Evening Primrose Oil 1000MG - EPO

July 01, 2013

Assalamualaikum. hollas fellas. anyone ambik supplement tak? sebab, PG memang tak berapa nak gemar sebenarnya mengambil apa apa jenis makanan tambahan ni. dulu masa kecik kecik pun, jenuh juga nak makan ubat vitamin bagai. ntahlah. mungkin liat sikit sebenarnya. dulu masa mama PG pegi hospital gomen buat review kan, selalu la mama minta sekali vitamin a ke b ke tu, PG tak sure, yang penting warna kuning kecik kecik. mama selalu paksa makan. sebab dia kata, ubat tu bagus. i mean, vitamin tu elok la dia kata. tapi, ye la. dek malas punya pasal, dan sebenarnya tak kisah pun nak ambik bebenda macam ni kan, jadi memang tahap kemalasan nak makan tu, memang 101% la. subahanaAllah min zalik malas. nak kena penampar je. hehe.


Evening Primrose Oil 1000MG - [EPO]

but then, bila umur da meningkat ni. wa, rasa diri da makin berusia pula kan. macam mak nenek da. oh ok. sila abaikan. dan ya, makin berusia ni, tulang pun rasa macam da berbunyi sana sini. yes, true! sakit pinggang sana sini. belum lagi ada baby ni. hehe. da merasa sakit bagai. kalah mama. kekeke. and ya, PG nekad nak ambik makanan tambahan as i knew itu, vitamin. honestly. PG tak berapa nak ambik pun bebenda macam ni kan. tapi ye la. rasanya keperluan kot. korang pun patut ambik vitamin. banyak kebaikannya. wa. pandai je nasihatkan orang kan. diri sendiri, tak nak pula. da sakit baru nak ambik :D

ok. PG tak nak cerita lebih sebenarnya. just nak sharing je dengan korang PG ambik vitamin EPO or nama panjangnya Evening Primrose Oil 1000MG as makanan tambahan PG. setakat ni, PG da baca testimoni orang bout this. tapi bukan EPO yang PG ambik ni. sebab PG tengok EPO ni macam macam brand tau. nak cakap kebaikan dan kelebihan, keburukan dan kelemahan, susah juga. sebab PG baru nak mencubanya. inshaAllah, kalau PG rasa ok dengannya, inshaAllah, PG will sharing dengan korang. ala, korang boleh sahaja pegi google kebaikan EPO ni. sure jumpa. banyak dan bersepah ;)

much love. PG

You Might Also Like

2 comments

  1. amat penting ambik supplement ni...

    ReplyDelete
  2. yup. betul tu kak mia :)
    tapi PG ni baru nak ambik semula benda alah ni :D
    harapnya lepas ni berdisiplin la sikit. hehe

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images