31 October 2013

Ya. Saya Penat. That All.

Ewah. Tajuk pun da menerangkan isi kandungan kan. Belum lagi baca. HiYhi. Ok! Sebenarnya i'm getting tired dengan all thing. Tapi bukan dengan blog dan kengkawan blog. I'm getting tired jaga perasaan orang. Tired dengan kerja ofic. Erk? Pulak da. Tak tak. Jangan fikir bukan-bukan. Penat bab kerja lain hal. Hihi.

Oh sebenarnya aku agak penat dan entry pun sebenarnya saja nak bgtau that i'm tired. Thats all ;) nanti sambung top up lagi ya ;)

Much love. PG


Posted via Blogaway

30 October 2013

Geng Top Up !

morning, assalamualaikum fellow! PG pagi ni update si debar, i read bout them ke Geng Top Up ! sebab depa memang geng yang sporting bab top up men top up ni :D korang pun boleh jadi geng top up PG tau. senang je, follow blog PG. hihi. tak de la, ni kebetulan je. lagi pun, PG memang nak cari satu perkataan yang mengambarkan kita telah membantu blogger tersebut dengan 'klik' ads nuffnang depa. korang kan tahu, nuffnang memang tak berapa berkenan dengan klik yang mencurigakan ni. maka! geng top up PG tu, lepas ni kalau PG mention 'datang top up' faham-faham la korang ye. ;) 

lately, since geng top up PG rajin main datang blog PG, memang ada sedikit kenaikan pada earn nuffnang PG. terima kasih sangat-sangat pada geng top up sebab sudi berikan top up untuk PG. terima kasih ya korang. tanpa korang, memang bukan rezeki PG la nak dapat earn macam tu ;)

apa pun, semoga geng top up PG ini akan terus menjadi geng PG, tanpa top up pun, inshaAllah, PG akan still berhubung baik dengan korang semua :)

much love. PG! jom menabung dengan berhemah :D

29 October 2013

Segmen: Pencarian Boglist Bulan November


PG join segmen kinah memandangkan PG rasa, PG da lama tak join segmen. hihi. hopely di terima dan berada dalam bloglist pilihan kinah :D tq kinah invite PG join sama. 


korang nak join sama, klik banner okei :)
syarat nak join pun senang. cuma follow blog beliau je. senang!

tarikh tutup contest : 30 Oktober 2013.

much love. PG

Tonton Wayang | Escape Plan

Escape Plan PG pegi tengok dengan suami about two weeks back. sebelum aku terlupa nak update review pasal wayang ni, better aku buat sekarang kan. hihi. apa pun, morning dan assalamualaikum fellow.


the hero's


pakcik gugil, pinjam gambar awak lagi tau

ok, wayang ni memang best! evendo dia agak statik for me, banyak action part watak Ray Breslin (played by Sylvester Stallone) ni bermain dengan akal fikiran sahaja. begitu juga dengan watak Swan Rottmayer (played by Arnold Swarzenneger). depa dua-dua kira hero la dalam wayang ni. otai ni, jangan main-main tau. hihi.

alkisahnya apa? kisahnya tentang cara macam mana nak larikan diri dari penjara. aku ingatkan si Ray ni penjenayah dan berusaha untuk melepaskan diri dari penjara. but then, rupanya tidak. Ray adalah seorang penganalisa how to escape dari penjara. dia abadikan dirinya dalam beberapa tahun dalam penjara semata-mata ingin menganalisis rekabentuk sistem keselamatan dalam penjara tersebut.

tapi. ada tapinya. dan tapinya itu bersangkut paut dengan watak Swan Rottmayer, lakonan Arnold ni tadi. Ray terlepas dari penjara pertama yang beliau analisa ni tadi. tapi, penjara kedua. yes, ada penjara kedua lagi yang beliau nak analisis. dan, berjaya ke tidak Ray melepaskan diri? korang harus pegi tonton wayang ni. tengok tau, jangan tak tengok :D

much love. PG

28 October 2013

Gambar Majlis Persandingan Ashraf Muslim Dan Wan Sakinah | TANIAH

Gambar Majlis Persandingan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Taniah di ucapkan buat kedua mempelai. walaupun sakinah kini di sahkan memang mengandung da kan, dan majlis persandingan baru sahaja di buat, ucapan taniah buat depa, tetap PG bagi. Taniah dan taniah buat wan sakinah.










