31 December 2013

Sopin New Year :D

Assalamualaikum. Selamat malam fellow :)

PG tak pegi tengok sambutan Countdown Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Sambutan Tahun Baru 2014 Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada malam ini, dan rasanya majlis da pun bermula :D nak duduk rumah update blog. tengok tv, makan, sembang dengan mama lagi best. hehe. 

Ok! tadi sopin. yehuu! sempatlah rembat dua tiga ketul barang keperluan peribadi sendiri. Sementara tunggu en. suami ambik petang tadi, and memang niat nak sopin, ar tengok apa PG grap untuk diri sendiri. hihi. 


PG fav BB Cream dari Maybelline, Siri Pembersih Mekap Pixy PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion (tengah) dan juga Siri Pembersih Mekap Pixy PIXY Single Step Liquid Foam for Makeup


lipstik Revlon. kekeke, tiba-tiba ada lipstik kan ;)

Apa itu Siri Pembersih Mekap PIXY?
Siri Pembersih Mekap Pixy adalah satu cara sempurna untuk menanggalkan mekap secara cepat dan berkesan. Ia mampu menanggalkan segala jenis kosmetik seperti bedak asas, penyamar noda, gincu, celak, maskara, krim BB dan tabir matahari. Ia mampu membersih, melembap dan melindungi kulit dengan hanya SATU LANGKAH.

PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion:
Formulasi terbaru berasaskan air 100% yang menggabungkan keberkesanan pembersih mekap dan penyegar dalam satu langkah tanpa bilasan!

cara pakai: 
Tuangkan losyen pada kapas muka dan lap dengan lembut ke seluruh muka dan leher sehingga bersih. Tidak perlu dibilas atau diikuti dengan pembersih muka.

PIXY Single Step Liquid Foam for Makeup:
Mengabungkan keberkesanan pembersih mekap dengan pembersih muka dalam satu langkah dengan formulasi berbuih yang mudah dibilas.

cara pakai:
Gunakan siri pembersih mekap PIXY dimana sahaja, pada bila-bila masa. Selepas bekerja, Sebelum solat, di gim atau sebelum tidur.
Ok, tu je la yang sempat PG sopin petang tadi. Nak berjam-jam juga kat watson ;) oh by the way, that was PG first time menggunakan siri pembersih mekap pixy. so, nak cakap ok ke tak, tunggulah beberapa hari lagi kot :D so korang yang cuba sama, bolehlah pergi ziarah watson or ada kot store-store yang berdekatan korang. :)

Much Love. PG

Half Day an Happy New Year 2014

Horey Half Day! hari ni PG half day kerja. 
Terima Kasih Datuk Mayor :)!



Jom Shopin? :)
nak PG update later ya :D

much love. PG

Wahai Para Pengguna Tandas, Mari Baca

Assalamualaikum. Hai Fellow.

How many of we, yang masuk tandas dan menjaga adab ketika berada tandas? kekeke, cakap orang diri sendiri tak sedar ni tau :D sat lagi masuk tandas, tandas la tempat paling selamat nak ber gosip woot woot! psst, tak de tempat lagi ker. ar gitu. sapa pernah sapa pernah buat macam tu? angkat kaki buat peace depan pc cepat! ahahaha. 


ok, ok. sebenarnya, masuk tandas pun adabnya kengkawan. ni PG share, ye la, bila kita share info, share satu benda yang baik, ada jugalah pahala yang kita dapat kan. kan? :) jadi, korang, bolehlah kot tengok-tengok doodle yang PG share ni. sumber blog doodledream104.

Much love. PG

30 December 2013

Pesanan Khidmat Masyarakat | Undangan Countdown Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Sambutan Tahun Baru 2014 Peringkat Negeri Sabah

 Assalamualaikum. Hai Fellow.

Pesanan Khidmat Masyarakat kali ni, PG nak share buat rakyat sabah, yang mana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan acara ‘Countdown Tahun Melawat Malaysia dan Sambutan Tahun Baru 2014 Peringkat Negeri Sabah’ anjuran bersama Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah dan juga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang akan diadakan pada 31 Disember 2013 (Selasa) ini di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu (bersebelahan dengan Bangunan DBKK). Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan akan dihadiri oleh dif-dif kenamaan di negeri Sabah.  Acara kemuncak pada malam tersebut adalah kiraan detik tengah malam yang akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.


