ASRAMA ASPURI

assalamualaikum fellas. dulu masa tingkatan 5, PG duduk asrama. called aspuri. mengada-gada sebenarnya nak polo kawan kelas yang duduk asrama. konon hebak sangat nak fokus belajar sebab nak ambik spm tahun tu. huhu. cakap dekat mama, nak duduk asrama. sebab menyebab tadi tu. tapi sebenarnya da plan dengan kawan kelas, nak sama-sama study, mandi, makan, lepak. ke surau. hehe. mengada betul. nasib masa tu mama, bapa bagi je. kalau tak, jangan haraplah nak merasa duduk asrama.


macam ni ghupahnya bilik, katil, tilam batal dalam asrama. 
PG pinjam dari blog kakinakl. ni bilik asrama anak dia duduk [2009] ^^

ok, niat nak study tu memang yang pertama. kedua,  op coz la nak dekat dengan kengkawan kan ^^ dan ketiga, haruslah merasa pengalaman duduk asrama. sekali dalam seumur hidup orang kata ^^

masa duduk asrama, sedih juga sebab tak sebilik dengan kawan yang plan nak together tu. sebab dia lebih awal duduk asrama kan. aku pula kemudian baru masuk. so, tak kisahlah, asalkan still masih boleh duduk asrama. huhu. pengalaman? nak kata banyak pengalaman tu, tidak juga. sebab PG pun masuk dalam pertengahan tahun. dan nasiblah ada pelajar yang tak jadi duduk asrama, so PG as penganti ^^

asrama berhantu? hurm yup. ramai bebudak yang dok kata, asrama ada hantu. ye kot. first time duduk asrama. da dengar citer bukan-bukan. dan ada yang kata, satu dorm tu, memang keras. and ada pula student 'junior' yang jenis pandai berlakon macam tu la kan, dia jenis yang agak malas dan kecoh sikit. and malam tu, da seminggu dua kot PG duduk asrama, malam tu malam jumaat kalau tak silap PG, tup-tup satu asrama kecoh. nampak something dalam dorm dorang tu. dorm memang keras, citer punya citer punya citer, bilik tu pula starting bebudak dorm menjerit. lawalah. rasa macam nak kemas barang malam tu juga nak balik rumah. hehe. menyesal tak sudah, sapa suruh gatal nak duduk asrama ! akakaka. ok, bit kecoh. dengar budak tu pengsan. lemah semangat. PG pun mula lemah semangat masa tu. nasib budak-budak dorm PG bacakan yassin reramai, so keadaan pun terkawal. tapi kami yang duduk tingkat atas, memang tak berani nak turun pegi tingkat 1. tak ke naya nanti tup-tup benda tu merasuk pula kat diri sendiri. tak nak la wei.

ok. duduk asrama kalau bab-bab seram ni, memang la ada kan. cuma kita ni kena kuat semangat je. lemah semangat, siaplah ^^ inshaAllah, nantilah PG citer lagi bab seram menyeram ni ^^

respect others. hurm. itu perlu. dulu, mula-mula PG duduk asrama, memang agak rasa macam kerdilnya diri ini ^^ da la duduk asing bilik dengan kawan tadi kan. then rasa macam ada puak dalam bilik yang PG duduk tu. tapi, syukurlah. PG kenal dengan mummy. tak ingat da nama mummy sebenarnya. cuma gelaran mummy ni, PG buat untuk dia sebab dia taking care of PG sangat-sangat. terus nama tu menjadi ikutan dekat dorm lain. semua panggil dia mummy ^^ ala, rindu pula dekat mummy. tak tahu mana dia berada sekarang ni ^^ then mummy jadi bestfriend PG buat masa tu. mana PG pegi, dia mesti ada ^^ sobsob. oh mummy, saya rindu awak ^^

nanti PG sambung lagi la ^^ citer pasal aspuri tak habis lagi. banyak lagi nak citer ^^

salam. PG

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. belum pernah duk hostel.. huhu

    ReplyDelete
  3. miss x suka duk hostel..
    tp skolah teknik jauh dri umah trpaksa la duk hostel 2 thun... huhuhu

    ReplyDelete
  4. hehe. tak pe, pengalaman tu ^^

    ReplyDelete
  5. banyak dugaannya dok asrama ni... kena kuat semangat dan jangan mudah terpengaruh dengan perangai tak elok kawan..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak mia ^^
    yang penting kena pandai jaga diri ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara