TONTON WAYANG : HIGHLAND TOWER

Engkorang. ni, aku nak cerita sikit. wa. macam cerita dengan kawan pula kan :D

kemarin lunch time, aku pegi tengok wayang. 11.50 pagi. citer aper? ar. apa lagi, citer melayu HIGHLAND TOWER tu la. sebelum tu, geng tengok wayang da bagitau awal-awal tok sah dok pegi tonton wayang ni. aik. pula da. apasal pula. tajuk wayang memang fuh, kalau baca memang da rasa keterujaan membina dan wajiblah pegi tonton kan. tengok trailer plus true story si shima ke sapa sorang tu yang memang betul-betul kena rasuk semasa pengambaran, lagi lah membuat keterujaan aku tu pegi tonton kan. 

 
pakcik gugil pinjam gambar awak ~

Kejadian Higland Tower memang benar berlaku. maksud aku, kejadian tanah runtuh tu la. tapi bab mahluk halus ni, aku tak pasti keberadaannya di sana. tapi, ye la kan, sedia maklum, kalau bangunan da lama di tinggalkan tidak berpenghuni, peratus untuk mahluk lain menghuni pastinya ada. dan ini lah yang di cari dalam movie Highland Tower. Highland Tower terjadi masa tu aku baru berapa tahun je usia. kanak-kanak lagi. al-fatihah buat keluarga mangsa yang terkorban di tempat kejadian.


Highland Tower
pakcik gugil pinjam gambar awak lagi :D

tapi, ni aku bagi kesimpulan. kalau korang pernah tengok paranormal aktiviti, macam tu la kamera-kamera tu bergerak. dari tahap aku rasa nak terkejut gitu kan, terus rasa macam 'sayang duit aku kalau tak habiskan wayang ni' ar. korang rasa boleh agak tak apa sebenarnya aku nak cakap? ar tak kisah lah.

yang penting is, kalau korang suka tengok citer yang ala-ala seekers gitu, boleh la korang pegi tengok wayang ni. yang suka tengok cerita hantu macam aku pun, boleh juga pegi tengok. tapi kalau bab kamera ke hulu ke hilir macam paranormal aktiviti tu kan, aku rasa memang tak sesuai dengan aku. rasa nak terkeluar maigrain aku. jangan cakap aku, en. suami aku pun sampai termuntah lepas keluar dari panggung. pening sangat tengok kamera tu ke sana kemarin. la, da aku cakap dengan dia, citer ni ala-ala pegi mengkaji gitu. (sebab kawan aku cakap macam tu. hihi) aku copy paste je. hihi.

best? suspen yes. memang best juga. dan lagi best kalau aku nak lempang jiran belah aku duduk. sebab depa ketawa pada babak-babak yang tak lucu pun depa ketawa. ntah pendatang dari mana ntah. heeeee!

much love. PG

Comments

  1. sangat tak best kan? seriously pening kepala dengan camera macam tu. haihh... tengok tu pun sebab terpaksa. :D

    ReplyDelete
  2. pg...dayat here...lambai sikit **** hehehe...dayat datang top up ;)

    ReplyDelete
  3. wah dah ramai sgt ni yg kata pening and termuntah bila tengok cerita ni. tak nak tengoklah.

    ReplyDelete
  4. tak berani kita nak nengok hihi..dasar penakut kan kita nie :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara