ZAKAT

July 29, 2013

assalamualaikum. hollas fellas. da bayar zakat ke belum kengkawan? PG, syukur alhamdulillah. en. suami dan selesaikan. syukur. terima kasih en. suami, kerana tidak mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya. terima kasih Ya Allah, memberikan aku suami yang baik di pandangan mata aku. semoga di hari raya hari yang bahagia ini, akan lebih mengeratkan hubungan kami berdua. inshaAllah. (erk, awat masuk bab en. suami pula ni. adoi!) ok, mari sini baca sikit info pasal zakat.


pakcik google, pinjam gambar awak !

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
more info : e-zakat

SIAPA YANG WAJIB BAYAR ZAKAT?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
  • Islam
    Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Merdeka
    Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna Milik
    Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
    Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab
    Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 595 gram perak.
  • Cukup Haul
    Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

    more info : e-zakat

    much love. PG

You Might Also Like

6 comments

  1. alhamdulillah.. nasib suami ingat. malam raya baru nak bayar... hihih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. syukur alhamdulillah. nasib sempat membayarnya kan, dari tak membayar, ar tu lain citer tu kak mia :D

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images