Taniah Wan Sakinah.
all the picture, PG kreditkan bebanyak buat blog abg nara aka beautifulnara

much love. PG

Blog Stats | Keywords Hits | Referrers Hits Nuffnang

ini nuffnang blog stats PG blog dalam minggu lepas. akteli, PG memang jarang nak update dan ambik tahu sebenarnya blog stats ni. bukan apa, PG tak tahu apa sebenar tujuan kegunaannya. bukan tidak ambik tahu langsung tau. kat sini sebenarnya, pemahaman PG, kita akan tahu berapa orang yang masuk tengok apa yang kita tulis dalam masa seminggu. dan berapa unik, mean IP yang di detect oleh nuffnang yang masuk dalam blog kita.


macam number atas tu, ada seramai 705 orang yang masuk view blog PG dan ada sebanyak 321 IP or UNIK IP yang datang bertandang dalam blog PG ni.

view dan unik IP ini ada sangkut pautnya dengan keywords yang depa ni cari tau. macam hits keywords kat bawah ni, ada 22 kat situ. depa cari lirik bertakhta yang di nyanyi kan oleh bob af tu. tak tahu kenapa depa cari. hihi. mungkin depa suka lagu tu kot. 

6 pula pasal liyana jasmay. mungkin dorang cari entry pasal liyana jasmay sahkan preggy tu kot. anyone belum baca, klik sini > Liyana Jasmay Sah Mengandung 2 Bulan < dan yang lain-lain, satu-satu je. 

tapi, ni yang PG hairan, depa dok suka cari pasal bapa  Diana Danielle tu. mungkin juga ada sangkut paut kat entry yang PG tulis tentang Penyamaran Bapa Diana Danielle yang pernah aku tulis dulu. tapi tu cerita dulu la kengkawan. yang lepas tu, lepas la. sekarang kita buka buku baru ye dak.


keywords apa korang nak cari?


hits

kalau hits pula ada dua blogger yang tersangkut dalam nuffnang PG. ayazukiiscullen.blogspot.com dan  umikasum.blogspot.com. mungkin ada yang cari blog depa berdua kan. hihi. tapi blog umikasum memang PG selalu ziarah blog beliau :) memandangkan dia selalu datang mai isi tabung baby PG =D kira kami dua geng isi tabung simpanan. ahaha. 

much love. PG

Dear Blogger Kamil Salleh (Sensasi2020)

selamat pagi, assalamualaikum fellow. pagi isnin macam ni, kenalah ceria seketika. kang the whole day monday blues. ye dak. lebih-lebih lagi baru je selesai dengar bajet 2014 kan. mesti ada yang mengharap lain, tapi dapat lain. hihi. tapi apa pun bagi PG, bersyukur la atas apa yang ada. apa yang di berikan. syukur alhamdulillah. terima kasih Perdana Menteri Malaysia. nak bagi banyak ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ untuk awak sama :D

then, saya (hihi. sopan sikit, ni nak menjawap pertanyaan kawan lama ni ^^) nak menjawap soalan dari blogger femes memes kamil salleh (sensasi2020) seperti gambar di bawah :D
 

Dear bang kamil, 
(waaaa. macam buat surat cinta pula. hihi)
alhamdulillah. PG sihat walafiat. and, how about u bang kamil? since tamat contest iphone 5 hari tu, da jarang sembang kan. PG pun jarang sangat buka facebook Puan Gojes tu. bukan apa, dek kecewa tak dapat menang iphone 5 tu punya pasal la. hihi. (ar, tipu ok). tak de la. saya agak sibuk sikit dengan urusan kerja. even tak la sesibuk perdana menteri malaysia kita.
selain sibok dengan kerja (as usual), sibok dengan family. luangkan masa dengan depa. tapi saya masih lagi dengan blog. cuma nak masuk dekat facebook tu je yang jarang. nak pegi ziarah blog-blog yang join contest iphone 5 tu dulu pun, da jarang sangat. cuma ada few yang saya ada juga pegi jejak, as long pegi jejak kan. tak nak la pula hubungan yang telah terjalin, putus macam tu je. rindu pula zaman contest. sampai tengah malam duk sembang cari strategi kan. hihi. macam blog akma omar, saya masih lagi pegi jejak even tak tinggalkan komen. hihi.
 so, itu je la kot, kabar dari PG. dan ya, masih tidak dapat memiliki iphone 5 okei. ahaha.
 Geng Contest DH / Puan Gojes

much love. PG

26 October 2013

Gambar Majlis Akad Nikah Diana Amir dan Habib A. Rahman | TANIAH

Majlis Pernikahan Diana Amir dan Habib A. Rahman | TANIAH buat pasangan pengantin baru. Semoga bahagia sentiasa dan berkekalan hingga ke hujung nyawa :) inshaAllah..



cantiknya diana amir ;)
sumber : metrowealthpictures.net

much love. PG

Tawaran Program Pembelajaran di INTI [International University & Colleges]

selamat pagi, assalamualaikum fellow, dan selamat berhujung minggu. wa, da macam buat skrip pula. ok! duduk rumah ni kalau internet tak menghampakan boleh lah pegi blogwalking lepas ni. tapi sebelum tu, aku nak share dekat korang, INTI atau International University & Colleges ada menawarkan program-program pembelajaran di INTI untuk seluruh rakyat Malaysia.


