Mango Garden Restaurant │ Gaya Street │Kampung Nelayan Seafood Restaurant │ Masakan Sedap Restaurant

September 22, 2013

holla fellow! assalamualaikum again. 

ok. sudahkah korang menonton rancangan jalan - jalan cari makan di kota kinabalu, sabah dekat tv3 sebentar tadi? ya! tajuk - tajuk di atas adalah nama - nama restaurant dan tempat yang di kunjungi oleh Qi dan TV3. so, jika korang datang bertandang ke sabah, boleh la pergi. inshaAllah, tak sesat. sebab tempat - tempat yang Qi pergi cuma sekitar kota kinabalu sahaja. terutamanya, GAYA STREET


GayaStreet < pakcik gugil pinjam gambar awak lagi ^^

GAYA STREET, untuk pengetahuan korang, ianya hanya open pada hari ahad tau. AHAD SAHAJA. dan di buka seawal pagi sehingga tengahari. kat sana, korang boleh jumpa pelbagai jenis kuih muih tradisional orang sabah. sedap - sedap berlaka gitu :D

MANGO GARDEN RESTAURANT, Tuaran Sabah, oh yang ini sahaja bukan berada di sekitar terdekat bandar kota kinabalu. ianya berada di belah selatan (kalau tak silap PG) erk. boleh - boleh pula sesat di negeri sendiri :D sila la datang bertandang ya ;)

KAMPUNG NELAYAN SEAFOOD RESTAURANT. ar, yang ni pun dekat sahaja. jika korang ke mari, belakang restaurant ini adalah water theme park macam tu tau. so, weekend bolehlah bawa anak - anak beriadah kat sana. paling best makan kat kampung nelayan, pada sebelah malam. sambil makan boleh leh menghirup udara segar macam tu. sebab restaurant ni, atas air :) ar gitu. oh, kalau korang tahu restaurant seafood gayang pun best tau! hehe.

MASAKAN SEDAP RESTAURANT. ahahaha. lucu pula dengar nama restaurant ni. ye la, sudah tentu - tentu masakannya sedap, baca nama restaurant lagi, ek'eleh. promote ke aper. hehe. apa pun, sayap ayam plus masak dengan halia tu, memang tak boleh tak makan! terangkat wei. 

hehe. ok! PG da share sikit tentang ini, so lepas ni jangan lupa berkunjung ke sana tau :D Jangan lupa tengok JJCM TV3 facebook. kot - kot ada gambar - gambar Qi while dekat sabah ;)

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

  1. Bulan depan nk g sbh.leh lh g nanti.

    ReplyDelete
  2. Wa, bestnya ^^ bercuti-cuti malaysia erk ^^
    apa pun PG nak ucapkan 'selamat datang ke sabah' advance :D

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images