MENGANDUNGKAN ANAK ULAR!

May 10, 2013

assalamualaikum. salam jumaat. selamat pagi fellas.

orang kata, mimpi itu mainan tidur. tapi jika mimpi yang kerap dan berulang. macam mana erk? hari tu, PG ada mention yang PG kerap mimpi ular. memang tak suka dan tak berkenan betul dengan spesis ular ni.

tapi subuh tadi, around 4 pagi, PG mimpi sekali lagi spesis minatang ni. memang bikin takut. dalam mimpi PG, PG tengah mengandung. tengah duduk santai dekat depan tasik. tasik buatan. dalam tu ada ular dan satu lagi PG tak ingat. tetiba, ada sorang lelaki yang PG tak cam bagi hambur makanan dekat dalam tasik. seperti nak bagi makan dekat burung tu. and tetiba je ular tu naik ke darat dan datang terus menghala ke tepi kanan PG.

memandangkan PG memang takut dengan spesis ni, PG cuba sekuat hati untuk berdiri dan jauhkan diri dari. tapi ntah kenapa, tetiba PG dekatkan lengan tangan PG dekat kulit ular tersebut. dan dengan pantasnya PG terasa pening dan kepala rasa macam berputar. perut PG yang ada baby tadi rasa pusing semacam. tak lama lepas tu, PG muntah darah dan perut rasa macam nak bersalin. dan ya, memang masa itu juga PG bersalin. tapi. astagfirullahalazim. PG bersalin, beranak kan anak ular. Ya Allah. mimpi apakah ini. astagfirullahalazim min zalik. takutnya PG. rasa macam real pula. terus PG terbangun jam 4 subuh dan tak dapat tidur semula dengan lenanya. harapnya ianya cuma mimpi. mainan tidur ya kengkawan. takut sangat.

dan PG teringat satu cerita benar berkaitan mengandungkan anak ular. PG rasa korang pernah baca tentang Rasheedan Bibi yang mengandungkan anak ular selama 7 bulan. tanpa disedarinya. dan mengandungkan anak ular sawa tersebut melalui sumber air yang di minum yang di dapatinya dari telaga. subahanAllah. 



salam. PG

You Might Also Like

5 comments

  1. Ngerinya dengar mimpi PG nie, anggaplah mimpi mainan tidur je......

    Jom join bloglist kak Nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah'ah. ngeri kan kak. takutnya PG. ok, inshaAllah, hanya mainan tidur ^^
      ok, sure join bloglist akak nurul ^^

      Delete
  2. Assalam, memang ngeri mimpi begini...

    tapi maaf cakap , dalam pengetahuan cetek bunda brmimpi haiwan ganas terutama ular ni kemungkinan ada unsur2 gangguan jin dan sihir...banyakkan membaca surah Albaqarah dan merujuk kepada pakar2 agama dan perubatan islam...

    wallalhu'alam..

    ReplyDelete
  3. Wssalam bunda.

    tu la bunda. mama, mak abah mentua dan kawan-kawan pun kata, kemungkinan ada unsur macam tu. atau lebih dekat, PG punya musuh. tapi setahu PG, PG tak de musuh dan tak da sebab orang nak bermusuh dengan PG. takut sangat bunda, PG memang kerap mimpi ular ni. ada sampai PG rasa benda tu real, dan tersedar dari bangun, da nanges-nanges da.

    ReplyDelete
  4. kalau selalu sangat jangan lengah2...pergi berubat ....jumpa pakar perubatan islam...kita kene percaya makhluk2 halus ni...dia ujud dikalangan kita...banyak2kan mengaji, berdoa kpd Allah mintak dijauhi...atau panggil ustaz/ustazah ramai2 berkumpul kat rumah buat bacaan pendinding..

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images