INTI


untuk maklumat lanjut, bolehlah klik INTI. mungkin ada yang berminat untuk sambung belajar kan. atau nak rancang untuk anak-anak belajar kat sana, bolehlah rujuk kat laman web mereka. oh, good morning Nuffnang! hari ni nak update servey nuffnang ;)

much love. PG

25 October 2013

Teks Ucapan Bajet 2014 | TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA

Hari ini hari yang di tunggu oleh seluruh penjawat awam, malah seluruh rakyat Malaysia. menantikan pembentangan bajet 2014 oleh our Perdana Menteri Malaysia.


sumber : beritaterkini

i will try to update teks ucapan bajet 2014 selepas sahaja dapat sumber terdekat ya. but, untuk masa ini, mari la kita sama-sama mendengar ucapan dari Perdana Menteri Malaysia kita mengenai Bajet 2014 kali ini. mungkinkah harapan dan ramalan yang aku pernah kongsi di entry PELARASAN GAJI 2013 | 2014 KAKITANGAN AWAM | ELAUN PERUMAHAN | BONUS | BAJET 2014 | TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA akan ada yang menjadi kenyataan? sama-samalah kita nanti kan.

much love. PG

UPDATE : TEKS UCAPAN BAJET 2014

HOT | SENARAI HARGA IPHONE 5 DAN IPHONE 5C DI MALAYSIA

keinginan untuk memakai iPHONE sebenarnya dari dahulu lagi. di sebabkan contest iPhone 5 Gadget Impian yang pernah aku join dulu anjuran Denaihati blog, dan dari sana lah bermulanya minat aku untuk memiliki iPhone keluaran Apple yang orang kata, best peranti di dunia. sebut pasal contest tersebut, evendo tidak punya rezeki untuk menang iPhone 5 tersebut, tapi aku berjaya menang wang tunai sebanyak RM400.00 hasil dari 2 syarat yang melayakkan aku dapat hadiah tersebut. best kan? :)


dan bila terdengar khabar, Apple bakal keluarkan peranti terbaru mereka, dan sudah nyata berada di pasaran kini, hati begitu melonjak-lonjak sekali kali untuk dapatkannya. huhu. agak-agak bilalah boleh dapat sebijik ni. hihi. harga jangan cakap la. aku share info harga iphone 5 dan iphone 5c dari blog safura.online.diary dengan korang ya.

iPhone 5c 16GB : RM 1999
iPhone 5c 32GB : RM 2399
iPhone 5s 16GB : RM2399
iPhone 5s 32GB : RM2749
iPhone 5s 64GB : RM3149


hey hello iPhone 5c pinky ^^
bila agaknya dapat bermesra manja dengan awak ni :(

untuk korang yang rasa nak bertukar ke iPhone, boleh la melayari laman web Apple-iPhone, spesifikasi iPhone boleh baca kat sana. nak tanya anything kat depa pun boleh. jangan tanya soalan bonus, macam mana nak dapatkan iPhone dengan percuma, sudah la ye :D iPhone 4s pun sudah memadai bagi aku. harga? hurm. kena kumpul banyak-banyak lah jawapnya tabung baby aku tu :D

much love. PG

24 October 2013

PENANGAN FATIN LIYANA | HANSAEGEE

Fatin Liyana, student medic aka bakal doktor also the top blogger kalau bloggers out there tak kenal, memang korang belum menerajui sepenuhnya la dunia blogspot (ceh. memandai je). siapa Fatin Liyana dan penangan Fatin Liyana memang sedikit sebanyak tidak di ragui. kan? sebelum tu, kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai empunya nama Fatin Liyana, boleh klik > Siapa Fatin Liyana <.

Penangan FL bagi diriku itu memang ternyata sungguh. sebab, FL sangat-sangat aku rasa seorang yang cukup prihatin dengan dunia kecantikan. bukan itu sahaja. juga dunia fesyen. sangat adorable la bah dia ni (erk. keluar sabahan aku bah. hihi). dan untuk menjadi seperti FL, memang tak la. cuma part cantik, travel tu je la yang aku suka bila tengok blog dia ni.

