home sweet home

BERSABARLAH....

February 28, 2013

Ya Allah, Ya Tuhanku. Berikanlah hambaMu ini kesabaran yang tiada had dan hingganya Ya Allah. Aku tahu, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada something yang Engkau telah rancangkan untuk aku. InsyaAllah Ya Allah, aku akan bersabar dan untuk bersabar. Selagi aku mampu. InsyaAllah.
Suami. Sabarlah ya. Kita pasti boleh mengharungi dugaan ini bersama. InsyaAllah.

Salam. PG

kerja oh kerja

BOSAN DENGAN BLOGGER TU

February 28, 2013

bosannya dengan blog ni. serius. da tak tahu nak buat apa dengan blog ni. kalau ada yang sudi nak fix blog untuk PG kan best. ;( ar yup. aku bosan dengan blog aku sendiri !

salam. PG

kerja oh kerja

SELAMAT PAGI BLOGGER

February 27, 2013

good morning fellas. uwargh. mata da makin sakit ni. mana dengan mengadap pc, mana nak mengadap fail lagi. erk? mengadap fail pun boleh sakit mata ke? ar. jangan tak tahu. habuk dekat fail yang berkurun lama tu kadang boleh tersebar kat muka kita, tanpa kita sedari. lama-lama mengadap, boleh batuk dan flu dan sakit mata. sebab habuk da masuk mata kan. la ni lagi la PG tak sihat-sihat dari batuk lagi. kena pula part audit fail ni, lagi la akan berlarutan :D

oh, PG perasan ada blogger yang baru masuk blog PG. terima kasih ya blogger ;) insyaAllah, PG free-free nanti, PG akan ziarah korang. yang PG sempat ziarah tu, sila la masuk blog PG lagi ya. bolehlah bantu menyumbangkan 1 Klik dekat Tabung Baby PG kan? ;) terima kasih ya :D


ok. PG tak lama. insyaAllah, jumpa lagi di entry yang lain. 
salam. PG

TIPS KECANTIKAN

TIPS : PERFUME AWAK ORIGINAL KE TIDAK?

February 25, 2013

oh mak ai. lagak macam perfume awaklah yang paling original dan mahal kan? hehe. hi, morning semua! ok. ni PG nak sharing dengan kengkawan semua. tips membezakan perfume itu original atau tiruan. info ni PG dapat dari empunya blog Fatin Liyana yang cantik tu. tahu kan? hehe. ok, baca kat bawah.


PG pakai minyak ni ;)

Tips Membezakan Perfume Original atau Tiruan:

1. Ambik botol perfume
2. Terbalikkan botol tersebut
3. Goncang laju-laju
4. Apabila buih telah keluar, then tengok masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Menurut kata FY, buih yang cepat hilang ini adalah kerana kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah berbeda (berbeza). dalam erti kata lain, FY kata, perfume itu banyak di campur dengan air. then, that why kenapa ianya di panggil tiruan, kerana ia cair dan tidak tahan lama. manakala, perfume yang original pula, buihnya akan mengambil masa yang agak lama untuk hilang, ini kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat).

ar itu dia, info yang boleh PG sharing, dari blog FY. PG suka masuk blog FY juga. banyak tips makeup, how to make ur face fresh pun ada.

korang boleh baca more info lagi tentang ni kat blog FY. ziarah FY kat SiNi ya ;)

salam. PG

Nisa Kay blogshop

Ready Stock Vintage Watches by Nisa Kay

February 24, 2013

assalamualaikum fellas. mood malas nak update blog datang lagi. macam nak kena lempang seratus ribu kali je nampaknya. huhu. oklah. PG nak sharing this site, untuk kaum hawa out there. Nisa Kay Ready Stock Vintage Watches. ni sapa yang tak kenal dengan Nisa Kay, memang awak should close ur blog right now :D hehe. ok, ini adalah stok terbaru dari Nisa. i mean, keluaran dari shop beliau la gitu. korang yang suka kumpul koleksi jam tangan tu, bolehlah tengok-tengok apa yang patut kat blog Nisa Kay kita ni. orang dia pun comei ;) tutorial makeup dia pun banyak tau. PG suker. simple sangat cara penyampaian beliau. memang senanglah nak ikut. hehe.


