shaklee

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

October 31, 2014

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Morning fellow. PG tengah join satu contest dengan hadiah sebanyak RM600 bagi kategori SEO. memang PG agak lemah dalam bab SEO, tapi itu bukan satu alasan untuk tidak mencuba dan berusaha kan? doakan untuk PG ya kengkawan, dan sebenarnya juga, PG harapkan bantuan dari rakan blogger PG selama ini yang sentiasa menyokong PG, untuk datang ke entri ini Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan dan korang cuma perlu klik button g+1 yang ada dibawah entri. itu sahaja. Apa pun, terima kasih PG ucapkan sebab telah sudi membantu PG :)



toodles!

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke 34, 35, 36 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang!

July 24, 2014

Assalamualaikum korang ;)

ni yang rasa macam tak sedap je tau. lama tak update blog ni. tapi Nuffy still baik hati dengan aku. sobsob. ni yang rasa macam nak nanges je T__T tengok. PG dapat CPUV/BE lagi. sungguh baik hati betul la nuffy sejak akhir-akhir ni dengan PG :D apa pun. terima kasih Nuffnang! Terima kasih juga pada pengiklan dari Fashion Pitch/Writers Unleashed / Mayfair Bodyline dan juga Rakuten sebab sudi beriklan di blog PG yang tak seberapa ni. terima kasih! :) mari baca sedikit tentang mereka ye ;D


1. Fashion Pitch/Writers Unleashed

Kempen iklan diatas adalah mengenai satu pertandingan menulis sebenarnya, yang mana juga objektifnya adalah bagi menggalakkan lagi dan meramaikan penulis dalam menghasilkan penulisan yang lebih kreatif. Sekaligus berpeluang memenangi hadiah bernilai RM12,500. Ar..adakah anda adalah salah seorang penulis yang kreatif atau anda malu-malu meow gitu kan nak menulis tapi sebenarnya anda mungkin ada mempunyai bakat untuk menulis? PG cabar korang, join kempen ini :D

untuk maklumat lanjut, korang boleh masuk dekat laman web yang PG share ni ok. http://mycreative.com.my . so apa tunggu lagi? tarikh tutup pertandingan 05 Ogos 2014 ni tau ;) keputusan pertandingan pula akan di umumkan pada bulan Oktober 2014 ini juga. Good luck korang!

2. Mayfair Bodyline!

Kempen ke 35 yang PG dapat dari Mayfair Bodyline. As korang tahu, Mayfair Bodyline sudah tentulah ianya adalah ke arah kecantikan, penjagaan plus etc untuk kaum hawa kan. Maka, kat sini, nak habaq depa tengah buat promosi program pelansingan of course badan starting now till september 2014 nanti. lama lagi la kan. nanti da sakan beraya, rasa-rasa nak kuruskan sikit shape ke apa ke, ar bolehlah ziarah Mayfair Bodyline :D kan. hehe. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik kat sini www.mayfairbodyline.com.

3. Rakuten.

awat nama kempen lain macam je :D hehe. ok, CPUV ke 36 dari Rakuten! first time dengar nama Rakuten ni. tapi tak pe. tak kenal maka tak cinta kan. hehe. Rakuten adalah laman web secara atas talian yang kita boleh shopping melaluinya. kira online shopping la kan. Dengar-dengar rakuten is Number One Online Shopping Mall dekat Japan. Now in Malaysia. Yang ni korang kena pegi tengok sendiri. Sambil-sambil tu bolehlah kot korang sopin untuk raya terus kan? ;) Untuk maklumat lanjut, klik sini Rakuten.com.my

ok! itu sahaja nak habaq and share dekat korang! oh ada satu nama pelik SWEET PIE kat situ kan. hehe. tu blog PG juga tau. kalau nak follow kat sana or sini pun boleh sahaja :D

Terima Kasih Nuffnang!

salam sayang. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke-31, 32 dan 33 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang

July 09, 2014

Assalamualaikum. Hi fellow :)

syukur, syukur alhamdulillah. kemarin gatal tangan check acc Nuffnang, tetiba je ada CPUV/BE masuk :) terima kasih nuffnang! syukur alhamdulillah. rezeki :) moga-moga on going akan kekal lama kat situ, maybe? ;)






terima kasih nuffnang,  terima kasih dove and thanks kastam malaysia! sebab sudi beriklan dekat blog PG ;)

artikel berkaitan:

salam sayang. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke-30 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang

July 07, 2014

Assalamualaikum. Hi.

syukur-syukur alhamdulillah. hari ni bila check acc Nuffnang, syukur alhamdullillah, PG dapat CPUV atau BE lagi. CPUV yang ke 30 ini, datangnya dari Oldtown White Coffee :) Terima Kasih Nuffnang! macam tau-tau je PG memang suka dok lepak Oldtown :D

Untuk makluman korang sama, Oldtown tengah buat promotion tau. Jimat RM10.00 bila When You Purchase any Set of Rendang Chicken yang bernilai RM19.90, Set Rendang Beef yang juga bernilai RM19.90 dan juga set Ayam Masak Merah yang juga bernilai RM19.90. WOW! Awesome kan ;) kalau nak makan makanan yang lain pun, ada juga.