sebut tentang tu lagi, ni lagi la penangan yang lebih kuat. my sista sendiri suruh pegi daftar produk kecantikan Hansaegee tu. macam mana aku tahu? hihi. tengok gambar yang sista aku snap tu. nampak sangat nama blog Honeykoyuki, blog si FL ni. penangan sangat la tu. nak cantik lagu FL. hihi. tak pa tak pa. memandangkan u are my sista ! aku daftarkan diri ku untuk mu ye. lepas ni kalau engko tak cantik-cantik juga, siap engko. hihi. (ampun kakak ku. ahahaha)


ahaha. nampak sangat engko melayari blog Fatin Liyana ni :D


Fatin, pinjam gambar awak sat ;)

nak daftar benda ni senang saja bah. korang boleh sama tengok how to daftar Hansaegee ni dekat blog Fatin Liyana. FL ada make entry bout that, tak pun klik sini >  Daftar Hansaegee <. nak tengok review Fatin Liyana tentang produk ni, boleh la klik sini > Hansaegee by Fatin Liyana < senang je.

much love. PG

SKYSCRAPER NUFFNANG MUNCUL KEMBALI

horey! sebelum ni aku pernah make it one entry bertajuk Twinkle Twinkle Little Star, mengenai bintang skyscraper nuffnang aku yang tidak muncul di situ. then, di sebabkan ke kuatiran kenapa ianya terjadi pada diriku (ceh) terus pegi hantar tiket dekat nuffnang. terus tak lama, dapat Maklum Balas dari nuffnang. memang efisyen betul la nuffnang ni. love u Nuffnang ! ;D bagi banyak ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ untuk nuffnang :D


hi bintang hati :)

dan kini, Twinkle Twinkle Little Star aku telah pun muncul kembali. gumbira rasa hati. terasa diri begitu di hargai. hihi. terima kasih nuffnang! terima kasih kerana telah mengembalikan bintang hati ku :D

much love. PG

Katakan Tidak Pada SALESMAN

morning semua. pernah tak korang rasa menyampah bila ada para penjual, tak kira lelaki ke perempuan yang datang mai office korang, bagi salam (sopan dulu la kan) kemudian, terus duduk depan meja siap keluarkan kertas-kertas atau pun promote barang depa nak jual. aduh. 


pakcik google, dengan rasa marah, saya pinjam gambar awak lagi tau!

memang hampeh betul la. lagi rasa macam hampeh kalau 'orang kata tak minat' terus depa kata 'oh, ok kak. tak pa. terima kasih' tapi....bila dorang berpaling dari korang, tiba-tiba depa kata 'hee. waste time'. oh mak gayah. da la masuk ofic orang tanpa kebenaran. jual barang TU OK. tapi kalau dengan niat baik, ok dek oi. tapi kalau da sebut macam tu. engko fikir, sapa yang waste time sekarang ni. heeeee....geramnya aku. nasiblah pekerjaan yang kita lakukan ini dengan usaha untuk mencari sumber rezeki yang halal. hurm. tak pa. tenang wahai hati. depa pun tengah jalankan tanggungjawab depa. like me. hihi.

much love. PG

Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan

Wow! Che Ta kita ni memang super B bab bergaya kan. beruntung zain beristerikan Che Ta kita ni. da la cantik dari atas ke bawah. memang beruntunglah aku kata. nak juga tahu apa rahsia kecantikkan Che Ta kita ni.

Berikut adalah gambar-gambar dikatakan Gambar Pra Perkahwinan Rozita Che Wan kat kota london. vouge la! sumber : beautifulnara blog la jawapnya :)



super B la

korang da tengok gambar pra pertunangan julia perez a.k.a jupe ke belom? kalau belom, mari tengok sini Gambar Pra Pertunangan Jupe.

much love. PG

23 October 2013

PELARASAN GAJI 2013 | 2014 KAKITANGAN AWAM | ELAUN PERUMAHAN | BONUS | BAJET 2014 | TERIMA KASIH PERDANA MENTERI MALAYSIA

PELARASAN GAJI 2013 | 2014 KAKITANGAN AWAM | ELAUN PERUMAHAN | BONUS adalah topik atau isu utama yang rata-ratanya kakitangan awam nanti-nantikan pengumuman tentangnya. bukan sahaja PG, malah sesiapa sahaja yang bekerja di bawah nama 'kerajaan' pasti akan menanti tentang isu ini di bentangkan.


pakcik google, pinjam lagi gambar awak ye :D

Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada. tidak. tapi, pendapat PG, kita telah berada di satu tahap yang amat-amat membanggakan di mata dunia. memegang nama 1 Malaysia. mungkin sudah tiba masanya untuk pembaharuan di lakukan. as korang tahu, elaun perumahan bagi kakitangan awam di sabah, hanya RM180.00. yang aku rasa, kalau nak sewa rumah sekarang ni pun, tak akan jumpa rumah sewa yang nak bagi sewa dengan harga RM180.00. tidak akan. kalau ada, bilik ye banyak bersepah. so, PG memang menanti kan isu elaun perumahan ini di bincang, di bentang sekaligus menaikkan terus nilainya. mudah-mudahan. 

Berikut adalah HARAPAN & RAMALAN ISI PEMBENTANGAN BAJET 2014 yang aku dapat dari blog BERITA TERKINI untuk perkongsian bersama.