klik header!
 salam. PG

segmen

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

February 23, 2013

assalamualaikum semua. petang ni PG nak join segmen by kak mialiana. sempatkan sebelum jam 11.59 malam? ;) korang yang naik join sama, jom cepat tau :)


Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

salam. PG

berita

Individu kaya di Malaysia meningkat 68,000 pada Tahun 2015

February 22, 2013

Individu kaya di Malaysia meningkat 68,000 pada 2015

Cetak
KUALA LUMPUR: Bilangan individu kaya di Malaysia akan meningkat lebih sekali ganda daripada 32,000 orang sekarang kepada 68,000 orang pada 2015, dengan nilai bersih masing-masing meningkat sebanyak AS$140 bilion hingga AS$330 bilion.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata bilangan yang mengagumkan ini memberikan keyakinan terhadap keteguhan dan kelestarian pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau juga berkata, negara ini mestilah membangunkan industri pengurusan pelaburan domestiknya yang boleh mengurus bukan saja kekayaan domestik, malah juga kekayaan di peringkat rantau Asia Pasifik.

Ahmad Husni berkata, industri pengurusan kekayaan adalah sektor perkhidmatan kewangan paling pantas berkembang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam hubungan ini, penetapan 2013 sebagai tahun pengurusan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) adalah tepat pada masanya, katanya pada pelancaran Pengurusan Kekayaan Labuan IBFC 2013 hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan industri pengurusan pelaburan domestik.

Mengulas satu perkara berkaitan, Ahmad Husni berkata, Malaysia akan dapat mengekalkan pertumbuhan tinggi tahun ini kerana ia menerima banyak pelaburan.

"Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, pengguna domestik sebenarnya amat kukuh, sumber utama sebenarnya adalah daripada pelaburan orang ramai dan juga pelaburan kerajaan.

"Jadi, bagi masa depan, kita yakin kita boleh mengekalkan pertumbuhan tahun ini," katanya sambil menambah bahawa kerajaan yakin dalam berhati-hati bahawa pertumbuhan ekonomi akan berlegar sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus. - BERNAMA. Kredit : Berita Harian

mohd mentor adakan sidang media bersihkan nama

Didakwa Perogol, Mohd Mentor Bakal buat Sidang Media

February 20, 2013


remember kes penyanyi, bekas juara program realiti kepada seorang penyanyi terkenal beberapa minggu yang lalu? dan dikatakan, Mohd Mentor adalah orangnya. dan katanya, selesai sahaja beliau bebas dari penahanan berhubung kes ini, satu sidang media akan diadakan bagi menjernihkan nama beliau yang mana kes didakwa merogol teman wanita (dikatakan, teman wanitanya) adalah sebagai tujuan untuk menganiaya dirinya.

menurut laporan portal MStar, mohd kini terpaksa menanggung malu sekaligus aktiviti pentas beliau dibatalkan serta merta. huhu. adohai. janganlah nak aniaya orang sayang. rezeki orang da hilang ntah ke mana da ni. aniaya orang ni bukan benda main-main. silap-silap hari bulan, orang yang menganiaya tu yang masuk penjara. tak ke naya tu. janganlah erk. mohon maaflah.

#kredit sepenuhnya untuk : disinibermula.blogspot.com
 salam. PG

home sweet home

hari yang sangat menensionkan

February 20, 2013

jelesnya tengok dan baca blog yang dengan senang hati je tulis apa sahaja yang mereka nak tulis. kadang, aku pun terlupa seketika untuk luah apa yang sebenarnya yang ada dalam hati. nak kata dalam hati ada taman. ar, memanglah. da namanya pompuan kan. dan namanya pompuan yang suka bermain dengan hati dan perasan kadang. nak tak nak, layan je la.

hurm. ok, hari ni aku nak sharing cerita (erk, macam cerita dekat anak-anak pulak) dekat ofic. memandangkan, aku memang bekerja full time. then part timenya adalah blogging that i love, and blog pula tempat aku nak luahkan how about my feeling todays kan (yang aku hampir lupa, kenapa tidak aku luahkan kat sini) dan ya. aku harus to say something about my 'hari yang sangat menensionkan' kat sini. ya, mari baca.