Apa pun, korang bolehlah layari Oldtown White Coffee di sini (Oldtown), and i wanna say, thanks so much dekat Nuffnang dan Oldtown sebab sudi beriklan dekat blog PG. TQ! ;)

salam sayang. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke- 26, 27, 28 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang!

July 04, 2014

Assalamualaikum. hi fellow :)
agak jarang update kat sini, tapi nuffnang masih sudi berikan PG BE atau CPUV. Itu pun masih on going kat situ ;) terima kasih nuffnang :D


kali ni PG dapat BE dari Huawei Ascend P7, smartphone baharu keluaran dari Huawei. Terima kasih Nuffnang, terima kasih Huawei kerana sudi beriklan dekat blog PG :)

juga PG mendapat iklan dari Ikea! bersempena dengan kempen jualan mereka masih berlangsung juga, iaitu pada 28 jun 2014 lagi sehingga 06 julai 2014 ini. masih ada masa lagi lah sekiranya korang nak pergi membeli belah sempena hari raya aidilfitri yang tak lama lagi bakal tiba. hehe.

apa pun, terima kasih nuffnang! moga-moga nuffnang sudi berikan juga BE untuk blog baru PG kat sini (mrsyatie) hehe.

salam sayang. PG

mrsyatie segmen

First Mini Giveaway Topup by Mrsyatie

June 23, 2014

Assalamualaikum!

PG nak jemput korang semua join First Giveaway anjuran PG juga. First Giveaway untuk blog baharu PG. Jemput join, sekaligus support blog baharu PG ya. Giveaway seminggu je tau :D


Klik Banner untuk join :-)
Terima Kasih korang :-)

Salam sayang. PG

tukar blog lagi

KHIDMAT PESANAN MASYARAKAT | JOM FOLLOW BLOG BARU PUAN GOJES ♥

June 20, 2014

Assalamualaikum ;)


hi PG followers! :) PG nak bagitau kat korang, PG mungkin akan update blog selepas ini dekat BLOG BAHARU PG. boleh klik kat sini > MrsYatie < kenapa? ar, nanti PG update kenapa dekat blog baharu PG pula. hehe. Apa pun, PG masih still akan berada di sini, dan akan jarang update kat sini. Anything new about PG, yes, PG akan update more and more dekat Mrsyatie blog pula. So, jika tidak keberatan, bolehlah follow PG kat sana pula ya. Muah Muah! 


pakcik google! pinjam gambar awak lagi tau :D

Salam Sayang. Puan Gojes. 

Blog baru

Follow Jom :-)

June 16, 2014

Assalamualaikum.


Kredit: Google

Hi fellow :-) PG nak bagitau ni, selain blog ni, PG telah pun buat satu lagi blog. Hihi. So, kengkawan, rakan, sahabat handai PG yang selalu, melawat, ziarah PG tu, bolehlah datang support blog PG lagi satu tu ya :-) boleh klik SiNi :-)

Salam sayang. PG!

#dressbymama♥

Dress by Mama | Terima Kasih Mama :-)

June 10, 2014

Assalamualaikum :-)

Hi fellow. Hari ni masuk kerja, pakai skirt yang mama jahitkan. Selalunya aku akan servey dahulu design yang macam mana aku nak. Lagipun, sekarang ni kan banyak sungguh kengkawan kita yang meniaga pakaian, skirt, tudung secara online. Boleh je kalau nak jadikam contoh nak buat baju sendiri :-)

Macam skirt yang aku pakai kat bawah ni. Kalau korang perasan, skirt ni da ramai yang pakai macam ni kan. Cuma kat belakang tu, aku da minta mama jahitkan kain panjang ganti tali pinggang. Boleh buat ikatan reben kat situ. Kengkawan office pun kata lawa skirt tu. Hehe. Lepas ni, inshaAllah, nak plan meniaga secara online. InshaAllah. Kena plan betul² gak tu :-) apa pun, terima kasih mama!


Salam sayang. PG

tonton wayang

Tonton Wayang | X-Men Days Of Future Past

June 08, 2014

Assalamualaikum.

Morning fellow! Amboi. Bersemangat! Ok, kemarin petang aku pegi tengok wayang x-men ni. Sebelum tu, wanna say thanks so much kat hubs bff sebab bagi tiket free untuk aku. Hehe. Last minute juga dapat tiket free ni. Nasib sempat masuk panggung belum start wayang lagi. Hehe.

Ok, citer kali ni, kita akan dibawa mengembara ke zaman tahun 1973, zaman lampau, zaman muda mudi x-men, dan zaman belum pun x-men sekarang berjumpa dan besatu. Citer ni akan merubah sejarah x-men. Kira yang mati di zaman selepas tahun 1973 tu, watak yang telah tiada, dihidupkan semula, dan merubah persepsi rakyat bahawa x-men adalah juga penyelamat dunia.


Wa gitu. Simple je aku nak review. Supaya korang boleh pegi tonton sendiri wayang ni. Ok? :-)


Hehe. Selfie itu harus ;P

Salam sayang. PG

tonton wayang

Tonton Wayang | Contracted

June 07, 2014

Assalamualaikum!

Hi fellow! Ni cerita kemarin. Tak menyempat nak update kemarin, dek sebab lepas tengok wayang, tetiba je maigrain attack. Sungguh tak boleh nak bawa berbincang betul pakcik maigrain ni nak mai. Agak2 la nak datang. Bolehlah prepare apa yang patut. Huh! Ok! Abaikan tang tu. Balik pada tajuk asal yes.

Kemarin, macam biasalah jumaat, pegi tonton wayang dengan geng kaki wayang. Huhu. Kali ni tengok wayang genre ala-ala seram ghost gitu. Tapi sebenarnya, tak la ghost sangat pon! Suspen je lebih. Hurm.

Ok, cerita ni mengenai si cantik samantha or called her sam sahaja. Sam mengalami beberapa insiden yang agak mengelikan juga. Dari starting day 1 sehari selepas dia menghadiri party dekat her friend, alice. Semua benda pelik hapend after sam talk to one guy called BJ. BJ ni ada kes dengan polis.

Then starting day 1 until lah day 3 of 3, sam mengalami detik-detik hidup yang menyukarkan. Dia having sex dengan BJ then kena virus yang menyebabkan hidupnya brrubah 100%, then dia putus cinta dengan nikky. Her gf lesby. Actually, sam is lesbian. Bila nikky dapat tahu sam having fun dengan another guy, nikky decide to broke their relation, tapi sam sukar terima and dia bunuh si nikky time tu juga. Then, dia bunuh alice too. Sebab sam ingat, alice cemburu dengan hubungan sam dengan nikky. Apa jadi dengan sam selepas tu? Ar korang kenalah pegi tengok. Hehe. Sebab? PG nak korang sendiri nilai and tonton movie ni sendiri :-)

Contracted
Director : Eric England
Starring : Najarra Townsend, Caroline Williams, Alice Macdonald
Genre : Thriller / Drama / Horror
Language : ENGLISH
Released Date : 04 June 2014 
The night after a party Samantha wakes up in her house. She shows symptoms beyond that of a severe hangover but irritably tells her mother that she is fine. At the restaurant where she works, Samantha has trouble eating and performing her job. Although reluctant to seek medical assistance for fear that Nikki will find out that she has contracted a sexually transmitted disease from a male, she eventually visits her doctor, who believes her to have a rash and infection, but only, it turns out to be much worse.

Kekeke. Yatieowner its me too :-) boleh nampak tak berapa bintang aku bagi kat movie ni? :D happy weekend semua! Muah²!!

Salam sayang. PG

birthday

Belated Gift | Terima Kasih!

June 06, 2014

Assalamualaikum. Hi fellow :-)

Masuk office pagi tadi nampak benda ni kat atas meja kerja aku. Waa, terima kasihlah cik daud! Bolehlah buat tuala travel. Ye la skg ni asyik kadang dok balik inanam, kadang dok balik rumah mama kat tuaran. Tak sempat kadang nak fikir nak kena bawa benda-benda yang penting macam tuala mandi, berus gigi, sabun mandi dan sebagainya. Kalau semua benda ada dalam kereta, senanglah! La ni, cik sawi (savy) en. Suami tu, da jadi macam rumah kedua da ;D macam-macam ada dalam tu. Kekeke.


Oh, sebut pasal tu, terima kasihlah buat PG office mate, sebab tahun-tahun buat majlis birthday, even belated sekalipun, tapi korang still nak make it hapend juga :-) terima kasih korang. Sayang korang ketat-ketat! Muah muah ;D

Salam sayang. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke-26 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang!

June 05, 2014

Assalamualaikum.

Hi fellow! PG datang lagi. Rajin bebenor pula update blog hari ni. Kekeke. Ok, tadi petang PG update dapat cpuv yang ke dua poloh lima kan, ar malam ni nak habaq, dapat lagi cpuv dari nuffnang! Yang ke dua poloh anam ;D heeee. Nuffnang, awat baik hati sungguh sih?! :-)


Cpuv kali ni datang dari DKSH-Tiger Balm Mosquito. Apa pun, terima kasih Nuffnang :-)

Salam sayang. G

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Ke-25 dari Nuffnang 2014 | Terima Kasih Nuffnang!

