Program Transformasi Negara DBKK Kem Bina Negara Kundasang, Sabah Siri 2/2013 : Hari Pertama

assalamualaikum fellow, dan selamat malam.

just now PG lagi berada di Kem Bina Negara, Kundasang, Sabah of course. as usual sekali lagi dan kali ke dua bertugas sebagai urus setia yang bertauliah sempena Program Latihan Transformasi Negara Kakitangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Siri 2/2013. 


kabus oh kabus


my lunch :)

pagi tadi gerak dari bandaraya kota kinabalu around 10.15 pagi, singgah sat pekan nabalu. kot-ko sapa nak pi washroom. after that terus kan perjalanan ke pekan kundansang and sampai sana around 12.30 tengahari, singgah makan tengahari till 1.30 petang, and terus naik ke Kem Bina Negara Kundasang, Sabah tepat jam 2.00 petang. actually, risau juga masa nak naik ke kem pagi tadi, dengan cuaca sangatlah tak menentu kat sabah sekarang, dengan hujan dan angin kuat, dengan kabus yang tebal, memang agak menyukarkan juga pandangan mata nak tengok jalan raya dengan jelas. tapi, syukur alhamdulillah, PG dan rakan-rakan lain, selamat samapi kat Kem. 


borang pendaftaran

sampai kem, geng-geng staff terus lapor diri dekat dewan kuliah. isi borang untuk dapatkan nombor bilik masing-masing, katil, satu set selimut, lapis tilam dan lapis bantal. PG dengan geng urus setia, terus ke bilik hostel. hehe. urus setia ni memang macam ni lah. di beri keistimewaan dahulu :D ngeh3. lain kali boleh lah bertugas lagi ya. hehe.

ok. selesai dengan isi borang plus daftar, da pegi tengok geng-geng peserta punya bilik, pantau la sat kan. kena tunjukkan juga komitmen sebagai urus setia. hehe. done dengan tu, turun ke dewan makan pula. for welcoming drink. wa, di hargai gitu kan :D hehe.


welcoming drink? hurm

selesai minum welcoming drink, semua kena pegi dewan kuliah. ada sesi taklimat sebelum solat asar, minum petang dan riadah petang sebelum sambung solat maghrib, isyak, tazkirah dan makan malam. 

taklimat tak lama, talk bout latar belakang Biro Tata Negara. sejarah dan latar belakang actually. lagi, talk bout peraturan program yang wajib di patuhi oleh semua geng-geng peserta program. ye la, hidup ni kena dan wajib juga ikut peraturan kadang. tak semua benda boleh di langgar dan kena ikut kepala otak sendiri :D better jangan pergi join aktiviti luar kalau tak nak ikut peraturan orang kan :D peraturan done, talk lagi pasal disiplin. ar, part ni pun kena patuhi juga. takut nanti ada yang tersalah langkah, susah juga tu ;)

after taklimat, geng-geng peserta enjoy sambung dengan game pula. ewah-ewah, part ni memang happening gila la. hehe. nasib tak gila :D PG share gambar sikit. sebab, lot of game, PG rakam sahaja. bab menari lagu manuk-manuk tu memang tak boleh tahan ;D


ek'eleh :D

ok! PG stop kat sini dulu. malam ni ada aktiviti lagi. ceramah dari Tuan Pengarah Biro Tata Negara pula. inshaAllah, sempat nanti PG share ;) selamat malam semua.

much love. PG 

Comments

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara