4 Tahun.

November 20, 2013


awak. Assalam.

4 years already. kalau dalam melayunya, sudah 4 tahun. ya. sudah 4 tahun saya bersama awak. susah senang saya bersama awak. tapi saya rasa, saya banyak susahkan awak. awak pula? banyak senangkan saya. walaupun kadang, awak ada juga susahkan saya. tapi saya anggap itu semua ujian dariNya untuk saya merasa sentiasa bersyukur, hidup ini tidak semestinya sentiasa senang selalu. pasti ada susahnya juga. ada kontra dekat situ kan. seperti juga cas negatip dan positip. yes. sudah 4 tahun kan awak. saya harap awak tak lupa. hehe. sayang awak.

awak. 

terima kasih erk. saya nak ucapkan terima kasih saya yang super banyak untuk awak. super terima kasih yang banyak dan banyak untuk awak. sampaikan saya tak boleh 'tidak' untuk ucap terima kasih untuk awak. kalau boleh, saya nak ucapkan terima kasih saya untuk awak, hari-hari. awak, terima kasih ya. terima kasih untuk segalanya. terima kasih sebab awak terima saya seadanya. terima kasih juga sebab awak sudi sayang saya seorang. saya pun sayang awak juga. cuma mungkin sebab sayang saya yang diberikan olehNya terlampau dan melampaui banyaknya, jadi saya boleh sayang sesapa sahaja wak. tapi memandangkan awak selalu bersama saya, saya lebihkan awak. lebihkan awak dan juga lebihkan ex bf saya. ( mampus engko yatie nak ketuk kepala tulis macam ni :D )

awak. terima kasih juga sebab awak sudi menerima saya yang tidak sempurna mana, tidak sempurna, tidak juga secantik bidadari di kayangan ( heee. pernah nampak tak bidadari kayangan macam mana rupanya? hehe ). terima kasih sebab awak terima saya dan yang penting, awak menerima keluarga saya. ya. keluarga. tanpa keluarga saya pasti saya tidak akan bersama awak sekarang. terima kasih ya awak. awak terima saya dan juga seluruh keluarga saya. begitu juga saya. saya anggap, bila saya bersama awak, keluarga awak juga adalah sebahagian dari hidup saya. terima kasih ya awak. terima kasih sebab kita bersatu juga kerana keluarga. saya yakin, satu hari nanti, kita juga akan hidup berkeluarga. punya anak. awak jadi ayah, saya jadi ibu, mama, mak, mummy or what ever gelaran masa tu :D terima kasih ya wak.

lagi awak. saya nak kata juga.

terima kasih juga sebab awak menerima saya, yang tidak reti memasak ni. tidak reti masak masakan kegemaran awak. tidak reti masak telur seperti yang awak nak. tidak reti masak maggie campur telur bubuh sayur sikit, campur fish cake, campur lada sikit untuk awak. tidak. saya tidak reti itu semua. tapi awak masih mahu saya. terima kasih ya awak. dan, tiap kali awak makan maggie, masa tu juga saya datang kacau awak. nak minta sikit maggie awak masak tu. sebab awak memang pandai masak super B macam chef ammar fav chef awak tu. chef kata, masak dari hati with iman. erk. ngam ke? hehe. dan awak sanggup bagi kat saya rasa masak masakan awak supaya saya tidak kempunan. hehe. terima kasih ya wak.

awak. terima kasih juga sebab selama ini awak masih mampu bersabar dengan saya. walaupun kadang, awak banyak tercabar dengan saya. tapi awak masih mampu bertahan. sebab saya tahu, awak sayangkan saya. kan? hihi. terima kasih ya awak. saya tahu, saya jenis yang tak boleh nak dengar benda-benda yang membuat hati saya terusik. yang buat hati saya cepat panas. rasa nak marah. dan awak selalu ada dan sentiasa sabarkan saya. ambik hati saya yang tengah marah. terima kasih ya awak. terima kasih kerana memahami saya. dan evendo saya ada kalanya awak terpaksa mendengar kata-kata kesat dari saya, yang menyinggung perasan awak. sampai awak terluka. tak tahu la kalau awak terluka ke tidak. luka dalaman, mana saya tahu kan. hihi. tapi awak masih mahu dengan saya. awak diamkan saja. awak masih mampu bersabar. walaupun kadang, awak reti juga nak membalas kata-kata saya, tapi saya tahu, awak buat itu semua sebab awak nak yang terbaik untuk saya. terima kasih ya awak. terima kasih untuk segalanya. terima kasih sebab bersabar tahap dewa dengan saya.