  1. Pelepasan cukai dinaikkan serta menaikkan rebat cukai pendapatan
  2. Kadar BR1M akan naik RM600 & RM300 (SEPERTI DI SINI)
  3. Bonus kakitangan awam – Berita Semasa akan maklumkan butiran tidak lama lagi. Nantikan…
  4. GST mungkin akan dilaksanakan. Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, akan dikenakan pada kadar 5% bermula tahun 2015.
  5. Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam 1% (Permintaan Cuepacs)
  6. Elaun Sara Hidup COLA Penjawat Awam dinaikkan? (Permintaan Cuepacs)
  7. Cukai arak naik (laporan Berita The Star)
  8. Cukai judi naik (laporan Berita The Star)
  9. Lebih banyak subsidi akan kena potong. Berlaku kenaikan harga barangan (SUMBER)
  10. Apa harapan anda pula?


PG percaya, setiap apa yang di bahaskan, di bentangkan, adalah sesuatu perkara yang akan membawa kebaikan kepada semua orang. mungkin akan ada pendapat yang berbeda tentangnya. tapi, kita kena dan tetap perlu untuk bersyukur kan. so, yang gomen tu, kita nantikan pembentangan bajet 2014 pada hari Jumaat ini pada pukul 4.00 petang till 5.30 petang (sumber)

much love. PG

LIYANA JASMAY HAMIL 2 BULAN | TANIAH!

Liyana Jasmay Hamil. Taniah buat Liyana Jasmay kerana telah hamil 2 bulan. sumber dari blog beautifulnara, terima kasih for sharing this. sebenarnya berita hamil dari Liyana Jasmay juga Lisa Surihani surihati Yusri KRU tu memang PG nanti, nantikan =D taniah!


berkata dekat MalaysianDigest: 
Sebenarnya saya tidak berniat langsung untuk merahsiakannya, sebaliknya saya menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi cerita tentang kehamilan ini. Menerusi perbincangan yang dilakukan bersama-sama ibu dan ibu mertua saya, mereka menasihati saya supaya memberitahu kepada umum setelah usia kandungan mencapai tiga bulan. Jadi, saya tidak tahu macam mana orang lain boleh dapat tahu dahulu
syukur alhamdulillah. tak sabar pula nak tengok Liyana dengan perut mengandungnya tu. mesti comel kan. orang kata, ibu mengandung ni selalu nampak comel :)

much love. PG

VAT 69 KOMANDO | TANIAH ABAH MENTUA

hey, assalamualaikum fellow. huhu. hari ini sibok sedunia pula. mentang-mentanglah da nak half dari 5 hari waktu bekerja. rasa macam berada di tengah-tengah hari ni memang hari yang patut serius dengan kerja. ye ke? hihi. 


itu bukan abah mentua aku tau. hihi. 
gambar sekadar hiasan pinjam dari pakcik gugil :D

so ok, aku nak share dengan korang, kemarin abah mentua aku dapat pingat dari sultan. abah mentua keja polis, vat 69 komando. as korang tahu pasukan vat 69 komando malaysia adalah pasukan terbaik di dunia. now abah mentua bertugas kat ipoh perak. sekaligus menetap kat sana, dan akan bertugas lagi 2 tahun. so, untuk abah mentua, taniah dari menantu sulong abah ni :D 

much love. PG

22 October 2013

Gambar Pra Pertunangan Julia Perez

korang kenal tak jupe? atau Julia Perez? pelakon sensasi indonesia dan lagi kontroversi itu. kalau korang kaki wayang sinetron indonesia macam mama aku tu, memang korang akan kenal la jupe ni. ni aku nak share dengan korang je la, gambar-gambar pra pertunangan beliau, yang ye la bakal bertunang dengan cinta hatinya la kan. apa pun, taniah je la. jangan main-main, bukan je ada pra perkahwinan sekarang ni, pra pertunangan pun ado tau. tak pa la. yang penting, si jupe ni bahagia. ye dak.


gambar ni je aku rasa tak menampakkan sangat lurah dendamnya tu 
(wondering, kenapa orang suka sebut lurah dendam ) hurm


cantik
sumber : beautifulnara blog

much love. PG

Trending Attar | Gambar Anak Wawa Zainal dan Aeril Zafrel

aku cuma berharap apa sahaja cerita antara wawa zainal dan aeril zafrel, cukup, cukuplah sudah. macam lagu pula kan. dan apa sahaja yang telah berlaku dan telah terjadi dan termaktub, sudah-sudahlah. jangan lagi di perkotak katikan. yang penting sekarang, kebahagian mereka berdua dan lebih bahagia dengan kehadiran anak mereka attar. biarlah mereka menjalankan tanggunghjawab mereka pula. tak perlu la kot ada yang nak menyindir ke ape ke kan. wa, da melalut da aku. oh! nak share gambar anak mereka ;) comelkan. even nampak dari tepi je. hehe.


lebat rambut baby wawa, ikut depa dua la ni :)

sumber : beautifulnara blog

much love. PG

Bahaya Ketagih Candy Crush

ada yang tersengih-sengih ke baca tajuk entry aku petang ni? ar korang jangan tak mengaku yer. hihi. kalau kat tempat kerja aku, candy crush ni legen la aku kata. kalau nampak je muka depa ketat semacam tu, memang sah dan sahih! tengah nak cari jalan supaya nyawa tu tak habis. tengah usahakan juga nak pegi next level sebelum habis nyawa. sebab apa? sebab nanti, kena tunggu beberapa jam lagi nak kumpulkan nyawa tu semula menjadi 5 semula. hihi. ni sapa yang main game candy crush, memang korang tahu la apa yang aku maksudkan. 


sumber : facebook

bukan itu sahaja. suami zizie ezette tak lain tak bukan, Dato' Bung Mokhtar tu pun sendiri layan candy crush. hebak! hebatkan penangan candy crush ni. dan bahayanya juga kalau da ada kenyataan tahap sakit belakang plus kurang tidur. hihi.


legen la dato! :D
pakcik gugil, pinjam gambar awak lagi tau.

so, lepas ni kena berpadah-padah nak layan candy crush tau. nasiblah nyawa candy tu cuma ada 5. kalau ada banyak, boleh tak berasap dapur kat umah. hihi.

much love. PG

Thor The Dark World | Nuffnang Premiere Screening

Thor is Back! dengan Skuel Thor The Dark World! i'm sure, mesti para peminat filem Thor sebelum ini menanti skuel baru yang akan keluar di pawagam pada 31 Oktober 2013 ni kan. huh! bukan korang sahaja, tapi encik suami PG tu pun da set date, nak pegi tonton wayang Thor ni sama. PG tak kisah. asalkan dengan encik suami. hukhuk :D tapi! lagi best kalau..........


in Cinemas


sebenarnya dia isteri saya. hihi

kalau menang sepasang tiket pegi tonton Thor The Dark World mendahului dari orang lain kan? hihi. ar, yang ni, thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia sebab sudi nak bagi 30 pairs of exclusive passes to witness the comeback of the smashing hammer-wielding god on the big screens before everyone else does! ar. itu baru best wei. 

tapi. adoi. banyak tapinya pula. tapinya, korang kenalah ikut syarat-syarat yang Nuffnang bagi. senang sahaja! klik sini > Thor The Dark World < ok. cepat-cepat pegi klik sana. detail tonton wayang seperti kat bawah: 
Date: 30th of October 2013 (Wednesday)
Time: 9.30PM
Venue: TGV, Sunway Pyramid

much love. PG

YELLOW TUESDAY! Hanya di Hari Selasa!

selamat hari Yellow Tuesday! atau dalam bahasa melayunya selamat hari kuning selasa! hihi. pelik pula kan. tapi apakah itu Yellow Tuesday? 


PG pun tak tahu apa sebenarnya Yellow Tuesday by Digi ni. tapi yang PG faham is, hanya hari SELASA sahaja boleh dapat deal harga yang murah. erk? macam mana pula tu?

dengan hanya sign up di laman web mereka (Digi) dan ikut step yang mereka berikan. wow! berbaloi pula kan bagi mereka si pengguna digi macam PG. Ok cepat! bagi kengkawan PG yang menggunakan digi tu, jom la tengok apa yang ada. ni bukan sponsored post tau. ni PG share je :)

much love. PG

BELASUNGKAWA : PELAKON NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA

Pelakon Noreen Noor Meninggal Dunia. Assalamualaikum kengkawan PG. Al-fatihah dan salam takziah buat seluruh kaum keluarga pelakon terkenal era 40 ini yang mana PG dapat info melalui sumber astro awani, Allahyarhamah telah pun meninggal dunia awal pagi ini di hospital ampang puteri, selangor akibat penyakit darah tinggi dan buah pinggang. sumber astro awani. Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak. 


al-fatihah

kengkawan PG, marilah kita sama-sama menyedekahkan al-fatihah buat Allahyarhamah. semua roh di tempatkan bersama-sama mereka yang beriman. al-fatihah.

much love. PG

21 October 2013

ChurpChurp New Look | Awesome!

