27 May 2013

Welcoming ramadhan ツ

Assalamualaikum. Sedar tak sedar da beberapa bulan ramadhan meninggalkan kita. Dan tak lama lagi ianya akan datang kembali menziarah kita semua. Oleh itu, persiapkan diri jom, ramadhan ramadhan juga. Ibadahkm puasa jangan buat pura pura lupa ツ

Salam. PG

26 May 2013

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2

assalamualaikum fellas ^^ petang ni PG nak join segmen dengan hemahnya ^^ korang, PG ajak sekali tau. jom baca kat bawah ^^




Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Jun dan Julai iaitu pencarian bermula dari 26 Mei 2013 dan berakhir pada jam 11:59 malam 30 Mei 2013 nanti. 20 orang yang bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Nabeel Fikree bermula 1 Jun nanti.


Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog NabeelStories.com.
  2. Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist #2
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.





.
salam. PG

Best designer belong to mama ♥

Assalamualaikum. Good morning fellow.

Lately, banyak sangat fesyen or i mean jubah yang ada kat pasaran kan. PG tak berapa ambik tahu sangat nama nama one of fashion or jubah ke. Terlampau banyak dan sesak kat luar sana, kan? Till kita ni sebagai pembeli pun kadang rambang mana tak tahu mana yang best ever nak beli dan which one yang better to usefully.

Sebut pasal tu, thanks to combi for the pujian (cehhh ;) bout my outfit. Yes, bila orang besepah sepah nak cari dress online, jubah online or maybe berjalan ke hulu ke hilir panas terik cari this outfit, ahaha.

PG lebih suker mama punya made. Kira home made la. Senang citer. And ya, outfit kat bawah ni juga made by mama. Mama is my everything about dress or design. Kadang PG bila nak dress macam artis tu pakai, orang tu pakai ke, PG will design and mama akan komen sana sikit, sesuai ke tak dengan PG and yaaaa, mama jahitkan ;) thanks mama ♥

Ok, nanti PG share lagi bout this ya ;) salam. PG

25 May 2013

Main badminton

Assalamualaikum. Selamat petang fellas ;)

Wa, da agak lama PG tak melakukan aktiviti sihat since kursus pengukuhan pasukan hari tu. Huhu. Petang sat tadi, tetibe je ajak abang main badminton. Penat dan keluarlah peluh degil tu sikit. Tau tau je la, duduk dalam ofic kan lama, kadang da balik umah tu, apa je la boleh di buat untuk mengeluarkan peluh degil dalam badan ni.

Korang pun harus sama melakukan aktiviti samping sikit. Keluar peluh sikit, keluar jugalah lemak tepu dalam badan yang da bekilo kilo gamaknya. Hehe. PG rasa PG pun da makin temuk dengan lemak sana sini. Sedangkan PG rasa, PG kurus keding. Kalau berselindung dibalik pokok kayu, sure tak boleh di temui. Hehe.

Salam. PG

Segmen Cabaran Mengumpul Blogger Seramai 1500!!

assalamualaikum. and Good morning again fellas ^^

macam da lama PG tak join mana-mana segmen. and pagi ni, PG berminat nak join segmen by Mohd Noor Shawal ^^ memandangkan syarat penyertaannya sangat mudah dan simple, so PG join sama ^^ korang semua kengkawan PG kat sini di jemput join sama tau. kebaikan join this, kita boleh menambah follower ^^ manalah tau kan bertemu jodoh ke aper ke, inshaAllah ^^ klik banner tau !


salam. PG

Berhati-hati tumbuk sambal belacan

Assalamualaikum. morning fellas *^O^*

Korang yang dekat dapur tu, berhati-hati while nak tumbuk sambal belacan ke, lada ke ape ke dengan menggunakan anak plus mama batu lesung tu tau. Look PG, ahaha. Sangat berhati-hati kan. Sure mata tak masuk biji lada punyaLa. Zaman mak bapa kita mesti tak de macam ni kan (*^﹏^*) selamat menumbuk pagi ni. ♥


 

Salam. PG

24 May 2013

Samsung Galaxy SIII Mini Yang Comel !

assalamualaikum. selamat malam dear fellow ^^

syukur alhamdulillah. akhirnya, PG telah dapat memiliki si comel Samsung Galaxy SIII Mini ❤ yang PG idam-idamkan, selepas kekecewaan (ceh ^^) PG memenangi sebijik iPhone 5 hari tu ^^ tak pe. bukan rezeki PG la kan (: and nak bagitau korang, PG sangat-sangat gembira memilikinya. memandangkan fon PG sony erikson xperia x10 mini pro sudah tidak sihat sepenuhnya, sobsob maka PG amat-amat gembira mendapatkan fon baru ni.