Acara kira detik  ini akan menampilkan artis-artis jemputan seperti Awie, Faizul AF, Fiq Mentor, Jimmy Palikat, Janrywine J. Lusin, Ampal, Den Bisa, Esther Applunius, Gedion Hilarius (Johan Pertandingan Sugandoi 2013 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu), Donna Masidah, Rashidah Sahrin, Ritchell Andreas, Tiara Baker, Wanrull Puppet serta kumpulan penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kumpulan Busak Lawai Nabawan, Kitta Move serta Kumpulan Pratama Family.

Acara persembahan akan bermula jam 7 malam dengan persembahan muzik oleh Kumpulan Fingerstyle, persembahan artis tempatan, peragaan fesyen Batik Malaysia, persembahan akrobatik api, persembahan silap mata, persembahan diabola serta persembahan tarian Cina. Karnival jualan di sepanjang Jalan Gaya turut akan diadakan bermula jam 6 petang. Selain itu, terdapat juga pameran kraftangan dan produk pelancongan di Negeri Sabah, termasuklah pameran daripada syarikat-syarikat ‘tour operator’ dan Sabah Tourism Board yang akan bermula pada 31 Disember 2013 hingga 3 Januari 2014, jam 10 pagi hingga 8 malam.

DBKK turut memaklumkan bahawa penutupan jalan secara sementara akan dilakukan bagi memberikan laluan kepada acara ini pada 31 Disember 2013 (Selasa) dari jam 6 petang di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya. Antara jalan raya yang terlibat adalah kedua-dua belah Jalan Bandaran dan Jalan Gaya yang akan ditutup semasa acara ini bermula dari jam 6 petang hingga 1 pagi.

ATURCARA COUNTDOWN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2014 PERINGKAT NEGERI SABAH
31 DISEMBER 2013 (SELASA) LINTASAN DEASOKA, KOTA KINABALU
****************************************************************************
6.00 petang
Ketibaan Jawatankuasa Penganjur

7.00 petang
Ketibaan orang awam - Persembahan Artis Tempatan Bermula
9.00 petang
Ketibaan Y.Bhg.Datuk Michael Emban, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah serta Y.Bhg.Datin dan Y.Bhg.Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu serta Y.Bhg.Datin, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Countdown Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Sambutan Tahun Baru 2014
09.15 malam
Ketibaan Dif-Dif Undangan

09.45 malam
Ketibaan Pembantu-Pembantu Menteri, Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Persekutuan Sabah serta isteri/suami 

10.00 malam
Ketibaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta isteri/suami 

10.15 malam
Ketibaan YB Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri dan YBhg.Datin Seri Panglima Raya Erom

10.30 malam
- Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin
- Ucapan Alu-aluan Oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Ucapan Pelancaran oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
- Simbolik Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 Peringkat Negeri Sabah oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah

Persembahan Artis-Artis Jemputan 

11.59 malam
Count down

12.00 malam
Pertunjukan Bunga Api

12.10 malam
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin beredar meninggalkan majlis

12.30 malam
Majlis bersurai
sumber : DBKK Website
Happy New Year 2014 dari PG! :)
Much Love. PG

28 December 2013

Selamat Pengantin Baru Linda Onn | Gambar Berinai Linda Onn

Selamat Pengantin Baru buat Linda Onn dan Suami, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Syukur alhamdulillah, selamat di ijab kabulkan semalam di rumah Linda sendiri di Setiahills, Bukit Indah, Ampang. Semoga berbahagia till jannah ya :)


sumber : beautifulnara blog

much love. PG

Waktu Yang Sesuai Cash Out Earning Nuffnang ❤

assalamualaikum. selamat pagi fellow :)

Selamat berhujung minggu buat korang semua sama tau. Nampaknya sabtu ni sabtu terakhir kita berada di akhir tahun kan, dan juga cuti sabtu terakhir buat budak-budak sekolah. Minggu depan rasanya waktu persekolahan da di buka semula kan. Tapi anak buah PG sorang tu, yang naik darjah 1 da start sekolah pun minggu lepas. Memang erk? ok, apa pun, PG nak ucapkan selamat membuat persiapan untuk anak-anak kengkawan bloggers PG ya :D

Ok, kemarin PG ada share kan, kenapa PG pilih tarik 27 untuk membuat pengeluaran earning nuffnang ke 3 PG. Yes, ada sebabnya. Sebenarnya PG pun tak perasan benda ni, tapi PG ada terbaca lama da entry yang di buat oleh blogger miera atiera, bertajuk masa terbaik untuk cash out nuffnang. ar, korang boleh baca dekat situ tau. PG share dengan korang sama ya. Kata miera;