minggu ni memang aku da jangkakan minggu paling sibuk. kena audit fail staff. yang beratus-ratus. part audit 'sementara' ni tugas aku dan 2 lagi geng bas sekolah aku tu. kena cek kursus-kursus yang staff pernah hadir or menyertai kursus-kursus yang dianjurkan. plus kena cek sijil-sijil. dan rekod yang ada kena balance pula dekat buku perkhidmatan. baca je, memang senang mudah je kan? ;)

ya sayang-sayangku, benda ni memang senang dan mudah jika ada part, i mean, before cek fail-fail, bahan-bahan yang sepatutnya ada, adalah wajib untuk diletakkan dalam tu kan. its like, goreng sayur bah. nak kena masak, kena ada bahan-bahan yang sepatutnya bagi melengkapi keseluruhan hasil rasa masakan yang baik. sedap dan ya, ada orang nak makan. cuba bayangkan kalau garam atau ajinomoto tak de dalam our masakan, apa korang rasa? mesti ada kekurangan kan?

yup. begitulah apa yang aku rasakan dalam mengaudit fail-fail ini. ada yang ok, ada yang tidak (kurang) yang tidaknya, kesalahan pula tak tahu nak salahkan siapa. kadang, aku nak salahkan pengurusan, tengok dan berbalik pada siapa juga sebenarnya. ntahlah. aku rasa, aku da feed up dengan semua ni. benda yang sama berulang. dan tidak ada perubahan untuk part ini. kadang, aku hairan, kenapa tidak ada jalan penyelesaian untuk memudahkan pencapaian dan memudahkan kerja orang lain. feed up! tolonglah change it! aku akan bersara wajib bila umur aku genap 60 tahun. adakah aku akan mengadap masalah macam ni setiap tahun? merasa feedup just because orang lain punya kerja, dan efect pada aku dan yang lain-lain? arrrr tidak!




korang yang keja gomen tu, ada tak pernah rasa macam apa yang aku rasa???

salam. PG

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013Kenaikan Elaun Perumahan 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 / Kenaikan Elaun Perumahan 2013

February 20, 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 + Kenaikan Elaun Perumahan Naik 2013. 

wow ! itu sebenarnya yang di harapkan oleh kakitangan awam sebenarnya. bukan tidak bersyukur dengan apa yang telah di berikan sebelum ini  (kenaikan gaji 2012 + bonus hari raya + bonus krimas + Br1M). tidak. tapi ini sebenarnya adalah satu kemestian juga sebenarnya. sebab melihat kepada perbedaan besar gaji yang di perolehi oleh kakitangan 'fedral' dan kerajaan pusat macam PG ni, beda sangat. mungkin orang akan kata, oh gaji kerajaan mesti besar kan. ya, honestly memang besar sayang. tapi bila kita sudah beranak pinak, gaji yang besar macam tu pun, kadang tak mencukupi. dengan harga barangan sekarang naik. minyak. rumah sewa dan macam-macam lagi nak kena bayar. kadang gaji yang besar tu pun, tak juga mencukupi. ini baru gaji besar, apa pula cerita mereka yang bergaji kecik? hurm. agak payah nak kata bab ni. 

dan apa yang di harapkan. moga, kenaikan ini, sedikit sebanyak memberikan nafas lega untuk semua penjawat awam di Malaysia. kita nantikan bersama. Pengumuman PM tentang ini ;)



salam. PG

encek suami

Petua Menuju ke Rumah Tangga Yang Bahagia

February 19, 2013

sejak menjadi pasangan yang halal buat suami, PG kadang suka baca petua-petua macam ni. bukan gediks tau. tapi, ye la. kita ni sebagai seorang isteri, pasangan, kawan baik, kawan perempuan dan orang kedua rapat after our mak abah mertua, kitalah akan menjadi peneman suami sampai ke hujung nyawa nya. insyaAllah. oleh itu, benda-benda macam ni, i mean petua. kadang kita kena baca juga. untuk lebih  mengeratkan silaturahim hubungan suami isteri. ok, jom baca ! kang banyak cakap, ada yang kata PG gedikssss pula :D




Petua Rumah Tangga Bahagia
Oleh: Ustaz Asmungi Sidek
  1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
  2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
  5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  10. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
  11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  16. Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  19. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.
Dipetik dari intim blog

salam. PG

lirik lagu english

The Lonely Lyrics by Christina Perri

February 19, 2013

The Lonely song. hi fellas. PG nak sharing dengan korang, song yang PG tengah dengar layan sekarang ni. The Lonely song by christina perri. kalau korang tak tahu siapa christina perri,  let me know korang penyanyi ni adalah popular sama dengan lagu thousand years yang menjadi soundtrack movie twilight saga. siri pontianak-pontianak bagai tu la. so, sapa nak dengar one of her song, ar sila la dengan mp3 ni. donlod sendiri :D



2am; where do I begin,
Crying off my face again.
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed.

I'm a ghost of a girl that I want to be most.
I'm the shell of a girl that I used to know well.

Dancing slowly in an empty room,
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby.
Let you go and let the lonely in
To take my heart again.

Too afraid to go inside
For the pain of one more loveless night.
But the loneliness will stay with me
And hold me til I fall asleep.

I'm a ghost of a girl that I want to be most.
I'm the shell of a girl that I used to know well.

Dancing slowly in an empty room,
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby.
Let you go and let the lonely in
To take my heart again.

Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me and the lonely.

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again.

salam. PG

kerja oh kerja

berhenti melakukan sesuatu seketika kadang itu perlu

February 19, 2013

uwargh! rasa macam nak ketuk kepala dekat dinding. pasal mengantuk amat sangat. fail atas meja jangan cakaplah. hari-hari kena mengadap lebih dari 50 fail. nasiblah ada geng-geng bas sekolah yang sudi bantu :D bukan lagi sudi bantu. tapi memang harus dan wajib pun. syukurlah. orang cakap, kerja yang baik adalah melihat kepada kerja sesebuah pasukan. ye dak? hehe.

 
stop right know. thank you very much . lalalala..
sapa tau lagu tu spice girl tu? hehe. PG minat dengan dorang ni tau :D

so. hi petang semua. PG just nak say selamat petang dan saja nak tulis something sebab da mengantuk dan rasa simpan dulu kerja tu dan bawa ke esok hari pula. hari ni confirm tak siap. tau-tau lah kerja audit mengaudit ni tak boleh nak selesaikan dengan kadar segera. kang ada yang terlepas pandang, sapa susah? encek bos juga yang susah :D

and ya. insyaAllah, malam ni kalau internet tak tenat like semalam, PG akan bersiaran langsung la ya dekat blog-blog kengkawan. kalau tak, kita jumpa ecok pagi pula ;) 

salam. PG

home sweet home

suara rakyat #internet oh internet

February 18, 2013

internet terlampau lambat nak loading. make this entry kena ambik masa setengah jam nak nampak isi kandungnya ;( PG stop sini dulu. ecok pagi jumpa PG lagi ya ;) yang rajin masuk blog PG sekali lagi tu, rajin-rajin la ya bantu klik sekali tabung-tabung PG ;) terima kasih and good nite fellas ;)


salam. PG

nuffnang

HAPPY 6TH BIRTHDAY NUFFNANG ! :)

February 18, 2013

Nuffnang gonna be turning 6 year on this 2 March 2013 (saturday)!

taniah Nuffnang. sedar tak sedar, da 6 tahun Nuffnang berada di hati para bloggers, kan. sekaligus membantu para bloggers mengecapi sesuatu dari dunia blog. bukan sahaja melalui earning money from ads yang dorang iklankan. malah, Nuffnang rajin membuat event-event dan menjemput para bloggers. that was awesome beb ! PG tak pernah lagi sertai mana-mana event anjuran Nuffnang ni, mungkin sebab PG berada di luar dari kawasan Semenanjung Malaysia :D

