artis indonesia

Pelakon Juga Penyanyi Indonesia Irwansyah dan Isteri antara yang di tangkap Pesta Dadah

January 27, 2013

Berita yang sangat mengemparkan aku rasa. Tak sangka sangat benda-benda macam ni jadi kat pelakon irwansyah dan raffi yang aku sangat minati. Huhu.

Irwansyah, isteri antara 4 artis ditangkap pesta dadah

Oleh:
Tarikh: January 27, 2013

JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad.
   
Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.
   
Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.
   
Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.
   
Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.
   
Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah.  - Bernama

iphone 5

IPHONE 5 GADGET IMPIAN - SENARAI PEMENANG

January 26, 2013

hai fellas. just now. when PG make this entry. Majlis Sepetang bersama Blogger 2013 #SBB2013 masih lagi berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. nampak gayanya memang happening la. tengok dari gambar-gambar yang di post dekat dalam facebook denaihati network, twitter #SBB2013, gambar-gambar yang di post oleh para blogger yang ke sana, semuanya super awesome la. memang PG boleh kata, rugi la siapa yang tak pegi. cabutan bertuah mini ipad yang ada 4 ketul tu lagi la super awesome. kalau nisa kay kata, dia nak juga menang benda alah tu. apa tah lagi aku kan? hehe. 

dan ya. PG nak updatekan diri sendiri. yang mana kak sha kata, kak sha salah seorang peserta contest juga, say PG berjaya memenangi salah satu hadiah yang di tawarkan. tapi yang penting. ianya bukan iPhone 5. apa pun PG menantikan entry dari blog DH untuk melihat senarai penuh para pemenang T__T korang boleh tengok hadiah-hadiah yang bakal di menangi seperti dibawah ni. menarik kan? :D



HADIAH CONTEST iPHONE 5 GADGET IMPIAN

Hadiah Tugasan Pertama
  1. Rm500
  2. RM300
  3. RM100
Hadiah Tugasan Kedua
  1. RM500
  2. RM300
  3. RM100
Hadiah Tugasan Ketiga
  1. RM500
  2. RM300
  3. RM100
 
HADIAH UTAMA CONTEST iPHONE 5 GADGET IMPIAN

Setiap pemenang 1 – 5 akan membawa pulang :
  1. Seunit iPhone 5 16GB (Harga iPhone 5 Malaysia RM2190)
  2. Sekuriti Blog untuk tiga bulan oleh Eizil.com
  3. Satu package promosi web hosting oleh Denaihati Network – Serverfreak
  4. eBook Hartanah oleh Abangensem.com
  5. eBook SEO oleh Ariffshah.com
  6. eBook 37 Teknik Luar Biasa Menulis Blog oleh StudioAksara.com
  7. Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim.
  8. Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan
  9. Sehelai T-Shirt DENAIHATI.
  10. Car Sticker DENAIHATI.
  •  Pemenang IPHONE 5 GADGET IMPIAN:
  1. akmaomar.com
  2. sharidawati.blogspot.com
  3. cheezemaz.blogspot.com
  4. cikgunaman.com
  5. www.eyriqazz.com 
kedudukan blog mana yang berada di kedudukan 1,2,3, 4 dan 5 belum di ketahui. tapi, pemenang adalah seperti di atas :) keputusan muktamad katanya. tapi ada blog di atas yg tak update penaja. hurm. apa pun. taniah la buat mereka. T_T

HADIAH SAGUHATI CONTEST iPHONE 5 GADGET IMPIAN
Setiap pemenang 6 – 10 akan membawa pulang :
  1. eBook Hartanah oleh Abangensem.com
  2. eBook SEO oleh Ariffshah.com
  3. eBook 37 Teknik Luar Biasa Menulis Blog oleh StudioAksara.com
  4. Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim.
  5. Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan
  6. Sehelai T-Shirt DENAIHATI.
  7. Car Sticker DENAIHATI.
HADIAH MISTERI CONTEST iPHONE 5 GADGET IMPIAN
Kembara Muslim Kemboja 4H3M suami/isteri






who will be the winner? hehe. nantikan update dari PG laGI ya :D
salam. PG

apple

Running Time - Keputusan Pemenang iPhone 5 Gadget Impian

January 26, 2013

saat aku lagi tengah menulis entry ini. aku pasti abg iwan atau empunya blog amriawan lagi tengah dalam penerbangan ke Malaysia untuk menghadiri majlis sepetang bersama blogger 2013 anjuran DH. atau mungkin sudah sampai dengan selamat ke bumi Malaysia. syukur alhamdulillah. tengok. betapa hebatnya penangan nak menang iPhone 5 ni kan. orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian ye tak? :) apa pun. semoga abg iwan dan kengkawan lain yang datang dari indonesia, mengambil peluang ini untuk lebih mengenali bumi Malaysia sekaligus bersuai kenal dengan rakan-rakan blogger dari Malaysia. sangat rugi sebab PG tak dapat join sama majlis ini. maybe next time kan? :)


itu dia iPhone 5 yang bakal di menangi
* celup dari facebook DH ;)

yup. kengkawan. insyaAllah. ecok bakal di umumkan pemenang iPhone 5 gadget impian ini. sekaligus mematikan angan-angan yang telah di cipta oleh kesemua 84 para peserta iPhone 5 gadget impian yang telah di anjurkan oleh Denaihati blog dengan asyik 24 jam je bertanya siapakah yang akan menang tu nanti wei. hehe. hati memang tak keruan da ni. tak sabar nak tahu siapakah yang bakal menang. menang iPhone 5 dan menang wang tunai dari setiap tugasan yang telah berjaya di laksanakan :) wa. hati tak boleh kata apa beb :D

dan di sini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat abg DH sebab sudi buat majlis sepetang bersama blogger 2013 tu. dan buat para penaja, peserta dan ya hadiah yang bakal di menangi tu, that was super B untuk di menangi buat kita. insyaAllah, ada rezeki korang, rezeki aku untuk menang, adalah. banyak-banyak doa. insyaAllah :D

as korang tahu, blog aku juga adalah seorang yang mengikuti contest tersebut, turut berdebar nak menanti hari ecok muncul. nampaknya akan sibuk nak whatsupp kak sha, kak akma. memandangkan kak maz, masih tidak di ketahui tahap kesihatannya bagaimana setelah mengalami kemalangan yang di beritahu oleh Miss J, kita harapkan ada yang akan update untuk kak maz. maybe kak akma, kak sha boleh do it sama untuk kak maz. :) insyaAllah.

insyaAllah, aku akan update pemenang selepas tahu siapakah pemenang iPhone 5 tersebut dan juga pemenang2 yang lain, yang mana ada tiket cabutan bertuah kata DH :)

salam. PG.

*ar. ini entry kemarin. sepatutnya post kemarin :D tapi disebabkan line tenat sangat, maka pagi ni baru posting :)

liyana jasmay

Ibu Liyana Jasmay Kesal dengan Penyebaran Gambar Pra Perkahwinan - Apa Kata Saiful Nang, Pengasas CandidSyndrome Sendiri?

January 25, 2013

beberapa hari yang lalu, PG ada make a entry about gambar pra perkahwinan Liyana dan bakal suami yang super B cantik tu. tapi selepas entry di posting, dan ada beberapa lagi entry sebelum PG buat, ada few blogger turut sama membuat posting about this. dan mungkin ianya adalah satu berita yang harus di kongsi bersama. memandangkan banyak selebriti di Malaysia kita ini, yang bakal bernikah kawen, suka sharing gambar pra perkahwinan mereka kan? begitu juga liyana. maybe?

tapi. isu nya bukan sebegitu pula. mak liyana pula berkata lain. dengan kekesalan di hati, gambar pra perkahwinan anaknya telah di sebarkan merata media. fuh. kes ni berlarutan. dan kini, pengasas candidsyndrome, saiful nang tampil memberikan penjelasan. itu pun selepas makcik atau mak kepada liyana ni bersuara lantang melontarkan kenyataan beliau dengan kekesalan gambar itu tersebar.

Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.

BIAR SAYA CERITA DARI MULA…

Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).

Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.

Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)

Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.

Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.

Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.

Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?

Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.

Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).

Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi

“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”

Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.

Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan

“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.

Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.

Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.

Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?

Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.

Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.

Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.

Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)

Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.

Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.


SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com
 PG kredit sepenuh untuk blog di-sini-bermula

samarinda drama ruby

sinopsis drama samarinda ruby lakonan siti saleh dan shaarnaz ahmad

January 25, 2013

siapa tengok drama ruby? yang ada Siti Saleha plus kekasih hati, cinta hati shila hamzah tu, Sharnaaz Ahmad. aku mula-mula tak tengok pun drama ni. rasa macam tak best je. hehe. lagi pula timing macam tak ngam nak tonton drama ni sampai jam 11.00 malam. lewat da tu. da la kena bangun awal ecok pagi. sekurang-kurang kena ambik masa 1 jam juga baru nak lelap kan mata dengan lena. hehe. 

tapi, kali ni nak bagitau korang. citer ni aku akan pastikan yang aku tak akan terlepas pandanglah. insyaAllah :D makin lama makin best citer ni. dengan si ben tu yang tak de harta dan duit da. dan nenek dia da kena strok. lepas ni nenek dia nak duduk mana ntah. drama melayu ni orang selalu kata, da boleh agak la apa yang akan jadi. orang jahat selalu akan di balas dengan kejahatan juga di hujung cerita. atau maybe insaf. jadi, aku nak tunggu till the end this drama. sebab nak tengok ben dapat balik tak harta dia semula. rumah, kereta. kereta? semalam ending, kereta ben di ketuk somebody. ntah-ntah orang-orang datin tu la suruh tarik keta dia. ar, lagi la kesian kan. mengeram betul la dengan datin tu. ishhhhh. memang dasar tak kenang budi betul :D so. korang. nantikan episod ni seterusnya tau. sinopsis ringkas boleh baca kat bawah :)

 


Sinopsis Ruby

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.


Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013! 
:) kredit to : metrowealthpictures

lisa surihani

pencuri duit lisa surihani berjaya ditahan

January 25, 2013


berikutan kes duit sebanyak rm50,000 yang telah dicuri dari akaun bank milik lisa surihani bersama her mother, semalam aku ada terbaca dimana pencuri duit lisa telah ditangkap. melibatkan seorang ibu anak satu. huhu. la ni, macam-macam orang boleh buat kalau da terdesak nak guna duit kan. tapi, agak-agak lah wei. tak de nya semua benda yang tak ada jalan penyelesaian. maka dengan itu. same goes dengan kes lisa ni. dia duduk diam je. akhirnya. si pesalah telah di tangkap. moga lepas ni, sama-samalah kita duduk memerhatikan akaun bank kita tu. kot-kot la banyak duit sangat pun kan, tapi ianya masih duit yang perlu digunakan untuk meneruskan kehidupan kita seharian kan :) berita tentang ni boleh baca sama kat sini : di-sini-bermula.blogspot.com

salam. PG

keywords hits nuffnang

carian hangat sepanjang bulan disember 2012

January 24, 2013

nampaknya kisah sofea putih masih menjadi carian utama manusia sejagat. keywords kat bawah untuk last month blog PG. ambek dekat nuffnang account. mendahului carian keywords bagi blog PG segmen iPhone 5 gadget impian yang berlangsung sepanjang bulan disember tahun 2012. syukur alhamdulillah. ada juga yang sudi cari blog PG kan. ni mesti gara-gara blog PG yang bermasalah dengan carian dekat google hari tu. sedih juga masa tu sebab tengah berusaha nak menang iPhone 5 gadget impian dari blog denaihati tu kan, tup-tup entry pula tak de dalam carian google.com. otai-otai blog kata SERP. nampak sangat PG lemah dalam dunia blog ni kan. 


ada yang kata keywords sangat penting untuk menaikkan trafik / rangking sesebuah blog / dapatkan earn dari nuffy juga. apa pendapat korang? ;)

salam. PG

antarabangsa

kumpulan Az yet datang Malaysia

January 23, 2013

bagi korang yang tidak mengenali kumpulan az yet ni. korang kena cari la berita tentang mereka. sebab aku memang suka lagu-lagu yang mereka ni. lagu yang sangat-sangat menusuk di kalbu ku ini adalah lagu "hard to say i'm sorry". lirik lagu ni memang betul la berhantu dekat aku. hehe. korang harus cari la kalau nak tahu best ke tidak lagu ni :)

duet dengan artis Malaysia? wow ! itu sudah cukup awesome. berduet dengan Jaclyn? ok good. tak sabar pula nak tengok gabungan mereka bersama. dan dengar dekat radio hot fm sebentar tadi, penyanyi datuk shiela majid pun kabarnya akan berduet sama dengan kumpulan az yet ni. so. sama-samalah kita menantikan ya. 

Jaclyn teruja berganding dengan Az Yet

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menyuarakan rasa bangga kerana berpeluang untuk berduet dengan kumpulan pupular dari Amerika Syarikat (AS) Az Yet untuk lagu terbarunya, Magical Moment.
Menurut Jaclyn, 35, kolaborasi dengan kumpulan tersebut merupakan peluang sekali seumur hidup yang tidak akan disia-siakan begitu sahaja kerana dia telah lama meminati kumpulan itu.
“Sewaktu diberitahu saya bakal berduet dengan kumpulan itu, saya seperti tidak percaya dan bangga kerana diberi peluang sedemikian rupa," katanya yang ditemui sewaktu sesi rakaman muzik video lagu tersebut, baru-baru ini.
Magical Moment merupakan lagu runut bunyi untuk filem terbaru terbitan KRU Studios berjudul Ribbit yang bakal menemui penonton Malaysia dan luar negara secara serentak pada penghujung tahun ini. - UTUSAN

kredit to : Utusan Melayu (M) Bhd 
salam. PG

slot lestari - kisah cinta

KISAH CINTA - NUR FAZURA DAN SHAHEIZY SAM

January 23, 2013

hehe. ini bukan entry kisah cinta fazura ye :D serius. perempuan ni memang cantik dan anggun. tak lain tak bukan. Nur Fazura. pemilik butik House of Doll. siapa tak kenal dengan Fazura kan. da la cantik dari segi penampilan, wajah. beradap sopan lagi ketika berbicara. sungguh sempurnalah bagi aku. perfect super B :) ok, bagi yang merindui lakonan Fazura, korang boleh lah melepaskan rindu dengan menatap wajah Fazura dengan menanti lakonan beliau yang bakal keluar on april 2013 ini melalui slot lestari, Kisah Cinta. sebut tajuk drama Kisah Cinta ni, i'm sure korang juga punya kisah cinta yang tersendiri kan? ar. jangan senyum sumbing pula teringat kisah cinta korang tu. ahaha. tak sesuai la :D jom like facebook Nur Fazura kat SiNi :)


