30 March 2013

Kerja oh Kerja

Assalamualaikum, Good Morning Fellow ;)
Just another weekend for me. And ya, PG lagi on the way ke tempat kerja part time. Remember entry PG before this, I oredi story telling there kan. Hehe. Mak ai, speaking london pulaks pagi pagi ni. Da la speaking hancur, nak menulis lagi la sama. :)
Ok, ni kali ke 4 PG make it part time. InshaAllah, jika diberikan peluang dan kesihatan dan ye, jangan malas je, inshaAllah PG akan teruskan buat part time ni. I just love it! Hurm. Memandangkan, suami pun jauh dari PG kan, and do nothing weekend macam ni, so better PG buat something yang tak membosankan for my whole day. Kekeke.
Ok, PG nak sampai da ni. Memandangkan update dari mobile, entry maybe tak kemas :)
Salam. PG


much love. PG 

29 March 2013

(TANIAH) Ayu Raudhah Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

Taniah dan syukur alhamdulillah juga buat Ayu Raudhah, selamat melahirkan bayi lelaki pertama mereka ;)


kredit to abg nara aku ;)

salam. PG

(TANIAH) Irma Hasmie Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama

Taniah dan syukur alhamdulillah buat Irma Hasmie kerana telah selamat melahirkan bayi lelaki pertama mereka. taniah buat irma dan suami ;)



taniah ;)

salam. PG

28 March 2013

Tawaran Menghadiri Kursus Pengukuhan Pasukan, Kampus Intan Sabah

again. hi fellas. berjauhan dengan suami baru beberapa jam ni, bukan penghalang untuk PG menulis di sini kan. memandangkan mood pun rasa macam hujan turun membasahi bumi, sobsob. tapi, mari gagahkan diri melawan segala perasan yang datang dengan tiba-tiba, sebab ianya tidak akan berhenti dan janganlah pandang belakang dek sebab, suami da selamat sampai kat semenanjung tanah tumpah airnya. syukur alhamdulillah. hehe. da, panjang sangat nak menulis tentang suami ni :D kekeke. jom back to Puan Gojes!

ok ok. nampak tak tajuk panjang PG kat atas tu? hehe. kalau nampak, ok baiklah. sebab tawaran menghadiri kursus ni, PG da dapat two weeks back hari tu. mula-mula memang tak nak pegi. sebab PG memang tak suker sebenarnya nak menghadiri kursus ni. lebih-lebih lagi yang kena bermalam kat tempat kursus. dan memandangkan memang tahu mood sedih masih ada sebab suami kan baru je belepas pi semenanjung. kekeke. gatai sungguh. maka, rasa awalannya memang nak tolak! tak nak pergi. da cakap dengan en. bos juga yang PG tak nak pegi. tapi, dia pula yang sibuk suh pegi, sebab ada game kayak. wa. kerana kayak je la engko suruh aku pegi bossssss :D

then, fikir punya fikir. makanya, PG terima juga tawaran pegi kursus ni. Kursus Pengukuhan Pasukan selama 5 hari 3 malam. ok. bos suker la kan. hehe. tapi tak pe. sebab, bukan PG je yang pegi dari jabatan PG ni. ada lagi beberapa kawan PG yang turut di tawarkan. en. marcus also pn. melisa. yahoo! melisa adalah peganti di saat akhir. sebab one of lelaki yang di tawarkan tu, tak dapat pegi. so, PG decide ( demand :D ) bawa melisa sekali, boleh la kami sebilik nanti ;) best best best!!! wa. belum lagi pegi kursus, da kemaruk kata best. hehe.

so. korang tengok je la surat PG tu. hehe. nanti PG make a entry, apa barangan yang PG bawa menghadiri kursus ini :D hehe.

bos, aku nak pegi kursus ni T_T
salam. PG

dear suami

smile ;) 
assalamualaikum fellas. hari ni suami akan terbang balik semenanjung da. flight jam 10.55 pagi ni. PG sengaja tak hantar suami sampai airport. bukan ape. tak nak la nanti, ada air mata yang berderai pula. erk. macam lirik lagu kumpulan lefthanded pula kan :D yup. kalau tanya how i feel right now. memang sedih. beberapa hari sebelum suami terbang ni, memang da cakap kat suami pun, ayang akan sedih bila abang tak de nanti bila da berjauhan, pasti akan rasa sunyi evendo ada keluarga PG kat sini. hurm. nak cakap macam mana erk. apa pun, PG harap dapat lalui semua ini dengan tenang dan tabah dan segala-galanya la :D apa kata, kita senyum je. boleh? ;)

salam. PG

26 March 2013

counting the days

few days ni memang mood tak berapa nak elok. rasanya memang tak akan elok dalam beberapa hari lagi dan akan ambik masa juga ni ;( ni dek sebabkan suami tak akan berada di sisi PG dalam jangka masa yang tak dapat nak dinyatakan dengan pasti. PG harap segalanya akan kembali seperti asal. dan dapat terima keadaan yang terpaksa berjauhan dengan suami. memandangkan keputusan untuk balik umah mak abah khamis ni, da suami buat demi kebaikan suami dan juga PG. PG harap dan berdoa agar segalanya akan pulih seperti sediakala.

sobsob. awak jangan sedih ya T_T
this morning T_T
dear suami, ayang harap abang ok sahaja berada di sana nanti ya ;) 
ayang akan anggap abang pergi ke sana untuk done kan kerja road tour abang seperti biasa. inshaAllah.

