Fenomena Ikan Mendarat di Perairan Tambisan, Lahad Datu

December 24, 2013

Assalam fellow. Ada tengok berita TV3 tadi tak? part ikan kecik-kecik yang banyak di persisiran pantai tu. Sapa tak tengok lagi, PG share gambar dan video yang sempat di rakam oleh penduduk yang berada di tempat kejadian.


sumber : mediaharia.blogspot.com
jika video tidak dapat play, korang boleh tonton kat blog mediaharia tu. klik blog beliau.




 Bukan ikan sahaja, tapi ada di kongsi di merata facebook,
kerang-kerangan juga turut naik ke darat.

Ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu
SHAH ALAM - Beribu-ribu ikan yang kebiasaannya hanya berenang di tengah lautan, hari ini dilihat berpusu-pusu berenang ke pesisiran pantai dan melompat naik ke daratan.
Fenomena aneh yang mengejutkan penduduk setempat ini berlaku di Pulau Tambisan, Lahad Datu, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Menurut pembaca Sinar Harian Online, Luludaprincess Oja yang berkongsi maklumat itu berkata, kejadian itu disedari oleh penduduk sekitar yang melalui kawasan itu secara tiba-tiba melihat ikan meloncat naik ke daratan.
"..situasi ini disedari oleh orang kampung yang kebetulan berada di tepi pantai, melihat kelainan dalam air tersebut di mana ikan-ikan meloncat naik ke darat.
"Sesetengah penduduk mengambil kesempatan untuk memungut ikan tersebut.
"Ini merupakan fenomena pertama berlaku di kampung tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian Online mendapati video mengenai peristiwa itu yang berdurasi dua minit tiga puluh lima saat telah dimuatnaikkan di laman Youtube.
Sebelum ini, kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlaku bencana alam tersebut.
Much Love. PG

You Might Also Like

4 comments

  1. saya ada tgk tv3 tadi. tegak bulu roma.. haish. nasib baik tgk dgn family. kalo tengok sorang2 .. hurm -.- sekarang nie dah macam2 benda pelik berlaku. semoga takde apa2. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  2. mudahan2 tak ada berlaku apa2 d cna..mr.f kita ada kat cna

    ReplyDelete
  3. hurm.....ni yg menakutkan..fenomena alam memang sukar diduga..x dinafikan mmg antara tanda2 musibah alam...

    ReplyDelete
  4. meremang bulu roma trngok vid tu.. Tapi, Alhamdulillah .. Murah rezeki penduduk di lahad datu .. semoga tiada apa2 benda buruk berlaku di sana..

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images