Gambar kredit to Nur Fazura :)

kerja oh kerja

senak perut

January 23, 2013

perut senak. or senak perut? sama je la tu. mungkin sebab pagi tadi lewat breakfast. tapi kat umah ada jamah sikit je. seperti biasa la. tapi ni da memang terlewat sangat-sangat makan till perut jadi senak lagu ni. aduh. nyesal tak sudah ni. korang pun sama juga. kena ingat breakfast dahulu sebelum nak buat apa-apa kerja ok. adoi. rasanya nak kena masuk toilet lagi ni. huhu. kan best kalau menang iPhone 5, bolehla online dari toilet :D erk? tak sopan pula. hehe


salam. PG

liyana jasmay

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin - Romantik!

January 23, 2013

tahun 2012 antara artis yang aku memang nantikan majlis perkahwinan mereka adalah lisa surihani dan yusri. also pasangan scha dan awwal. kedua-dua mereka adalah pasangan yang serasi bersama la bak kata orang. dan majlis perkahwinan yang aku boleh kata, sangat super B!

dan di tahun 2013 ini. aku menantikan majlis perkahwinan liyana jasmay dan fathuddin. ada beberapa hari lagi kan? majlis pernikahan yang akan berlangsung pada 02 februari 2013 di Dewan Merdeka PWTC. dan pastinya liyana tak sabar menanti detik itu tiba :) taniah buat awak berdua :)


full credit to : candidsyndrome

di kabarkan selepas bernikah, liyana akan mengikuti suami tersayang tinggal kat sabah. oh. sabah tu luas sayang. agaknya kat mana erk? :D PG pun sabah juga. boleh je kot jumpa kat mall. ahaha

salam. PG

apple

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

January 23, 2013



gambar kredit to : Denaihati blog

fuhh. selamat pagi everyone. hari ni PG bersemangat sikit ( sikit je ) nak make a entry. pagi-pagi la da buka laman web Berita Harian online. ar. itu satu kewajipan tu. tak buka tak sah. itu yang kadang, kalau kat ofic ni server down, memang akan rasa sepanjang hari la bekabung :D memang tak boleh hidup tanpa internet betul la.

ok. harap-harap tak de yang meluat dan menyampah. sebab. untuk kesekian kalinya. PG nak update lagi, berita tentang iPhone 5 gadget impian yang PG join hari tu :D ngeh3. jangan menyampah tau. sebab, kali ni nak bagitau korang sebenarnya. untuk mengetahui pemenang siapakah yang akan bakal membawa pulang sebijik iPhone 5 dari blog denaihati tu, satu majlis akan di adakan oleh denaihati as a penganjur utama contest iPhone 5 ni. di bawah ni adalah antara tujuan Majlis di adakan :) ( copy dari blog DH sendiri )

Antara tujuan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network :
  1. Bersuaikenal dengan blogger Malaysia dan Blogger Indoensia.
  2. Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati.
  3. Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara.com, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyuzulaikha.blogspot.com, Kujie2.com, Apesal.com dan banyak lagi.
  4. Pelancaran blog baru Denaihati dan produk baru Denaihati.
  5. Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
  6. Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah. >>> moga ada rezeki PG ya :)
venue :
Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
pada jam 2.00pm, 26/1/2013
honestly, memang nak pegi sangat-sangat. tapi ye lah, kota kinabalu sabah ke kuala lumpur? kalau kk, sabah ke kampung likas, sabah sure PG orang pertama yang akan mendaftar menghadirikan diri :D tak pe la, hopely. ada yang sudi update untuk PG masa tu :) kak sha, kak maz or kak akma maybe kan? hehe.

Para jemputan yang datang akan dihidangankan dengan :
  1. Mini Forum oleh Blogger Malaysia dan Blogger Indonesia.
  2. Hidangan Hi-Tea yang enak.
  3. Hadiah seperti T-shirt Denaihati, Car Sticker Denaihati dan hadiah dari penaja.
  4. Cabutan bertuah seperti package Kembara Muslim Kemboja 4H3M, Gold Bar, Silver Bar dan lain-lain.
  5. Cabutan khas Kembara Muslim Kemboja 4H3M untuk peserta contest iPhone 5.

ok. sekiranya ada yang berminat nak datang atau mungkin korang adalah pembaca setia Denaihati blog dan teringin untuk join together this event, korang masih boleh mendaftarkan diri tau, di Denaihati FB Group. Pendaftaran akan ditutup pada 11.59pm, 23/1/2013.

so. best kan super hadiah yang bakal di menangi? :)

salam. PG 

info

gaji penjawat awam naik hingga 5 peratus - BH

January 23, 2013


Ali menyampaikan ucapan pada Program Amanat KSN 
bersama Penjawat Awam 2013 di PICC, Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Oleh Shaarani Ismail 
Kadar ikut prestasi, implikasi kewangan kerajaan

Putrajaya: Penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan.

"Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara"

Markah 80 dan ke atas

Bagaimanapun, katanya, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

CUEPACS sebelum ini menganggarkan kira-kira 20 peratus atau sekitar 280,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam berdepan tangga gaji yang sudah mencapai tahap maksimum tahun lalu.

“Saya sudah minta Jabatan Perkhidmatan Awam (kaji perkara itu). Mereka yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum dan jika prestasi orang itu 80 peratus, akan menerima kenaikan.
“Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik...ini yang ingin saya ketengahkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Amanat KSN bersama Penjawat Awam 2013 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini semalam.

Lebih kreatif, inovatif

Justeru, katanya, kakitangan awam perlu meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

“Jika mereka lebih kreatif dan inovatif, hasil kerja akan menjadi lebih produktif. Untuk itu, kerajaan tidak teragak-agak memberi emolumen dan sebagainya bagi mengiktiraf usaha mereka,” katanya.

Ali berkata pelaksanaannya perlu mendapat kelulusan kerajaan terlebih dulu tetapi setakat ini, kerajaan positif dengan perkara terbabit kerana faham gaji yang statik bukan penyelesaian terhadap prestasi kerja kakitangan awam khususnya yang cemerlang.

full creadit to : Berita Harian 

gift from friend

happy birthday officemate !

January 22, 2013

happy belated birthday buat kak neeta. buat kak tina dan john. selamat hari jadi buat kalian berdua. dan juga buat PG sendiri. selamat hari jadi yang ke 29 ye PG. ( tua da ! :D ) kira advance sambut birthday la ni. PG lahir 06 februari. ar. nak tahu tahun berapa, korang kira la sendiri. hehe. 

kemarin, bahagian PG buat sambutan hari jadi. sambutan hari jadi ni memang kitaorang as usual buat. beli kek dan makan-makan sikit, and bagi hadiah. sweet je kan. sambutan kemarin, tengok apa yang PG dapat :D pinky towel ! ar. sapa nak bagi hadiah dekat PG ni, boleh saja. jangan malu-malu, tanya je apa alamat PG. ahaha. 




 hehe. bos kata, nak mandi wajib ke aper dekat ofic :D

oh. dan as korang tahu, PG lagi menanti entry siapakah yang akan bakal memenangi hadiah iPhone 5 dari blog denaihati tu. remember contest yang PG join hari tu? hehe. sekiranya ada rezeki PG untuk menang iPhone 5 tersebut, PG akan anggap itulah hadiah hari jadi untuk PG yang paling istimewa. inysaAllah :) sekiranya tidak, PG akan anggap juga contest itu adalah contest paling istimewa buat PG :)

salam. PG

home sweet home

sebak

January 18, 2013

assalamualaikum fellas. mood malas nak update blog kembali datang. kali ni, memang malas tahap ntah nak tulis apa kat sini. sebenarnya banyak benda nak kata, tapi ntah lah. lidah kelu untuk berkata orang kata. apatah lagi nak menulis kat sini. tak tahu nak mula dari mana. so. nampak gayanya. setakat ini je la. and aku nak cakap, aku sedang merindui seseorang. sebak.

salam. PG

home sweet home

saya mengaku saya cantik !

January 13, 2013

assalamualaikum. again. hehe. i must say that i love rain ! ya. i love rain. suka hujan. and aku lagi mengingati seseorang ketika hujan turun. ahaha. cerita lama. kisah lama. yang aku da berhenti untuk menulis tentangnya. perhaps one day. aku akan sambung cerita lama. kisah lama itu.

ok. aku punya masalah. punya masalah untuk tido ketika waktu nak menjelang hari bekerja ni. pelik? yaaaa ! aku pun tak berapa nak faham situasi ini. bukan selalu. kadang kala. sampaikan aku sendiri pun tak faham. apa hal dengan diri aku ni. nak kata kuat berangan. ye kot. ahaha. tau-tau je la nak jadi bakal jutawan ni. hehe. masin mulut. jutawan dek oi. insyaAllah ! kekeke. contohnya sekarang ni. ecok da nak kerja wei. tapi mata masih tak boleh nak lelap. nak kata aku tido petang tadi, tak de langsung. duduk bekepit je dengan encik suami :D 

so. lagu ni nak buat macam mana? kena mengadap cik lappy je la jawapnya kan :D hehe. oh ya. aku lagi tengah nak buka akaun tumblr. erk. bukan buka. tapi nak skodeng-skodeng pula. sebab aku memang da sign up benda alah ni. apa lagi yang ada pada tumblr ni. wordpress pun masih tak habis nak godek. ni lagi nak godek kan. betul-betul hangat taei kambing betul la. hehe. ok ! aku stop kat sini dulu la. sebab. tak de sebabnya. memang nak berhenti pon :D


psstttt. tajuk tak de kena mengena. saja nak letak. tapi aku memang perasan cantik ! werk. muntah hijau sattttt.

blogger of this month 2013

NikKhazami Says Blog !

January 13, 2013

assalamualaikum. fellas. PG nak sharing dengan korang. blog yang takat ni PG juga terjah. orangnya cantik aper. suka tengok. kalau sekali imbas, raut wajah beliau, seakan-akan seorang pelakon. tapi i'm not sure siapa ya. da lupa-lupa gitu. hehe. ok. sila terjah blog beliau kat sini NikKhazami Says !

suker nik sebab blog dia sangat simple. mula-mula masuk blog nik, da jatuh hati dengan template yang dia pakai. by cik bulat erk nik? nak template yang sama boleh tak nik? ;( hehe. tentang nik lagi yang korang patut tahu is, nik rajin update blog. ada sahaja yang menarik di dalam blog nik. sangat jeles. sebab dia rajin nak update blog beliau. tidak macam saya yang malas :D


ini dia Nik Khazami Nik Aziz

*nik, awak tak de kaitan dengan x presiden pas tu kan nik? :D gurau je tau ;)

Dreemika by Radiusite di Nona TV3

January 13, 2013

assalamualaikum. mood tak berapa nak rajin update blog datang lagi. kalau part rajin. sure ada lah 5 6 7 bijik entry dalam sehari kat sini. reader, silent readers pun kena tahan hati sabar menanti entry baru dari PG :D. maafkan PG ya. tau-tau je la. weekend ni kadang mood terbawa-bawa sebab pakcik senin cepat sangat nak memanggil. hehe.

ok. ada siapa-siapa yang tonton rancangan Nona tv3 pukul 2.00 tadi tak? sebab, PG nak sharing dengan korang laman facebook empunya butik tu. boleh klik di sini " Dreemika by Radiusite ". model tadi pun cantik giler  kan. sesuai la jadi model. insyaAllah, nak juga grap koleksi dari dreemika ni. cantik pun cantik juga. sweet-sweet lagi. tapi, kena lah pandai tengok harga kan. jangan tengok cantik sahaja, tapi harga. mak ai. nak tengok kualiti pun, agak-agak la nak pakai setakat masuk ofic. hehe. untuk makluman korang, Dreemika baru sahaja beroperasi pada 09 Dec 2012 tahun lalu. masih kira baru la kan :) sesuai lagi bagi korang yang nak mencari sesuatu kelainan pada tahun baru 2013 ini. 

salam. PG

gosip artis melayu

zack, ahli kumpulan new boyz bebas hukuman gantung edar dadah

January 12, 2013

syukur alhamdulillah. semoga pembebasan ini akan membawa seribu satu sinar untuk zack. berubah la demi kebaikan diri sendiri, anak-anak dan juga keluarga.


SHAH ALAM: Pemain bes kumpulan New Boyz iaitu Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie.

Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah. “Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan,” katanya.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar mengemukakan tujuh saksi sementara pembelaan yang diwakili Puan Sri N Saraswathy Devi memanggil seorang saksi.

Zack ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana akhirnya keadilan berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun di reman di Penjara Sungai Buloh, di sini.

Ditanya mengenai hubungannya dengan anggota New Boyz yang lain, beliau berkata rakan-rakannya sering melawat beliau di penjara dan sepanjang berada dalam tahanan beliau sempat mencipta 12 lagu baharu untuk kumpulannya itu. – kredit to BERNAMA

home sweet home

salam weekend

January 12, 2013

assalamualaikum fellas. serius. this weekend. sangat-sangat membosankan. dengan tension tak tahu nak edit apa dekat dalam blog. dan tak pegi mana pun. just duduk rumah. memikirkan few masalah yang ntah bila agaknya akan selesai. sangat buatkan aku tension ! deeply. kadang-kadang tension juga kalau duduk rumah sahaja kan. even, boleh je pegi mana pun. huhu.

weekend korang ni, apa plan? nak berkelah pun, cuaca tak berapa nak menentu. nak mandi laut pun, risau juga. ye la, ombak laut tak boleh di ramal kan? lebih-lebih lagi, beberapa hari yang lalu, aku ada terbaca 2 pelajar mati lemas dekat pantai dalit, tuaran. dekat umah aku tu. al-fatihah. gerun kan. tapi itu, jodoh pertemuan, ajal maut ni, kadang kat umah pun jika di tentukan olehNya, di jemput juga kita.

salam. PG

lirik lagu melayu

Sastera Kupu-kupu - Mimie Haris Lirik

January 10, 2013


Betapa kelam buat aku tak termampu
Di manakah mentari
Yang dahuli disisi

Betapa kejam bila sayapku kau patah
Tubuhku pun melemah
Diriku pun merebah

Sakit ini
Adalah Setia yang tak pernah kau mengerti

Berharap kasih moga engkau mampu memahami
Walaupun bukan sekarang
Bahagia menjelang

Berharap kasih moga engkau mahu untuk bersama
Andai musim pun berubah
Dirimu kan datang

