Berbuat Baik di Balas Jahat

September 12, 2013

assalamualaikum fellow.

orang kata, bila kita buat jahat, nescaya akan di balas juga dengan kejahatan. ye ke? dan jika kita berbuat baik, maka kebaikkan juga akan di balas pada kita. elok pula yang tu. tapi bagaimana pula sebaliknya? bila kita buat baik, tapi di balas pula dengan kejahatan. rasanya itu banyak yang terjadi dan sering kita nampak, berlaku sekeliling kita kan. dan berbuat jahat di balas pula dengan kebaikkan. erp. keliru tak? hehe.


pakcik gugil, gambar awak saya pinjam ya :)

buat baik di balas jahat:

buat baik:
hari ini kita bantu kawan kita. bantuan pula dari segi kewangan. lumrah juga tu kan, bila kita bantu kawan dengan duit. lebih - lebih lagi bila si kawan kita ni tadi, dalam keadaan memerlukan sumber kewangan dan terdesak. kita ni pula sebagai kawan baik, tanpa niat dan fikir panjang, kita memberi bantuan sebaik mungkin untuk bantu kawan kita ni tadi. 

di balas jahat:
yang tak bestnya pula. bila part nak membayar, agak lambat sikit. itu tak kurang lagi dengan mengata belakang si kawan yang memberi bantuan kewangan ni tadi, kat kawan lagi sorang dengan cerita - cerita yang tak elok. mengata lebih. ar. 

ar itu salah satu contoh yang apabila kita buat baik, di balas pula dengan kejahatan. dan bagaimana pula bila berbuat jahat tapi di balas dengan kebaikan. subahanaAllah. PG harap, kita berada di kalangan mereka yang berbuat baik sesama kita ya. selamat malam kengkawan PG ^^

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

  1. hmm.. sy biasa terkena ni. buat baik pada dia, tpi tak hargai pun. memanglah org kata buat baik kerana allah, tapi bila tak dihargai rasa tak best kan.. tp ya lah, jgn berhenti utk terus buat baik. :)

    ReplyDelete
  2. tak pa syg. yang penting kita buat baik dengan orang kan. inshaAllah, besar pahala kita ^^

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images