Posts

Showing posts from July, 2013

BLOGGER : RISK LEVEL - DANGEROUS!

Image
assalamualaikum. hollas fellas. PG nak tanya ni, jikalau korang pernah mengalami benda yang sama dengan PG. i mean, PG punya blog ni kot atau mana-mana website yang PG buka and keluar benda alah seperti kat bawah ni. RISK LEVEL? Dangerous? yang tu memang PG faham sangat lah. MERBAHAYA. takut dan risau juga kan. 
benda ni da banyak kali keluar sebenarnya. dan bila tanya kengkawan ofic PG, dorang jangan suh klik OK tu. tak tahu la kenapa. so, PG ikut je la kata dorang. tapi rasanya PG kena more to move blog yang tertera dari friendlist PG kot. maybe? korang pula macam mana? sebab ye la, kita da elok elok be dorang punya follower kan, tak kan la pula nak unfollow. rasa macam serba salah pun ada. lagi pun, amercorner blog tu, PG selalu silent reader blog beliau. hurm.

PG sayang korang betiga. tapi, mungkin untuk keselamatan blog dan PC tradisional PG,  maybe PG kena unfollow korang sementara waktu :( maafkan PG ya. 
much love. PG

ZAKAT

Image
assalamualaikum. hollas fellas. da bayar zakat ke belum kengkawan? PG, syukur alhamdulillah. en. suami dan selesaikan. syukur. terima kasih en. suami, kerana tidak mengabaikan tanggungjawab yang sepatutnya. terima kasih Ya Allah, memberikan aku suami yang baik di pandangan mata aku. semoga di hari raya hari yang bahagia ini, akan lebih mengeratkan hubungan kami berdua. inshaAllah. (erk, awat masuk bab en. suami pula ni. adoi!) ok, mari sini baca sikit info pasal zakat.

pakcik google, pinjam gambar awak !
Dari Segi Bahasa
Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG” Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Dari Segi Syarak
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerim…

NOMBOR 6 DAN ENAM HARI LAGI

Image
6? enam hari lagi? assalamualaikum. hollas fellas. kenapa dengan nombor 6 dan enam hari lagi? ada kena mengena ke dengan pemberian bonus dari en. perdana menteri malaysia or pengumuman pelarasan gaji by our cm sabah ke? tak. semua itu tak de kena mengena. kalau ada kena mengena pun, kira bersyukur sangat. alhamdulillah. huhu.


pakcik google. pinjam gambar awak ya :)
ok. enam hari lagi PG akan fly ke kuala lumpur, direct terus ke ipoh perak. ar, tahun ni PG akan beraya kat belah keluarga en. suami. first time ever. since bernikah kawen dengan en. suami, tak pernah lagi PG beraya dengan side suami. huhu. maka, 6 hari lagi. and hati memang dup dap dup dap tapi rasanya lebih pada sedih kot. ye la, tahun tahun sebelum memang rayaku adalah kat rumah mama. dan tak pernah pun tak pernah sekali tak beraya dengan mama dan rasa masakan best ever by kakak ipar. tapi tahun ni, berubah sama sekali. nak bagi alasan apa pun kali ni, memang tak boleh da. memanglah orang kata, balik beraya hari pertam…

SINOPSIS DRAMA KAMPUNG GIRL

Image
assalamualaikum. hollas fellas. ya! saya tahu saya da lama tak update story apa kat sini. muahaha. wa, teruknya perangai. hehe. ok, maafkan saya. erk. jadi budak baik pula ber 'saya' kan. :D ok, abaikan. ni bagitau korang. base on tajuk entry todays. yes, saya da habis baca novel ini ! dan saya tahu apa akan terjadi pada episod dalam minggu ini. kalau korang ingat, si ashraf a.k.a akim tu and mamat sorang tu tersengih-sengih tengok pembantu peribadi dia. ahahha. saya tahu saya tahu :D ar, korang yang nak tahu apa jadi, kenalah tengok minggu ni on friday 'kampung girl' tv3, pukul 9.00 malam. hehe. before that, nak share dengan korang sinopsis drama 'kampung girl' ni. selamat menonton!
Sinopsis Kampung Girl Ashraf langsung tidak menyangka yang perkahwinannya bakal diatur oleh keluarga! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu? Tidak mungkin.