#fellas, doakan untuk PG ya. doakan segalanya akan kembali seperti biasa.
salam. PG [uwargh! nak nanges da.sobsob]

25 March 2013

part time job vs part time blogger

assalamualaikum fellas. so sorry kemarin tak update langsung story kan. maafkan beta ya :D

PART TIME JOB

ok. hari ni PG nak update sikit pasal pasal part time job yang PG pegi tu. keja tu senang sahaja. kalau korang biasa nampak tiket yang kena letak atas cermin keta korang tu kan. i mean, kalau korang park lelama keta korang, time korang tengah berurusan rasmi ke aper ke, pasti ada park guard yang jaga kan. dan siap bagi tiket untuk korang, sebab korang da park berapa lama kat situ. so, ada satu tiket yang akan di berikan. and part PG pula adalah. selepas tiket satu bundle park guard tu da selesai pakai. dorang akan bagi tiket yang the whole day dorang habiskan tu, bagi dekat HQ. so. masa ni la turn staff staff dekat HQ punya bahagian. key in data data dalam tiket tu dekat komputer. seperti nombor resit tiket parking, number kereta orang tu, berapa sen kena tebuk dan berapa pula samannya. mudah je kan?

hehe. ye. memang senang nampaknya. tapi nak membuatnya agak rasa tertekan juga. dan kena cepat. sebab, tiket parking bukan sampai 2 3 bundle. tapi berbundle-bundle dan berbakul-bakul. siap pakai bakul kain kat rumah tu. penat dan lenguh juga kat bahu. kena kuatkan semangat jugalah nak buat part time ni ;) kenapa PG pegi part time? sebab PG suker ! :D bolehkan? hehehe

PART TIME BLOGGER

Churp-Churp 

erk. sapa kata, part time blogger can't make money? bolehla :D ar, kat bawah ni jumlah earn yang PG dapat beberapa hari selepas letak iklan churp-churp PG semula. tapi rasanya naik dalam rm2.20 je. sebab sebelum ni da pernah dapat dalam rm2.20 juga ;) oklah, daripada tak de langsung :D



churpy friends ;)
Nuffnang

yup. nampak tak ads cik nuffy dekat dalam blog PG ni? ar, itu pun one of earn yang PG dapat dengan membuat part time blog ni ;) sekurang-kurangnya, dengan berblog pun kita masih boleh menerima sesuatu dengan cara yang paling mudah kan. hehe. itu earn yang PG kumpul selama sebulan dua. syukur alhamdulillah. boleh lah cash in kan nanti. kalau ada sesapa nak menambahkan nilai pada tabung baby PG tu, terima kasih PG ucapkan ya ;)

hi cik nuffy ;)

pssst : erk. ada churpy baru kat tabung baby churp PG. by Olay pula tu. "Something new and fabulous is heading your way, ladies! You’ll want to add the new Olay Total Effects products to your arsenal in the fight against ageing" menarik tak? jom klik OlaY sekarang ;) TQ ya :)

awak! ye awak la yang sedang baca status ni ;)
tolong saya klik gambar ni ya. TQ :D

salam. PG

23 March 2013

Part Time JOb

assalam. Morning fellas. Wa, awal PG kat sini kan. Ok, PG tengah otw ke tempat PG buat Part Time Job. Masuk hari ini, baru (baharu) 3 kali PG pegi. Part time job ni seronok. Tapi penat juga sebab kena duduk dari jam 8 pagi atau kalau PG sampai, duduk terus. Tak berganjak lagi da till petang jam 5 habis waktu bekerja atau mungkin lebih, tengok pada keadaan ;) So ok, tu je la PG nak update. Nanti malam kita update lagi apa yang patut k. Salam. PG

22 March 2013

Aku Benci Mama!

Aku Benci Mama! benci! benci! erk. itu sudah melampau tu :D jangan sayang. tak elok tau. hehe. ni nak jemput korang join sama dengan PG sabtu ni. ecok malam la. tonton drama cerekarama TV3 ecok, as usual malam sabtu jam 10.00 malam. kali ni sure korang wajib tengok. sebab ada si blogger cantik manis, vouge, supermodel, super baik hati, super cute plus super duper la. tak lain tak bukan, the only one Hanis Zalikha ;) uwargh! tak sabar tak sabar nak tengok ;)


dear Hanis, pinjam gambar awak ye ;)
tak sabar nak tonton lakonan awak ecok :D 
korang yang nak tengok, behind the scene drama ni, 
jenguk blog Hanis Z kat SiNi ;)

salam. PG

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

assalam fellas. terasa seperti diri ini tengah join Malaysia's Next Top Model pulaks :D tapi yang ini, part Blogger pula tau. ar. PG nak join ni. PG  nak join niiii. even PG one of Penaja. tapi dengan keizinan dari Mak Dara Hot, Para Penaja juga boleh joinkan diri. makanya, PG join sama ! :D


  
nak join, klik gambar kat atas ya syg2 PG ;)

korang yang lain boleh juga join sama tau ;) tarikh tutup segmen 31 mac 2013 ni. sempat lagi join. jom ! :D
#sob-sob. ghairah nak publish, lupa nak letak tajuk "by Mak Dara' ;(

salam. PG

21 March 2013

body scrubs by watsons malaysia

assalam fellas :) PG baru selesai meeting ni. seperti biasalah kalau meeting mesyuarat ni. ada je perkara di keluarkan. huhu. nanti la PG citer pasal meeting mesyuarat ni. kita citer pasal tajuk petang ni ;) lagi best kan. hehe

ok. anyone yang pegi spa tak? scrub badan pernah cuba dak? sebab PG memang suker buat scrub ni. kalau boleh di amalkan la. bukan apa. kita ni kalau da lama sangat bekerja, mengadap public kan. keluar sana sini. kadang takat membersihkan muka tu, kadang kita rasa suda memadai. erk, jangan tau. kalau boleh, nak juga buang segala bendasing bendasing kecik kecik kat badan tu. ye la, bendasing kecik ni bukannya boleh nampak dengan mata kasar kan ;)

so. PG nak share dengan korang ni. body scrubs dari watsons malaysia ;) PG tak cuba lagi. sebab PG guna scrub dari rx-water punya keluaran. tu tempat bekas company suami PG keja. memang wangi. dan kotoran tentulah keluar. buat sendiri kat rumah je pun boleh. jimat sikit duit dari keluar pi spa and do this scrubs ;)


harga RM 16.90 sahaja.
oh mak gayah!!! murah tu wei ;) jom pi beli sekarang tau. 
sob-sob, PG nak kena pegi kursus 5 hari 4 malam !!! T_T tak mau!

salam. PG

20 March 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2012 (SMS) : TANIAH!

semakan keputusan spm 2012. yahoo! result spm nak keluar da ;D assalam fellas ;) pastinya ada di kalangan rakan rakan blogger PG yang mengambik spm last year 2012 kan? and of course la ada yang tak sabar nak menanti hari siang ecok, sebab ecok result da keluar wei! uwarrrggghhh. hari yang di nanti nantikan ;) PG juga pernah berada di tempat korang. dan pernah rasa apa yang korang rasakan sekarang ni :D compomla ada yang tak dapat tidur dengan lena malam ni. hehe. apa pun, PG doakan yang terbaik untuk korang semua yang ambik result spm 2012 ecok (20.03.2013) ya ;)


semakan keputusan spm 2012 boleh juga di buat melalui sistem sms tau. ikut step kat bawah ni ;)

TAIP SPM <NO. KAD PENGENALAN><NO. GILIRAN> dan HANTAR ke 15888

mudah je kan. so, ecok kalau hati tengah gundah gelana sebelum pi sekolah, ar bolehlah semak melalui sms dahulu. hehe. good nite :)

salam. PG

19 March 2013

tired ;(

uwargh. mata tak boleh nak lelap pula. petang tadi urus makan minum suami, terus terlelap 4 jam. hurm. kesannya sekarang, mata ni tak boleh nak lelap da.tapi . tired ! so. PG stop kat sini dulu ya. muah! good nite semua ;)


salam. PG

letak iklan churp-churp dalam blog

assalamualaikum fellas ;) hari ni PG tak masuk keja. entry kemarin suami demam keteguran. so hari ni, PG bercuti duduk rumah jaga suami. panas badan bukan kemain. semalam panas macam ber wap-wap. nak baring belah suami share selimut pun, adoi macam tak boleh. panas sangat.

anyway's.  PG nak letak semula iklan churp-churp PG tu. rasa macam tak berbaloi bila daftar tapi tak dihargai pula keberadaanya. kan? so, harap lepas letak ni. fellas-fellas bantulah PG klik sekali iklan yang ada ya ;) insyaAllah, PG akan klik ads korang sama. nanti boleh la tengok earn dengan hati riang. ye dak? :D even, keutamaan berblog bukan kerna duit, tapi. boleh la kot bersuka ria sikit dengan dunia plus ada earn yang boleh kita dapat dengan free. kan? ;)


Pakcik google, pinjam sat gambar ya ;) tq !

PG lagi tengah nak mencuba tutorial letak banner tapak iklan mendatar by Emas Putih Blog. mungkin sesuai kot dengan iklan churpy tu kan. nanti korang tengoklah hasilnya ya ;) korang yang nak daftar churp-churp ni, boleh klik SINI

salam. PG

18 March 2013

demam keteguran

assalam fellas ! ;) wa. quite bz today. sebab aku malas da nak tangguh-tangguh kerja. so hari ini mesti siapkan rekod all book dalam bilik sumber ni ;( lepas ni nak duduk lepak lama-lama dalam blog ! :D sapa suker sapa suker?? hehe.


ok. kemarin punya update, suami sakit. mungkin sebab keteguran kot. sebab sabtu tu pegi umah orang meninggal kan. lepas je balik, degil tak nak mandi terus. da balik-balik kata kat suami pegi turun mandi. mungkin sebab penat dan jauh dan sebab alasan arwah da selamat dikembumikan masa dorang sampai umah abang ipar. so. tak pe kalau tak mandi pun. hurm. kedegilan. malas nak kata apa da. petang hari muncul. ar mula berat kepala. tak de tanda-tanda nak demam lagi.

ahad pagi, starting demam. panas juga badan suami. tekak pun sakit dia kata. terus mak suh pi beli buah kembang semangkuk. buah ni khasiat dia boleh bantu membuang panas kat dalam badan, melegakan tekak yang batuk dan ada few juga la khasiatnya. tak tahan panas, suami bawa mandi. ok la. sebab suami tak suka sangat bab-bab panas ni. melekit dan tak selesa. da panas nanti, siaplah naik ruam. huhu. malam hari, demam da kurang. syukur alhamdulillah.

pagi ni pula. masa aku nak pi keja. demam datang balik. dua hati juga nak pi keja mula-mula. tapi, aku tengok suami elok dan ada juga orang kat umah tu boleh tengok-tengokkan. plus mama pun ada kat sebelah umah, ok la. suami ni susah sikit kalau bab demam dan sakit. mula nak manja. panas badan sikit je pun, nak kena col mak kat ipoh. demam dan sakit je sikit, nak kena bagitau mama. mama PG la. hehe. manja tahap ntah apa-apa ntah. :D

while aku kat ofic ni. suami ajak kawan teman dia pi klinik. oh syukur la. ada kawan temankan. kang nanti aku terpaksa nak ambik cuti pula ;( da la aku cuti two weeks lalu tiap hari isnin. hurm. kang bos kata apa pula aku cuti tiap isnin ni. hehe. oh suami, maafkan isteri ya ;( harap awak okei ye suami ;0 nanti petang kita jumpa :l

ok. tu je la nak update pasal kemarin. hari ni nak update pasal aku bz je :l nanti PG update lagi ya ;P

salam. PG

17 March 2013

irma hasmie bakal bergelar ibu pada 29 mac 2013 ini [gambar]

