7 Suami. Omaiii!

February 13, 2014

Assalamualaikum All.

7 Suami? alamak. helo. bukan 7 suami sebab kawen serentak tau. ni 7 suami sebab lepas nikah sorang, then bercerai. kawen lagi sorang. then cerai juga. ar sampai lah 7 kali. makanya tajuk drama 7 Suami di angkat untuk menjadi drama arahan heykal hanifah. amboi-amboi. pandai-pandai je kan PG buat cerita. hehe. ok, PG baru je kot nak layan drama ni kat tonton.com.my. kat rumah tak pasang astro. hihi. jom tonton dengan PG. sebab drama ni baru je 5 episod kat laman web tu. ;)


TAJUK : 7 Suami
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITA : Suhan Movies
EPISOD : 13 episod 
SIARAN : Setiap Selasa dan Rabu di Slot Ratu TV9
MASA : 8.30 mlm
PELAKON : Izreen Azminda (Safiyah Muzil), Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Danial, Azhan Abdul Rani, Esma Dainal B Md Isa, Azhar Sulaiman, Idzham Ismail, Kaza, Norlia Ghani,

SINOPSIS 7 SUAMI

7 suami berkisarkan kisah hidup Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) gadis ayu, lemah lembut, penyayang, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati yang diuji dengan tujuh percintaan yang terpaksa dilaluinya. Yah yang terpaksa atau sentiasa memerlukan cinta kasih dan sayang dari seorang insan yang bernama lelaki telah merelakan dirinya untuk berkahwin sebanyak tujuh kali, mengenali hati budi tujuh lelaki.

Di sebalik kisah hitam yang dipalitkan oleh kisah kedua orang tuanya, Yah yang tinggal dengan neneknya tabah menghadapi tohmahan orang kampung. Setelah dewasa, Yah menjalinkan hubungan cinta dengan Ihsan (Aiman Hakim), seorang pemuda kampung yang baik budi pekertinya namun hubungan mereka tidak direstui oleh kedua orang tua Ihsan. Yah terpaksa menggadaikan cintanya dan akur dengan kehendak neneknya untuk berkahwin dengan Hj Dollah, seorang lelaki kaya yang 30 tahun lebih tua daripadanya, hanya kerana ingin membalas budi Hj Dollah yang banyak membantu mereka.

Kebahagiaan yang dikecapi Yah hanya seketika apabila Herman, anak Hj Dollah enggan menerima Yah sebagai ibu tiri dan terang-terangan menolaknya. Kesabaran Yah teruji, rumahtangga mereka mula merantakkan apabila Hj Dollah mula hilang kepercayaan terhadap Yah.

Setiap jodoh yang Allah tetapkan untuk Yah ada suka dukanya. Sekuat mana iman Yah, Allah sentiasa menguji kesabarannya. Namun, berjayakan dia menghadapinya demi mencari kebahagian?


 mereka-mereka ke si 7 suami itu? ;)


yah aka Izreen Azminda

salam sayang. PG

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. macam kan asha. PG baru tengok episod pertama dekat tonton.com.my ;)

      Delete
  2. tgk en3 ni br tau ade drama tajuk 7 Suami. nk tgk jgk lah :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yes, it will be. jom tengok sama ija :)

      Delete
  4. salam. ehehe drama rupanya..ingatkan gosip panas tadi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam cik itah ;)
      hehe. nampak tajuk mcm hot story je kan :D

      Delete
  5. Cerite nih memang best.. Selalu juga layan cerite ni, Tapi yang heran nye tetap nak kawen juga walaupun dah asyik kawen cerai.. Huhuhu...

    ReplyDelete
  6. harap takde persamaan dgn filem 7 Khoon Maaf.. =3

    ReplyDelete
  7. xtgk lagiii PG. nampak cam sdih je drama ni. hahaha. awat la xkawen je dgn aiman tu

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images