ChurpChurp berwajah baru. cantik, simple je kan. korang perasan tak? time layan drama love you mr. aroggant sat tadi, sempat online blog kat mobile. nampak pula ads baru nuffnang yang comel ni. heeee. i love the small icon like kamera kat situ.


oh by the way, as blogger yang tak tahu atau ada blogger yang belum mendaftarkan diri dengan Churper ni, ChurpChurp juga satu medan untuk menjana pendapatan sampingan tau. macam mana? dengan hanya share iklan-iklan yang ChurpChurp keluarkan. share dengan kengkawan, dan dengan mudah kita boleh jana $$$ dari sana. mudah je kan? nak tahu atau nak daftar ChurpChurp sangat mudah juga tau. korang boleh daftar kat sini > ChurpChurp < mudah sahaja.

jom! jana pendapatan sampingan dekat blog dengan mudah. sambil-sambil kita berblog, menulis sesuatu dengan jejariruncing kita yang lemah lembut tu kan, arrrr...bolehlah kita menjana pendapatan sampingan. hihi. beb! bolehlah topup broadband yang lembab lepas ni ;)

much love. PG

Maklum Balas dari Nuffnang

sebut pasal Nuffnang, nuffnang ni satu je kalau korang rasa-rasa nak menjatuhkan dorang. dan kalau boleh, jangan la sesekali nak menjatuhkan depa. sebab apa? sebab perkhidmatan mereka memang top ten la aku cakap. waktu bekerja depa memang aku rasa, kalau berdepan dengan mereka sekarang, memang akan selesai segera. 

buktinya?
pagi tadi aku submit tiket kat nuffnang, dek pasal masalah twinkle twinkle little star skype nuffnang aku yang hilang sinarnya tu. then tak lama, nuffnang membalasnya bukan dalam masa sehari. tapi dalam masa beberapa jam sahaja. kira ok la kan beberapa jam. dari berhari-hari. ;) so, aku dapat reply berbunyi:
Hi there ,

The stars given at your ads are merely indicators of how many people that have been clicking on that particular ad. The higher the CTR (click through ratio) the more stars you will get for that ad. Basically, there is nothing to worry as the stars are just there as an indicator as to how your blog is performing, that's all and it definitely will not affect your earning.

Thank you

Cheers,
Jessica Goh
Nuffnang Sdn Bhd


uncle google, pinjam gambar awak lagi ya :)

aku siap bagi bold lagi kat situ k. kot-kot korang ada masalah yang sama, jadi jangan risau la ya. selagi nuffnang noted benda tu, so its ok on our acc nuffnang, blog too. mimpi ngeri da hilang :D

much love. PG

Twinkle Twinkle Little Star

tadi aku ada mention The Star on My Account Nuffnang bermasalah kan. lebih dekat aku nak cakap, bintang tu hilang. hilang pegi mana, ntah! aku da hantar tiket ke Nuffnang. hopely bintang tu akan muncul semula dan bersinar semula kat blog PG. gitu :)


bintang skype, awak pegi mana erk? #wink2!

hurm. bintang tu yang aku maksudkan. oh ya, bukan aku sahaja yang bermasalah macam ni tau. mama a.k.a empunya blog Mommy As Blog juga mengalami benda yang sama. korang boleh baca kat entry Masalah Nuffnang by mama, dan ada juga blogger lain yang jadi macam ni.

harap-harap bintang bersinar warna kuning nama skype tu sihat kembali dan bersinar menyinar semula. kang aku nanges pula kena merayu-rayu kat encik nuffnang :(

much love. PG

Back To Basic

since i was wondering dengan masalah The Star on my account Nuffnang, so i decide to edit my blog to normal or basic. ewah-ewah. speaking london pulaks. hey hello fellow! assalamualaikum. 

so, how PG blog look like now? basic sangat kan. tak sarat mata memandang, i guest. cuma pinky-pinky tu je la. hihi. harap jumpa colour yang lebih sesuai lepas ni. ni pun da sakit mata memandang PC since early morning :) and hope so, korang suka la dengan pembaharuan sekali lagi blog PG ni. simple je. tak nak la sarat-sarat lagi. as long korang suka dan dapat baca apa yang PG write down here, itu sudah memadai bagi PG. dapat earn dari nuffnang (heee) sudah kira bersyukur sangat-sangat :)

pegi mana dua hari?

hihi. since friday tak post apa pun kan? yes! dalam dua hari ni, PG luangkan masa secukup-cukupnya dengan en. suami dan family. tak pegi mana pun. dekat-dekat kota kinabalu juga. lagi pun, nak bercuti, riadah semua, tak semestinya kena pegi lawat negara orang or kan. pantai or tengok wayang juga satu aktiviti yang boleh kita luangkan masa dengan orang-orang kita cintai. gitu :)

hey, nanti update lagi. nak kuar lunch. toodles~

much love. PG

18 October 2013

Tamat Sudah drama Kampung Girl

Hi fellow. Memang sudah PG jangka, apa yang di dramakan dari novel memang tak akan sama. Huhu. Tapi apa pun, pengakhiran drama kampung girl agak puas hati jugalah.