Taniah ! Irma Hasmie bakal melahirkan anak pertamanya pada 29 mac 2013 ini. mari kita doakan yang terbaik dan selamat melahirkan bayi pertama buat irma ya ;) suker tengok wajah berseri-seri irma ;)



salam. PG

16 March 2013

oz the great and powerful [review]

oz the great and powerful! ok. sapa da tengok? hehe. sapa yang da tengok, korang tahu la apa yang PG cuba nak sampai kan :D, ok. even movie ni da beberapa hari da starting dekat pawagam, tapi PG baru pi tengok kemarin ;) tu pun da lewat 15 minit masuk ofic. hehe. nasiblah bos ntah ke mana. ahaha

ok. mula-mula tengok, hairan juga kenapa wayang ni hitam putih pula. ar, jangan hairan sebab ianya tak lama.


citer mengisahkan tentang si Oscar Diggs atau lebih di kenali sebagai Oz, seorang ahli silap mata yang menyara kehidupannya melalui pertunjukkan silap mata. kira masa tu zaman kegawatan ekonomi. tiba-tiba berlaku kekecohan di kampung tersebut dan tanpa berfikir panjang, Oz menaiki sebuah belon udara. dan tapi tanpa di sedar, puting beliung datang tiba-tiba dan oz tertarik masuk dalam puting beling tersebut dan tercampak dalam dunia asing. dunia yang dia tak pernah kenal dan tak pernah imagine dan sebuah dunia yang juga namanya OZ, dunia penuh magika dan cantik! ;)


Theodora

bermulalah kisah pengembaraan Oz di dunia tersebut. kehadirannya telah di sedari oleh Theodora, one of ahli sihir dari 3 bersaudara iaitu Evanora dan Glinda. mengikut ramalan late ayahanda 3 bersaudara ini telah menyatakan bahawa seorang ahli sihir lelaki akan datang ke dunia mereka bagi menyelamatkan penduduk di dunia tersebut dari kuasa kejahatan sihir. 

dalam perjalanan ke istana, mereka di serang oleh tentera bersayap. dan sempat menyelamatkan diri dari di tangkap. semalaman dengan Theodora telah menyebabkan Theodora jatuh cinta padanya dan yakin Oz adalah ahli sihir lelaki adalah lelaki yang di tunggu-tunggu. Oz telah memberikan sebuah kotak muzik dan turut mengajak Theodora menari bersamanya.....

perjalanan diteruskan siang hari, dan mereka telah bertemu dengan monyet bersayap (finley) yang comel :) dan telah menyatakan sumpah dan janjinya akan setia menjadi hamba yang setia kepada Oz, oleh sebab Oz telah menyelamatkannya dari terperangkap dengan lilitan akar-akar pokok dan seekor singa garang ;)

sesampai di kawasan istana, sambutan dari para askar istana datang dengan meriah mengiringi ahli sihiri lelaki yang memang dinanti-nantikan. Theodora tidak sabar kenalkan Oz kepada kakaknya Evanora.


Evanora

Evanora, seorang ahli sihir dan juga penasihat diraja. raja sebelum ini, merasakan Oz bukanlah ahli sihir sebenar dan telah menyuarakan syarat utama untuk beliau menerima takhta dan seluruh kekayaan yang ada adalah dengan membunuh ahli sihir jahat yang berada di dark forest. tanpa berfikir panjang, Oz menerima tawaran tersebut.


dalam pada yang sama, Evanora telah berjaya menipu Theodora dengan menyatakan Oz telah memberikan sebuah kotak muzik dan menari bersama, dan Theodora yakin bahawa Oz telah curang kepadanya. melihat adiknya yang sedih, Evanora telah menjampi adiknya dengan memberikan sebiji epal hijau yang telah di jampi untuk menghilangkan segala kebaikan dalam dirinya dan hanya ada kejahatan dalam dirinya.


perjalanan Oz ke dark forest bermula. ditemani dengan monyet bersayap (finley) yang setia kepadanya, mereka ternampak dari jauh kepulan asap di sebuah kawasan perkampungan. niat untuk meneruskan perjalanan terhenti seketika dan singgah ke kawasan perkampung tersebut. 


mereka menemui anak gadis porselin yang tinggal keseorangan akibat diserang oleh tentera bersayap dark caster merosakkan perkampungan anak gadis porselin tersebut.

 

Oz dan Glinda

perjalanan diteruskan dan akhirnya Oz menemui ahli sihir jahat, Glinda. tapi rupanya, Glinda yang ditemui dan apa yang dikatakan oleh Evanora, sama sekali tidak benar. Glinda sangat baik dan cantik dan Oz mula jatuh hati kepadanya. Evanora la yang menjadi dalang di semua masalah yang berlaku di perkampung mereka. dan dan melalui cermin ajaib, Theodora nampak Oz sungguh bahagia bersama kakaknya. apa yang terjadi kepada Theodora? korang jangan lupa tengok movie ni tau ;)


apa yang terjadi selepas Oz menemui Glinda, ahli sihir yang baik hati? apa terjadi dengan Theodora selepas cintanya di tolak dan kakaknya yang jahat? berjaya kah Oz menjadi raja di dunia penuh magika tersebut? ;) korang jangan lupa tonton movie ni tau ;)

PG suker sebab movie keluaran disney tak pernah mengecewakan ;)

salam. PG

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH UNTUK ABANG IPAR SEKELUARGA

assalamualaikum fellas. post pagi ni agak slow sedikit. just nak share dengan kengkawan PG yang mana, ayahanda tercinta abang ipar PG, mendapat khabar dari mama, telah pun meninggal dunia subuh tadi. bila PG bangun pagi ni dan cek fon PG, yup. ada col dari kakak PG around 1.30 pagi. fon empty selepas kakak cuba untuk col. patutlah sepanjang subuh tak dengar bunyi email masuk. rupanya fon empty.

buat abang ipar PG, i wanna say salam takziah. untuk seluruh keluarga. juga buat kakak PG, salam takziah dari keluarga di sini. PG tak dapat menghadiri pengkebumian arwah. suami dan abang ipar, dan abang-abang akan berada di sana. Al-fatihah..

