Tahniah|Sharifah Aleya Selamat Bernikah Kali Ke 2

Assalamualaikum. Hi Fellow.


taniah leya :)
Sharifah Aleya dan Suami Muhammad Azam Abdullah atau nama panggilannya Miko.
SETELAH hampir dua tahun bersendiri, penyampai radio dan pelakon, Sharifah Aleya kembali menemui cinta baharunya.

Lebih mesra dipanggil Leya, anak sulung kepada Fatimah Abu Bakar itu dilaporkan telah selamat bernikah dengan Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah.

Memetik laporan Facebook Artis Malaysia, mereka berdua diijabkabulkan di Masjid Al-Mukarramah, Sri Damansara Petaling dalam majlis serba sederhana.

Leya bercerai bekas suaminya pada 29 Februari 2012 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua anak kembar perempuan Aza Ameena dan Asha Ameena.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitter adiknya yang juga pelakon popular, Sharifah Amani dipetik sebagai berkata, "syukur alhamdulillah. Selamat semuanya.

"Terima kasih ya ALLAH. Restui mereka dengan cinta, kedamaian dan kegembiraan sehingga ke jannah. Insya-ALLAH. Amin," katanya
. Sumber : Sinar Harian

hehe. see, lama tak update blog kan.
much love. PG

Comments

  1. wahhh finally huhuhuhu
    :D lama tak dengar tengok2 kahwin dah balik ehehehe

    ReplyDelete
  2. diam-2 macam ni artis kahwin memang best. respect to both of them.

    ReplyDelete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara