Marhaban Ya Ramadhan

July 10, 2013

assalamualaikum. hollas good morning fellow. syukur alhamdulillah. hari ini kita menyambut ramadhan yang pertama bagi tahun 2013. syukur, syukur dan syukur sangat sangat. masih di beri peluang untuk merasa segala kenikmatan yang di pinjamkan olehNya. oleh itu, ingin PG share sedikit info di sini, yang mana info PG pinjam dari blog kak mialiana.com, seorang blogger, wife juga gomen staff :) tq kak mia.


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran..
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita pakai sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

sumber : fb Kak Aida
Read more: www.mialiana.com

much love. PG

You Might Also Like

7 comments

  1. alahaiii.yg num 4 tu sgt lah terkesan.hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe. betul². dan suka yg number 1 ;D

    ReplyDelete
  3. in shaa Allah smuge kte sntiasa bsyukur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah :)
      semoga kita semua menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan bersyukur dan bersyukur. alhamdulillah :)

      Delete
  4. sesungguhnya hal2 beginilah yg kita tak sedar dan terlepas pandang selama ini...nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah bunda, semoga ianya menjadi ingatan dan panduan bersama dengan kawan2 yang lain :)

      Delete
  5. Insha Allah... Selamat berpuasa... :-)

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images