  1. Waktu yang sesuai cash out earning nuffnang adalah pada hujung bulan, iaitu 27 atau 28 haribulan
  2. Untuk ahli Gliteratti, cek nuffnang akan mengambil masa 30 hari untuk sampai ke rumah selepas setiap hujung bulan, maknanya bila PG cash out earning nuffnang PG kemarin, on 27, maka hujung bulan januari 2014, PG akan menerima cek nuffnang di rumah. Manakala, untuk ahli Ordinary pula, cek nuffnang akan mengambil masa 60 hari untuk sampai ke rumah korang. Maka, miera pesan, jangan cash out pada awal bulan atau korang akan kena tunggu 2 bulan pula baru terima cek nuffnang :D
  3. Cash out pada atau selepas hari isnin hujung bulan sebab earning CPC akan dikemaskini setiap hari isnin - ok, yang ni PG tak berapa nak reti sangat, harap mia dapat bagi komen lepas ni la, hihi.

syukur alhamdulillah. ada cpuv seketul yang still on going ;)
korang, jemput isi tabung kat blog PG ya ❤ korang :D

Mucher ❤ PG

27 December 2013

Cash Out Earnings Nuffnang ke 3

assalamualaikum. salam jumaat fellow :)

syukur alhamdulillah, hari ni PG akhirnya membuat keputusan berani tanggung (hihi) meng cash out kan earning nuffnang setahun PG hari ini. Kenapa hari ini? kenapa tarikh 27 PG pilih? ar, later we talk ok. Tapi, ni nak share dengan korang, memandangkan PG telah keluarkan earning nuffnang PG, earning hasil derma kilat, hasil earning geng topup PG, hasil earning kengkawan blogger yang PG tak kenal dan sudi mendermakan klik kat earning nuffnang PG, dengan itu, sementara PG nak dapat cheque nuffnang PG ni, PG nak adakan make one giveaway untuk korang semua. ar, suka tak suka tak? giveaway apa, later PG talk :D


RM382.08 sedia untuk di cash out kan :)
terima kasih nuffnang
terima kasih kerana telah memberikan sumber pendapatan sampingan dekat blog PG. 
thanks so much again nuffnang :)


oh ya, setiap pengeluaran akan ada fee tau, sebanyak RM1.00,
jadi, pengeluaran sebenar yang bakal PG dapat is, RM381.08
27 Dec 2013 ;)


CPUV Campaign da Zero begitu juga CPC Campaign


its zero already :)

weee. jangan lupa update sentiasa dengan blog PG ya. sebab PG nak buat giveaway :) inshaAllah :)

much love. PG

26 December 2013

Pesanan Khidmat Masyarakat | Gegirl! Beware Sebelum Masuk Toilet

Assalamualaikum Fellow :)

Pagi ni PG nak share sedikit info dengan korang. BEWARE! wa gitu. macam ada puppy nak kejar pula kan, jadi jangan lalu lalang kat sini. kang kena gigit bontot, ar sapa susah? hihi. ar, boleh pula gitu kan. :D

ok, ni PG nak share sedikit maklumat yang PG dapat dari blog kak mialiana. By the way, semalam pun ada kena share dekat facebook, tapi PG tak ambik point sangat. Tapi bila nampak kak mia share, rasanya perlu ada kesedaran sivik dalam diri ni, share pula dengan korang semua. Lebih-lebih untuk kaum hawa yang comel-comel gitu kan. hehe. Ok! Sila baca :)


kredit : mialiana.com

jangan abaikan, hope korang boleh share sama :)

Much Love. PG

25 December 2013

Serum Biowhite Collagen ❤

fellow. Assalamualaikum again.

