NOMBOR 6 DAN ENAM HARI LAGI

July 29, 2013

6? enam hari lagi? assalamualaikum. hollas fellas. kenapa dengan nombor 6 dan enam hari lagi? ada kena mengena ke dengan pemberian bonus dari en. perdana menteri malaysia or pengumuman pelarasan gaji by our cm sabah ke? tak. semua itu tak de kena mengena. kalau ada kena mengena pun, kira bersyukur sangat. alhamdulillah. huhu.


pakcik google. pinjam gambar awak ya :)

ok. enam hari lagi PG akan fly ke kuala lumpur, direct terus ke ipoh perak. ar, tahun ni PG akan beraya kat belah keluarga en. suami. first time ever. since bernikah kawen dengan en. suami, tak pernah lagi PG beraya dengan side suami. huhu. maka, 6 hari lagi. and hati memang dup dap dup dap tapi rasanya lebih pada sedih kot. ye la, tahun tahun sebelum memang rayaku adalah kat rumah mama. dan tak pernah pun tak pernah sekali tak beraya dengan mama dan rasa masakan best ever by kakak ipar. tapi tahun ni, berubah sama sekali. nak bagi alasan apa pun kali ni, memang tak boleh da. memanglah orang kata, balik beraya hari pertama ni kadang boleh menjadi isu yang boleh menjadikan en. suami dan pn. isteri tak boleh nak pandang satu sama lain kalau tak ngam keputusannya. ahaha. ar, jangan mengata PG tau. korang yang belum nikah kawen tu lagi, tak rasa lagi benda ni. kang ecok korang da nikah kawen, ar masa tu la korang akan ingat PG. hehe. 

nombor 6? ok, 6 is PG fav number sebenarnya. memandangkan PG lahir on that date. sure la PG suka kan. maka, number 6 dan enam hari lagi, memang bertepatan la sebab nak terbang minggu depan. hehe. mengada betul kan. tu pun nak bagitau korang. ahaha. and ya, sapa sapa blogger yang duduk dekat seri desa tanah hitam, chemor perak tu, nak ajak PG beraya kat umah korang, ar sila la. boleh mesej kat FB Fan Page Blog PG. di alukan :) inshaAllah ada masa, PG bolehlah singgah sahur. erk. singgah sahur la pula :)

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images