Aura Anuar Zain - 5000 Penonton Terhibur!!!

February 17, 2013

morning. assalamualaikum fellas ;)

kalau korang tanya aku minat tak dengan anuar zain, sure aku jawap. 'fanatik gilaaaaaa dekat dia!' :D jeles wei. sangat-sangat jeles dekat mereka yang duduk kuala lumpor. sebab, boleh je pegi konsert bagai. kalau dekat kota kinabalu sabah ni, jarang la ada konsert besar-besar macam ni. huhu ;(

apa pun. respect la dengan anuar zain. i love u ! :D















Anuar tampil gaya klasik ketika Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari 
di Stadium Malawati, semalam.

Shah Alam: Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Konsert berkenaan lebih bermakna kerana penyanyi itu baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kelmarin. 

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Dendang 20 lagu

Tampil dengan gaya klasik dengan beberapa persalinan, Anuar mendendangkan 20 lagu, termasuk yang memperkenalkannya di arena seni, Kain Pelikat selain lagu hits seperti Bila Resah, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.

Konsert yang dipimpin Mac Chew sebagai pengarah muzik turut menyaksikan tayangan perdana klip video lagu Sempurnakan Aku kesinambungan kepada lagu Ajari Aku.
Lebih manis, konsert itu turut menampilkan penyanyi bervokal emas, Adibah Noor dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar selain Elvina Arul serta Russel Curtis mengiringi persembahan lagu Cinta Harus Memiliki.

Penonton juga dipersembahkan dengan paparan visual dan grafik menarik ilham Amri Ginang selain penataan cahaya lampu rekaan Steve Ho Of SES.

Konsert berkenaan disokong akhbar, televisyen serta radio kumpulan Media Prima Berhad iaitu BH, Harian Metro, TV3, ntv7 dan Hot FM sebagai media rasmi selain blog Sensasi Selebriti (Budiey) serta majalah Media Hiburan. kredit to : beritaharian
salam. PG

You Might Also Like

5 comments

  1. Salam.

    >_< lana suka suara dia!

    Lagi2 bila nyanyi lagu Lelaki Ini n Perpisahan..hoooo..leh tido nyenyak dibuatnye,hek3

    ReplyDelete
  2. wssalam dear lana ;)
    yup. harus meleleh bila dengar suara bang nuar zain ni :D

    ReplyDelete
  3. dah lama tak jumpa Nuar...memang dia ada aura tersendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'dah lama tak jumpa Nuar'

      waaa. mesti sis selalu jumpa bang nuar ni kan? hehe..
      kirim salam kat dia kak :D

      Delete
  4. lagu anuar zain ni memang banyak cikgu perempuan suka. hihi

    ReplyDelete

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images