Since da follow blog nameeroslan, PG akan selalu update tengok apa yang baru dekat blog beliau tau. Namee pun rajin buat review, dan kali ni namee ada buat review tentang produk yang dia da pakai almost 4 month. Serum Biowhite Collagen. Macam best je macam menarik je kan :) korang boleh baca dekat sini, 4 bulan pengalaman.


kredit : irinenadia blog

Serum Biowhite Collagen. Harga pun murah tau. Mampu milik la orang kata. Da namanya nak cantik kan, kenalah berkorban sedikit. So, PG teringin juga nak cuba. Kot-kot cantik macam artis korea ke apa ker. Tak pun, lawa like rita rudaini gitu. hehe. perasan sungguh! Oh, ada 2 blogger retis yang pakai sama tau, korang boleh baca dekat link yang PG share tu.
Korang yang nak tahu lanjut tentang produk ni, bolehlah tengok apa yang patut dekat facebook produk ni.
Facebook Page : Panacea Beauty Official 

Selamat mencuba ya ;)
Much Love. PG

Membeli Belah di Zalora Online ♥

Zalora Online. Assalamualaikum korang. Sekarang ni, da banyak dan bersepah-sepah laman web, blog yang kita boleh tengok kalau nak beli something dengan cara mudah kan. One of yang memang femes memes sekarang is, Zalora. Zalora yang penghantaran sehari je tu. Sebab Bos female PG, dia memang suka beli barang since kenal zalora dari anak-anak dia, which is, anak-anak dia pun suka shopping kat zalora. Then bila dorang pick item and pay hari ni, sure esok da sampai kat ofic. Memandangkan kami satu ofic, PG tahu la. hehe.


RM15.00
Ethnic Chic

Tyaan Viscose Floral Shawl

Length x Width
- 171cm x 69cm
- Polyester 
 

RM15.00
Ethnic Chic
Frehaa Viscose Paisley Shawl

Length x Width
- 183cm x 71cm
- Polyester 

ar, nampak tak . nampak tak atas tu. itu penangan zalora la tu. PG berkenan dengan dua item atas tu. inshaAllah, next week dapat gaji en. suami (hehe) , PG nak beli dua item atas tu. inshaAllah. oh, korang yang berminat nak sopin dekat zalora, boleh masuk laman web ni ZALORA. Daftar terus la kalau berkenan :) PG da daftar :D

Much Love. PG 

Johan As'ari dan Lana Nordin Putus Cinta | Tiada Restu Punca Utama Hubungan Putus?

fellow. assalam.

Rasanya belum sampai sebulan PG ucapkan tahniah buat pasangan Johan As'ari dan Lana Nordin yang telah mengejutkan rakyat malaysia dengan hubungan cinta mereka, dan kenyataan Johan sendiri yang telah melamar Lana, kini berita yang PG dengar lagi, hubungan cinta antara Johan As'ari dan Lana Nordin kini telah putus. Terkejut seketika PG. Apa pun, PG harap Lana tabah menerima keputusan yang dikatakan, Johan telah membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan tersebut, dan rasanya rakyat jelata sendiri dapat menilai bukan apakah punca utama pada perpisahan mereka, since Johan pernah mengeluarkan kenyataan di Melodi, TV3 baru-baru ini.



Bagi PG, lana tidak ada salah. 

lana nordin dan johan as'ari putus

Kata Lana Nordin:-
Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.
Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?
Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah.
sumber : beautifulnara blog

Much Love. PG

Sambutan Hari Krimas dan Exchange Gift

morning fellow. assalamualaikum.

Last friday, office PG ada buat makan-makan sikit sempena Menyambut Hari Krimas. All the makan-makan arrange by kengkawan office yang non muslim, yang menyambutnya. Kira macam berbalas la kan. Hari Raya lalu, our muslim member arrange all the makan-makan. And, this time pula the non muslim punya part. Ok, PG ada terbaca secara pintas lalu kat facebook suami pagi tadi, yang mengatakan menyambut dan menerima hadiah sempena krimas adalah tidak dibolehlah bagi yang muslim. hurm. PG tak berani nak komen lebih tentang itu. Apa pun, PG nak wish again Merry Krimas to Kengkawan office PG yang sambut, dan to all sedara mara mama side yang sambut, merry krimas dari kami sekeluarga.


the makan-makan moment

 

hehe. PG dapat dua hadiah. the big one from my beloved Pengarah ;)
yang kecik tak tahu dari sapa :D

Much Love. PG

Tutorial Tukar Background Blockqoute Blogspot

Tukar background blockqoute? ar. PG tak pakai. tapi dhia blog pakai blockqoute ni. memandangkan PG tak reti sebenarnya nak letak macam blockqoute tu dalam blog, jadi PG tak menggunakannya ;)



Tapi, pelik bin ajaib, boleh pula tahu cara nak tukar background benda tu. hehe. Ok, PG make it simple sahaja tutorial ni, sebab PG nak bagi dekat dhia sebenarnya. Untuk memudahkan dhia nak tukar background kaki tucin dia sekarang tu ke background kaki gajah ke kuda ke aper ke kan :D hehe. So, untuk dhia, ini simple tutorial untuk awak. Harap awak faham dan jumpa code tu nanti ;)

Seperti biasa, pegi edit template tu dulu.

cari perkataan kat bawah ni.
background-image:url(http://dl6.glitter-graphics.net/pub/606/606506ynkjl9iq9c.gif);

Just copy paste and letak dekat kotak ctrl + f tu tau. dan kalau awak nak tukar background gambar tucin awak tu, awak just tukar link yang PG warnakan dengan warna hijau tu. 