June 05, 2014

Assalamualaikum, hi fellow! :-)

Lama sangat tak masuk blog, lupa pula nak apdate apa yang wajib. Hehe. Semalam aku ada share dapat cpuv ke sepoloh hingga dua poloh lima tu kan (wa angkaaaa je banyak kot. Earnnya ciput je. Hehe. Apa pun syukur tau), and then yang ke-25 tu, masih ada on going! Datangnya dari produk penjagaan wanita Lactacyd! Horey!!! Terima kasih Nuffnang :-) saya tahu saya jarang update blog, tapi Nuffnang masih nak bagi rezeki kat saya. Terima Kasih again and again Nuffnang! Muah-muah love u! :-)


Ciklisa, pinjam gambar awak ya :-)

Salam sayang. PG

Cerita cinta kita sinopsis

Drama Cerita Cinta Kita Sinopsis

June 04, 2014

Assalamualaikum. Hi fellow :-)

Ada yang tengok tv3 tak tadi? Drama baru lakonan Pelakon Comel Wawa Zainal dan suaminya sendiri, Pelakon Aeril Zafrel. Tau korang da senyum sumbing depan tv sebenarnya? Hehe. Bestkan? :-) ok, ni drama pertama depa berlakon bersama sebagai suami isteri tau. Korang yang tak tengok lagi, bolehlah tengok kat laman web tv3, tonton.com.my! Sebelum tu, mari baca sinopsis drama ni. PG kredit sepenuhnya dekat blog Buddiey!


Sinopsis Drama Cerita Cinta Kita:
Drama bersiri yang berlatar-belakangkan tahun 80-an ini menyingkap sebuah cinta agung antara Adam (Aeril Zafrel) dan Salmah (Wawa Zainal). Semarak cinta mereka bermula ketika Adam berumur 24 tahun manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu.
Keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di sebuah Maktab Perguruan. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah telah membawa Salmah pulang dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur. Adam dan Salmah telah menulis surat untuk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati.
Lima tahun berlalu tanpa khabar berita tetapi Adam tetap merindui dan mencintai Salmah. Salmah pula menganggap Adam telah melupakannya. Dia yang kini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin (Dazrin Kamarudin). Ibu Salmah, Melati gembira dan lega selepas Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tetapi juga membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia.
Adam telah bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas itu, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur namun dia sungguh kecewa apabila mengetahui hakikat bahawa Salmah telah berkahwin. Salmah pula menjumpai surat-surat Adam yang disimpan oleh ibunya dan akhirnya faham kenapa dia tidak menerima khabar berita daripada Adam selama ini.
Adam membuat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Dia tidak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Dr. Khairudin dan Salmah. Salmah telah memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula telah memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi menjaga batas pergaulan.
Dr Khairudin yang marah dengan hubungan Adam dan Salmah telah bergaduh dengan Salmah dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kereta mereka terbabas. Dr Khairudin terbunuh manakala Salmah pula koma. Kematian Dr Khairudin juga membongkar rahsia bahawa dia telah berkahwin dengan Rokiah dan mempunyai 2 anak.
Salmah kini hilang tempat untuk bergantung. Demi cinta, Adam telah memindahkan Salmah yang mengalami amnesia ke pusat jagaan malah Adam juga terpaksa berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menjaga Salmah. Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Salmah pada usia hampir lewat 30an.
Namun kebahagiaan yang dinikmati oleh Adam dan Salmah tidak berpanjangan kerana ingatan Salmah semakin merosot. Adam terpaksa mengulang setiap yang mereka pernah lalui bersama setiap hari kepada Salmah. Mungkinkah satu hari nanti, Salmah akan lupa siapakah Adam dalam hidupnya?
Hehe. Korang, maapkan saya ye jika entry nampak berserabut ;) entry post dari asus fonepad 7 PG ;D
Salam sayang. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

CPUV Nuffnang Ke-10 hingga Ke-25 Tahun 2014 | Terima Kasih Nuffnang

June 04, 2014

Assalamualaikum!

Hi again fellow. Honestly, lately memang aku agak jarang nak update blog, dek kerana aku tak pakai lappy aku lagi da! dan blog, i mean laman web blogspot dekat office da kena sekat. (heeeee. Macam depa tau-tau je kot aku mempergunakan kemudahan internet kat pejabat. Sengal!) sangatlah memeh.

Tapi. Disebalik itu semua, Memehlah kan. Sambil-sambil aku buat dek je gitu, Nuffnang! Yes, Nuffnang still masih nak bagi rezeki kat aku. Sobsob~ terima kasih Nuffnang! Macam hang tau-tau je kot aku tengah menghadapi masa kesukaran aku la ni. Terima kasih Nuffnang. 


Horey! Ada ads On Going kat situ. Terima Kasih Nuffy :-)

Tapi. Tapi. Tanpa kengkawan bloggers yang sudi mai blog PG, mungkin aku tak kot menerima BE dari Nuffnang. Korang, terima kasih ya sudi mai blog PG. Sayang ketat kat korang :-) muah-muah!

