Ariana Rose Drama | Percintaan Ariana Rose dan Tengku Adam | Sinopsis

Assalamualaikum fellow.

Ariana Rose drama memang bestkan.  Sapa tengok? sebab PG pun baru je tengok. tu pun da episod ke 2 or ke 3 tak silap. mama la mengumpan tengok sama. tapi manalah sempat PG nak tengok sekarang ni. suami ambik PG and sampai rumah pun da dekat 7.30 malam. sobsob. harap balik awal je la baru dapat tengok. tak pun pegi cyber bukan tonton.com, tengok online. huhu. nak harap internet dekat hp PG, memang tak bergerak langsung la wayang tu. sobsob.

sinopsis Ariana Rose (kredit to admya blog) or sebenarnya mengikut novel on this drama is The Wedding Breaker, do no why tak ikut je tajuk novel asal on this drama kan. but since the breaker wedding is ariana rose, that why kena letak tajuk drama dengan nama Ariana Rose. maybe? hehe.



Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.  Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. 
Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.
Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut. Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.
we hu! tak sabar nak tengok sambungan drama Ariana Rose malam ni. ;) dan tak sabar nak tengok watak si liyana aka nabila huda tu. watak dia memang menjadi kan? suker!

much love. PG

Comments

  1. cian pg ekk..kita pun tgk juga crita nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. tu la pasal. nak juga merasa balik awal dan duduk awal tengok drama ni :D

      Delete
  2. waaaaa..cite ni best!! suke2 ngn fathia...xsaba nk tgk mlm ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. horey! kita sama :)
      tengok sesama sat lagi ye :D

      Delete
  3. drama ni bez pg..lakonan menjadi...
    fathia mainkan peranan terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah'ah yumida :)
      PG nak cari novel tu sama. harap2 ada jumpa :D

      Delete
  4. cite febret ni PG, saya sambil tengok sambil sengih sensorang.. berangan hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara