07 March 2013

Tawaran gencatan yang diragui Malaysia

Diragui? yup. PG sendiri meraguinya. takut dan risau, sekiranya tentera yang mengawal situasi di tempat kejadian berundur, tup-tup tiba, tentera sulu ni pula datang secara tiba-tiba, atau lebih ramai dari dulu. hurmm...harap, jangan ada yang terpedayala.
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meragui hasrat tawaran gencatan senjata pertempuran Lahad Datu yang diumumkan oleh ‘Sultan’ Sulu, Jamalul Kiram III pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Ahmad Zahid dalam laman twitternya menegaskan “Jgn percaya dgn tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingn rakyat Sabah&seluruh rakyat Msia, hapuskan dulu semua militan”.

Malah beliau turut, menambah “Gencatan senjata satu pihak tidak diterima oleh Malaysia kecuali kalau militan menyerah diri tanpa syarat”.

‘Sultan’ Sulu Jamalul Kiram III dipetik melalui jurucakapnya Abraham Idjirani dalam satu sidang media di Taguig City, Filipina mengumumkan bahawa satu gencatan senjata telah dilakukan oleh pihak Kesulatanan Sulu.

Gencatan senjata itu dibuat bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan mendakwa operasi oleh pasukan keselamatan negara mengorbankan orang awam.

Idjirani juga memaklumkan kesediaan keluarga waris Kesultanan Sulu itu untuk mengambil pulang ahli keluarga mereka yang kini berada di Sabah sekiranya pasukan keselamatan negara mematuhi gencatan senjata tersebut.

Menurut Idjirani, kumpulan pengikut waris Kesultanan Sulu yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram, yang digelar sebagai Raja Muda, tidak akan melakukan apa-apa sebaliknya hanya akan bertahan.
Tag: Ahmad Zahid Hamidi, Jamalul Kiram III, Lahad Datu

salam. PG

2 comments:

  1. Pasukan keselamatan kita dah berapa kali kena tipu, so kali ni kena lebih berhati2 dengan pihak diorang..

    ReplyDelete
  2. Semoga proses pendapaian dapat dilaksanakan di Lahad Datu... Harapan saya semoga penceroboh menyerah diri dan kembali pulang ke tempat mereka...

    Terima kasih kerana sudi meletakkan banner Pak Ya Homestay di blog ini... Saya akan membayar insentif tunai berjumlah RM2 seperti yang dijanjikan.. Pembayaran akan dibuat ke akaun Bank yang awak berikan..

    Sila emailkan butiran berikut kepada saya menerusi nuargto@gmail.com

    1) Nama Bank
    2) No. Akaun Bank
    3) Nama pemilik No. Akaun Bank tersebut
    4) No. Tel untuk dihubungi..

    TQ..

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

BUSUK.ORG :)