Salam sayang. PuanGojes

segmen

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

June 04, 2014

Assalamualaikum, hi fellow :-)

Lamanya PG tak join segmen! But. Tak pa. Kali ni PG nak support dan sekaligus join segmen giveaway by syuhadabaharudin blog, bersempena dengan ulangtahun perkahwinan beliau :-) korang yang nak join sekali, bolehlah join sama! :-)


Klik banner kalau nak join naaa :-)

Buat Pn. Syuhadabaharudin, PG nak ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-8 :-)

Salam sayang. PG

Bengkel audit akses

Bbq Time!

June 04, 2014

Assalamualaikum, hi fellow! :-)

Ni cerita ahad lepas, bbq yang tak di rancang tapi dengan tiba-tiba semua ok and yang di undang pun datang :-) next time kena buat plan baik punya okei!


Berbaju oren gelap gulita itu adalah en. Suami PG :-)


Sebahagian dari family PG :-)

Oklah, itu saja PG nak update. Nanti sambung lagi :-) (entry update from asus fonepad 7 PG)

Salam sayang. PG

Bengkel audit akses

Bengkel Audit Akses Dalam Persekitaran Alam Bina Pihak Berkuasa Tempatan 2014

June 03, 2014

Assalamualaikum. Hi fellow :-)

Hari ni ada kursus dekat kingfisher, our pusat pembelajaran. Kalau ada kursus anjuran jabatan PG, memang selalunya buat kat sinilah. Senang je nak jumpa. Hehe.

Ok, sebut pasal kursus, hari ni ada bengkel. Juga esok. Ar, tengoklah tajuk panjang gedebak kan. Melibatkan badan bukan kerajaan, i mean NGO tempatan. Seperti pusat mengasih orang-orang pekak, buta macam tu. Selain NGO, Jabatan Kerajaan such like Majlis Perbandaran Sandakan, Papar and etc pun ada.

Ok, bengkel audit akses ni diadakan untuk melihat dan kalau boleh untuk penambahbaikan pada sesebuah bangunan, (contohnya) samada bangunan tersebut ada atau tidak menyediakan kemudahan untuk kawan-kawan istimewa kita. Iaitu Orang Kurang Upaya (OKU). Contohnya? Toilet. Toilet khas untuk golongan OKU, kenalah ada. :-) rata-rata PG pegi mall, memang telah adalah disediakan. Syukur alhamdulillah.

Ye la, golongan seperti depa juga manusia seperti kita kan. Evendo depa agak berbeda sedikit dari kita yang normal, tapi as long mereka adalah mampu untuk bergerak, ke aper ke, kemudahan-kemudahan untuk mereka ini, patut and bagi PG, haruslah diadakan.


Yes! Its me :-)

Hari ni PG menjadi urus setia untuk kumpulan 3. Fasi bersama, en. Aiman. Bangunan Canselor, UMS Sabah telah dipilih untuk melihat kesesuaian, kekurangan dan sekaligus memberi sedikit pandangan penambahbaikan untuk masa hadapan, bagi mereka si golongan istimewa ini. :-) kan 1Malaysia namanya? :-)


Seperti 2 tahun yang lalu, 
Ras Adiba Radzi was there :-)

Suprise pula. Ingatkan tak de Ras Adiba. Hehe. Dia sangat cantik ok. Lembut sangat. PG pernah tulis tentang Bengkel ni back 2 years, kalau rajin, silalah baca :-) PG stop kat sini dulu. 

Salam sayang. PG

asus fonepad 7

Masam Masam Manis Jom Tonton!

June 02, 2014

Assalamualaikum. Hi fellow :-)

Korang buat apa wei? Da tido belum?! Hehe. PG tak tido lagi ni. i mean, tak dapat tido :-) Esok confirm mengantuklah kat tempat kerja ;( While tak dapat tido ni, jom teman PG tonton citer P.Ramlee masam masam manis :-)


Pakcik google pinjam gambar ya :-)

Kalau korang nak tahu, dulu masa kecik-kecik, masa tu masih zaman tape bagai, kita ada koleksi citer P.Ramlee ni tau. Memang layan habislah citer ni. Masa tu kan tak banyak lagi drama, citer hiburan bagai. Paling femes memes pun masa PG kecik-kecik is, citer hantu indon. Adui. Memang peminat fanatik giler la citer-citer indon ni. Alamak, da terlebih cerita pula kan. Hehe. Ok jom! Tonton masam masam manis :-)
(Hehe. Entry taip menggunakan asus fonepad 7)

Salam sayang. PG

perkahwinan baru abby abadi

Farhan Lepas Cerai Kepada Abby Abadi 2 Kali?