awak. saya nak cakap juga. walaupun awak selalu bising dekat saya, suruh kemas baju siap-siap, iron baju awal-awal, sebab isnin nak pergi kerja, jadi tak la kelam kabut pagi isnin nak gerak awal pegi keja, walaupun saya tak berapa ikut cakap awak, sebab saya yakin, saya memang boleh iron baju awal pagi, sebelum awak bangun tido, tapi awak masih nak dekat saya. saya tahu, since saya bersama dengan awak, awak tak pernah nak tinggalkan satu tebiat awak tu. awak sentiasa ingatkan saya tentang itu. awak sentiasa nak yang terbaik untuk saya. terima kasih ya awak. sebab awak selalu ingatkan saya buat itu semua. saya harap saya akan berubah lepas ni. akan iron baju sabtu dan ahad, untuk pakai dari isnin till jumaat. ok kan awak? hihi. terima kasih ya awak.

oh, ni lagi satu yang suka tang awak is, saya tahu awak sentiasa nak saya selamat ke mana-mana kan. terima kasih ya awak sebab awak sudi jadi pemandu peribadi tak berbayar saya. how can i say. sebab awak tak benarkan saya drive pun. awak kata, saya tak boleh lagi nak drive. saya pun pelik. sedangkan saya lulus aper ambik lesen. meaning while, apa guna lesen saya yang beribu riban habis kalau saya tak praktikkan di jalan raya yang sebenar kan. hurm. terima kasih la awak. sebab saya pun sebenarnya malas nak drive. hehe. penat apa drive time jammed! muahaha.

dan. dan. dan. banyak lagi saya nak cakap dekat awak sebenarnya. banyak lagi saya nak ucapkan terima kasih dekat awak. sebab saya memang suka ucap terima kasih dengan awak tau sesapa pong. ahaha. ye la, saya kan budak baik :D hehe.

tapi apa pun. sebelum saya stop kat sini. saya ... nak ucapkan ... buat awak ....

buat awak, kawan lelaki saya, kawan baik dan kawan jahat saya, kawan gaduh saya, dan kini awak suami saya, imam saya, pemandu peribadi seumur hidup saya, teman sehidup semati saya, teman halal saya, dan segalanya yang halal antara saya dan awak, saya nak ucapakan .. saya nak ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 4 buat awak. terima kasih ya awak. saya sayang awak, terima kasih awak. :)


selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 4 sayang

much love. PG

You Might Also Like

23 comments

  1. selamat ulg thn wed kak gojes
    moga bahagia, dimurahkan rzeki, dipermudahkan segalanya, dirahmati olehNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yumida. sayang yumida sama tau :)

      Delete
  2. happy anni dear! dh 4 thn tu. lama dh :)

    p/s: mlm bru ada msa kejap nk bw.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak :)
      ah'ah, saya pun sama. malam baru ada masa. heeee

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih super girl :) syukur alhamdulillah.

      Delete
  4. happy anniverary PG! moga kekal till jannah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih rara :)
      inshaAllah, till jannah ! :D

      Delete
  5. tahniah pg moga berbahagia hingga ke jannah...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah, amin2. terima kasih ya asha :)

      Delete
  6. wah,sweetnya entry ni,mesti terharu suami akak baca:)

    happy 4th anniversary akak & suami!moga bahagia selalu hingga akhir hayat...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih ya nana.
      inshaAllah, hingga ke akhir hayat. amin2.

      Delete
  7. Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih sis fuza :)

      Delete
  8. selamat ulang tahun puan gojess :)

    ReplyDelete
  9. yumida dtg lg
    isi tabung nuffnang sini-inti n darlie

    ReplyDelete
  10. alhamdulilah..moga kekal ke jannah. nikmatila alam perkahwinan ini. kerana ada manis dan pahit kat dalamnya.

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images