Preview and save. 

See. Senang je kan. hihi. So, PG harap awak dapat faham dan tutorial ni mudah awak follow :D

much love. PG

24 December 2013

Fenomena Ikan Mendarat di Perairan Tambisan, Lahad Datu

Assalam fellow. Ada tengok berita TV3 tadi tak? part ikan kecik-kecik yang banyak di persisiran pantai tu. Sapa tak tengok lagi, PG share gambar dan video yang sempat di rakam oleh penduduk yang berada di tempat kejadian.


sumber : mediaharia.blogspot.com
jika video tidak dapat play, korang boleh tonton kat blog mediaharia tu. klik blog beliau.




 Bukan ikan sahaja, tapi ada di kongsi di merata facebook,
kerang-kerangan juga turut naik ke darat.

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Much Love. PG

Syarat-Syarat Kelayakan Memohon BR1M 3.0 2014

Kemaskini Bantuan BR1M 2014 sudah PG share. Sekarang, mari kita lihat pula SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI MEREKA YANG INGIN MEMOHON BRIM 3.0 2014. Kot-kot ada yang korang terlepas pandang kan. Ye la, da seronok sakan isi borang, tup-tup ada masalah pula. aduhai. Tak mau tak mau. Kena baca dahulu syarat-syaratnya ya sayang. Penting untuk kita mengisi borang sesuatu permohonan, syarat harus di beri keutamaan untuk kita baca dan fahami apa yang di kehendaki dengan perkhidmatan yang kita nak. Senang je pun kan? ;)

Isi Rumah - Bantuan RM650
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan bulan RM3,000 ke bawah
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Isi Rumah - Bantuan RM450
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan bulan RM3,000 hingga RM4,000
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Apa maksud Isi Rumah? 
Adalah seorang lelaki atau perempuang yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M - RM50.00
Ok, rasanya ini benda baru. Pemberian Insuran Takaful Berkelompok seperti diatas kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Syukur alhamdulillah. Sekurang-kuranya jika ada berlaku sesuatu, ada juga bantuan yang dihulurkan.
Individu (Bujang) Termasuk Balu @ Janda mahupun duda - Bantuan RM300
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
- Tidak mempunyai tanggungan
- Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Sumber : MySumber
Ok. begitu la syarat-syarat kelayakan bagi mereka-mereka yang memohon BR1M 3.0 2014. So korang yang rasa-rasa korang berada di antara syarat-syarat yang PG senaraikan, bolehlah memohon sekarang ;) inshaAllah, ada rezeki korang, bolehlah guna ke jalan yang benar. ahaha.

Much Love. PG

Mango Garden Restaurant of Rumah Terbalik | Food Lover Come Visit Now ♥

hello hi fellow. assalamualaikum ;)

Last month, PG pegi makan dekat Mango Garden Restaurant at Rumah Terbalik. Sebelum tu, PG nak ucapkan thanks so much dekat Mr & Mrs. Alexander Yee, Owner Rumah Terbalik of course, sebab sudi jemput PG lunch dekat Mango Garden Restaurant also bagi PG percuma masuk ronda-ronda kat rumah terbalik. terima kasih dear Mr & Mrs Alex ;) after this can belanja me again bah kan. hihi. The Sayur Kailan Masak Dua Rasa super delicious!


heee hello hi there ;) PG was here. Korang bila lagi? Jom Visit Rumah Terbalik Now Ya :)


Manuk Tinapah - weird name kan?
belum rasa belum tahu pelik ke tidak rasanya juga.
as PG fav is chicken, or dusun kadazan called chicken is 'manuk', so
Manuk Tinapah menjadi pilihan PG hari itu :) sedap wei.  korang harus rasa :D


