah apala yg kita fikirkan kan..

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes