MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TERMINAL WAWASAN KOTA KINABALU SABAH

September 19, 2013

makluman buat semua kengkawan PG yang duduk sabah. bukan sahaja duduk sabah. malah, yang berada di kota kinabalu, sabah. yang sedang bercuti atau yang sedang belajar dekat sabah. atau mungkin korang student dari semenanjung yang belajar dekat sabah. pekerja atau sebagainya. yang mana korang adalah sekarang ni berada di tanah bumi negaraku (erp. melalut la pula) sabah. maka, korang dan korang harus ambik perhatian tentang ini. sebelum itu. Assalamualaikum ^^ lupa pula :D eksited punya pasal.

ok! base on tajuk atas itu. macam rupanya TERMINAL WAWASAN klik sini atau orang sabah bilang, mau pegi terminal bas bah. tapi di singkatkan menjadi terminal wawasan. wawasan tu sebenarnya, bangunan shoping kompleks bah. wawasan plaza nama tu bangunan. but then, memandangkan terminal bas tu bersebelahan sahaja sama tu shoping kan, terus orang - orang sabah bilang, kita jumpa sana terminal wawasan :D erp. melalut lagi ni :D

ok! maka, korang harus tengok image dekat bawah yang PG share ni. harus tengok betul - betul. kang ada yang ter pulang rumah :D
"Terminal Wawasan akan ditutup untuk sementara waktu mulai 21hb September 2013 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Penutupan ini adalah untuk membolehkan kerja - kerja infrastruktur dan pembinaan bangunan Kompleks Terminal Central Bertingkat dijalankan"

 klik untuk tumbesaran melampau^^

gambar di atas adalah laluan bas dari pusat bandar kk ke luar pusat bandar kk. warna merah adalah laluan PG setiap hari dan bas apa yang di gunakan oleh PG. warna biru pula adalah dua lagi laluan yang bakal di gunakan oleh pengguna lain. maka, PG harus ingatkan agar korang bersedia dan tahu di mana perhentian yang bakal korang cari. tak nak la nanti da date 21 hb, korang masi tercari - cari. susah tu ^^ PG tak dapat nak membantu :D

STESEN:

1) Stesen Perhentian Bas Depan Marina Court/Jln. Tun Fuad Stephen - Platform 1: Bas No. 11A,11B (Luyang/Bukit Padang), 12A,12B,12C, 12D
(Beverly Hill), Platform 2 - Bas No.13A,13B,13C,13D (Penampang), 14A,14B (Kepayan Ridge), Platform 3 - Bas No. 15A,15B,15C (Sembulan),
16A,16B,16C (Tg. Aru), Platform 4 - Bas No. 17A,17B (Kepayan), 18A,18B,18C (Putatan/Petagas), 19A, 19B,19C (Lok Kawi),
Platform 5 - Bas No. 20A, 20B (Kinarut), 21A,21B (Papar), 22A (Kimanis)

2) Stesen Perhentian Bas Depan Hotel Shangri-La/Jln. Tunku Abdul Rahman - Platform 1 : Bas No. 1A (Likas), 1B (Kingfisher), 1C,1D (UC),
2A,2B,3A (Kolombong/Citymall), 4A,4B (Inanam), Platform 2 - Bas No. 5A (Menggatal), 6A,6C (Sepanggar), 7A,7B,7C,7D (Telipok),
Platform 3 - Bas No. 8A (Tuaran), 10A (Tamparuli).

3) Stesen Perhentian Bas Depan Wisma Bandaraya/Jln. KK By-pass : Platform 1 - Bas No. 6B (Sepanggar), No.8B,8C,8D (Tuaran/Jln. Sulaman)
 
  klik LAGI untuk tumbesaran melampau ya ^^
gambar di atas adalah laluan bas dalam area pusat bandar sahaja. i mean, city bus tu.
"Pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan bas dalam pusat bandar bolehlah menggunakan perkhidmatan City Bus seperti dalam laluan yang dipaparkan di Perhentian Bas Pusat Bandar."
more info boleh tengok sini kengkawan PG :  www.kotakinabalucitybus.com

ya. itu sahaja yang PG nak share buat mereka yang berada di kota kinabalu, sabah. sharing is caring bah kan ^^ ok bah kalau kau! *pakat sikit mau sebut tu :D

much love. PG

You Might Also Like

10 comments

  1. haha ok thanks sharing...jarang turun bandar kk bah :)

    ReplyDelete
  2. hehe. most welcome asha ^^
    tak pa, next time kalau sudah turun bandar kk, mengkali, siap sudah tu terminal ^^

    ReplyDelete
  3. Kita sebulan sekali bru turun bandar..padahal duduk dekat kepayan ja ;)

    ReplyDelete
  4. oh ya. kepayan di mana kamu? ganang? ^^

    ReplyDelete
  5. dekat kg tugu peringatan 2 dpn kkia..:)

    ReplyDelete
  6. wah..lama x berkunjung ke kk
    rindu pulak rasanya
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  7. wa, ye ke. tak pe, inshaAllah, suatu hari ni boleh datang lagi ke kk ^^
    terima kasih sis umi ^^

    ReplyDelete
  8. If I take a bus near Wisma Milenium to KK along Jalan Tuaran, where would the bus stop in KK town as you know there are many buses going this route, some from Likas, Menggatal, Sepangar, Tuaran, Telipok, Inanam and etc. I was able to take all these buses previously as every one of them stop at the Wawasan Terminal and I just have to catch a City Bus to Jesselton Point. So now, how ???? Thank you. Confused

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images