Taniah Barisan Nasional

May 06, 2013

assalamualaikum fellas. hari ni rata-rata kengkawan PG tak bekerja. mungkin dek sebab penat lagi. ye la, kemarin kan baru je selesai mengundi. kengkawan PG pun ada yang turut sama bertugas semasa hari pengundian ke-13 kemarin. cuma kami tidak satu kawasan bertugas. semalam PG selesai bertugas dekat jam 07.30 malam. penat bukan kemain lagi la. dengan duduk seharian, cuaca panas plus kena bersopan santun pula tu kan depan ejen mengundi. hehe. so, tingkah laku kena jaga la sikit.


apa pun, PG nak ucapkan taniah buat Barisan Nasional kerana telah di beri kepercayaan melaksanakan tanggungjawab sekali lagi oleh rakyat Malaysia, untuk mentadbir kerajaan Malaysia dengan baik. dan harapnya dengan pemilihan, undian yang telah di buat, sah dan sahihnya kini, menjadi satu titik permulaan yang baru buat pemimpin BN membuat satu perubahan kepada rakyat dan juga negara. dan harapnya laungan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' itu menjadi ingatan buat para pemimpin, tanpa rakyat jelata, siapalah mereka. kuasa bukan sahaja di tangan mereka. juga di tangan rakyat jelata. Taniah BN. BetterNation, always BetterNation. ^^


ar, lagi satu. PG ingatkan hari ni cuti umum ^^ semalam balik umah, memang tak larat da nak tengok tv sampai jauh malam, dek sebab nak tunggu keputusan sapa menang dan kalah dan yang paling utama, sebab nak tahu ecok (hari ini) cuti umum ke dak. adohai. hanya mimpi di siang hari je nampaknya. hari ni PG masuk kerja seperti biasa. dan jangan berharap nak cuti. hurm, awal lagi. janji ditepati ke tak ni. huhu.

apa pun, PG nak ucapkan selamat bekerja buat korang semua. buat kerja seperti biasa. jangan risau jika pakatan menang atau tak. yang mentadbir kerajaan adalah mereka. bukan kita, kita buat kerja macam biasa sahaja. mana yang baik, kita ambik. mana yang tak baik, kita tolak tepi. Allah s.w.t telah mengurniakan kita akal fikiran untuk kita dapat bezakan mana yang baik dan buruk. sama-samalah kita berusaha ke arah yang lebih baik bersama. ^^

salam. PG

You Might Also Like

4 comments

  1. sue bgn pukul tiga pagi semata-mata nak check perkembangan terbaru samaada cuti tidak hari senin..huahuahuaaa!!..rupanya takda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. PG pula sue, tengah malam bangun :D
      tak larat nak tunggu, pengsan terus. harap kawan post je kat fb update ada cuti ke tak. sekali tengok. uwargh! so sad :D
      terdampar di ofic. hehe

      Delete
  2. x berpeluang lg nk mngundi :( mybe next time . In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaaAllah ya combi (: next time, yes. dan jangan lupa join sekali bertugas semasa PRU ^^

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images