YE KE WANITA DAN SHOPPING MEMANG TAK DAPAT DI PISAHKAN ?!

August 20, 2013

assalamualaikum. hollas fellas. kalau saya kata, saya da dapat gaji, tidak juga. kalau saya kata, saya dapat 'duet raya' tidak benar sama sekali ! usia da meningkat plus da bernikah kawen lagu ni, sapa la nak bagi lagi kan. kalau ada, nasibla. hehe. ok, abaikan part tu. ya, tapi ntah hari ni rasa nak soping something pula. dan memandangkan niat hati memang nak beli JAM TANGAN baru, maka lunch time tadi ajak en. suami pi cuci mata tengok jam. muahahaha. en. suami da siap pesan, TENGOK SAHAJA, beli lain kali. tapi korang tahu la, bila kaum hawa di kurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal berbanding kaum adam punya 1 nafsu tapi 9 akal, maka ianya berlawanan sama sekali dengan niat PG tadi dan pesanan en. suami :D


hello snow white :D 
CASIO

maka, tara !! comel tak JAM TANGAN baru PG? say yes please ! da lama idamkan JAM TANGAN baru dan berwarna putih dan comel di pergelangan tangan ketika menaip kertas kertas atau pura-pura menyibukkan diri depan PC tradisional atau ketika sibok mengupdate status kat blog. agak comel sedikit di situ bukan? hehehe. 

harga? ye, saya memilih harga yang murah dan sangat berpatutan. saya bukan jenis pemilih yang perlukan harga beratus ratusan atau ribu riban. saya sangat simple. makan nasi dengan telur goreng cicah kicap pun saya ok. saya ok, saya da besar ! :D heee, mencarut apa benda ntah PG. ar itu la penangan punya JAM TANGAN baru yang super comel kan. saya da agak, saya akan rajin update blog lepas ni. hehe. ya, berbalik dengan itu. harga JAM TANGAN baru PG, ringgit malaysia lapan puluh lima ringgit sahaja. selepas diskaun 40% dari harga asal :D comel tak kak ton???? en. suami hanya tersenyum sumbing di sebelah PG. hehehe. ok ingat, tang nafsu dan akal PG katakan tadi tu :)

brand? yes. as i say, saya tidak pemilih. maka, brand apa sahaja saya ok. tapi memandangkan CASIO adalah pilihan saya, maka ! CASIO la brand saya pilih. hehe. kalau ada pilihan lain pun, saya ok. saya pernah pakai jam tangan jenama HELLO KITTY too. so, menjadi seorang pemilih itu, memang bukan saya :D yang penting simple, cute memang saya grap ! :D pssst: nak bagi hadiah jam tangan lepas ni kat saya, saya okei sahaja tau . ahaha.


FACIAL MASK

ok, bukan setakat itu sahaja. saya turut merasakan perlunya muka yang fresh ketika ini. maka ! sebagai rakan seniaga WATSONS ! mak ai, perasan sungguh. yes i'm. maka, cepat-cepat pegi watsons dan buy this think (MASK). sebelum beli, PG pernah buat research MASK apa yang ok dan tak ok sebenarnya. dan selalunya keyword MASK WATSONS menjadi carian PG. memandangkan saya adalah rakan seniaga WATSONS, yes perasan sungguh again. maka (again. banyak kali maka !) barangan WATSONS selalunya menjadi pilihan. dalam erti kata lain, watsons menjadi pilihan untuk men soping kan diri membeli barangan wanita. dari hujung rambut hingga la ke hujung kaki. 


di fahamkan, ini adalah bungkusan baharu. yang lama ada juga terjual,
tapi saya tak ambik yang tu :D 
 
NUTOX

sempat juga ambik pencuci muka NUTOX. memandangkan PEK TRAVEL yang saya bawa ke semenanjung tanah melayu hari tu da almost habis, maka grap NUTOX 1. yang lain, masih berisi. sayang pula nak beli baru sedangkan selebihnya still can use. jangan men sia-siakan barangan tau korang. ok, bagi penjagaan muka seharian pula, kini saya telah bertukar dari penggunaan SIMPLYSITI dan beralih kepada NUTOX. NUTOX is the new one produk for me. tak pernah menggunakan sebelum ini. 

baru tiga minggu PG pakai, and i love the texture. selain wangi dan senang sebenarnya nak bawa pek travel tu, that why saya beli dan ingin mencuba use it. kot-kot la lepas ni wajah bertambah berseri dari biasa kan :D sapa yang tak suka muka bersih, mulus dan tulus kan? hehe
 

hello NUTOX ! hello Fazura ;)

ar, ok. saya da selesai kat sini. setuju tak kalau saya kata, wanita dan shopping memang tak dapat di pisahkan? hehe. panjang betul tajuk PG kan :D

much love. PG

You Might Also Like

6 comments

  1. Vahhh jam baru.rara xtukar ag sbb jam elok lg.kalau ada jam banyak2 nt xtau nk pakai yg mana 1.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. betul tu rara. if can still use, use it. PG ni da geli tahan, tu pasal terbeli :D

      Delete
  2. Replies
    1. beli kat kedai jam, centre point, kota kinabalu sabah :D

      Delete
  3. setuju ^^. comelnya jam tangan..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih dila :) ni pun nasib - nasib ada stok. kalau tak, kena tunggu la. :D

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images