Hinava Sada atau PG gelar Salad ikan
ok, makanan ni sejenis ikan tau. ikan mentah yang dicincang halus, campur dengan perahan limau sedikit, garam, serbuk perasa dan gaul hingga sebati. fuh. memang terangkat. makan pula fresh-fresh. memang pergh la orang kata. kalau makan masam-masam pula, fuh. hingga menjilat jari la PG kata. Makanan ni fav orang dusunkadazan tau :)
 

Ayam Goreng Berempah -  high 5! 
yes, i know mesti korang akan rasa ayam ni masak kat rumah pun macam senang je macam mudah je kan.
ahah. but this one, korang harus cuba dahulu. sebab rempah yang Chef pakai memang super B delicious PG kata ;)


Ikan Goreng Kerabu Mangga - sumpah sedap wei ;)


Sayur Kailan Masak Dua Rasa - super sedap. 
PG syorkan korang yang pegi makan kat sini, try yang this one. 
memang super delicious ;) 

nice deco is it? ;)
PG suka cermin besar kat situ


so korang, jom jemput ke Rumah Terbalik sekarang ;)
Website www.upsidedownhouse.com.my
Email : sales@trekkerslodge.com


Before i leave, again yes, i wanna say thanks so much to Mr. & Mrs. Alexander Yee , for inviting me, us (fitri) here Mango Garden Restaurant, Rumah Terbalik. Thanks so much madam :) 

Much Love. PG

Kemaskini Permohonan BR1M 2014 Secara Online

Kemaskini BR1M 2014 Secara Online. Assalamualaikum Fellow. Yes, kemarin 23 Disember 2014 rata-rata Rakyat Malaysia sudah atau sedang kemaskini bantuan BR1M untuk tahun 2014 kan. Syukur alhamdulillah. Tidak sikit dan tidak banyak, dengan bantuan yang bakal di berikan ini, dapatlah memberi atau membantu sedikit sebanyak mereka-mereka yang benar-benar memerlukannya.
 
ye la, sekarang ni pun PG selalu je dengar orang bercakap, bagi bantuan pun sikit. da lah bagi sikit, lambat lagi dapat. huhu. Bagi PG, as long 'dapat' dengan dan bukan atas minta sedekah ke what ever, bersyukurlah. bersyukurlah dengan apa yang ada. dengan apa yang diberikan. Dari tidak dapat atau tidak menikmati langsung kan? sebab PG tahu ada juga mereka-mereka di luar sana, yang lebih memerlukan, tapi tidak berkelayakan atau ada yang terlepas pandang dengan mereka ini. Waallahualam. PG tak berani nak komen lebih :)


Ok, Kemaskini BR1M secara ONLINE boleh dibuat melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/. Bagi mereka yang pernah dan telah mendaftar sebelum ini tidak perlu lagi untuk membuat permohonan baharu. Cuma, jika korang telah berpindah dari alamat korang sekarang atau korang rasa perlu untuk mengemaskini, bolehlah pegi tengok apa yang patut :) Bagi permohonan baru pula, bolehlah berbuat demikian. Senang sahaja. Masuk laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/
1. Kemaskini Online di Sini https://ebr1m.hasil.gov.my/
2. Tarik Pendaftaran di buka 23 Disember 2013
3. Tarikh Pendaftaran di tutup pada 31 Januari 2014
4. Tarikh Pembayaran Februari 2014
Selamat Mengemaskini BR1M 2014 korang ya :)

Much love. PG

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara

fellow. assalamualaikum.

Berikut adalah Hari dan Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) di Kota Kinabalu Sabah juga di seluruh negara: 

HARI                                     WAKTU OPERASI                      WAKTU REHAT
Isnin - Khamis                   08.30 pagi - 10.00 malam       01.00 - 02.00 petang
Sabtu dan Ahad                                                                       07.00 - 08.00 malam


Jumaat                                08.30 pagi - 10.00 malam       12.15 tengah hari - 02.45 petang
                                                                                                    07.00 - 08.00 malam

bagi mereka yang berada di Kota Kinabalu, memang sudah sedia maklum bangunan UTC berada di sembulan sabah. berhadapan dengan muzium sabah. jika korang ingat supermarket khidmat, yes, bangunan UTC kini berada di sana :)

much love. PG

Segmen Jom Blogwalking

Good Morning Assalamualaikum Fellow.
Jom PG ajak korang semua pagi ni, join segmen DEENO.
Syarat pun mudah sahaja. :)
Tarikh tutup penyertaan 10 Januari 2014, Jam 11.59pm
Sempatlah kalau korang nak join lagi :)

http://deenos.blogspot.com/2013/12/segmen-jom-blogwalking.html

klik banner if nak join k ;)

Much Love. PG

23 December 2013

CPUV Campaigns Ke 5 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum again and again fellow. syukur alhamdulillah. kesinambungan dengan entry dapat CPUV Campaigns Ke 4 Dari Nuffnang 2013 PG tadi pagi, PG nak share lagi dengan korang, PG dapat CPUV aka BE Campaigns Ke 5 pula dari Nuffnang. Syukur. Syukur alhamdulillah.


CPUV Campaigns Ke 5 PG dapat dari INTI Cycle 1 Degree Extension pula. Hari ni PG memang perasan ada few blogger aka geng topup PG yang dapat CPUV yang sama dari Nuffnang kan. Syukur alhamdulillah. Status masih ON GOING kat situ. As Usual la, PG pun tak reti apa benda status tu sebenarnya benarnya. Tapi apa pun, alhamdulillah. Korang, kalau ada niat nak futher study, bolehlah ziarah laman web INTI Cycle 1 Degree Extension sekarang :)

Much Love. PG [terima kasih nuffnang]

Bebudak Praktikal Yang Super B Giler! ♥

fellow. assalamualaikum again. ye, mereka-mereka kat bawah ni adalah bebudak praktikal yang menjalani praktikal mereka dekat tempat PG bekerja. syukur alhamdulillah. da seminggu lebih juga mereka da tamat menjalani praktikal mereka. kecuali gambar pompuan tanpa tudung itu, bukan praktikal di ofic PG. la ni baru nak update sikit pasal depa ni.

Nak citer pasal menjalani praktikal di tempat PG bekerja, selalunya PG akan bagi seratus peratus sebenarnya gambaran yang cukup baik bagi menyokong betapa baiknya jika praktikal menjalani latihan praktikum mereka di bahagian PG. Oh, as korang tak tahu, di tempat PG bekerja, ada few jabatan dan ada beberapa bahagian juga di setiap satu-satu jabatan. 

so, bagi PG, mereka yang mendapat dan menjalani praktikal di bahagian PG, adalah manusia yang paling super best. sebab apa? sebab PG akan bagi korang gambaran yang best dan menarik dan tertarik ter bom bom la orang kata. sampai aku kata korang akan menyesali bila da tamat make it korang punya praktikum. hehe. jahatnya PG kan. dan manusia yang korang akan rasa korang akan menyesali nak bagi tinggal is PG la :D selain baik hati bebenar selain jahat dari biasa (ahaha. muntah sat), suka nak mendera bebudak praktikal (tak sebenarnya :D ) , aku lah manusia yang paling mereka suka dera too :) jadi, agak balance kat situ kan. bebudak praktikal suka dera aku, dan aku suka dera mereka sama. ahaha. 


 

manda yani and alipha ;)
akak doakan korang baik-baik sahaja di luar sana.
cari keja yang elok, bantu mak bapa korang dan jadi manusia yang berguna tau ;)
rindu korang. sobsob T_T


heee. gambar sama je sebenarnya. cuma nak letak juga bebanyak. hehe

ok, tinggalkan bab tu. Sebab, sebenarnya aku lebih rindu dan teringat dekat mereka la ni. sunyi seketika office ni tanpa dorang. padahal, suka sangat depa cepat-cepat habis praktikal. sebab suka sangat nak menyakat pegawai ;)

rindu korang.
Much Love. PG

CPUV Campaigns Ke 4 Dari Nuffnang 2013

fellow. assalam again. syukur alhamdulillah. rupanya blog PG sebelum ini telah menerima CPUV or BE lagi dari Nuffnang. Terima kasih Nuffnang. Dalam beberapa hari ni, memang jarang nak tulis tentang Nuffnang. Tapi Nuffnang sikit pun tak kecik hati dekat PG. Terima Kasih sekali lagi ya Nuffnang.


kali ni PG menerima CPUV dari Xaxis - Women Channels. ada 2 CPUV kat situ. as usual la, PG pun tak reti kenapa ada dua date kat situ. hihi. mungkin masing-masing ada kelebihan dan keunikannya kan. sumpah tak reti. hihi. Apa pun, PG nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat Nuffnang again dan again. Thanks Nuffnang :) InshaAllah, earning yang terkumpul sebanyak RM382.06 sen itu, akan PG keluarkan sebelum hujung tahun ini. inshaAllah :)