  




PG da donlod imotiv ^^ dengan itu, bolehlah PG baca blog kegemaran PG dengan suka ria ^^

salam. PG

Fast and Furious 6 Hebak!

assalamualaikum. selamat petang fellow ^^

semalam PG pegi tonton wayang Fast and Furious 6. fuh. memang mencabar habis semalam. hanya kerana wayang ni. abang kandung PG da look like fast and furious juga ni. gara-gara nak pegi tonton wayang ni. nak bagitau korang, semalam pegi PG tonton jam 12 tengahmalam ye. tak pernah-pernah PG pegi tengok wayang time tu, ni la pertama kali. hehe


memang pecah panggung betul wayang ni. masa yang PG nak pegi tengok, semua penuh. yang ada pun last dan half panggung da penuh, tu pun jam 12.00 tengah malam. nasiblah hari ini, cuti umum. kakak ipar pun sporting. mama si ain pun sporting, suami pun ok, makanya PG pun join kan diri juga la tengok semalam ^^


korang yang tak pegi tengok lagi, PG sarankan haruslah pegi tengok. jika korang memang mengikuti movie ni dari episod pertama like PG, memang korang harus tonton tau ^^ PG tak nak cerita banyak pasal ni, sebab nak korang sendiri pegi tonton. dari 10 bintang, PG bagi 10 penuh bintang :D

salam. PG

21 May 2013

Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 (BUKU RUJUKAN)

assalamualaikum. selamat malam fellas (:

PG was here. sorry tak berapa tak berupdate here. ada hadok ke rindu PG ni? hehe. perasan sungguh. ok, mai sini baca entry PG while kita tonton kisah cinta kat tv3 sekarang ni, ok? (: k, kemarin dan hari ini PG duduk exam. Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. fuh! buat mereka yang pegi duduk exam tanpa sebarang basic like PG, memang ting tong la menjawap kan. tapi, so glad. sebab exam perkhidmatan awam for kakitangan kerajaan ni, di benarkan bawa buku rujukan masuk ke dewan peperiksaan. nak salin bulat-bulat apa yang ada dalam buku rujukan tu pun boleh je (ye ke boleh? (:) memandangkan PG first time pegi untuk this Gred, memang agak tertanya-tanya juga. sebab, setahu PG, soalan esei memerlukan huraian olahan by own ur self. even ada buku rujukan. buku rujukan memudahkan lagi sebenarnya nak buat huraian dan menjawap soalan. but, memandangkan 3 jam lebih dan kena jawap 10 soalan, agak take time juga sebenarnya nak menjawap soalan ni. huhu.

apa pun, nantikan result apa yang bakal PG dapat nanti ya. hehe. ok, PG nak share buku-buku yang PG pakai masa exam. sebab, agak payah sebenarnya nak cari bahan rujukan yang sesuai masa nak pegi exam ni. kadang ada buku yang tak sesuai la apa la.


Tajuk Peperiksaan:
Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat ke Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 kod Exam 108

(1C) (BUKU RUJUKAN):
1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008
2.  Arahan Perbendaharaan
3. Tatacara Pengurusan Stor


(2C) (BUKU RUJUKAN):
1. Arahan Keselamatan
2. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
3. Pelan Intergriti Nasional (PIN)

(3C) (BUKU RUJUKAN):
Undang-Undang Umum ( yang ni banyak buku pula nak kena bawa. nampak je satu subjek, tapi banyak sebenarnya buku :D )
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Undang-Undang Pencen
4. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ar. itu la dia antara buku-buku rujukan yang PG bawa ketika exam. tebal bukan main lagi la.

salam. PG

19 May 2013

3R (RESPEK RELAKS RESPON) KEMBALI SELEPAS SEDEKAD

assalamualaikum. selamat pagi fellas ^^

PG so into love dengan Program 3R! kembalinya 3R selepas sedekad ini sangat-sangatlah buat PG teruja tahap dewa. ^^ dengarnya 3R kini mencari pengacara baru. huhu. kalau pencarian di buat di seluruh semenanjung tanah air, nak juga PG join sama. kononlah.

untuk hos baru yang akan mengacara program ni, PG wanna say good luck to u'ols ya ^^ korang yang nak tahu lebih lanjut tentang 3R (Respek, Relaks, Respon) ini, boleh klik sini 3R atau korang boleh join facebook mereka juga kat sini 3R Malaysia. rindu-rindu giler nak tengok aksi dorang mengacara ^^



tak sabar nak tengok musim baru ni! ^^
salam. PG

18 May 2013

Nuffnang Premiere Screening – Pee Mak

assalamualaikum. selamat malam fellas ^^

again, PG kalau bab-bab nuffnang ni, memang agak ketinggalan sikit. sobsob. bila la agaknya rajin ni :D tak pa. tak pa. PG akan usaha lebih maju ke depan bersama nuffnang ya ^^ ok, kali ni nak share dengan korang tajuk kat atas tu. huhu. tengok gambar kat bawah, sure la citer seram kan. rasanya citer ni look like citer hantu nang nak yang femes memes tu. tapi apa pasal nama dia Pee Mak pula? tak pa. tak pa. ada masa lagi nak dapatkan tiket dari nuffnang. bolehla bawa member ku hawa :D 

Date: 21st May 2013 (Tuesday)
Time: 9:15pm
Venue: GSC, Mid Valley

 
 

detail; jom klik SiNi cepat ^^
salam. PG

Penjelasan Shah Jazle Di Tangkap Khalwat - Tunang Beri Peluang Penjelasan Kepadanya

morning. assalamualaikum fellas ^^

hari ni PG tak pegi buat part time job. makanya, hari ini boleh berjimba-jimba kat sini while tunggu mood PG datang nak study! ahahha. ok. sambung entry semalam tentang shahz jazle tu kan, and ya PG suka dengan sikap tunang si shahz ni. dia boleh duduk diam, stay cool and bagi peluang to her fiance bagi penjelasan tentang apa yang berlaku. even memang terang-terangan si tunang ini sah dan sahih berduaan dalam tu. memang suspek giler kat tunang dia ^^


kredit to : abg nara aka beautifulanara
kata wani:
Saya terkejut apabila diberitahu oleh seorang wartawan malam semalam mengenai Shah Jaszle yang ditangkap khalwat kerana saya sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang berita itu. Rasa seperti tidak percaya pun ada kerana pada petang Rabu iaitu sebelum dia ditangkap khalwat, ayahnya ada menelefon saya bertanya khabar dan dia beritahu ketika itu Shah ada di rumah. Sebenarnya saya pun tak sempat lagi berjumpa apatah lagi bercakap dengannya. Cuma saya sempat telefon dia malam semalam ketika dia sedang tidur dan dia hanya beritahu berita itu tidak benar.
Terus-terang saya masih boleh bertenang ketika mendengar berita itu dan tidak peduli dengan kata-kata banyak pihak daripada blog dan laman sosial sejak berita itu tersebar luas. Malah, saya mahu beri peluang kepadanya untuk beri penjelasan sebelum saya membuat apa-apa keputusan mengenai pertunangan kami. Shah pun kini sedang menjalani penggambaran dan dia berjanji untuk menjelaskan semuanya kepada saya kelak.
 salam. PG

17 May 2013

musim peperiksaan perkhidmatan awam

assalamualaikum fellas ^^

uwargh. masa untuk bangunkan diri. PG baru bangun. memandangkan PG memang duduk jaga library setiap hari, kecuali sabtu dan ahad. maka. library da menjadi one of tempat lepak PG setiap hari. bukan sahaja PG. kengkawan PG semua kalau lalu je nak pi toilet, will singgah menyinggah lepak sat. elok juga la. boleh la kurangkan tension dorang :D



PG sangatlah tension. nak membaca buku rujukan. minggu depan on monday and tuesday, PG will attending exam perkhidmatan awam negeri sabah. tu la, sapa suruh dok gatal nak ambik exam sangat. macam lah ada jawatan kosong untuk gred n27. huhu. la ni, kenalah mengadap buku segala buku, mak ayah buku, adik beradik buku segala :D korang, doakan PG dapat jawap tau. sayang korang banyak-banyak ^^

cuaca kat ofic la ni, sejuk. dengan mata mengantuk lagi. sure la nak bawa tido kan. adoi, Ya Allah. kuatkanlah semangat PG ni. rasa macam nak mendayu-dayu da mata ni bawa lelap :D heeeee. buruk perangai betul la kan ^^

salam. PG

Pelakon Eja Kini Bertudung

assalamualaikum again fellas ^^

Eja kini bertudung ^^ syukur alhamdulillah. kata Eja, dia memang berhajat untuk memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun. ^^
Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya. Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi.
Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi. Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan dan menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini.


ala comei ^^ kredit to abg nara aka beautifulnara

salam. PG

(Gossip) Pelakon lelaki Terkenal Shahz Jazle di Tangkap Khalwat oleh Jais

assalamualaikum again and again fellas ^^

berikutan entry PG Pelakon Lelaki Terkenal di Tangkap Khalwat oleh Jais, dan kini Identiti Pelakon tersebut, di kabarkan dan PG mendapat sumber dari blog Roti Kaya Pemilik Nama ShahZ Jazle adalah pelakon lelaki yang di tangkap khalwat oleh pihak Jais semalam.


  kredit to kosmo

shahz jazle pernah menjalinkan hubungan dengan maria faridah satu ketika dulu, maria adalah bertepatan dengan wanita yang di kabarkan berusia yang pernah menjalinkan hubungan dengan beliau. dan pernah menjalinkan hubungan sama dengan miera liyana, si pelakon wanita muda mudi ^^ apa pun, kita tunggu la penjelasan dari mulut beliau sendiri ^^

kredit to terengganutoday
shahz dan tunang

Berita terkini yang PG dapat dari Blogger Community Malaysia,
JAIS telah SAHKAN bahawa Pelakon Shahz Jazle Ditangkap Khalwat

 kredit to kartikel.com
SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mphd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Kaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.

Penahanan Mphd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Sekian, terima kasih.
read more: mytrueinfo.net
salam. PG

Identiti Pelakon Lelaki Terkenal di tangkap Khalwat oleh Jais

assalamualaikum fellas.

pagi ni agak panas sikit dunia glamour artis, apa bila seorang pelakon lelaki terkenal di tangkap khalwat oleh pihak Jais, pada pukul 3.30 pagi. seperti yang di beritakan oleh BERNAMA. identiti pelakon berusia 25 tahun, yang pernah bertunang pada disember tahun lepas, pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang lebih berusia dan menjalinkan cinta dengan seorang pelakon wanita juga, kini menjadi tanda tanya, siapakah empunya diri. pernah bertunang tahun lepas? sapa erk? :D


kredit to abg nara aka beautifulnara

salam. PG

16 May 2013

APA ITU IMOTIV By Nuffnang

assalamualaikum. selamat malam again fellas ^^

apa itu Imotiv? huhu. PG sangatlah rasa ketinggalan bab-bab begini ni. i mean, berkaitan dengan nuffnang, memang PG agak seperti slow dan boleh dikatakan, PG la orang terakhir yang tahu news terkini ke news minggu lepas ke, sebulan lepas ke. sedey!


ok. back to Imotiv. first time dengar, PG pun tak servey2 lagi apa benda Imotive ni sebenarnya. so, korang yang nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca kat SINI ^^ kot2 membantu kan ^^

salam. PG

SELAMAT HARI GURU PARA GURU'S (:

assalamualaikum fellas ^^

PG nak ucapkan selamat hari guru buat para guru, yang bergelar guru. even ibu bapa kita sendiri juga adalah our Guru Pertama kita. sudah semestinya mereka adalah guru pada PG yang tak akan ada pengganti dan sampai bila-bila pun akan tetap menjadi guru dekat PG ^^ buat guru-guru yang pernah mengajar PG, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah also kolej, selamat hari Guru PG ucapkan. terima kasih buat ilmu yang di kongsikan selama ini ^^






salam. PG

ROTI CANAI 'O' 2KEPING

assalamualaikum, good morning fellow ^^


breakfast PG pagi ni ^^ korang? breakfast ape pagi ni? ^^

salam. PG

15 May 2013

Good Night Dear (:

