Pembantu rumah ditahan kes lambung anak majikan

February 16, 2013

Ya Allah. kat mana letaknya minda dan akal fikiran pompuan ni?! what the fish betullah. harapnya dapat balasan setimpal !

Pembantu rumah ditahan kerana didakwa lambung anak majikan

 
KUANTAN: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga cedera di tangan dan kaki di Bukit Setongkol di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa kepada bayi lelaki itu pada jam 9.13 pagi tadi sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 24 tahun.
Katanya, menurut peniaga terbabit, dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi dia terkejut apabila melihat aksi pembantu rumahnya itu bertindak melambung bayinya di ruang tamu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam komputer ribanya semasa minum pagi di sebuah restoran di sini.

"Bapa bayi malang itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan," katanya. kredit to : beritaharian

You Might Also Like

2 comments

  1. eeee... ni yang jadi takut kalau nak tinggalkan anak pada orang ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farah. risau kan jadi benda2 macam ni.
      ingat senang ke nak buat anak. lepas tu orang lain pula, suka2 hati nak buat anak kita macam tu. heeee. harap2 ada balasan setimpal untuk pompuan ni. geram ! dan tak sanggup tengok rakaman tu.

      Delete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images