DariNYA kita datang.. KepadaNYA kita kembali..

إنّا لله وإنّا إليه راجعون

"sesungguhnya kita semua adalah milik Allah dan kita akan kembali kepadaNYA."

salam. PG

15 March 2013

Beautymate Refining Smooth Nano Cleanser (100g) - set of 4

Beauty mate's, hi ;) mari sini. nak bagitau korang yang suker dengan barangan kecantikkan ni. tau-tau je la kan as perempuan, cantik ni perlu untuk diri sendiri. ye dak? yang isteri tu, cantik bukan je untuk diri sendiri, tapi haruslah cantik untuk suami ye dak? hehe. pi tanya mak dara, mak dara sendiri cantik, vouge of course la untuk suami tercinta ;) ar mari. klik sini. kot-kot korang berkenan dengan Beautymate Refining Smooth Nano Cleanser (100g) - set of 4. PG by HisHop ni ;) #mr. nuffnang, jangan marah, saya da lama tak talk pasal awak dengan meriah :D


eeeeehhhh. image tak terang bab crop guna publisher 2007 !

salam. PG

14 March 2013

library detail

morning fellas! erk. pagi-pagi da dengar lagu ajari aku by anuar zain ni buat aku low profile betul la. hehe. anuar, i love u ! ngeh3. gatainya. hey holla too fellas. hari ni PG tak keluar breakfast. just pi pesan kat kawan office minta tolong tapau untuk PG :D, wa baiknya hati. hehe.


pakcik google, pinjam gambar ya :D

ok. hari ni PG nak settelkan dengan rekod library. rekod peminjaman dan rekod all the books here. kang senang nak rekod if ada salinan atas meja kan. sekarang ni, rekod PG semua dalam PC tradisional ni. takut juga hilang data ke, tak de backup ke. kot-kot tengah key in data, belum sempat save, terus mati letrik. ar, tak ke naya tu :D so. lepas ni, tak la kakak audit tu asyik tanya, erk. tak de rekod manual ke. erk eleh kak. sekarang kan canggih. rekod kat komputer je la. senang cari, senang capai, senang rekod. dan senang menyenang la kak oi :D

ar, jangan ye kengkawan. sometimes, rekod manual ni penting juga. kena ada even tak pakai ke apa ke. tak semua orang reti pakai PC. oh i mean, tak semua orang tahu apa yang kita buat. dan tak semestinya ketika kita bercuti, then orang yang ambik alih kerja kita itu tahu mana document yang kita letak tu kat mana. sekurang-kurangnya dengan adanya manual ni, bolehlah rekod kat sana dulu. sebelum empunya tuan sebenar masuk kerja semula dan key in dalam komputer semula. senang kan? :)

PG nak kata, cintai kerja kita dengan sepenuh hati, and everything gonna be OKEY ;)

salam. PG

Apa itu Evangelist Nuffnang?

Evangelist? apa benda tu? ok, mungkin ada yang tak perasan atau mungkin PG orang yang paling last tahu pasal benda ni.

Evangelist Nuffnang [like] satu platform atau program menempatkan brand-brand perkhidmatan telekomunikasi yang sedia ada. macam brand digi. celcom. maxis macam tu. kita join this program dengan choose brand yang kita nak. macam PG, pengguna tegar Digi. so. PG pilih brand Digi kat situ.


kelebihan? yup. bila kita pilih brand yang kita nak, sure la kita nak tahu apa kelebihannya kan. ok. kelebihan yang ini, as PG read, if ada events melibatkan that brand, KITA as a ahli-ahli kecik Evangelist ni akan mendapat jemputan yang pertama dari mereka. mungkin ada syaratnya juga. but its ok. selagi kita boleh have fun dan mendapat kelebihan yang berganda dari perkidmatan yang kita memang pakai, rasanya itu sudah cukup berbaloi-baloi kan? ;)

PG pun baru tahu tentang ni, sedangkan sebelum ini memang da pernah sign up join now Evangelist Nuffnang ni ;D


jom Check out http://digi.nuffnang.com.my for more information.

salam. PG

13 March 2013

CARA MENGETAHUI PELAWAT BLOG

fellas. tahu tak korang. sekarang ni, kita blogger boleh tahu sapa-sapa bloggers out there yang ziarah atau pun rajin melawat blog kita. wa. bestkan. ini menjadi sebab utama juga, kita akan rajin update blog tau. sebab tahu, kita punya pembaca setia. i mean, ada sahaja readers yang sudi masuk dan of coz la baca apa yang dalam blog kita. dalam stat dashboard blogspot pun, kita boleh tahu apa yang readers baca dekat dalam blog kita sehari-hari. korang pernah check tak? :)

dengan Nuffnangers who recently viewed your blog, yang ada dalam acc nuffnang kita, boleh nampak kat situ siapa yang lawat blog kita hari ini atau ecok atau lusa. terima kasih ya nuffnangers bab sudi lawat blog tepi kaki lima PG. insyaAllah, PG akan terus menulis dan terus menulis melalui pandangan kasar seorang perempuan :D ewah!!!!

terima kasih nuffnangers PG ;)
[sila klik untuk tumbuhbesaran yang melampau ya]

salam. PG

GOOD NIGHT HUSBAND ;)

good night hubby ;) <3
sedapnya da tido plus bedengkur lagi. so, fellas. PG stop kat sini dulu.




fellas. jom, masa untuk beradu :) ecok sembang lagi.

