28 November 2013

Lana Nordin Cinta Johan As'ari | Tahniah!

fellow. assalam!

omaigaddddd. tak sangka wei. memang tak sangka. i mean, aku tak sangka yang Johan As'ari  sebenarnya bukan bercinta dengan penyanyi terkenal kita, pemenang anugerah waze, shila hamzah tu. rupanya, Johan bercinta dan bakal  bernikah kawen dengan pelakon cantik, lagi seksi Lana Nordin tu. waa. heart attack sat ;D apa pun, tahniah lah buat johan. semoga ikatan yang bakal di satukan, inshaAllah akan berkekalan till jannah like PG dan suami :)


kata Lana;-
Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu
menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin.

kata Johan;-
Saya berkawan dengannya bukan main-main. Saya tahu, dia juga mendambakan calon suami yang boleh membimbingnya. Kami akan sama-sama belajar untuk menjadi insan yang lebih baik.
Biarpun berbeza usia, dia menghormati saya. Andai kami disatukan, hanya tiga perkara yang saya pinta iaitu taat kepada Allah, Rasullah dan suami. Itu saja. kredit : beautifulnara blog.
hee. sweetnye johan ni. tak pe la. da jodoh depa kan :) selamat pengantin baru johan! tak sabar nak tengok lana dalam pakaian pengantin beliau. mesti vouge!

much love. PG

No comments:

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes