oz the great and powerful [review]

March 16, 2013

oz the great and powerful! ok. sapa da tengok? hehe. sapa yang da tengok, korang tahu la apa yang PG cuba nak sampai kan :D, ok. even movie ni da beberapa hari da starting dekat pawagam, tapi PG baru pi tengok kemarin ;) tu pun da lewat 15 minit masuk ofic. hehe. nasiblah bos ntah ke mana. ahaha

ok. mula-mula tengok, hairan juga kenapa wayang ni hitam putih pula. ar, jangan hairan sebab ianya tak lama.


citer mengisahkan tentang si Oscar Diggs atau lebih di kenali sebagai Oz, seorang ahli silap mata yang menyara kehidupannya melalui pertunjukkan silap mata. kira masa tu zaman kegawatan ekonomi. tiba-tiba berlaku kekecohan di kampung tersebut dan tanpa berfikir panjang, Oz menaiki sebuah belon udara. dan tapi tanpa di sedar, puting beliung datang tiba-tiba dan oz tertarik masuk dalam puting beling tersebut dan tercampak dalam dunia asing. dunia yang dia tak pernah kenal dan tak pernah imagine dan sebuah dunia yang juga namanya OZ, dunia penuh magika dan cantik! ;)


Theodora

bermulalah kisah pengembaraan Oz di dunia tersebut. kehadirannya telah di sedari oleh Theodora, one of ahli sihir dari 3 bersaudara iaitu Evanora dan Glinda. mengikut ramalan late ayahanda 3 bersaudara ini telah menyatakan bahawa seorang ahli sihir lelaki akan datang ke dunia mereka bagi menyelamatkan penduduk di dunia tersebut dari kuasa kejahatan sihir. 

dalam perjalanan ke istana, mereka di serang oleh tentera bersayap. dan sempat menyelamatkan diri dari di tangkap. semalaman dengan Theodora telah menyebabkan Theodora jatuh cinta padanya dan yakin Oz adalah ahli sihir lelaki adalah lelaki yang di tunggu-tunggu. Oz telah memberikan sebuah kotak muzik dan turut mengajak Theodora menari bersamanya.....

perjalanan diteruskan siang hari, dan mereka telah bertemu dengan monyet bersayap (finley) yang comel :) dan telah menyatakan sumpah dan janjinya akan setia menjadi hamba yang setia kepada Oz, oleh sebab Oz telah menyelamatkannya dari terperangkap dengan lilitan akar-akar pokok dan seekor singa garang ;)

sesampai di kawasan istana, sambutan dari para askar istana datang dengan meriah mengiringi ahli sihiri lelaki yang memang dinanti-nantikan. Theodora tidak sabar kenalkan Oz kepada kakaknya Evanora.


Evanora

Evanora, seorang ahli sihir dan juga penasihat diraja. raja sebelum ini, merasakan Oz bukanlah ahli sihir sebenar dan telah menyuarakan syarat utama untuk beliau menerima takhta dan seluruh kekayaan yang ada adalah dengan membunuh ahli sihir jahat yang berada di dark forest. tanpa berfikir panjang, Oz menerima tawaran tersebut.


dalam pada yang sama, Evanora telah berjaya menipu Theodora dengan menyatakan Oz telah memberikan sebuah kotak muzik dan menari bersama, dan Theodora yakin bahawa Oz telah curang kepadanya. melihat adiknya yang sedih, Evanora telah menjampi adiknya dengan memberikan sebiji epal hijau yang telah di jampi untuk menghilangkan segala kebaikan dalam dirinya dan hanya ada kejahatan dalam dirinya.


perjalanan Oz ke dark forest bermula. ditemani dengan monyet bersayap (finley) yang setia kepadanya, mereka ternampak dari jauh kepulan asap di sebuah kawasan perkampungan. niat untuk meneruskan perjalanan terhenti seketika dan singgah ke kawasan perkampung tersebut. 


mereka menemui anak gadis porselin yang tinggal keseorangan akibat diserang oleh tentera bersayap dark caster merosakkan perkampungan anak gadis porselin tersebut.

 

Oz dan Glinda

perjalanan diteruskan dan akhirnya Oz menemui ahli sihir jahat, Glinda. tapi rupanya, Glinda yang ditemui dan apa yang dikatakan oleh Evanora, sama sekali tidak benar. Glinda sangat baik dan cantik dan Oz mula jatuh hati kepadanya. Evanora la yang menjadi dalang di semua masalah yang berlaku di perkampung mereka. dan dan melalui cermin ajaib, Theodora nampak Oz sungguh bahagia bersama kakaknya. apa yang terjadi kepada Theodora? korang jangan lupa tengok movie ni tau ;)


apa yang terjadi selepas Oz menemui Glinda, ahli sihir yang baik hati? apa terjadi dengan Theodora selepas cintanya di tolak dan kakaknya yang jahat? berjaya kah Oz menjadi raja di dunia penuh magika tersebut? ;) korang jangan lupa tonton movie ni tau ;)

PG suker sebab movie keluaran disney tak pernah mengecewakan ;)

salam. PG

You Might Also Like

4 comments

  1. Linda da tgok..best sgtttt :)

    ReplyDelete
  2. hehe. yup. best :) PG suker tengok colourful movie ni ;)

    ReplyDelete
  3. huh...best je..nk kn p tgk ni...:D

    ReplyDelete
  4. :D jom tengok jangan tak tengok ;)

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images