Abang faisal pun sudah mula terima si ain sorang tu lagi. Kawan si ashraf tu pun cintanya sudah diterima. PG bagi full 5 bintang tuk drama ni sebab whole drama tadi, asyik tersengih-sengih je. Hehe.

Adoi. Internet memang agak lembab betul la malam ni. Terpaksa menggunakan handphone S3 Mini PG yang comel nak publish entry ni. selamat malam semua, PG da mengantuk sangat-sangat ni. Ecok kita jumpa lagi ya :D

Much love. PG


Posted via Blogaway

#ChurpOut2013 – A Street Fair With A Cause

hellow fellow. ecok, kalau korang tak da apa-apa nak buat kat rumah tu, rasanya korang boleh join aktiviti dari Nuffnangers! sila lihat detail yang PG share ni k. 

Date: October 19 (Saturday)
Time: 11am- 8pm
Venue: Outdoor Park, Setia City Mall

PG di fahamkan, ada 4 acara yang super menarik bakal di adakan, dan pasti gempak giler sebab ada kehadiran si kecik, cantik lagi sweet gitu tak lain tak buka Sazzy Falak! see detail yang PG dapat dari email Nuffnang :)  
 

Marketplace
  • Fashion Icon Pre-loved Charity Sale
  • Fashion Blog Shops - SF by Sazzy Falak, Phat Culture, Fashion Valet and so much more!
  • Food Vendors – KyoChon, yums!

Street Fair
  • #Churpbungee – Are you brave enough?
  • Carnival Games
  • Caricature by Comic Bloggers
  • Umbrella and Fashion Graffiti
  • iDarts Challenge
Tech Zone
  • Make your #ChurpOut2013 memories last forever with a fabulous photo at The WOW Photobooth!
Center Stage
so, kalau korang rasa nak join sama, boleh tengok more detail lagi kat laman web ni www.churpout.com/RSVP dan layari facebook HERE. korang boleh tengok kat sini juga  www.churpout.com. CHECK THIS OUT tau kengkawan, sebab ada goodie bag untuk korang yang register! selamat berhujung minggu dari PG :)

much love. PG

Jejariruncing Header Blog

do know why, PG suka sangat dengan header blog elia, empunya blog jejari runcing tu. jeles sungguh. rasa macam sesuai sangat header tu dengan empunya diri dan empunya blog. PG nak make it one macam tu sebenarnya, tapi gambar keyboard macam tu susah pula nak cari. nak guna header elia, sah-sahlah memang tak boleh kan. kang kena cop copy right pula. hurm.



nampaknya kena kuatkan usaha, tingkatkan iman je la nak cari keyboard macam tu. bukan apa, header blog ni orang kata satu identiti tau. PG pernah tulis pasal ni juga dulu, tapi PG sendiri masi tercari-cari identiti dan juga tema blog PG. harap-harap lepas ni kena target apa yang patut dalam blog ni. hurm

much love. PG

Kampung Girl Episod Akhir

kampung girl episod akhir. fellow, jangan lupa malam ini ya. Jumaat ini, pukul 9.00 malam, tv3 slot zehra, kampung girl episod akhir akan bersiaran. 

wa, da macam buat iklan pula kan. macam PG, yang memang da tahu apa jadi kat depa ni, memang tak tengok pun tak pe, tapi macam tak best pula kalau tak tengok kan. kena tengok juga. nak tengok sangat-sangat muka manja si akim a.k.a ashraf khiri yang sombong tu bila da jatuh cintan dengan si nad zainal a.k.a ainnur azmi a.k.a kampung girl gitu. acctualy, tak semua kampung girl is typical girl or typical women kan? hehe. dan kena sedar, kita semua berasal dari kampung. kan? kan? :D


pakcik gugil, pinjam gambar awak lagi ya :D
so, jangan lupa tau. pack depan tv3 jam 9.00!
episod terakhir kampung girl.

much love. PG

Gambar Memey Suhaiza Cantik Macam Anak Dara

seronoknya tengok pasangan bahagia memey dan norman ni kan, dengan kehadiran cahaya mata mereka, makin bertambah-tambah bahagia dan sempurna nampaknya memey sekarang. PG nampak memey pun tak berapa berlakon sekarang ni. lebih tumpukan kepada anak dan suami. tak pe la kan. berkorban demi anak, melihat anak membesar depan mata dan korbankan sedikit untuk suami tersayang. ewah-ewah, macam PG pula :D apa pun, suka tengok memey since beliau bertudung litup. abby abadi pun da berkawen semula. lepas ni, tunggu baby abby abadi lagi la ;)


cantiknya dress mimie ;)


cantiknya dress mimi. teringin nak make it one sendiri :)
kredit to abg nara a.ka. beautifulnara blog :)

much love. PG