salam. PG

NUFFNANG [UPDATE]

salam fellas. mari join PG update nuffnang. nuffnang ni kalau tak di manja-manja, di tangan-tangankan, siaplah merajuk. kan? kan? :D ok, sat tadi sambil tunggu-tunggu jejaka malaya fahrin tu main @rindu bertamu di abu dhabi, sempatlah update survey nuffnang. lamanya tak update survey. sob-sob. sure la earn ciput bagai :D so, korang pun jangan lupa sama update survey nuffnang korang tau. nanti bolehlah bantu klik tabung baby PG sama ;) <3! hehe. love kat situ untuk kamu :D


3 jenis lokasi yang korang harus letak si nuffy ni ;)

salam. PG

oh sayang CPU ;)

ar malasnya. patutlah mata nak memanggil ajak tido. rupanya dekat luar, bandaraya kota kinabalu di turuni dengan hujan rahmat. syukur alhamdulilillah. few days rasa bahang panas kat bumi kota kinabalu ni, akhirnya sejuk sikit. mata pun jangan cakaplah. kalau boleh aku tutup pintu library ni, da lama aku buat :D buek, pekerja jahat kan ;) ngeh3..
satu benda yang aku paling suker bila da di pindahkan masuk library ni is, >>> aku duduk sorang-sorang <<< kat sini ;) tanpa di ganggu oleh sesapa pun. hehe. tapi adakalanya, tempat aku ni la tempat kengkawan suka duk menyinggah. sebab aku baik hati. hehe. jadi dorang nak tido ke mengumpat ke, aku ok sahaja. yang penting, jangan kacau aku sudah :D like now. aku duduk menaip entry, staff yang mai masuk library, duduk diam-diam baca news, baca buku. jangan tido sudah. sebab nanti, aku pun nak tido sama. muahahaha ! ok, jahat nak nakal kat situ ya :D


oh thank god, cpu baru dapat tengahari tadi. la ni tengah pakai cpu tradisional PG. staff lain ada yang da pakai flat skrin. PG? skrin seperti gajah ni juga ada depan mata. setia menemani. kadang macam tak nampak PG ada di sebalik skrin ni. nak tido pun boleh sebab terhadang olehnya :D

salam. PG !

FREE TEMPLATE?

uwargh! ingat senang ke pereka design nak mendesignkan sesuatu template blog dan orang lain senang-senang je curi dok pakai kadang tanpa izin dan kadang tak letak kredit bagai. penat dan lenguh wei. hehe. ar begitu juga la PG. sebelum ni dok asyik pakai template yang telah tersedia oleh blogspot. kadang jemu juga mata nak memandang. memandangkan da itu je di pakai dari dulu sampai sekarang. bedanya rajin tukar warna, tukar sana sini sikit, nampaklah pembaharuan. kalau tak tukar, haram nak nampak lawa ke dak :D

nampak gayanya kena berhempas pulas perut la mencari template yang sesuai dan sedap seperti aiskrim magnum lepas ni ;)

salam. PG

BERTAKHTA LIRIK BY BOB AF [SOUNDTRACK RINDU BERTAMU DI ABU DHABI]

assalam. morning fellas. wa. pagi ni PG layan jiwa sikit. dek sebab sekarang ni tengah femes memes drama rindu bertamu di abu dhabi tu tengah tayang kat tv3 kan. hehe. so layan sat soundtrack drama ni, lagu bertakhta nyanyian bob af. lirik ar sila la tengok kat bawah ni ;)

Biar ku menjadi insan pertama
Bisikkan asmara pada dirimu
Biar tanpa kata bagai pujangga
Aku harap kau hargai

[*] Ku di sini mencintaimu
Tanpa ragu hingga akhir nanti
Hanyalah diriku setia menghulur kasih
Terus bertakhta lagi dalam rindumu

Kau tinggalkan aku kesan mendalam
Jadi tak menentu asyik merindumu
Hanya aku saja bisa fahami
Hebat cinta di alami

Repeat [*]

Meronakan mimpimu untuk selamanya
Telah terukir nama berdua bahagia
Tercapai impian memiliki oh dirimu

Hingga akhir nanti
Hanyalah diriku setia menghulur kasih
Terus bertakhta lagi dalam rindumu

(Percayalah) sesungguhnya
Terus bertakhta dalam rindumu
Dalam rindumu
Dalam rindumu

kredit to : http://liriklagu.chikicicok.com/melayu/lirik-yang-bertakhta-bob-yusof/ salam. PG

12 March 2013

SURAT DARI LANGIT BIRU [MINGGU AKHIR]

another sad story. malam fellas. mata tak nak tido lagi. huhu. nak citer apa pun tak tahu. oh. anyone yang tengok drama surat dari langit biru tu ke? PG tengok juga. tapi kalau mata da berat sangat, kadang terlepas juga satu atau dua episod. huhu. so. bagi yang tengok drama ni, apa pendapat korang tentang hubungan adik berapa yang akrap tu? sebab, PG selalu nampak, hubungan akrap macam ni, cuma dengan kaum sejenis je. macam, kakak perempuan rapat dengan adik perempuan. abang lelaki rapat dengan adik lelaki. tapi, ada juga. abang lelaki rapat dengan adik perempuan. ye la, kira abang lelaki kan ketua keluarga selain ayah. ;)

apa pun. citer ni best. cuma mungkin sebab, hubungan ke akrapan itu sahaja yang PG nampak menyerlah. so PG agak bosan kadang tengok. pendapat korang, PG tak tahu ;)


taken from perekacerita.com

salam. PG ;)

Dreams Unlimited™ EDT Sun Fresh Eau De Toilette by BodyShop

Dreams Unlimited™ EDT Sun Fresh Eau De Toilette! Horey!! akhirnya, since di belek-belek, di try test dua tiga kali. masuk kedai bodyshop just nak try wangian ni, dan akhirnya kini da ada depan mata PG dengan selamatnya :D terima kasih buat tuan Denaihati.com, dek sebab selamat mentransferkan wang tunai kemenangan PG on segmen menang iPhone 5 hari tu dan PG grap terus benda alah ni :D


PG beli benda ni sebab hari tu terhidu kawan PG si mimi tu punya kawan pakai minyak wangi di atas ni. terus PG dok sibuk suruh tanya kawan dia tu, minyak wangi apa dia pakai :D terukkan? hehe tapi tak pe. PG suka wangian ni :( lembut dan ya, da lama cari!!!! :D
 

erk. ni bukan dalam list PG nak beli sebenarnya. tapi memandangkan member kad bodyshop PG da tamat tempoh, then gegurl dekat kaunter suggest PG tambah satu lagi pembelian bagi mengenapkan harga barangan sebanyak RM80, just for genapkan that total sekaligus member kad PG teraktif semula. and dia suggest PG beli sabun mandi ni. harga dalam rm9.90. belum diskaun ;) hehe. ar tengok harga kat bawah after diskaun dengan penggunaan adanya member kad bodyshop ;)


dengan adanya dan aktifnya member kad PG, next year on PG BIRTHDAY akan dapat potongan 50% pembelian apa sahaja barangan dari bodyshop. and see gambar atas tu, kat belakang member kad PG tu, ada diskaun kad sebanyak 20% barangan produk bodyshop till 12 april 2013, untuk PG. BESTKAN?! 

jom, jadilah ahli bodyshop sekarang :) 

salam. PG

SPONSOR! SPONSOR! SPONSOR!

Cantek! mari sini kalau nak jadi sponsor GIVEAWAY ! tapi ni bukan giveaway anjuran PG blog tau. hehe. PG pun jadi one of the sponsor :D dengan keizinan dari MD tau ;) nak jadi sponsor dengan kelebihan yang super b, mari sini ziarah blog superwomen mak dara ! nak tahu apa jenis barangan yang boleh di sponsor dan kelebihan menjadi sponsor giveaway mak dara, cepat klik BANNER !


itu dia Mak Dara yang vouge ;)

salam. PG

Galau Lirik by Dato Siti Nurhaliza

Galau song by Dato Siti Nurhaliza best kan fellas :) morning fellas ! hari ni PG masuk keja. kemarin PG bercuti. tak sihat kat perut. tau-tau je la kalau bendera merah tengah naik :D ar, kaum-kaum hawa tu reti la bab ni kan. hehe. so, balik dengan Galau song. PG suka dengan melodi lagu ni. best ;) dan lagu-lagu dato siti tidak pernah yang tidak membosankan PG untuk di dengari. semua best kan ;) lagu Aku Cinta Padamu, lagi la best ! :D


Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan mata mu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan

Kata dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu

Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu



salam. PG

11 March 2013

Clinelle UV Defense SPF50 (30ml)

Clinelle UV Defense SPF50 (30ml). anyone yang menggunakan produk ni tak? sebab ada iklan baru berlegar-legar kat Tabung Baby PG ;) if ada anyone yang pakai produk ni, boleh la klik gambar kat bawah, kot-kot ada yang berminat kan. ads by Nuffnang, thanks Nuffnang :) ~ waaaa...lamanya tak tulis something bout nuffnang ;( ~

  salam. PG

KERAJAAN SETUJU BERI 1 KENAIKAN GAJI TAHUNAN 2013 PENJAWAT AWAM MULAI 1 JULAI 2013

syukur alhamdulillah ;)

sumber bernama.com

salam. PG

Taniah! Kakitangan Awam 2013 Bakal Menerima Kenaikan GAJI dan Kenaikan Elaun Perumahan

holla again fellas. pastinya hari ini ramai atau sebilangan kengkawan PG yang bekerja dalam sektor kerajaan, setia menanti detik berita gembira pengumuman Perdana Menteri kita yang katanya hari ini akan mengumumkan berita kenaikan gaji dan kenaikan elaun perumahan. insyaAllah, pasti ada rezeki kita yang keja gomen ni.  sama-samalah kita menanti berita gembira ini ya ;)


jom ziarah cuepacs blog ;)

salam. PG

MENULIS BLOG IKUT MOOD?

holla and assalam fellas. sorry, lately PG agak not in mood nak menulis. ntahlah ada sahaja halangan bila nak start menulis ni. ada je tak kena. i mean, nak menulis tu ada. tapi bila nak start menaip tu, ada sahaja yang menghalang. kadang, ayat permulaan tak sesuai la. nak letak tajuk apa la, ini la. kan? ada yang pernah alami benda yang sama dengan PG kan? hurm. kadang stress pula bila jadi macam ni. hurm. benda ni bukan baharu sahaja PG mention. sebelum ni pun PG pernah mention, not in mood nak menulis. huhu. sedangkan blogger fyna tu pun hari-hari update but todays, PG ada nampak dia mention not in mood sama nak menulis. tengah cari idea nak tulis apa. hehe.


gambar taken from pakcik google ;)

mungkin, boleh kot ya nak tulis pasal suami? hehe. tapi suami da bagitau awal-awal, tak yah la kot tulis pasal beliau. beliau pun tak femes memes like PG. ahahaha. so. kena tulis pula pasal benda lain. wargh! stress pula kat situ ;) so. lepas ni, kalau korang nampak entry yang paling simple PG, korang jangan dok risau la. masa tu PG maybe telah ketandusan idea :D kekeke.

salam. PG

07 March 2013

Tawaran gencatan yang diragui Malaysia

Diragui? yup. PG sendiri meraguinya. takut dan risau, sekiranya tentera yang mengawal situasi di tempat kejadian berundur, tup-tup tiba, tentera sulu ni pula datang secara tiba-tiba, atau lebih ramai dari dulu. hurmm...harap, jangan ada yang terpedayala.
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meragui hasrat tawaran gencatan senjata pertempuran Lahad Datu yang diumumkan oleh ‘Sultan’ Sulu, Jamalul Kiram III pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Ahmad Zahid dalam laman twitternya menegaskan “Jgn percaya dgn tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingn rakyat Sabah&seluruh rakyat Msia, hapuskan dulu semua militan”.