May 29, 2014

Assalamualaikum fellow ;)

ye kan? tak pe la. da namanya jodoh.
apa pun, semoga abby tabah menerima dan menjalani hidup seperti biasa selepas ini. ;)

kredit to : beautifulnara

Kata Abby Abadi:-
Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah.

salam sayang. PG

#sekilas

Kerinduan Yang Tidak Tertanggung ;(

May 28, 2014

Assalamualaikum Fellow :)

 uncle google, pinjam gambar awak lagi ye :D

lamanya PG tak berada dekat belog. ;(
ada yang tercari-cari PG tak?
or, maybe ada yang rindu dekat PG tak ni? sobsob.
tak de? ok baiklah! (tarik muka sat. hehe)
maaf ya. lately PG agak sibuk.
pegi kursus dan urus mengurus kursus.
tak de la banyak mana pun sebenarnya.
cuma komitmen tu kenalah harus ada kan ;) hehe.
so, PG nak minta maaf sesangat sekiranya ada yang ziarah PG kat sini,
and PG tak berkesempatan nak balas jejak korang.
inshaAllah, free nanti, PG jejak korang semula tau.
and thanks too, sebab masih ada yang sudi isi tabung PG kat sini ;)
thanks so much tau. sayang ketat-ketat kat korang ;)
rindu kat korang juga :)

salam sayang. Puan Gojes ;)

laptop

Sampai Jumpa Lagi Cik Lappy T_T

May 05, 2014

Assalamualaikum.

morning fellow.
maaf ya, from now, PG hanya akan update belog pada waktu kerja sahaja. memandangkan laptop PG, PG tak pakai lagi da. i mean, telah bertukar tangan, atas sebab-sebab yang tertentu. maka, PG akan menggunakan sepenuhnya internet ofic (hehe) untuk update apa yang patut. T_T

pakcik gugil, lawa laptop :)

hari ni sibok sikit. nanti PG updatelah apa yang patut ;)
salam sayang korang. PG

diana amir dan suami

Bawa Suami Pun Menjadi Isu | Diana Amir

May 02, 2014

Assalamualaikum.

salute la dengan diana. mana dia pegi bawa suami dia. tak pe la kan. suami dia pun. asallah mentaliti rakyat kita ni erk. suka sangat nak buat propa bagai. adakah ini sebab mereka-mereka yang mengata itu mereka-mereka yang belum bernikah kawen dan tidak tau kelebihan dan betapa bestnya bila kita pegi mana-mana ditemani suami. hehe. tapi kalau PG, memang PG jarang nak bawa suami pegi attend majlis anjuran ofic.ada pun, sekali dua yang boleh di bilang dengan jari tangan. kekeke.

 kredit: beautifulnara
“Baguslah saya bawa suami, nak bawa siapa lagi? Kenapa benda yang halal orang nak pertikaikan? Benda tu lagi bagus. Kira mengelakkan fitnah. Kalau pergi sorang-sorang lagi bahaya sebab saya perempuan. Jadi saya bawalah suami, memang orang yang sepatutnya melindungi kita. Saya rasa tak ada masalah.
Kalau saya pergi shooting biasanya dia tak ikut. Yang mana dia ikut ialah kerja-kerja macam forum. Sebab forum biasanya saya pergi jauh dan balik malam. Kalau pergi shooting, saya nak dia ikut tapi dia yang tak nak,”
MiG Online sebaliknya memuji sikap Diana Amir yang tak membelakangkan suaminya walau dalam apa jua yang dilakukannya. Tu la ciri-ciri isteri solehah, kan? KREDIT: metrowealthpictures.net
 sokong diana ;)
salam sayang. PG

#sekilas

Untitled Post T_T

May 02, 2014

Assalamualaikum.

after all hapen.
sebenarnya malas nak banyak bunyi.
makin banyak bunyi. makin banyak benda yang keluar.
makin banyak hati yang terguris terhiris dan ter segala.
betullah...diam itu lebih baik...

pakcik google juga baik. 
tak pernah nak merungut dek sebab aku selalu pinjam gambar dia :D

sayang ketat kat korang ok. PG

masalah blog

My Blog List Problem T_T

April 30, 2014

Assalamualaikum. Holla Fellow.

ni PG nak tanya, macam mana nak dapatkan kembali kita punya senarai bloglist yang kita follow erk? sebab PG da try berkali-kali. tapi still tak keluar senarai bloglist tu T_T menyampah sungguh. ada sapa-sapa pernah mengalami kejadian yang serupa tak? share sikit macam nak dapatkan semula benda tu T_T

tolong on me!! T_T

sayang ketat kat korang. PG

shaklee

Produk Pemecah Lemak Terhebat dari Shaklee | Hubungi Pengedar Shaklee Mamafiyya Blog