assalamualaikum. selamat malam dear diary dear fellow ;)

tengok jam dinding, da jam 11.01 malam. tapi mata masih tak dapat lelap. adoi. salah planning betul. sebab tadi makcik PG, mak to SIL PG buatkan secawan nescafe panas. adoi. jadahnya, tak dapat nak lelap lagi ni. penangan nescafe memang macam ni la, memang tak mengizinkan PG beradu dengan lena bila malam tiba. waaaa ayat. bukan main lagi kan ^^

hurm. bila malam-malam macam ni, saat ni la rindu dekat en. suami memang bertubi-tubi. rasa nak kena penampar sekali. mengada-gada bukan kemain :D adoi. penangan berjauhan memang macam ni la. tu la orang kata, bila jauh dimata, dekat dihati? tak de nya. bila jauh dimata macam ni, rasa macam nak menanges, nak meraung bagai, nak segala nak la. nak masuk dalam handphone pun kalau dapat, memang nak masuk terus. tak payah nak main col-col bagai, dengar suara, tell miss-miss ni. lol. sangatlah tidak dimasuk akal. hehe. pesanan penaja, en. suami, saya rindu awak ): [kekekeke]



ok. jom masuk tido sekarang. ecok keja T_T Selamat Malam Semua ^^ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ banyak utk kamu semua ^^

salam. PG

Shawl, Tudung, Hijab & Etc Tutorial

assalamualaikum again fellas ^^

sekarang ni da banyak sangat tutorial how to use shawl dengan mudah dan simple kan. kadang, boleh jadi kelabu mata juga nak mencari tutorial yang senang dan berapa sangat je la orang kata nak make it. PG suker tengok cara hana tajima pakai hijab. dia sangat sweet dan cute. orang da cantik kan, pakai macam mana sekalipun, tetap cantik di pandang ^^


see, sangat mudah untuk diikuti ^^


PG pula, sangat simple. yang penting pakai dengan selesa dan senang bergerak. tapi, PG da bosan dengan satu style sahaja. hurm.

salam. PG

Eina Azman Mohon Ibu Afiq Muiz Mohon Maaf Kepadanya

assalamualaikum. selamat petang fellow's ^^

ok, PG kalau tak masuk laman web abg nara aka beautifulnara (BN), memang tak sah.  PG suker dengan blog abg nara, simple, kemas dan ada sahaja benda yang terkini dari abg nara. dan lagi yang membuatkan PG suker is, entry abg nara selalunya berkesinambungan dari awal till akhir sesuatu cerita. korang yang tak pernah lawat abg nara blog, bolehlah ziarah abg nara kat sini BeautifulNara.

dan yang ni cerita terkini yang menarik hati PG nak baca. kisah pergaduhan di antara ibu afiq muiz, afiq muiz sendiri dan dikatakan, eina azman terbabit dalam pergaduhan tersebut. korang boleh baca kat sini, sini dan sini ^^ sapa tak kenal dengan afiq muiz dan eina azman, mari sini babab sat :D mereka pernah bergandingan dalam drama keluaran tv3 hari tu. cinderella ape ke tajuknya tu, PG pun da lupa :D



afiq muiz dan eina azman
sesuai ape dorang dua kan? ^^


ibu afiq muiz

so, lepas ni. harap2nya mereka akan dapat berbaik semula. bawa bincang elok. ye la, air di cincang pakai parang sekalipun, memang tak kan putus. begitulah juga hubungan ibu bapa dan anak-anak. kredit to abg nara aka beautifulnara.

salam. PG

14 May 2013

3 CPUV CAMPAIGNS. Thanks Nuffnang!

assalamualaikum again fellas.

ingat lagi tak dengan entry CPUV Campaigns Earn #TERIMA KASIH NUFFNANG PG sebelum ini? honestly, memang tak sangka akan dapat CPUV dari Nuffnang. memang teruja tahap dewa masa check acc nuffnang hari tu. tak sangka kan. tetiba je dapat. uwargh!


ok. cpuv yang PG dapat, datang dari Women March 2013 dan juga Inti November, cpuv dari tahun 2012. tapi pelik, kenapa baru di kreditkan pada tahun 2013. memandangkan PG tak berapa reti bab ni, mungkin PG akan lebih alert di masa hadapan. ewah :D

salam. PG

Majlis Sambutan Hari Pekerja 2013 - Selamat Hari Pekerja !

