hari yang sangat menensionkan

February 20, 2013

jelesnya tengok dan baca blog yang dengan senang hati je tulis apa sahaja yang mereka nak tulis. kadang, aku pun terlupa seketika untuk luah apa yang sebenarnya yang ada dalam hati. nak kata dalam hati ada taman. ar, memanglah. da namanya pompuan kan. dan namanya pompuan yang suka bermain dengan hati dan perasan kadang. nak tak nak, layan je la.

hurm. ok, hari ni aku nak sharing cerita (erk, macam cerita dekat anak-anak pulak) dekat ofic. memandangkan, aku memang bekerja full time. then part timenya adalah blogging that i love, and blog pula tempat aku nak luahkan how about my feeling todays kan (yang aku hampir lupa, kenapa tidak aku luahkan kat sini) dan ya. aku harus to say something about my 'hari yang sangat menensionkan' kat sini. ya, mari baca.

minggu ni memang aku da jangkakan minggu paling sibuk. kena audit fail staff. yang beratus-ratus. part audit 'sementara' ni tugas aku dan 2 lagi geng bas sekolah aku tu. kena cek kursus-kursus yang staff pernah hadir or menyertai kursus-kursus yang dianjurkan. plus kena cek sijil-sijil. dan rekod yang ada kena balance pula dekat buku perkhidmatan. baca je, memang senang mudah je kan? ;)

ya sayang-sayangku, benda ni memang senang dan mudah jika ada part, i mean, before cek fail-fail, bahan-bahan yang sepatutnya ada, adalah wajib untuk diletakkan dalam tu kan. its like, goreng sayur bah. nak kena masak, kena ada bahan-bahan yang sepatutnya bagi melengkapi keseluruhan hasil rasa masakan yang baik. sedap dan ya, ada orang nak makan. cuba bayangkan kalau garam atau ajinomoto tak de dalam our masakan, apa korang rasa? mesti ada kekurangan kan?

yup. begitulah apa yang aku rasakan dalam mengaudit fail-fail ini. ada yang ok, ada yang tidak (kurang) yang tidaknya, kesalahan pula tak tahu nak salahkan siapa. kadang, aku nak salahkan pengurusan, tengok dan berbalik pada siapa juga sebenarnya. ntahlah. aku rasa, aku da feed up dengan semua ni. benda yang sama berulang. dan tidak ada perubahan untuk part ini. kadang, aku hairan, kenapa tidak ada jalan penyelesaian untuk memudahkan pencapaian dan memudahkan kerja orang lain. feed up! tolonglah change it! aku akan bersara wajib bila umur aku genap 60 tahun. adakah aku akan mengadap masalah macam ni setiap tahun? merasa feedup just because orang lain punya kerja, dan efect pada aku dan yang lain-lain? arrrr tidak!




korang yang keja gomen tu, ada tak pernah rasa macam apa yang aku rasa???

salam. PG

You Might Also Like

0 comments

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images