Malah beliau turut, menambah “Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat”.

‘Sultan’ Sulu Jamalul Kiram III dipetik melalui jurucakapnya Abraham Idjirani dalam satu sidang media di Taguig City, Filipina mengumumkan bahawa satu gencatan senjata telah dilakukan oleh pihak Kesulatanan Sulu.

Gencatan senjata itu dibuat bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan mendakwa operasi oleh pasukan keselamatan negara mengorbankan orang awam.

Idjirani juga memaklumkan kesediaan keluarga waris Kesultanan Sulu itu untuk mengambil pulang ahli keluarga mereka yang kini berada di Sabah sekiranya pasukan keselamatan negara mematuhi gencatan senjata tersebut.

Menurut Idjirani, kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram, yang digelar sebagai Raja Muda, tidak akan melakukan apa-apa sebaliknya hanya akan bertahan.
Tag: Ahmad Zahid Hamidi, Jamalul Kiram III, Lahad Datu

salam. PG

06 March 2013

Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen

AURA WHITE BEAUTY PURE GLUTATHIONE COLLAGEN 400000mg. Ingin cantik dan sihat seperti Selebriti kegemaran anda? Sihat tubuh badan dan juga cantik seperti Hanez Suraya? Apa rahsia Hanez Suraya kelihatan cantik? :) Jika anda mahu dan berkata YA ! Maka, dengan itu, ANDA harus mencuba Produk AURA WHITE BEAUTY PURE GLUTATHIONE COLLAGEN 400000mg. Produk Anti Penuaan dan Pencerahan Berinovatif Kecantikan dari Teknologi Jepun yang mempunyai CAMPURAN BAHAN SESUAI UNTUK KULIT ASIA ;) Pilihan terbaik menggantikan suntikan dan rawatan laser!

Dan tahukah anda, kecantikan dan kesihatan yang baik, adalah melihat kepada pengambilan protein atau apakah yang anda amalkan dalam pengambilan makanan kehidupan seharian anda. Ye dak? dan ini boleh dilakukan dengan mulakan hari kita dengan pengambilan KOLAGEN.

APA ITU KOLAGEN?

Kolagen ialah sejenis protein yang sangat penting dalam sistem tubuh badan kita, yang mana terdapat lebih kurang 1/3 protein yang ada di dalam kita adalah kolagen. selain, fungsinya sebagai menganjal, menegang dan memutihkan kulit dan sering menjadi rebutan dan pilihan utama pada masa kini, kolagen juga berfungi sebagai membantu membaikit stuktur kulit, dimana kajian klinikal yang telah dibuat, apabila umur seseorang telah meningkat, kulit akan menjadi semakin kendur dan kusam dan akan menyebabkan kedutan.

Maka dengan penggunaan atau pun pengambilan kolagen, seperti mana yang di perakui oleh pakar kesihatan, penggunaannya bagi menghasilkan sel-sel kulit, sekaligus mengurangan kedutan dan tanda penuaan pada kulit. malah, akan mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan dan akan memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran pada kulit kita. jom, cubalah kolagen hari ini dengan Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg ;)


AURA WHITE BEAUTY PURE GLUTATHIONE COLLAGEN 400000mg

Produk minuman Aura White Inovasi kecantikkan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia TERKINI untuk pencerahan kulit yang pertama di Malaysia, dimana mengabungkan 3 stem sel dari tomato, epal dan roselle bersama glutathione dan tilapia kolagen.

Bukan sahaja membantu kulit kelihatan putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita. 

Kekurangan pengambilan kolagen dalam tubuh badan kita akan menyebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya. 

Masalah Keguguran / Kerosakkan Rambut? Pengambilan minuman Aura White L-Glutathion + Tilapia Collagen + Vitamin C + Hyaluronic Acid + Triple Stemcell Phytocelltec.

Oleh itu, insyaAllah. dengan pengambilan AURA WHITE akan menyelesaikan masalah anda.


  Kebaikan Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg
  • Sesuai untuk lelaki dan perempuan dan kesan akan dapat di rasai dalam tempoh 10 hari
  • Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
  • Mampu merawat serta mencegat jerawat
  • Kulit Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
  • Dapat mengecilkan liang roma
  • Membantu Merawat Enzema dan Prorisis
  • Membantu Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
  • ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
  • Membantu Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
  • Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
  • Membantu meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
  • Membantu mencegah kerosakan KOLAGEN
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh badan
  • Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
  • Melindungi daripada sinaran UA-B
  • Menyembuhkan luka dan mencegah parut
  • Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
  • Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah
   
Cara Pengambilan Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg
  1. Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.
  2. Bancuh menggunakan air mineral / air bersih biasa. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang begitu sahaja.
  3. Jauhi minum dan makan dari sumber yang mengandungi KAFEIN seperti kopi, teh dan sebagainya. ini kerana kajian telah menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikkan kulit.
  4. Wajib minum air masak / mineral / air bersih sekurang-kurang 3 -5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
  5. Cara pengambilan Produk Aura White Beauty Pure yang sesuai adalah semasa perut kosong. 
Disarankan :
Waktu Pagi : 2 JAM SEBELUM SARAPAN
Waktu Malam (sebelum tidur ) : 2 JAM SELEPAS MAKAN MALAM
  
Cara Pembelian Produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg 

Rahsia Cantik SELEBRITI dengan Aura White kini bukan lagi rahsia ;)
"Anda boleh membuat pembelian dengan melawat laman facebook Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg" LAWATLAH SEKARANG ;)

salam. PG