Aku si kupu-kupu
Hinggap di kuntum hatimu

Lagu: Manusia Puteh (NAR Publishing SDN BHD)
Lirik: Buddhi Hikayat (NAR Publishing SDN BHD)  

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

kerja oh kerja

lagi tiada tajuk

January 10, 2013

assalamualaikum. jejari nak sahaja menaip dan terus menaip. tapi tak tahu apa yang perlu dikatakan di sini. seolah-olah seperti baru sahaja belajar untuk membuat blog. kelu seribu bahasa. sedangkan dalam kepala, bermacam-macam yang ingin dikatakan kat sini. huhu. betul-betul lah mood awal tahun ini agak tidak boleh di percayai langsung. masih dengan mood malas hujung tahun 2012. even, da berulang kali masuk blog ni, tapi rasa untuk mencoret something, da masuk ke dalam laut siap-siap. huhu. rasanya. kepala boleh jame macam ni. adoi. :( da nampak gayanya. mood malas ada berkaitan dengan error yang banyak dekat dalam blog ini. kata kak akmaomar :( dan dengan itu. aku masih memerlukan masa untuk mencari idea yang baru how to fix my blog. nak tukar template yang fresh too. agak-agak ada tak yang korang tahu nak bagi free template comel bagai untuk aku? hehe. so. aku stop kat sini dulu. sebab, aku rasa mata pun da nampak macam 2 3 bayangan depan pc ni :(

salam. PG

kerja oh kerja

hadiah da selamat pos :)

January 09, 2013

assalamualaikum fellas. 

syukur alhamdulillah. hari ni selesai separuh dari penghantaran gift yang da lama tertangguh. PG mohon maaf sangat-sangat pada blogger yang mana pernah join segmen PG. di sebabkan kekangan masa, PG da lama tangguhkan penghantaran tersebut. dan, sekali lagi. PG mohon seribu kemaafan. dan ada juga yang masih belum menghantar detail yang PG pernah katakan sebelum ini, dan nampaknya. tersekat jugalah penghantaran PG lagi :( dan PG harap, ada yang sudi memberikan maklumbalas sekali lagi pada PG, agar PG berasa tenang, aman damai gitu :) bolehkan? so, PG stop kat sini dulu. sebentar lagi nak balik da :) so PG stop kat sini dulu.

salam. PG :)

ANUGERAH JUARA LAGU KE-27

Taniah : Anugerah Juara Lagu ke - 27

January 07, 2013

assalamualaikum fellas. hari ni rata-rata wall post fb status bercerita sakan tentang Anugerah Juara Lagu ke- 27 semalam. ada respon yang puas hati. dan ada juga yang tidak berpuas hati. hehe. tapi bagi aku. memang puas hati dengan all performance yang telah di berikan . totally, aku suka dengar vokal persembahan hafiz dan black. yang lain, ok juga. dan seperti biasa, idola by azlan memang persembahan yang aku tunggu :) tanak kampung? ok juga. 

alamak, i'm bz right know. nanti PG sambung lagi ya. suker ajl27 !


kredit to : them :)

segmen

PENGUMUMAN Pemenang Segmen Klik G+1 dan Undi Puan Gojes Blog

January 04, 2013

assalamualaikum fellas and selamat petang :)

Ini dia yang di nanti-nantikan ! para pemenang untuk Segmen klik G+1 dan Undi Puan Gojes Blog yang PG telah anjurkan beberapa minggu yang lalu :) taniah ya ! and korang nampak, pemenang di pilih secara random. true random number by random.org :) macam mana nak tahu pemenang ? tengok senarai INI dan tengok number blog awak yang mana :) senang je kan :D

 
 2 pemenang di atas ( number 3 dan 11 ) di atas akan menerima 
Digi Super Reload Social berjumlah RM15.00
* sila inbox kan number Digi dekat FB Puan Gojes ya sayang :)


 2 pemenang ( number 1 dan 6 ) di atas akan menerima 
dvd Istanbul Aku Datang !
* sila inbox kan nama penuh dan alamat FB Puan Gojes ya sayang :)
 

 

 4 pemenang ( number 10, 7, 13 dan 2 ) di atas akan menerima 
Charcoal Mask Daiso !
* sila inbox kan nama penuh dan alamat FB Puan Gojes ya sayang :)
 
ok. dengan itu. PG nak ucapkan terima kasih buat para peserta di atas dan, ada few lagi pada peserta yang tidak berjaya. its okei kan sayang. insyAllah, ada rezeki nanti, PG akan buat giveaway lagi :) and awak-awak boleh join sama :) ar. dan untuk makluman. contest menang iPhone 5 hari tu, belum ada keputusan di keluarkan untuk siapa yang akan bakal membawa pulang sebiji iphone 5 dari penganjur iaitu denaihati.com :) insyaAllah, da ada keputusan nanti, PG akan umumkan sama dekat sini. doakan PG menang ya? terima kasih sayang-sayang :)

salam. PG

home sweet home

perhatian para peserta segmen bantu klik G+ dan undi blog Puan Gojes

January 03, 2013

assalamualaikum fellas.

