PEMBAYARAN ELAUN BERTUGAS SPR PRU13

assalamualaikum. hollas fellas. PG menerima banyak feedback berkaitan entry yang PG pernah keluarkan dahulu, iaitu PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN BERTUGAS SEMASA SPR PRU13 dan memang tak di sangka, akan menerima banyak komen yang sound like pihak SPR PRU13 ini agak lambat untuk membuat pembayaran. yes. untuk pengetahuan bersama, hingga ke hari ini juga, PG juga masih belum menerima pembayaran elaun bertugas pada hari sebenar Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. 



tidak menyalahkan sesiapa sebenarnya. sebab, PG bukan berada di kalangan urus setia yang mengurus pembayaran tersebut. cuma, di pihak PG, urusan claim, akan di dahulukan dari pihak jabatan kewangan di tempat PG berkerja. selesai urusan di jabatan kewangan, baru lah dokumen akan di hantar ke akauntan negara. di sana (AG), PG tidak akan tahu apa proses pula yang akan berlaku. bayangkan kota kinabalu, sabah ini sahaja ada berapa claim yang harus di selesaikan. dan ianya pasti akan mengambil masa yang agak lama. 

cuma. bagi PG, benda benda macam ini, sebenarnya haruslah di dahulukan. setahu PG, bajet PRU13 baru baru ini sahaja melibatkan sumber kewangan yang agak juta. bukan ribu riban. dan rasanya, pembayaran sudah patut dan selesai dalam tempoh yang terdekat selepas selesai PRU13 ketika itu. bukan apa, bagi PG, kuasa berada di tangan BN, bukannya pembangkang. dan why not, kerana kemenangan yang ada di tangan, di gunakan sebaik mungkin, untuk memberi atau pun membalas jasa atau, penat lelah para petugas yang telah bertungkus lumus, bagi memastikan segala pergerakan ketika PRU13 baru baru ini berjalan dengan lancar dengan membuat pembayaran elaun tersebut. itu sahaja. benda ini rasanya perlu di fikirkan dengan sekali imbas sahaja. tidak perlu mendalam sangat. as PG, penat juga dari pagi till ke malam kena bertugas. why not, pay la awal awal. bukan susah.

dan ya, PG juga menerima feedback, ada sesetengah tempat telah menerima elaun tersebut. yes, kakak PG sendiri telah pun terima elaun tersebut. jiran sebelah rumah PG pun telah menerimanya sama. adakah ini adil? sedangkan kita bertugas di hari yang sama, tapi menerimanya pula berlainan hari. berlainan bulan. rasa macam tidak adil di situ. rasanya, pihak SPR PRU13 atau PRU akan datang, rasanya kena fikir how to solve this matter dengan licin dan lancar. 

untuk itu, PG nak share dengan kengkawan KTM, KP dan lain-lain yang mana PG baru menerima mesej / komen yang mana ini mungkin berita baik pada mereka yang berada di kawasan berdekatan. rezeki di bulan ramadhan. :) even tarikh 25.06.2013 telah berlalu, tapi mungkin ada yang terlepas pandang tentangnya, bolehlah cuba menghubungi pihak di sana. terima kasih Anonymous ;)
Kepada Semua Yang Terlibat,

Semua petugas pilihanraya bagi Parlimen Bukit Gantang, mohon datang ke Pelajabt Daerah Taiping untuk mengambil pembayaran elaun bertugas P/raya ke- 13 mulai pukul 10.00 pagi bertarikh 25.06.2013.

Terima kasih.

sumber: http://www.ppdlms.edu.my/v3/modules.php?name=News&file=article&sid=812

much love. PG

Comments

  1. Salam ramadan dan selamat berpuasa puan gojes :-)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan dan selamat berpuasa sis mia :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara