30 January 2014

Review Novel | Kata Tak Rindu

Assalamualaikum. Hi Fellow ;)

Beberapa hari PG tak menyempat nak blogwalking adalah juga di sebabkan novel kat bawah ni. Best! :) PG cuma ambik masa 2 hari untuk habiskan baca novel ni. wa nampak sangat nak cepat baca sebab nak tahu ending novel ni kan. hihi. ok, bagi korang yang belum baca novel ni, PG nak buat review sikit memandangkan baru je habis baca. hihi. erk, macam kali pertama je PG review pasal novel kan? T_T


Novel Kata Tak Rindu by Siti Nur Dhuha mengisahkan tentang zafia yang mendaftarkan diri di Agensi Mencari Jodoh sebab sakit hati dan niat zafia iaitu ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya, shahril kerana telah bernikah dengan wanita lain yang juga musuh ketat zafia semasa depa di bangku sekolah menengah lagi. tanpa fikir panjang dan tanpa baca syarat dalam surat perjanjian, zafia terus menandatangani surat perjanjian tersebut tanpa berjumpa terlebih dahulu dengan bakal suami yang telah di pilih oleh Agensi Mencari Jodoh mengikut ciri-ciri pilihan zafia. 

ops. semasa zafia nak jelaskan yuran mendaftar di agensi tersebut, zafia terlanggar seseorang ketika itu. sapa ke? ;) ...........

Setelah berjumpa Aezwan or ewan, lelaki yang dikenali melalui Agensi Mencari Jodoh, zafia mula berubah fikiran. tidak mahu meneruskan perkahwinan tersebut. namun! zafia tidak dapat mengelak dari berkahwin sebab telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani olehnya tanpa membaca terlebih dahulu :) heee. sapa suruh tak baca dulu kan :D

Perkahwinan berjalan juga. zafia dan Aezwan terpaksa menjalani hidup berumah tangga. tidak serasi dan sering bergaduh. aezwan seorang lelaki yang terlalu berdisiplin, manakala zafia pula sebaliknya ;)

tiba-tiba di awal perkahwinan yang belum sampai sebulan, muncul kembali bekas kekasih lama zafia, shahril menagih cintanya semula, ingin memperisterikan zafia semula dengan alasan isteri pertama tidak di cintai beliau. heeee. mengada-gada betul kan. da la sakitkan hati orang, tup tup datang semula nak menagih cinta. heeee. tak sesuai la! then, aezwan dapat tahu. timbul rasa cemburu sebab aezwan sebenarnya da jatuh memeh cinta dengan zafia. ye la, isteri aper wei. then, satu kemalangan berlaku ketika zafia dalam diam pergi jumpa shahril tanpa pengetahuan suaminya. yes! apakah yang berlaku ketika itu.

dan..siapakah yang menjadi pilihan zafia. aezwan, suaminya atau shahril, bekas kekasih a.k.a cinta pertama mati beliau? hehe. korang harus baca la kalau nak tahu ending :D PG baca dalam 2 hari je tau. hihi.

much love. PG

6 comments:

  1. wah..layan novel dah akak..lama yumida x baca novel..rindu rasanya
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
  2. wah wah wah :D
    piwit kak PG hiks.
    Mcm best je hihih <3
    Qila tahu, mesti ewan menang kan? Hiks :P

    ReplyDelete
  3. salam...ayu blogwalking sini... ada masa nanti sudi2kan lah join segmen ayu ye...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/01/segmen-blogwalking-cny-bersama.html

    ReplyDelete
  4. macam suami dia je yang menang.
    takkan lah dia nak pilih si shahril tu pulak.
    kalau kat real world ni pun, perempuan manalah nak pilih ex-bf yg dah pernah sakitkan hati kita ni.
    ishhh.. aiceh.

    ReplyDelete
  5. salam singgah PG..minat novel juga ke ?? huhu

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes