Minggu Sedih Yang Menjengkelkan

February 04, 2014

Assalamualaikum. Hi Fellow.

mungkin disebabkan aku kurang sihat sepanjang minggu lepas, batuk, selsema, bengkak gusi dan gigi plus kepala aku sakit, maigrain menyerang tiba-tiba tanpa di undang lalu menyebabkan mood aku berubah 100%. sedangkan sepanjang minggu lepas as korang tahu khamis tu half day kerja. sepatutnya aku boleh bersorak sakan keliling padang such like kanak-kanak riang dapat angpau memandangkan masa tu sambutan tahun baru cina just around corner kan. tapi aku? sebelum tu, korang punya sambutan tahun baru cina macam mana? dapat angpau tak? PG sah-sahlah tak dapat. T_T

sambung story aku tadi. sepanjang masa tu juga aku menahan sakit dari siang, tengahari ke malam ke subuh dan seterusnya hari-hari yang mendatang. pergi farmasi beli ubat hilangkan selsema dan batuk. tak puas hati dengan keberkesanan ubat yang aku beli, aku pegi hospital gomen. kena bagi ubat batuk warna hitam yang aku rasa tak sampai 5 minit aku makan, boleh pengsan dengan segera! kalau mix dengan ubat selsema yang aku beli dekat farmasi, korang rasa tak ke aku pengsan sehari semalam dek kerana makan ubat je? tidak!!!bukan setakat ubat batuk ala-ala kicap sahaja. malah, vitamin segala doktor bagi! plus free, aku main ambik je la. tinggal makan sahaja. nasiblah aku bukan jenis yang tak reti nak telan ubat. huhu.

then bukan takat itu sahaja. esoknya! gusi aku pula bengkak. plus gigi aku rasa macam sememeh je. rasa macam nak minta kena tumbuk pun ada kat pipi. sakit bukan main. see? nampak tak. macam mana aku menahan sakit dari selsema, batuk and now bengkak gusi dan gigi aku yang aku rasa ada je something berjalan dekat situ. huh! sangatlah mencabar keimanan aku. terus aku pegi ziarah doktor swasta on friday hari tu. aku tak kira. aku nak baik hari tu juga! memandangkan aku da semalaman menahan kesakitan yang amat. aku tengok je mama, suami, abang aku makan buah limau tu. aku tengok je dengan hati yang membengkak sama. nasiblah aku sakit! T_T


memeh sakit gigi. duduk diam-diam atas kerusi. pakcik googele pinjam gambar lagi :D

nampak tak berapa jenis ubat da aku kena telan dalam masa sehari? doktor swasta bagi aku vitamin lagi, plus ubat tahan sakit gigi, ubat kurangkan bengkak kat gusi dan doktor baik hati sebab ask if aku dapat tidur malam tak dengan kesakitan yang melanda. aku kata tak la kan. terus dia bagi ubat tahan sakit untuk malam punya. memang baik punya doktor la. aku telan je malam tu, memang aku tidur sedap punya la aku kata. sampaikan suami aku kata, aku tidur tak sedar diri. erk? macam mana tu? memanglah tidur sure-sure tak sedar diri kan? :D kalau tak, memang tidur sambil berjalan apa wei. ;) 

alamak. da terpanjang pula entry ni kan. nanti PG sambung lagi. da da!

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

  1. kalau sakit gigi memang tak boleh nak duduk diam..kesian pg sbr ya byk pg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih asha. ;)
      da ok kot hari ni :)

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images