assalamualaikum. selamat malam fellas ^^

pagi tadi PG attend Majlis Sambutan Hari Pekerja DBKK 2013. sambutan ni memang di adakan sekali setiap tahun. dan memang menjadi acara rasmi DBKK. banyak acara di adakan. ada tiket cabutan bertuah dan persembahan dari setiap jabatan. persembahan yang memang happening la ^^  dan kali ni disediakan 43 hadiah yang tip top la orang kata, untuk dimenangi :D


ni dia tukang jaga kaunter paling comel :D


tapi nampaknya, bukan rezeki untuk menang sebarang hamper atau hadiah utama untuk majlis kali ni. sob ob. tak pe la. bukan rezeki PG. inshaAllah next time kan ^^

salam. PG [ Selamat Hari Pekerja Semua ] :)

13 May 2013

Nuffnang BlogBuster Campaigns : What is project C?

morning. assalamualaikum again fellas ^^

hari tu, PG ada mention blog PG turut sama di jemput bagi menjayakan kempen Nuffnang BlogBuster by Acer Hybrid Ultrabook kan. tapi kali ni nak bagitau korang, PG sekali lagi telah di jemput menjayakan Nuffnang BlogBuster again. dengan tajuk What is Project C? ar. apa itu project C? gwiyomi projek ke? PG pun tak tahu!


so, korang yang tak tahu lagi apa itu Nuffnang Blogbuster kempen. Boleh baca Nuffnang Blogbuster Campaigns ni ^^ Good Luck untuk mereka yang menjoinkan diri kempen ni ya ^^

salam. PG

Nuffnangers Good Morning :)

assalamualaikum. selamat pagi fellow!

morning again fellas ^^ so sorry, weekend kat umah tak update apa pun. maaf ya ^^ PG awal sampai ofic hari ni. awal pagi lagi da ketuk bilik abang suh hantar PG pegi keja. naik motor ya. awal keluar umah, awal la sampai ofic. malas PG nak tersangkut dalam jame ni. sampai awal ofic, boleh la berjimba kat sini sekejap. ye dak? hehe. so, awal pagi lagi cek nuffnang. kot-kot earn tu da bertambah jadi bukit. bolehlah bagi keluar, tambah beli sIII Mini idaman PG tu :D syukur alhamdulillah. rezeki kan ^^ kengkawan PG kat sini, thanks so much ya, yang mana membantu PG klik sekali ads by nuffnang tu :P hehe.

ok, PG nak keluar breakfast sat lagi ni. nanti PG update apa yang patut la. untuk nuffnangers PG yang awal pagi la dok lepak kat sini, yesss korang berempat ye. PG nak ucapkan thanks sudi ziarah blog tepi kaki 5 PG :) morning untuk kamu ! ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ banyak-banyak untuk kamu :)



budakshumort @ mia ^^

salam. PG

10 May 2013

Nuffnang BlogBuster Campaigns : Acer Hybrid Ultrabook

assalamualaikum fellas ^^

beberapa hari yang lalu, PG ada make one entry tentang apa kah itu Nuffnang Blogbuster Campaigns kan. dan betapa masyuknya Ringgit Malaysia jika korang join sama mengikuti kempen tersebut. hehe. dan nak bagitau korang sama, PG juga turut sama di jemput untuk memeriahkannya. tapi...ar tidak! PG tak reti nak buat. sobsob. makanya. tidaklah masyuk RM itu untuk PG. tak pe la. bukan rezeki PG, ye dak T_T


see PG Proposed Blogbuster Campaigns PG ^^

salam. PG

MENGANDUNGKAN ANAK ULAR!

assalamualaikum. salam jumaat. selamat pagi fellas.

orang kata, mimpi itu mainan tidur. tapi jika mimpi yang kerap dan berulang. macam mana erk? hari tu, PG ada mention yang PG kerap mimpi ular. memang tak suka dan tak berkenan betul dengan spesis ular ni.

tapi subuh tadi, around 4 pagi, PG mimpi sekali lagi spesis minatang ni. memang bikin takut. dalam mimpi PG, PG tengah mengandung. tengah duduk santai dekat depan tasik. tasik buatan. dalam tu ada ular dan satu lagi PG tak ingat. tetiba, ada sorang lelaki yang PG tak cam bagi hambur makanan dekat dalam tasik. seperti nak bagi makan dekat burung tu. and tetiba je ular tu naik ke darat dan datang terus menghala ke tepi kanan PG.

memandangkan PG memang takut dengan spesis ni, PG cuba sekuat hati untuk berdiri dan jauhkan diri dari. tapi ntah kenapa, tetiba PG dekatkan lengan tangan PG dekat kulit ular tersebut. dan dengan pantasnya PG terasa pening dan kepala rasa macam berputar. perut PG yang ada baby tadi rasa pusing semacam. tak lama lepas tu, PG muntah darah dan perut rasa macam nak bersalin. dan ya, memang masa itu juga PG bersalin. tapi. astagfirullahalazim. PG bersalin, beranak kan anak ular. Ya Allah. mimpi apakah ini. astagfirullahalazim min zalik. takutnya PG. rasa macam real pula. terus PG terbangun jam 4 subuh dan tak dapat tidur semula dengan lenanya. harapnya ianya cuma mimpi. mainan tidur ya kengkawan. takut sangat.

dan PG teringat satu cerita benar berkaitan mengandungkan anak ular. PG rasa korang pernah baca tentang Rasheedan Bibi yang mengandungkan anak ular selama 7 bulan. tanpa disedarinya. dan mengandungkan anak ular sawa tersebut melalui sumber air yang di minum yang di dapatinya dari telaga. subahanAllah. 



salam. PG

08 May 2013

Nuffnang Blogbuster Campaigns

assalamualaikum. selamat malam again Fellas ^^


sebelum masuk tido. PG nak share korang, apakah itu Nuffnang Blogbuster Campaigns. honestly, PG pun tak tahu apa benda sebenarnya Nuffnang Blogbuster Campaigns. tapi, thanks to farah sebab dia PG tahu dan perasan benda ni. dan thanks to meslim untuk info yang sangat simple dan berguna ^^

Blogbuster Nuffnang

Blogbuster adalah satu bentuk iklan terbaru yang diperkenalkan oleh Nuffnang untuk ahli Glitterati. Iklan ini berbentuk sistem iklan berubah atau dinamik, di mana iklan (expandable) atau dengan kata lain, saiz iklan blogbuster ini boleh berubah kepada saiz yang lebih besar daripada saiz biasa iklan Nuffnang yang diletakkan dalam blog. 

Bukan semua blogger yang daftar dengan nuffnang mendapat peluang menjana pendapatan menerusi bentuk pengiklanan blogbuster ini. Hanya blogger yang memilih kriteria jenis iklan expandable sahaja yang akan diberi peluang lumayan ini. 

Pendapatan Lumayan Menerusi Nuffnang Blogbuster 

Ada rakan blogger yang pernah dapat earning menerusi blogbuster ini , dengan mudahnya boleh dapat sehingga RM 300-400 untuk sekali kempen berlangsung. Jumlah ini mungkin lebih bergantung kepada traffik blog anda. Dengan syarat video yang diupload mesti dalam jangka masa 10-15 saat. 

Setiap blogger yang ditawarkan blogbuster ini akan dimaklumkan menerusi email, jadi jika mahu anda terpilih rajin2 tgk email, agar tidak terlepas kempen ini pulak...k.

Cara Nak Dapat Blogbuster Ini 

1- Pastikan ruangan servey anda selalu ber'update' . 
2- Serta pastikan no.6 "would you be willing to run expandable ads that change their size dynamiclly)... klik yes ..
kredit to : mselim3
hope so berguna untuk korang ya ^^
salam. PG

SINOPSIS BISIKAN SYAITAN

assalamualaikum. selamat malam Fellas ^^

tengahari around 11.50 PG pegi tengok wayang. heee. memandangkan kemarin lepas PG sister birthday, so PG decide belanja sista pi tengok wayang. as her birthday gift ^^ memandangkan PG belanja kan, makanya kena ikut PG punya pilihan, nak tengok apa hehe. so, PG tengok Bisikan Syaitan ^^ PG nak bagi 2 bintang dari 5 bintang untuk movie ini. huhu. korang yang tak tengok lagi, bolehlah baca sinopsis kat bawah ni ^^
 
Bisikan Syaitan mengisahkan Kamil dan Soraya yang terdesak untuk mengubah hidup mereka yang miskin dan sering ditindas. Kesempitan hidup memaksa Kamil dan Soraya membuat perjanjian syaitan yang mendesak mereka mengikuti 4 syarat utama.

Bisikan Syaitan
kredit to : buzzera
Syarat pertama , Kamil dan Soraya perlu bercerai tetapi mereka masih perlu meneruskan hubungan intim. Kamil kemudiannya berkahwin dengan Iera. Tujuannnya untuk menyempurnakan syarat kedua, iaitu mendapatkan uri bayi daripada isteri yang mengandungkan anak sulung daripada benih Kamil .

Selepas menyempurnakan syarat tersebut, Soraya dan Kamil meneruskan syarat ketiga, iaitu membunuh wanita yang melahirkan anak tersebut. Soraya telah membunuh Iera dengan memberikannya ramuan berbisa ( rebusan air kayu yang dicampurkan dengan isi tembikai dan air kelapa serta miang buluh dan serbuk kaca) yang menjadi larangan bagi wanita di dalam pantang.

Walaubagaimanapun , selepas Soraya menyempurnakan syarat yang keempat pada 10 tahun kemudian iaitu mengorbankan janin daripada perempuan lain untuk korban pendampingnya, Soraya telah ditangkap Polis .

Sewaktu proses pembelaan kes Soraya, Zul telah menjumpai beberapa bukti secara tidak sengaja yang mengaitkan Soraya dan Kamil sebagai penyebab kematian Iera. Walaubagaimanapun , bukti - bukti tersebut hanya samar dan Zul tidak ada bukti kukuh untuk menuduh Kamil dan Soraya.

Zul hanya mendiamkan dirinya.Soraya disabitkan bersalah dan dihukum sampai mati. Selepas kematian Soraya, Pak Mat ( ayah Kamil) telah lumpuh separuh badan dan akhirnya meninggal dunia kerana tertekan diganggu kelibat-kelibat. Anaknya , Jasmine juga diganggu. Zul juga sering diganggu, dan meneruskan siasatannya sehinggalah dia mengetahui kisah sebenarnya apabila menjumpai surat perjanjian berdarah di antara Soraya dan Kamil.

Baca: buzzera
 salam. PG

PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN BERTUGAS SEMASA SPR PRU13

assalamualaikum. selamat malam Fellow ^^

nampaknya minggu ini masa untuk membuat tuntutan semasa bertugas PRU13 baru-baru ni. Pagi tadi PG da settelkan borang permohonan tuntutan Elaun PG. juga kakak-kakak ipar, abang also kengkawan PG. harapnya pihak SPR akan membuat pembayaran setimpal dengan apa yang PG pohon ^^ lepas tu bolehlah PG plan nak angkat sebakul SIII Mini ^^


isi borang tuntutan kena lengkapkan borang Lampiran 1. maklumat seperti nama penuh (seperti dalam kad pengenalan), no. kad pengenalan, gaji (bagi yang bekerja macam PG), jawatan (jika bekerja), nama bank (maybank, etc), nombor akaun bank, alamat surat menyurat dan etc.

lampiran 1 juga perlu isi dengan maklumat tarikh-tarikh kita menghadiri taklimat SPR PRU13. macam PG, ada 5 kali PG attend taklimat sepanjang sebelum berlangsungnya hari sebenar SPR PRU13. selesai lengkapkan tarikh-tarikh tersebut,  letakkan juga dengan maklumat tujuan di borang tersebut.

contoh: 05.05.2013 (ahad) - Menghadiri Tugas Hari sebenar sebagai Kerani Pengundian SPR PRU13. (Dari kampung Tambalang, Tuaran ke SJK (C) Chuang Hwa (RM100.00) (TANPA RESIT))

ar. macam tu la. dan jangan lupa juga letakkan jumlah tuntutan yang kita nak. macam contoh yg PG BOLDKAN di atas ^^ ar senang je kan. ok. tu je la PG nak bagitau. dan jangan lupa sign apa yang patut kat borang tu tau ^^

# mia. jangan lupa buat tuntutan awak tau :D

salam. PG

07 May 2013

dear suami #2

dear suami T_T

 

salam. PG