Syarat-Syarat Kelayakan Memohon BR1M 3.0 2014

December 24, 2013

Kemaskini Bantuan BR1M 2014 sudah PG share. Sekarang, mari kita lihat pula SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BAGI MEREKA YANG INGIN MEMOHON BRIM 3.0 2014. Kot-kot ada yang korang terlepas pandang kan. Ye la, da seronok sakan isi borang, tup-tup ada masalah pula. aduhai. Tak mau tak mau. Kena baca dahulu syarat-syaratnya ya sayang. Penting untuk kita mengisi borang sesuatu permohonan, syarat harus di beri keutamaan untuk kita baca dan fahami apa yang di kehendaki dengan perkhidmatan yang kita nak. Senang je pun kan? ;)

Isi Rumah - Bantuan RM650
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan bulan RM3,000 ke bawah
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas

Isi Rumah - Bantuan RM450
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berpendapatan bulan RM3,000 hingga RM4,000
- Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Apa maksud Isi Rumah? 
Adalah seorang lelaki atau perempuang yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda, Duda) yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M - RM50.00
Ok, rasanya ini benda baru. Pemberian Insuran Takaful Berkelompok seperti diatas kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Syukur alhamdulillah. Sekurang-kuranya jika ada berlaku sesuatu, ada juga bantuan yang dihulurkan.
Individu (Bujang) Termasuk Balu @ Janda mahupun duda - Bantuan RM300
Syarat :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 tahun ke atas
- Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
- Tidak mempunyai tanggungan
- Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Sumber : MySumber
Ok. begitu la syarat-syarat kelayakan bagi mereka-mereka yang memohon BR1M 3.0 2014. So korang yang rasa-rasa korang berada di antara syarat-syarat yang PG senaraikan, bolehlah memohon sekarang ;) inshaAllah, ada rezeki korang, bolehlah guna ke jalan yang benar. ahaha.

Much Love. PG

You Might Also Like

7 comments

  1. kita kemaskini yg individu bujang ja pg..emm harap2 ada rezki kali nie la

    ReplyDelete
  2. tadi baru nak apply untuk my mom PG, tapi lupa pulak bawak details akaun bank my mom...mohon online jer pun, sok sok lah apply balik...he he he...

    ReplyDelete
  3. Akak Rm1 melepasi paras kelayakan...ahahhaa...

    ReplyDelete
  4. kite budak2 dapat baucar buku jee . huhu

    ReplyDelete
  5. jom kita ramai2 memohon
    isi tabung nuffnang sini-inti

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images