Pesanan Khidmat Masyarakat | Undangan Countdown Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Sambutan Tahun Baru 2014 Peringkat Negeri Sabah

December 30, 2013

 Assalamualaikum. Hai Fellow.

Pesanan Khidmat Masyarakat kali ni, PG nak share buat rakyat sabah, yang mana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menjemput orang ramai untuk hadir memeriahkan acara ‘Countdown Tahun Melawat Malaysia dan Sambutan Tahun Baru 2014 Peringkat Negeri Sabah’ anjuran bersama Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Negeri Sabah dan juga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang akan diadakan pada 31 Disember 2013 (Selasa) ini di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu (bersebelahan dengan Bangunan DBKK). Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan akan dihadiri oleh dif-dif kenamaan di negeri Sabah.  Acara kemuncak pada malam tersebut adalah kiraan detik tengah malam yang akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.


Acara kira detik  ini akan menampilkan artis-artis jemputan seperti Awie, Faizul AF, Fiq Mentor, Jimmy Palikat, Janrywine J. Lusin, Ampal, Den Bisa, Esther Applunius, Gedion Hilarius (Johan Pertandingan Sugandoi 2013 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu), Donna Masidah, Rashidah Sahrin, Ritchell Andreas, Tiara Baker, Wanrull Puppet serta kumpulan penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kumpulan Busak Lawai Nabawan, Kitta Move serta Kumpulan Pratama Family.

Acara persembahan akan bermula jam 7 malam dengan persembahan muzik oleh Kumpulan Fingerstyle, persembahan artis tempatan, peragaan fesyen Batik Malaysia, persembahan akrobatik api, persembahan silap mata, persembahan diabola serta persembahan tarian Cina. Karnival jualan di sepanjang Jalan Gaya turut akan diadakan bermula jam 6 petang. Selain itu, terdapat juga pameran kraftangan dan produk pelancongan di Negeri Sabah, termasuklah pameran daripada syarikat-syarikat ‘tour operator’ dan Sabah Tourism Board yang akan bermula pada 31 Disember 2013 hingga 3 Januari 2014, jam 10 pagi hingga 8 malam.

DBKK turut memaklumkan bahawa penutupan jalan secara sementara akan dilakukan bagi memberikan laluan kepada acara ini pada 31 Disember 2013 (Selasa) dari jam 6 petang di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya. Antara jalan raya yang terlibat adalah kedua-dua belah Jalan Bandaran dan Jalan Gaya yang akan ditutup semasa acara ini bermula dari jam 6 petang hingga 1 pagi.

ATURCARA COUNTDOWN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2014
DAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2014 PERINGKAT NEGERI SABAH
31 DISEMBER 2013 (SELASA) LINTASAN DEASOKA, KOTA KINABALU
****************************************************************************
6.00 petang
Ketibaan Jawatankuasa Penganjur

7.00 petang
Ketibaan orang awam - Persembahan Artis Tempatan Bermula
9.00 petang
Ketibaan Y.Bhg.Datuk Michael Emban, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah serta Y.Bhg.Datin dan Y.Bhg.Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu serta Y.Bhg.Datin, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Countdown Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Sambutan Tahun Baru 2014
09.15 malam
Ketibaan Dif-Dif Undangan

09.45 malam
Ketibaan Pembantu-Pembantu Menteri, Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri dan Setiausaha Persekutuan Sabah serta isteri/suami 

10.00 malam
Ketibaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Ketua Menteri serta isteri/suami 

10.15 malam
Ketibaan YB Datuk Seri Panglima Mohd.Salleh Tun Said, Speaker Dewan Undangan Negeri dan YBhg.Datin Seri Panglima Raya Erom

10.30 malam
- Ketibaan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin
- Ucapan Alu-aluan Oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah
- Ucapan Pelancaran oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
- Simbolik Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 Peringkat Negeri Sabah oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah

Persembahan Artis-Artis Jemputan 

11.59 malam
Count down

12.00 malam
Pertunjukan Bunga Api

12.10 malam
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin beredar meninggalkan majlis

12.30 malam
Majlis bersurai
sumber : DBKK Website
Happy New Year 2014 dari PG! :)
Much Love. PG

You Might Also Like

6 comments

  1. Happy new year jugak kak PG :D May it will be a better year ;) hihi
    Wahh ramai nya artis datang huhu jimmy palikat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year to Qila too ya ♥ tq, and may it will be super awesome new year to u too okei :)

      Delete
  2. mesti seronok..tak ada yang bawa kita pi cna la pg :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alolo. Tak pe la kan asha, better duduk rumah dari risau nanti nak balik macam mana kan :) ♥ PG tak pegi kot asha T_T

      Delete
  3. wah bez la kak klo pg ni..tp sure jln jem..tu yg malas kan...
    suka tgk bunga api..sure berapi2
    menabung sini-inti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Benci dengan jame! Tapi suka kalau ada acara2 mcm ni, ada artis and banyak makanan dijual ;D tq syg menabung kat sini ♥

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images