Ashraf Khairi dan Ainnur adalah se…

TANIAH! PERKAHWINAN KEDUA ABBY ABADI DAN SUAMI (GAMBAR)

Image
Taniah buat Abby Abadi diatas perkahwinan kedua beliau. Assalamualaikum. Hollas fellas. Ok, PG rasa PG yang paling last nak update kot pasal ni kan. Tak pa tak pa.Apa pun, nak ucap taniah juga buat abby dan suami. Selamat pengantin baru la ye. Semoga perkahwinan ini akan kekal, bahagia dan biarlah yang terakhir buat abby dan suaminya kini. InsyaAllah. Sebagai peminat abby abadi, sama samalah kita doakan yang terbaik buat abby. ;) (hensem juga hubby pn. Abby kita ni ;)) Sumber : sedakasejahteraMuch love. PG

MASYUK ! : ELAUN BERTUGAS PRU13 TELAH DITERIMA

Image
Assalamualaikum ! hollas fellas kengkawan bertugas PRU13 PG yang ada kat mana-mana tu. ni PG nak war-warkan, yang mana PG telah pun menerima elaun bertugas tersebut minggu lepas. adoi ! syok sendiri da sebab da masyuk. la ni baru nak update da dapat :D jahat ! PG dapat lot of komen dari sini dan sini bab elaun tuntutan baru-baru ni. dan PG harap korang yang masih tak dapat tu, sabar menanti ya :) PG doakan korang akan dapat sebelum raya ni, masyuk la sikit kan. bagi yang gomen tu, boleh la kot bebelanja as korang tahu, bonus baru nak di kaji kan :D

pakcik google, pinjam gambar awak sat ! >.<
ok. itu sahaja kot nak bagitau korang. saja nak share dengan korang kan. sebab ye la da menanti dengan begitu lama. hari-hari dok cek account sampai pak guard pun kalau bejaga 24 jam kat mesin atm tu, boleh tidak dia cam muka PG ni. hehe. nasiblah PG cuma cek maybank2u. 
tapi till todays, masih tak tahu nak buat apa dengan duet tu. think simpan je la kan. gaji bulan julai ni kena beli baran…

Sumptuous Erotica by Alvin and Vivian Sex Blog : DIDAKWA TIGA PERTUDUHAN.

Image
BLOGGER SEKS DIDAKWA TIGA PERTUDUHAN. Assalamualaikum. hollas fellas. hari ini dan PG perhatikan beberapa hari ini, hangat di blog-blog, media also di berita isu berkaitan dengan dua blogger ini. PG tidak mengikuti dengan jelas cerita mereka berdua ini since PG pernah menulis tentang mereka sebelum ini dan menganggap mereka telah pun berhenti membuat sesuatu yang akan memalukan diri mereka sendiri sebenarnya. 

tapi nampak gayanya, isu ini berlarutan semula dengan isu penerbitan satu gambar oleh mereka yang mana kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!)" yang mengandungi logo halal yang telah di muat naik dalam laman facebook mereka iaitu https://www.facebook.com/alvivi.swingers.
Ringkasan:
Pertuduhan Pertama: Mereka bersama-sama menerbitkan satu gambar sound like "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!)" yang mengandungi logo halal.Pertuduhan Kedua: Mereka mem…

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

Image
assalamualaikum. holla fellas. sebagai tanda support untuk blog kakak mia kali ni, PG nak join contest by kak mialiana.com. PG pun da agak lama juga tak join segmen bagai. korang yang nak join sama, masih sempat untuk berbuat demikian tau. sebab contest tamat pada 21 Julai 2013 ni. hadiah pun superB! :) mudah2an adalah rezeki melekat kat blog PG ni. :)
Giveaway 10K Followers Mialiana.com
Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya : Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahajaFollow blogMialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.comWajibFollow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.comCopy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INISenarai sponso…

PEMBERIAN BONUS AIDILFITRI 2013 BUAT PENJAWAT AWAM

Image
BONUS AIDILFITRI UNTUK PENJAWAT AWAM. assalamualaikum. hollas fellas. semalam dekat berita TV1 ada mention yang mana Bonus Aidilfitri untuk pejawat awam belum lagi dibincangkan. huhu. dan menganggap kenaikan gaji tahunan (KGT) yang telah di nyatakan naik pada bulan JULAI 2013 ini adalah sebagai bonus juga. 
as a gomen staff, PG ikut sahaja. kalau di beri, syukur alhamdulillah. jika tidak, nak buat macam mana kan. tapi, till today, belum ada apa-apa pengumuman dari Chief Minister of the state of Sabah berkaitan pekeliling kenaikan gaji tahunan bagi negeri sabah, negeri di bawah bayu yang ku cinta ini. :) psttt: Datuk, bila nak umum? :D



PUTRAJAYA - Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

"Itu juga bole…

Panggung Ahad : Calon Menantu

Image
Assalamualaikum. Hollas fellas. Ahad macam ni PG kalau duduk rumah tak de buat apa, memang akan tawaf segala siaran drama apa yang ada. Kecuali duduk membuta dengan jayanya, masa tu memang tak tawaf drama la kan. And kalau ahad je memang akan ada drama melayu kat tv1 jam 10 pagi. Memang timing drama lagu tu la. Masa ni la boleh santai dengan bermalas malasan sedunia tahap tak lupa diri :DSat lagi ada drama panggung ahad : calon menantu. Korang yang tak buat apa tu sekarang, jom la duduk lepak dengan PG sekali. ;)Much love. PG

ramadhan 4 : sabar

Image
assalamualaikum. hollas fellas. syukur alhamdulillah. hari ni kita da berjaya mengharungi separuh dari ramadhan ke 4 dalam minggu pertama umat islam berpuasa. syukur alhamdulillah. tapi di sebalik kita mengharunginya, kadang tidak seimbang jika kita tidak melakukan ibadah yang wajib di laksanakan dalam kehidupan kita seharian. honestly, kadang sukar bila kita nak mengerjakan sesuatu yang telah lama kita tinggalkan dan ingin memulakannya, lebih lebih lagi di bulan mulia seperti ini, akan menjadi satu tanggapan yang berbeda pada orang lain. astagfirullahalazim. apa pun, semua itu dari diri sendiri kan. PG harap, kita sama sama menjadi seorang yang baik dan lebih baik dari sebelum ini. dan kadang, perlu untuk kita ketepikan apa sahaja anggapan orang lain, yang kita anggap negative, sedangkan ianya akan menjadi positive pada diri kita sendiri.
PG ada terbaca satu dialog di TV3 kalau tak silap PG, berbunyi macam ni, "JANGAN TERLALU BANYAK BERFIKIR, SEDANGKAN ORANG LAIN SUDAH MAJU DI …

Unik ! Binaan Rumah di Tengah Sungai

Image
assalamualaikum. hollas fellas. salam jumaat, hari penghulu segala hari dari PG. dan salam ramadhan ke 3 untuk mereka yang berpuasa bersama PG :) yang kaum kaum hawa tengah teetttt tu, ala rugi la tak dapat berpuasa dengan PG. hehe. ok, part tu di maafkan la ye :D
anyway, PG just nak share dengan korang tentang tajuk kat atas tu. memandangkan PG tak de idea nak tulis apa kat sini ;) cantik kan gambar kat bawah ni. yup, memang pelik sebenarnya. mula mula nampak gambar ni, telintas di otak minda, macam mana kalau air pasang, ombak ke aper ke. apa jadi dengan rumah tu? binaan rumah di kabarkan since tahun 1968. wow! sukar untuk di percaya kan? korang baca Misteri Binaan Rumah di Tengah Sungai untuk lebih lanjut k ;)


unik dan cantik ;)
much love. PG

PEMBAYARAN ELAUN BERTUGAS SPR PRU13

Image
assalamualaikum. hollas fellas. PG menerima banyak feedback berkaitan entry yang PG pernah keluarkan dahulu, iaitu PERMOHONAN TUNTUTAN ELAUN BERTUGAS SEMASA SPR PRU13dan memang tak di sangka, akan menerima banyak komen yang sound like pihak SPR PRU13 ini agak lambat untuk membuat pembayaran. yes. untuk pengetahuan bersama, hingga ke hari ini juga, PG juga masih belum menerima pembayaran elaun bertugas pada hari sebenar Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu. 


tidak menyalahkan sesiapa sebenarnya. sebab, PG bukan berada di kalangan urus setia yang mengurus pembayaran tersebut. cuma, di pihak PG, urusan claim, akan di dahulukan dari pihak jabatan kewangan di tempat PG berkerja. selesai urusan di jabatan kewangan, baru lah dokumen akan di hantar ke akauntan negara. di sana (AG), PG tidak akan tahu apa proses pula yang akan berlaku. bayangkan kota kinabalu, sabah ini sahaja ada berapa claim yang harus di selesaikan. dan ianya pasti akan mengambil masa yang agak lama. 
cuma. bagi PG, benda ben…

Marhaban Ya Ramadhan

Image
assalamualaikum. hollas good morning fellow. syukur alhamdulillah. hari ini kita menyambut ramadhan yang pertama bagi tahun 2013. syukur, syukur dan syukur sangat sangat. masih di beri peluang untuk merasa segala kenikmatan yang di pinjamkan olehNya. oleh itu, ingin PG share sedikit info di sini, yang mana info PG pinjam dari blog kak mialiana.com, seorang blogger, wife juga gomen staff :) tq kak mia.


Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR... Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran..Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.Untuk pakaian kita pakai sudah tidak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai te…

selamat berpuasa ;)

Image
assalamualaikum. hollas fellas. PG nak ucapkan selamat berpuasa buat semua kengkawan PG kat sini, tak kira di mana korang berada dan apa sesiapa sahaja, yang mengenali PG, PG ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. ye la, sabar tang lapar dan dahaga. sabar tang tengok makanan yang lazat-lazat. sabar nak mengutuk orang sana sini. ar. itu semua kena jaga dan banyakkan bersabar. wa. cakap orang, tapi tak sedar diri sendiri kan :D

pakcik google, pinjam picture ya ! ;)
apa pun, semoga selamat semuanya ya :) selamat berpuasa!
much love. PG

Off To Kuala Lumpur : Ipoh Mali

Image
assalamualaikum. hollas fellas. selamat pagi untuk korang sama. wa, ni mesti ada yang belom bangun pagi lagi kan? adoi. sedar diri jom. kena bangun awal sayang sayang ku. mandi, basuh muka, bekfes dulu. lepas tu, kalau nak tido sampai tak bangun bangun pagi pun, tak pa. hehe.
ok! mari update blog dengan jayanya. sambungan dari entry PG Off To Kuala Lumpur tempoh hari, YES, PG bercuti-cuti Malaysia ^^ best kan? korang sibuk dengan kerja, PG pula bercuti sakan. anyway, namanya sahaja off to kuala lumpur, tapi sebenarnya sepanjang bercuti, PG berada di Ipoh, Perak. umah mak abah mentua. ok, PG pure sabahan tau. encek suami sahaja orang malaya. lahir kat baling, kedah tapi menetap di ipoh, perak selain duduk kat kota kinabalu, sabah bersama PG. kalau nak bercuti ke malaya ke aper ke, tak perlu da nak duduk hotel bagai kalau nak save bajet. duduk sahaja kat umah mak abah. tapi kalau nak privasi dengan encek suami, kenalah berkorban jiwa dan raga, cari la bajet hotel :D ar, bagi yang da nika…

Super SIBOK!

Image
assalamualaikum. hollas fellas. yes, PG was here. and ya. korang apa kabar? adoi. serius, rindu nak say something here. sebab banyak benda nak buat and kena fikirkan. so, memang PG agak tak de idea nak tulis something kat sini. oh ya, untuk cik khairunnisa kalau tak silap, yes. PG masih membuka offer untuk menjadi penaja segmen awak. so, just mention la bila nak make it segmen k. nanti deal dengan PG je hadiah tu. sebab PG agak bz, so agak lambat sikit nak buka fan page FB PG tu :) sorry erk syg ;)
argh. dalam dua minggu ni memang agak pack juga jadual sebenarnya. balik dari bercuti ke kuala lumpur also, ipoh perak hari tu, selang beberapa hari terus PG pegi kem bina negara, kundasang sabah. penat tak abis lagi sebenarnya. masuk ofic je terus banyak benda nak kena fikir. nak selesaikan masalah masalah dalaman ofic ni. wa. da lagak pengarah pula kan. en. bos PG pun tak sibok macam PG. PG je sibok mengada la tu nak belagak pengarah. ahaha. 

pakcik google, pinjam gambar ya :D
and, ya. …

Evening Primrose Oil 1000MG - EPO

Image
Assalamualaikum. hollas fellas. anyone ambik supplement tak? sebab, PG memang tak berapa nak gemar sebenarnya mengambil apa apa jenis makanan tambahan ni. dulu masa kecik kecik pun, jenuh juga nak makan ubat vitamin bagai. ntahlah. mungkin liat sikit sebenarnya. dulu masa mama PG pegi hospital gomen buat review kan, selalu la mama minta sekali vitamin a ke b ke tu, PG tak sure, yang penting warna kuning kecik kecik. mama selalu paksa makan. sebab dia kata, ubat tu bagus. i mean, vitamin tu elok la dia kata. tapi, ye la. dek malas punya pasal, dan sebenarnya tak kisah pun nak ambik bebenda macam ni kan, jadi memang tahap kemalasan nak makan tu, memang 101% la. subahanaAllah min zalik malas. nak kena penampar je. hehe.

Evening Primrose Oil 1000MG - [EPO]
but then, bila umur da meningkat ni. wa, rasa diri da makin berusia pula kan. macam mak nenek da. oh ok. sila abaikan. dan ya, makin berusia ni, tulang pun rasa macam da berbunyi sana sini. yes, true! sakit pinggang sana sini. belum l…