buat para peserta yang telah mengikuti segmen PG hari tu, PG akan maklumkan pada hari sabtu ini. just now, PG mohon maaf sangat-sangat. kekangan masa, membuatkan PG agak tak berapa nak urus blog ni untuk minggu ni. PG, mohon maaf ya. nantikan pengumuman pemenang dari PG ya :)

terima kasih and korang memang awesome ! :)

kerja oh kerja

selamat tahun baru 2013

January 02, 2013

assalamualaikum fellas :)

dan selamat tahun baru 2013. PG da berada dekat ofic pagi ni. awal, seawalnya. around 6.30 am PG da terpacak depan ofic. hehe. tau-tau la hari ni kan budak-budak da mula bersekolah semula. mesti sibok punya la. and jalan pun masih ok pagi tadi. tak jem sangat. tapi kalau keluar lambat sikit tadi, sure akan terperangkap dalam jem :)

PG tak kan lama kat sini. PG ada meeting sat lagi. and, after that baru boleh tulis entry panjang-panjang :) so, korang breakfast apa pagi ni? PG tak breakfast lagi ni. dalam meeting nanti baru breakfast :)

now, PG stop dulu ya. till then ! jumpa lagi. da..da..

balik nanti, PG nak update pemenang pula..nantikan :)

http://blog.ikraninc.com/2012/11/new-year-2013/

home sweet home

Kesan Positif Contest IPhone 5 Gadget Impian

January 01, 2013

assalamualaikum fellas :)
syukur alhamdulillah. syukur sangat-sangat, contest iPhone 5 adget Impian telah pun berakhir semalam. tepat jam 11.59 minit malam. segala bantuan klik button G+ juga vote dari rakan-rakan, readers, bloggers, segmenmate terhenti setakat itu jua. syukur alhamdulillah. selama beberapa minggu berperang dengan suasana tido tak cukup, maigrain, blogwalking till tengahmalam, kerja ofic terganggu and makan kadang skip. semuanya hanya kerana sebijik iPhone 5 yang berhargai rm2190.00 ( seunit ) :) siapa nak tolak tuah kan? :) insyaAllah, jika ada rezeki PG untuk menang, adalah. jika tidak. its ok. syukur alhamdulillah juga. contest da pun tamat. 

ok. berbalik dengan tajuk PG hari ni. ya. banyak juga kesan Positif yang PG dapat. terutamanya SEO. ya. keseluruhan segmenmate PG, ada yang kurang tahu kepentingannya SEO ini dengan blog kita. as korang tahu, PG hanya tahu menulis dan published ! ya. itu memang PG akui. untuk menempatkan blog PG setanding dengan otai-otai blog, tak pernah terfikir pun. but, just now. baru tahu. so, insyaAllah, PG akan belajar lagi tentang SEO. 

malu bertanya, sesat jalan kan ? ya. thanks so much pada kak akmaomar. empunya blog akmaomar.com. sangat supporting PG. bersusah payah melihat ke error nya blog PG ni. dan ya, PG belajar untuk bertanya dan terus bertanya. positif thinking yang PG dapat, bertanya jika tidak tahu. bertanya tidak salah, jika kena pada tempatnya. syukur alhamdulillah, lot of think PG tahu dengan dunia blog. terima kasih kak akma. pada danial juga. eizil.com, di hujung-hujung contest baru nak bertanya :) hehe. terima kasih atas jawapan yang di berikan. evendo, PG tahu. mesti korang menyampah sebab PG banyak tanya !! ahaha

persahabatan. ya. sangat positif. dulu kawan-kawan blog PG hanya tertumpu pada Malaysia sahaja. tapi, tidak lagi sekarang. sebab PG sudah boleh lebarkan persahabatan ke seberang pula. salam perkenalan buat dawai, also ferry, abg iwan and few blog lagi yang PG tak berapa nak sembang. mungkin sebab kita sibuk dengan hal masing-masing. tapi sempat menyelitkan sedikit masa untuk sembang, sekaligus bertukar-tukar pandangan :) terima kasih ya. terima kasih untuk persahabatan yang telah di bina, antara Malaysia dan juga Indonesia :)

hurm. rasanya, banyak lagi kesan positif yang PG nak tulis, tapi cukuplah sekadar kesan yang membawa kepada kebaikan kepada PG, dan para segmenmate. blogging is not just ur write down a entry and published. but its lot of thing. 

sekali lagi, terima kasih kak akmaomar.com, kak sha, kak maz , miri, dan terima kasih untuk blog Denaihati, kerana telah memberikan satu contest yang cukup berhargai buat PG untuk menyertainya dan ye sangat-sangat berharga buat PG sama sekiranya dapat memiliki iPhone 5 dari denaihati.com dan para penaja contest segmen iPhone 5 eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, SweetKurma.com, ServerFreak.com, Neohas.com, Anarm.net dan Denai.my

terima kasih semuanya :)

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images