April 24, 2014

Assalamualaikum. Hola Fellow :)

mari baca. mari baca. lelong lelong lelong! 
ikan basung satu kilo tiga inggit sahaja weiiiii!! :D
tak de la. aku gurau sahaja.
ni PG nak share. mamafiyya blog
mamafiyya salah seorang pengguna shaklee. also mamafiyya juga adalah pengedar sah dan sahih shaklee. maka. kalau korang nak dapatkan stok ke aper ke, do please, can contact mamafiyya gitu.
mamafiyya say ' Kekangan Bajet?????Jgn risau!!terus hubungi mamafiyya insyaAllah mamafiyya akan membantu anda ~ 019-5632038/011-10830519' 
terima kasih mamafiyya. semoga mama sentiasa dimurahkan rezeki. amin-amin ;)

her husband too adalah pengguna shaklee tau. 
kalau nak baca tentang her husband dengan produk ni, boleh baca kat SINI (klik je)

comeinya banner :) 

ok. bolehlah hubungi mamafiyya ya :)
ni bukan iklan penaja tau. ni PG saja share dengan korang.
kot-kot korang nak cari pemecah lemak yang belum di jumpai sebelum ini. maka.
shaklee mungkin boleh menyelesaikan masalah korang. maybe? hehe

salam sayang. PG

#sekilas

Let It Go!! Let It Go!!! :D

April 24, 2014

Assalamualaikum. Morning Fellow :)

aip. aip. mana datangnya lagi 10 orang manusia yang ada dalam blog PG ni :D
terima kasih ya singgah mai sat :D
ni cerita semalam punya pasal.
sambungannya pagi ni T_T punyalah main teruk.
memulas perut tahap kosong perut. tapi masih nak juga LET GO apa yang patut. kekeke.
sapa pernah alami keadaan macam ni? kita geng okey. ahaha



punya main teruk :D

salam sayang. PG

#sekilas

19 . Terima Kasih Korang!

April 23, 2014

Assalamualaikum Fellow. 

19? mana datang manusia-manusia yang ada dalam blog PG ni?
terima kasih singgah melawat blog PG ya :D


terima kasih ziarah PG :)

blog PG ni tak de apa-apa pun sebenarnya.
banyak sembang pasal hal peribadi yang membosankan tu. hehe
tutorial? tak banyak mana pun.
tips nuffnang? ada sikit je. hehe. kalau nak tengok bolehlah klik bar kat situ ya :D
tips kecantikkan? hehe. lagilah sikit kedekut tahap gaban. kekeke.
apa pun. terima kasih ya ziarah blog PG and singgah sini.
kalau sudi tu, silalah klik apa yang patut kat sini. hehe. toceh-toceh ;)

sayang ketat-ketat kat korang kalau gitu ya. PG

#sekilas

Too Hot Yes!

April 23, 2014

Assalamualaikum fellow.

aku dari luar tau. i mean, berurusan dekat luar pejabat.
subahanaAllah. cuaca tak boleh nak cakap ar.
panas terik. dahaga macam time pose gitu.
la ni. maigrain la pula T_T
adui. korang yang nak pegi berurusan dekat luar tu, make sure minum banyak air k.
PG da minum sebotol air mineral.
harap-harap lepas ni ok.
banyak kerja T_T

yesss too hot pakcik google T_T

salam sayang ketat kat korang tau. PG

CPUV Campaigns - Nuffnang

Cpuv Nuffnang 6, 7, 8, 9 Untuk Tahun 2014 | Terima Kasih Nuffnang

April 22, 2014

Assalamualaikum fellow ;)

adui. teruk betul perangai kan. kedekut sangat sampai malas nak share earning nuffy T_T tak la wei. kan da bagitau. i'm super bz and lazy lately. kekeke. tapi ni aku nak share segera mungkin je dekat korang. earning CPUV 4 serentak terus dapat dari nuffnang. masih date yang sama. tapi ntahlah. mungkin lain-lain url ads kot. ntah. serius tak tahu. hehe. apa pun, aku still nak ucapkan terima kasih buat nuffnang, sebab sudi bagi ads bertaburan dekat blog aku ni. terima kasih nuffnang. korang. aku share dengan korang je la. earning tak banyak ribu riban pun. jadi, maka. jangan jeles k :D

terima kasih nuffnang ;) i love lob u more. kekeke

korang can click HERE. PG ada share sedikit tak banyak pasal nuffnang yang ada kaitan dengan blog PG. kot-kot boleh menjadi panduan ke aper ke untuk korang. sebab, PG still learing about nuffnang. so, jangan expect yang PG pandai sangatlah tentang nuffnang ya :) bye!

salam sayang ketat-ketat kat korang. PG

#sekilas

Nature Feeling ❤

April 21, 2014

Assalamualaikum.

korang! aku rasa macam nak nanges je sekarang ni. bukan sebab aku banyak kerja. tapi aku banyak masalah.  hurm. tak la banyak mana pun. cuma masalah yang satu ni yang aku rasa aku tak dapat nak handle, jadi aku rasa aku macam nak nanges meraung-raung, gulik padang rumput bagai gitu semua pun ada. lari-lari anak lagak kanak-kanak riang merajuk pasal mak depa tak kasi beli gula-gula tangkai, tak pun aiskrim coklate dalam plastik dua posen tu. korang ada? T_T

jadi aku rasa aku stress semacam je hari ni. tapi syukur alhamdulillah la, hal peribadi dengan kerja memang aku reti nak membezakan (kadang . hehe) jadi kerja aku still go on. tak terganggu pun. cuma tu la, surat kakak aku yang dia suruh aku buat tu, aku tak buat-buat lagi. sumpah. tak de idea nak karang surat engko tu =D inshaAllah,esok maybe? :)

