PEMBERIAN BONUS AIDILFITRI 2013 BUAT PENJAWAT AWAM

July 16, 2013

BONUS AIDILFITRI UNTUK PENJAWAT AWAM. assalamualaikum. hollas fellas. semalam dekat berita TV1 ada mention yang mana Bonus Aidilfitri untuk pejawat awam belum lagi dibincangkan. huhu. dan menganggap kenaikan gaji tahunan (KGT) yang telah di nyatakan naik pada bulan JULAI 2013 ini adalah sebagai bonus juga. 

as a gomen staff, PG ikut sahaja. kalau di beri, syukur alhamdulillah. jika tidak, nak buat macam mana kan. tapi, till today, belum ada apa-apa pengumuman dari Chief Minister of the state of Sabah berkaitan pekeliling kenaikan gaji tahunan bagi negeri sabah, negeri di bawah bayu yang ku cinta ini. :) psttt: Datuk, bila nak umum? :D




PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

"Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

"Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.

Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk 'Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal 'Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia'.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Minggu lepas, Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - Bernama
 kredit : sinarharian
 much love. PG

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images