Tiga beradik selamat di temui

August 15, 2013

syukur alhamdulillah. assalamualaikum fellas. kemarin lepas PG baru dengar berita kehilangan tiga beradik ni. and pagi ni ternampak tajuk tiga adik beradik selamat. syukur alhamdulillah. ditemui sudah. pelik juga macam mana tiga beradik ni boleh sampai ke ibu negara. ipoh to kuala lumpur bukannya dekat. apa pun, syukur sangat. risau dan takut juga jika mereka tidak ditemui kan. mudah-mudahan tidak akan terjadi pada keluarga yang lain. please, be alert parents. anak-anak harta dunia dan akhirat.


Tiga beradik selamat

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
IPOH: Tiga beradik yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru, di sini, sejak 6.30 petang semalam, ditemui dalam keadaan selamat di ibu negara malam tadi.

Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga mereka iaitu Syafaruddin Syazwan Rizauddin, 11; Syahir Syafi, 8, dan Syauratul Syafiah, 6, ditemui kira-kira jam 9 malam. Mereka kemudian dibawa ke di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

"Polis masih menjalankan siasatan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi, di sini, tengah malam tadi.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini dipercayai hilang antara jam 2 hingga 6 petang kelmarin ketika ibu mereka keluar bekerja.

Sementara itu, bapa tiga beradik itu, Rizauddin Md Zain berkata, dia bersyukur ketiga-tiga mereka ditemui selamat walaupun masih hairan bagaimana mereka boleh pergi sejauh itu.

"Saya dihubungi seorang pegawai polis dari IPK Perak memberitahu mereka sudah ditemui," katanya.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi ibu dan bapa saudara mereka tidak berjaya.

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

  1. Syukur Alhamdulillah mereka telah selamat ditemui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur la kan farah. risau juga kalau tak ditemui.

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images