oh bye the way, minggu depan our bahagian akan di audit untuk kali kedua i thing. kan bos? ;) so, our persediaan sudah ada yang ok kot. part aku baru nak start esok. sebab sat tadi aku da email untuk all kerani fail minta staff punya fail and buku perkhidmatan. nak audit dalaman sikit. supaya cantik sikit perjalanan audit yang sebenar tu nanti. bukan senang nak dapat bintang dari audit ni, banyak benda nak kena pandang dan tengok betul-betul. hehe. tapi itulah, semuanya kena bermula dengan team yang baik. team yang baik, maka kerja pun ok je la. kalau team tak ok, maka! NCR la jawapnya. (pandang je aku mengarang kan :D)

 sumber : google

so. oh cerita dekat atas tu. ye. aku memang rasa nak nanges sebenarnya. sebab mungkin ada benda yang aku tak boleh nak kawal and bila telah terjadi witout my kawalan, aku rasa macam, sedihlah semacam. ye la kan. kita ni kadang nak benda yang baik-baik je hapend dengan hidup kita. tak nak la benda yang tak elok hapend kat kita kan. kalau boleh, yang tak elok tu, shu shu, u saka lari jauh-jauh gitu. ahaha. ni la kalau terlampau tengok drama melayu. kekeke. then, bila hapend macam ni, aku rasa down, give up, mulalah rasa stress. mulalah nak salahkan orang lain. sedangkan kesalahan sebenarnya tak nampak starting from my self. macam tu. jadi. ye la. aku sedihlah. sedih dengan apa yang hapend. hurm. jangan risau. apa yang jadi tak besar mana pun. cuma aku, perasaan aku, aku jenis tak suka cari masalah. and when, ianya bersangkut paut dengan aku, aku rasa, aku turut terganggu T_T but, yes. jangan risau. PG ok. ;)

salam sayang ketat-ketat kat korang okei. PG

#sekilas

Hurm~

April 21, 2014

Assalamualaikum.

fellow. aku stress!

 pakcik google pinjam gambar T_T

salam sayang. PG

#sekilas

Makan Mangga ;)

April 17, 2014

Assalamualaikum. Morning Fellow ;)



ar ambik. PG tinggalkan korang dengan PG lunch kemarin. hehe.
jangan ada yang pagi ni rasa macam nak je panjat pokok mangga belakang umah ;D
PG nak keluar bekfes. bye!

salam sayang. PG :)

encek suami

So Annoying!

April 14, 2014

Assalamualaikum Fellow .

hari ni serius sumpah tak de mood nak buat kerja. bukan pasal monday blues. tak de maknanya. tapi ini semua di sebabkan dealing with adam pagi tadi agak meng annoying kan jiwa dan raga. T_T ntahlah. lately ada je perkara yang meng annoying kan bagi aku yang aku rasa tak berkenan langsung ever apa yang suami aku tu buat. rasa macam nak *&^%$%*(&)*) bagai. boleh? T_T

 sumber: google

nak kata aku bendera merah, tak juga. arrr fed up aku! mungkin aku je kot yang lebih-lebih mengada minta puji T_T ntahlah. banyak betul yang meng annoying kan yang aku nak kata. tension! see? lately ada je aku post pasal tension ni kan? T_T

salam sayang. PG

mawar fareeda

Banyak Cara Untuk Berfesyen :)

April 13, 2014

Assalamualaikum. Morning Fellow.

da tak de isu nak gosip sangat ke sampai isu tudung yang tak cukup panjang tu juga yang menjadi propaganda terhebat kat malaya sekarang ni. adoi. cukup-cukuplah dek non oi. pihak admin mawar fareeda pun da tampil bagi penjelasan. no need kot di panjang-panjangkan isu ini.



PG mengaku juga tak mampu nak beli tudung fareeda ni lagi. bukan setakat tak mampu. tapi more to orang kata, berfikirlah sebelum berbelanja. harga satu tudung fareeda, PG tak tahu sebab tak ambik tahu pun. tapi ada few kengkawan PG kata, tudung tu harga dia mahal. who care kan? dia meniaga. lantak dia la kot nak bagi harga berapa. kita ni sebagai pembeli, sepatutnya kita yang kena pandai dan bijak untuk mem per banding kan harga. yes. kalau tak mampu, jangan menyiksa diri untuk beli. betul tak?

tapi kat sini. isu nya is. kata-kata yang di keluar kan. yes. itu isu sebenar. bukannya isu tudung itu bagi PG la. apa pun. pihak mawar pun da tampil beri penjelasan kan. alo. tak nak la pasal isu ini, nama madam ros si cantik manis tu buruk T_T tak mau tak mau ya. da sudah la tu. ;)


sumber: beautifulnara

salam sayang ketat kat korang okei :D PGiS

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images