Penyanyi Terkenal Shila Amzah Hilang?

February 10, 2013

shila amzah hilang ke? PG kalau bab-bab artis ni kadang sejam dua jam baru dapat info. tu pun kalau jejari runcing ni rajin nak buka facebook. kalau tak. memang tak la tahu apa kejadian yang berlaku dengan dunia luar di sana. dan isu pasal shila amzah hilang ni pun, baru tahu pagi tadi sebab ye la baru buka facebook kan.

huhu. terkejut beruk juga di katakan hilang. bukan hari tu ada terbaca dia pegi bercuti dek sebab nak cari ketenangan pasal kes bapa dia and cinta hatinya tu ke? la ni. di katakan hilang pun. huhu. kadang, aku tak faham kenapa dengan minah sorang ni. sana sini statement dengan cinta hatinya. tapi bapa dia silent je. la ni, bila bapa dia keluar bagi kenyataan sedikit. di balas pula dengan seribu satu kenyataan balas and nampak gayanya. ada juga betul-betul patah hati kat situ sampai nak bawah lagu ombak rindu bagai. adoi.

aku tak faham la. kadang benda ni macam memalukan diri sendiri tau tak. tak tahu la nak kata apa. its all about ur self shila. awak masih muda. dan awak masih ada mak ayah yang begitu sayangkan awak. harap sangat awak tak salah dalam membuat pilihan hidup. bernikah kawen ni, bukan sahaja awak mengahwini cinta hati awak seorang, tapi juga seluruh keluarganya. as a peminat. hope sangat benda ni di berhentikan secepat mungkin. tak sesuai la !

shila amzah telah ditemui? syukur alhamdulillah la. kalau betul-betul hilang and orang lain mengambil kesempatan dengan keadaan dia sekarang ni, tak tahu la nak kata apa. huhu

13:00:02 PM

Shila Amzah ditemui di Kemaman malam semalam

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.

Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.

"Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.

"Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri," katanya ketika dihubungi.

BH hari ini melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya.

Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu. Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya. >> kredit sepenuhnya : berita harian

salam. PG

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images