Off To Kuala Lumpur : Ipoh Mali

July 06, 2013

assalamualaikum. hollas fellas. selamat pagi untuk korang sama. wa, ni mesti ada yang belom bangun pagi lagi kan? adoi. sedar diri jom. kena bangun awal sayang sayang ku. mandi, basuh muka, bekfes dulu. lepas tu, kalau nak tido sampai tak bangun bangun pagi pun, tak pa. hehe.

ok! mari update blog dengan jayanya. sambungan dari entry PG Off To Kuala Lumpur tempoh hari, YES, PG bercuti-cuti Malaysia ^^ best kan? korang sibuk dengan kerja, PG pula bercuti sakan. anyway, namanya sahaja off to kuala lumpur, tapi sebenarnya sepanjang bercuti, PG berada di Ipoh, Perak. umah mak abah mentua. ok, PG pure sabahan tau. encek suami sahaja orang malaya. lahir kat baling, kedah tapi menetap di ipoh, perak selain duduk kat kota kinabalu, sabah bersama PG. kalau nak bercuti ke malaya ke aper ke, tak perlu da nak duduk hotel bagai kalau nak save bajet. duduk sahaja kat umah mak abah. tapi kalau nak privasi dengan encek suami, kenalah berkorban jiwa dan raga, cari la bajet hotel :D ar, bagi yang da nikah kawen tu, paham-paham sahajalah ya. hehe

ok! baru-baru ni our negara memang alami jerebu yang teruk kan. and ya, masa PG pegi KL hari tu, jerebu memang teruk. percaya atau tidak, pijak je tayar kapal terbang tu kat landasan, bau asap terbakar masuk dalam perut kapal terbang yang PG naik tu. panik juga seketika, ingatkan ada kebakaran ke apa ke kan. and tekak memang starting tak sihat da masa tu. keluar je dari perut kapal, bau asap jerebu tu memang kuat dan starting pedih mata. and ya. i'm super aksited sebab jumpa encek suami da keluarga encek suami. jumpa mak, kakngah, payan and pudai. abah dengan sarah je tak de. ok, tak pa. next time boleh jumpa :)

PG sengaja ambik flight sebelah petang jumaat. sebab ecoknya hari sabtu, so ada banyak masa boleh duduk di bawah ketiak encek suami :D dari KL ke Ipoh perjalanan ambik masa 2 jam lebih juga. singgah makan, singgah masuk toilet and etc jame segala, sampai ipoh dari jam 2 pagi. thanks a lot la kat pudai sebab drive dari KL IPOH tanpa henti. cayo! tak pa, next time boleh belanja awak lagi ;) 

yes. memandangkan da sampai ipoh pukul 2 pagi subuh, masa korang tengah sedap-sedap tido kan, dan masa tu la PG baru sampai umah dan mandi dan bersiap untuk encek suami (tetttt :D), maka pagi tu jangan cakaplah, bangun memang agak lewat. around 7 pagi. dengan bilik yang beraircon, tak sedar apa kejadian kat luar bilik, dengan mak mentua dan berbunyi kuali kat dapur, dengan anak kucing yang depa col budak bulu menyanyi santai nak minta makan, memang tak sedar apa da. hehe. dan ya, nasiblah pukul 7 pagi kat semenanjung malaysia, matahari tak berapa nak naik lagi. kalau kat sabah, memang da naik terik da tu :D so, thank god la, mak mentua faham. kalau tak, risau juga kang di kata la pula, menantu apa la ni lewat bangun :D uwargh! malu wei. 

kena banyak minum air masak masa kat sana. jerebu memang da makin menerukkan keadaan PG. wa, ada pula ayat tu kan :) PG da starting batuk dan flu. adoi. memang tak selesa. what about ipoh? bagi PG, yang first time pegi sana kan, ipoh kecik sahaja kot. tak tahu la bagi korang kan. sebab PG tak habis pusing lagi sebenarnya. cuti pun singkat. nak kenal dengan orang-orang kat sana pun, memang tak la. banyak masa dengan suami, keluarga dan keluar makan dan soping. itu sahaja. so, maybe next time, ada rezeki lebih, boleh la kot pusing satu bandar :D


hi Mr. Snaky ^^

The Lost World Of Tambun. ya, aku rindu engko :) jumpa next entry ya.

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images