ramadhan 4 : sabar

July 13, 2013

assalamualaikum. hollas fellas. syukur alhamdulillah. hari ni kita da berjaya mengharungi separuh dari ramadhan ke 4 dalam minggu pertama umat islam berpuasa. syukur alhamdulillah. tapi di sebalik kita mengharunginya, kadang tidak seimbang jika kita tidak melakukan ibadah yang wajib di laksanakan dalam kehidupan kita seharian. honestly, kadang sukar bila kita nak mengerjakan sesuatu yang telah lama kita tinggalkan dan ingin memulakannya, lebih lebih lagi di bulan mulia seperti ini, akan menjadi satu tanggapan yang berbeda pada orang lain. astagfirullahalazim. apa pun, semua itu dari diri sendiri kan. PG harap, kita sama sama menjadi seorang yang baik dan lebih baik dari sebelum ini. dan kadang, perlu untuk kita ketepikan apa sahaja anggapan orang lain, yang kita anggap negative, sedangkan ianya akan menjadi positive pada diri kita sendiri.

PG ada terbaca satu dialog di TV3 kalau tak silap PG, berbunyi macam ni, "JANGAN TERLALU BANYAK BERFIKIR, SEDANGKAN ORANG LAIN SUDAH MAJU DI HADAPAN", sound kinda like that. terkesima dengan itu, yes, honestly, PG memang seorang yang banyak fikir. atau erti kata lain, suka memikirkan sesuatu. dari hal kecik hingga besar. ye la, nak make one desicion pun kadang, kena fikir dahulukan. lot of thing, kena fikir. tapi, till bila sebenarnya kena berfikir ni? sentiasa atau pun ada masanya kena berfikir. huhu. kadang bila tengok orang lain, PG berfikir juga, apa yang menarik tentang mereka yang membuat mereka nampak gembira sahaja di mata PG. mesti best bukan menjadi seperti mereka? ;) ahaha. lain orang, lain pehelnya PG. 

ok! lupakan tentang itu. sesi luahan hati tamat kat situ sahaja. hehe. anyway, cuaca baru nak ok sikit ni. 12 tengahari tadi, cuaca agak panas kat kota kinabalu, sabah ni. kalau tahap kesabaran tak de, memang berbuka awal la jawapnya. thank god tengok info kaji cuaca berita TV1 tadi, sabah akan mengalami cuaca yang agak lembab sedikit katanya. hujan akan turun la tu. tengok awan kat luar pun da nak berubah dari biru ke hitam. syukur alhamdulillah. semoga di permudahkan segalanya untuk hari ini k. untuk PG juga untuk kengkawan PG :)

oh yes, untuk cg stella yang bertanya tentang program lalulintas shell 2013 tu, jawapan PG, PG tak pasti tau. sebab, PG cuma urus setia bahagian exam sahaja. tahun ni da pernah buat sekali kan di awal tahun tu, and untuk next, tak pasti lagi. mungkin tahun maybe. sebab setahu saya, program ni setiap tahun akan di adakan. :)

and bab soalan or u mean kertas soalan maybe? jawapan saya, soalan tu sulit sebenarnya, tapi just for sharing dengan cg stella, soalan lot of berkaitan dengan cara pemanduan kereta atau basikal di jalan raya. tapi rasanya lot of kereta la. try find out, buku panduan memandu kereta di jalan raya. rasanya ada kot kat eatons or maybe popular. rasanya ada jual. saya tak sure tentang itu. and mungkin membantu sedikit, masa saya ambik lesen kereta dulu, ada buku panduan yang diberikan, dalam tu ada simbol2 yang perlu kita tahu dan hafal supaya lulus part ambik lesen tu. so, ianya pasti membantu cg stella la kalau dapat buku tu.


thanks for droping ur question dear :)

ok! PG stop sini dulu. nak pi lenyek pisang sat. petang ni nak berbuka dengan jumput pisang. bukan PG masak ye. kakak ipar PG masak. PG kalau da masuk dapur, belum starting nak tumis bawang, memang terbakar la dapur tu. ahaha. selamat berbuka puasa semua :)

much love. PG

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images