Terima Kasih Nuffnang.
Much Love. PG

TONTON WAYANG | The Hobbit Desolation of Smaug

fellow. assalam. maaf erk. hari ni baru aku nak bagitau korang, yang aku pegi tonton wayang The Hobbit Desolation of Smaug. Itu pun sebab terbaca dekat blog amanina blogs ada tulis sikit pasal wayang ni. Tengok, nampak sangat suka peram cerita kan :D ok, citer ni sebenarnya kesinambungan The Hobbit yang pertama. tapi, aku tak tengok lagi yang pertama sebenarnya, jadi yang the latest one keluar ni, aku tak berapa nak review sangat jalan ceritanya. sebab aku tak tengok lagi yang pertama. uwargh!

Tapi, overoll citer ni memang best. aku rasa in 3D kalau tengok pun sure best. dengan effect sound,colour yang ada, rasa segar je mata memandang. korang yang tak tengok lagi, harus pi tengok tau. sebab movie ni seolah-olah berada di alam fantasi gitu. memang tak sabar nak tengok la kesinambungan citer ni pula.  





 i guest, depa dua ni hero dan heroin


heroin


 hero ensem :D


 hero ensem lagi ;)


 si Hobbit yang kacak sikit tapi sayang kena gelar pencuri . hehe


geng hero yang tak berapa hero je aku rasa. ahaha

much love. PG

Selamat Pagi Isnin December :)

fellow. assalam. 2 hari tak blogwalking ni, korang apa khabar? cuti 2 hari pi mana? hihi. ok, hari ni nak update sesegera mungkin. lepas ni PG nak blogwaking sat. nak balas jejak si geng topup PG. ok, hari ni office sunyi sepi seketika. ye la da habis tahun plus nak sehari dua lagi akan ada sambutan krimas, staff kengkawan PG yang non muslim da start bercuti. bercuti sampai ke tahun depan, plus cuti urus anak-anak lagi yang bakal bersekolah, inshaAllah dalam seminggu lagi kan. so, tinggal kat pejabat ni, ada lagi 2 3 orang yang muslim la of course ;) tak pe. ni la namanya bermuafakat kan. dulu raya, kita dok raya sakan. cuti lelama bukan main lagi. la ni, biar depa bercuti pula. hihi. lagi pun, bulan ni gaji awal kan. erk. apa kaitan dengan gaji awal? hihi. 
 
 
pakcik gugil, pinjam gambar awak lagi :D

ok. so, sempena sambutan krimas yang bakal tiba ni. PG nak ucapkan selamat menyambut krimas buat kengkawan PG yang menyambut krimas. have fun dan berhati-hati ketika bercuti. begitu juga buat para bloggers yang menyambut krimas. merry krimas and happy new year 2014 :) sebut pasal sambutan krimas, soon PG share last week punya story. tunggu je la entry seterusnya. PG nak blogwalking sat :)

much love. PG

22 December 2013

Personal Taste Korean Drama ♥ Lee Min Ho

fellow. assalam.

horey! semalam da habis tawaf tonton drama korean Personal Taste ni. best. memang best. lebih-lebih lagi ada Lee Min Ho kot kat sana :) adoi. boleh jatuh cinta kalau dia da mula senyum wei. ni kalau shasha tak bagitau suruh tengok, memang aku tak tengok dan tak tahu pun ada si min ho kat sana :D korang, harus tengok!


Personal Taste Poster :)

aku searchlah sikit pasal Lee Min Ho kat Wiki. drama Personal Taste keluar pada tahun 2010 dan dia menang Hot Actor untuk drama ni tau. wehuu! lepas ni sure aku akan tonton all drama min ho. kalau free la kan :) oh, by the way, kalau korang tak tengok lagi drama korean Boys Over Flowers, korang harus tengok drama tu sama. drama tu memang hot. and lee min ho was there tu. memang best best and best! :D boleh habis quota internet aku dulu masa nak tengok. tapi sekarang ni, da belambak cd korean drama murah-murah gitu di jual kan. ;) apa pun, selamat menonton dan berhujung minggu korang! :)

much love. PG ♥ Lee Min Ho. see, nampak nak muntah tak kat sana? hihi.

20 December 2013

TAHNIAH | Gambar Majlis Pernikahan Aril Af dan Puteri Erma Adlinda

fellow. assalam.





Selamat Pengantin Baru buat Aril Af dan Pasangan. Sesuai kan? :)

much love. PG