Trip ke Labuan#1

June 05, 2013

assalamulaikum. holla fellas. sorry lately takde yang baru tentang PG. so today PG nak update pasal percutian PG baru-baru ni. percutian yang memang di rancang di saat-saat akhir sebenarnya dan percutian yang hampir tidak menjadi. hehe. jom baca. mana la tahu kot-kot korang nak datang bercuti ke labuan kan. orang kata syurga coklat murah kat sini (:

hari pertama. khamis lepas 30.05.2013. da mention pun kat tajuk kan. memandangkan masa tu cuti menyambut perayaan kaamatan kat sabah, maka PG as a gomen, sure sure la cuti umum. starting cuti khamis till ahad. ar, tak ke hebak tu. duduk rumah goyang kaki membesarkan lemaks yang ada kan. so, as PG tell korang tadi, percutian yang dirancang yang hampir tidak menjadi ni, at last, menjadi juga. kahkahkah. 

muka aksited !

PG ke sana menggunakan perkhidmatan bas besar. tak naik feri. sebab sehari sebelum nak pegi tu, PG and sista ada tanya dekat kaunter pembelian tiket feri, dekat jeselton, tiket semua penuh. sebelah pagi la. tapi sebelah petang ada. untuk perjalanan 31.05.2013 sebenarnya. tapi memandangkan kitaorang nak save masa dan cuma sehari semalam kat labuan, maka, pilihan yang kita adalah dengan menggunakan pengangkutan bas besar. gerak seawal jam 06.50 pagi dari Kota Kinabalu, Sabah menuju ke Menumbok, Sabah. dari Menumbok, Sabah baru ambik pengangkutan feri menuju pula ke Labuan. 

ok, selalunya bab harga memang kadang agak membuatkan kita tertanya-tanya kan. sebab PG pun tertanya-tanya juga berapa agaknya tambang nak ke Labuan hari tu. ye la kali pertama pegi sepanjang hidup dalam dunia yang sementara ni. hehe. adoi, tengok tu, betapa low profilenya PG, duduk berjiran dengan Labuan pun tapi ni la kali pertama pijak kaki ke sana. sodih! :D

  
ya. yes its me and the sista !

dari Kota Kinabalu, Sabah menuju ke Menumbok, Sabah (No. Bus: SAB7913C) : RM18.00 (seorang). PG naik bas tu. laju tak laju. asalkan sampai dengan selamat orang kata. tapi, Ya Allah. tak tahu la nak kata macam mana. dan tak tahu la nak di gambarkan dengan kata-kata. mungkin that day, last ever PG pegi labuan menggunakan bas besar. kalau ada bas mini, sure-sure la PG naik bas mini. tak pun, kalau ada keta sendiri, better naik keta sendiri! tengok gambar PG like purda tu. rasanya da cukup mengambarkan apa yang tidak sepatutnya PG nak tulis kat sini sebenarnya. hehe. so, korang kalau nak pegi Labuan dari kota kinabalu, sabah, PG syorkan naik je la terus feri dari jesselton tu. kalau tak nak sepanjang perjalanan berapa jam menuju ke menumbok, korang akan mabuk bau yang tak sepatutnya keluar ketika aksited nak pegi bercuti, dari mabuk laut :D


Terminal Menumbok, Sabah

dari Terminal Menumbok, Sabah menuju ke Labuan : RM11.00 (seorang) (tempat duduk Feri first class). ok, harga untuk perjalanan pun berbeda tau. perbedaan juga dari segi umur. yang PG mention tu, harga dewasa dan first class. kanak-kanak dan first class juga lain harga. PG tak dapat nak update kat sini, sebab gambar-gambar banyak dekat kamera sista PG. so, gambar-gambar yang ada kat sini semua dari Samsung Galaxy S3 Mini PG yang comel (: harga juga berbeda dengan second class bagi dewasa dan kanak-kanak. nanti PG da dapat gambar tu, PG update ya (: 

 
 Labuan!


sampai ke Labuan. ok. PG selamat sampai ke Labuan, dengan selamat. perasaan? wa, aksited la wei! kali pertama jejak kaki kan. ok, turun dari feri kena lalui jalan ni. sampai kat sana, cuaca sedap-sedap basah je. ada matahari tapi tak panas sangat. boleh la ke hulu ke hilir berjalan kaki. lagi pun ni nak bagitau korang, korang boleh sahaja berjalan kaki ke mana-mana, sebab bandar labuan ni tak besar mana pun tau. kecuali la kalau korang nak pegi tempat-tempat bersejarah macam tu kan. korang bolehlah sewa kereta. ar, sewa kereta ni nanti PG bagitau lain entry. mungkin sebab laut tu yang menyejukkan kot. nama pun labuan, femes memes dengan pelantar laut kan.


pelancong. boleh tanya kat kaunter ni all about Labuan!

wa. sedar tak sedar. entry da berderet ke bawah ni. kang korang bosan pula baca entry PG yang panjang like karangan perdagangan :D inshaAllah, jumpa PG di next entry Trip ke Labuan - #2.

salam. PG

You Might Also Like

8 comments

  1. wahhwahhhwahhhh! hehe. best nya!

    ReplyDelete
  2. Hari tu, first time pergi sabah.
    sempat jalan jalan kat psar filipine, jambatan gantung and rumah terbalik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke cik syazwan (: tak pe, inshaAllah ada rezeki nanti, bolehlah ronda ronda sabah lagi ya (:

      Delete
  3. wah seronoknya pergi labuan,teringin nak pergi sana nanti..:)

    ReplyDelete
  4. Labuan tu bukan Sabah cik kak.. ia adalah Wilayah Persekutuan.. Ada bendera sendiri.. Lagu Negeri Sabah pun kami orang Labuan tak tau.. Bahasa pun tak sama dengan Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, eksited punya pasal la ni update blog sampai lupa wilayah persekutuan tu. Maafkan saya ye ;)
      Apa pun, salam perkenalan dari saya :)

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images