dan berita baik untuk korang yang berada di Semenanjung Malaysia Tanah Air tu, Nuffnang akan menganjurkan Party for this ! woot! woot!! yang pastinya lots of fun games, lucky draws and ya performances will be at the birthday bash party ! mesti happening giler lah ;) lebih-lebih lagi boleh bertemu dengan ramai blogger. mungkin awak-awak berpeluang menemui blogger kegemaran korang kan? pasti lebih gempak ! ok-ok, jangan risau pada mereka yang muslim like PG, also like Nisa Kay, Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Fatin Liyana or maybe Alia jejaring runcing, or maybe Mak dara or RedMummy ( MAYBE, kalau dorang join too this party ) jangan risau, lot of makanan ( HALAL ) and drinks ada disediakan ;)





~ klik untuk tumbesaran melampau ya ~
 
menarik tak? ok, klik SINI to more info 
macam mana korang boleh sertai sama birthday bash party ini ! ;)

salam. PG

Hadiah Contest iPhone 5 Gadget Impian Selamat Diterima : Terima Kasih Tuan Denaihati Blog

February 18, 2013

hadiah da sampai. terima kasih Tuan Denaihati. terima kasih abang Anarm Khairul empunya blog anarm.net kerana telah menguruskan proses penghantaran hadiah dan hadiah telah pun selamat sampai ke tangan PG sat tadi. terima kasih ya :) wang tunai je lagi tak dapat :D dan terima kasih juga tak terhingga buat para penaja contest ini seperti eQurban.com, StudioAksara.com, AbangEnsem.com, AriffShah.com, Eizil.com, SweetKurma.com, ServerFreak.com, Neohas.com, Anarm.net dan Denai.my . insyaAllah, kita jumpa next contest lagi ya . hehe

ok. kengkawan bloggers, mari tengok hadiah apa yang PG dapat. ini baru sebahagian tau. ada 3 hadiah lagi tak sampai ke tangan PG.antaranya seperti di bawah ;)
yang ni pula da sampai dengan selamat ;)


 gambar itu wajib :D


erk. ada sang mata-mata kat situ :)
#tq wahai sahabat, sebab sudi jadi model tidak berbayar PG ! hehe
  • Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan

  • Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim


istimewa sangat !
  • Sehelai T-Shirt DENAIHATI.

istimewa punya pasal, pakai sat kat ofic, sebab nak tunjuk kat korang :D
aku punya dua pau yang cantik kat situ. tidak ! da gemuk ;(

  • Car Sticker DENAIHATI.
ar apa macam? korang berminat nak dapatkan hadiah like PG tak? ar, rajin-rajinlah masuk blog Tuan Denaihati k. Tuan DH ni rajin buat contest yang menawarkan hadiah yang super hebat ! pasti tak rugi ;) terima kasih sekali lagi DH !

salam. PG

#nora danish

Nora Danish di Cium Anuar Zain! (Gambar)

February 18, 2013

Nora Danish di cium anuar zain? oh my ! jelesnya. hehe. ok, jangan propa lebih la. setakat cium tangan je pun. tapi, cium tangan pun. ehem ehem. muhrim tu. oh romantiknya bang nuar sorang ni. harap-harap ada jodohlah dorang dua ni. manalah tau kan. dari mata, turun ke hati. kot-kot kerap bersama dekat dalam set pengambaraan video klip, boleh tumbuh something di hati? hehe. PG suker !


kredit sepenuh to : buahmulut.com

wa, awal pagi lagi tulis pasal artis :D
salam. PG

Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati

Aura Anuar Zain - 5000 Penonton Terhibur!!!

February 17, 2013

morning. assalamualaikum fellas ;)

kalau korang tanya aku minat tak dengan anuar zain, sure aku jawap. 'fanatik gilaaaaaa dekat dia!' :D jeles wei. sangat-sangat jeles dekat mereka yang duduk kuala lumpor. sebab, boleh je pegi konsert bagai. kalau dekat kota kinabalu sabah ni, jarang la ada konsert besar-besar macam ni. huhu ;(

apa pun. respect la dengan anuar zain. i love u ! :D















Anuar tampil gaya klasik ketika Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari 
di Stadium Malawati, semalam.

Shah Alam: Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Konsert berkenaan lebih bermakna kerana penyanyi itu baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kelmarin. 

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Dendang 20 lagu

Tampil dengan gaya klasik dengan beberapa persalinan, Anuar mendendangkan 20 lagu, termasuk yang memperkenalkannya di arena seni, Kain Pelikat selain lagu hits seperti Bila Resah, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.

Konsert yang dipimpin Mac Chew sebagai pengarah muzik turut menyaksikan tayangan perdana klip video lagu Sempurnakan Aku kesinambungan kepada lagu Ajari Aku.
Lebih manis, konsert itu turut menampilkan penyanyi bervokal emas, Adibah Noor dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar selain Elvina Arul serta Russel Curtis mengiringi persembahan lagu Cinta Harus Memiliki.

Penonton juga dipersembahkan dengan paparan visual dan grafik menarik ilham Amri Ginang selain penataan cahaya lampu rekaan Steve Ho Of SES.

Konsert berkenaan disokong akhbar, televisyen serta radio kumpulan Media Prima Berhad iaitu BH, Harian Metro, TV3, ntv7 dan Hot FM sebagai media rasmi selain blog Sensasi Selebriti (Budiey) serta majalah Media Hiburan. kredit to : beritaharian
salam. PG

segmen

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

February 16, 2013

wow ! wonderfull ever. hadiah pun best-best tau ;) korang yang nak join,
jom mari klik iNi. PG join sebab tengok hadiah yang best ever.
mieya atirah pun da join sama. PG join juga ya mia ;)


















#Tarikh tutup segmen 28 Februari 2013 / Jom join sama ;)

salam. PG 

home sweet home

suara rakyat #jaga kesihatan

February 16, 2013

aku pernah bagitau korang tak, selain blog abg nara yang menjadi fav aku, uncle HH blog dan abang ben ashaari blog yang kadang kejap aku panggil abang, kejap uncle juga menjadi fav blog aku. hehe. ni nak bagitau, uncle ben bagitau 'masa untuk jaga kesihatan' kat blog beliau sekarang ni. korang pegi baca sekarang :D

memandangkan musim sekarang pun musim demam, batuk, dan selsema. lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tak menentu kan. PG nak turut sama bagitau korang, supaya jaga kesihatan sama ;) sebab last week PG bercuti sama dek kerana kesihatan yang tak berapa tak elok. kenalah Mengadap tuan doktor gomen :D


 ambik number dulu then bayar then masuk bilik 6, number giliran PG '9' kat situ ;)
 

muka PG yang semalaman tak dapat tido sebab demam, batuk dan flu.
kulit muka yang pure sebab tak pakai apa langsung :D

so, korang. jaga kesihatan sama tau. suami selalu kata, 'jika anda rasa kesihatan itu mahal, cubalah sakit'
faham tak? hehe

salam. PG

home sweet home

Pembantu rumah ditahan kes lambung anak majikan

February 16, 2013

Ya Allah. kat mana letaknya minda dan akal fikiran pompuan ni?! what the fish betullah. harapnya dapat balasan setimpal !

Pembantu rumah ditahan kerana didakwa lambung anak majikan

 
KUANTAN: Polis menahan seorang pembantu rumah warga Indonesia didakwa melambung anak majikannya berusia empat bulan sehingga cedera di tangan dan kaki di Bukit Setongkol di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa kepada bayi lelaki itu pada jam 9.13 pagi tadi sebelum bertindak menahan suspek yang berusia 24 tahun.
Katanya, menurut peniaga terbabit, dalam kejadian jam 7.45 pagi tadi dia terkejut apabila melihat aksi pembantu rumahnya itu bertindak melambung bayinya di ruang tamu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di dalam komputer ribanya semasa minum pagi di sebuah restoran di sini.

"Bapa bayi malang itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan," katanya. kredit to : beritaharian

10 PEMENANG CONTEST IPHONE 5 GADGET IMPIAN YANG MENJADI KENYATAAN - TERIMA KASIH TUAN DENAIHATI BLOG

February 16, 2013

syukur alhamdulillah. syukur sangat-sangat. 

hi fellas. PG datang lagi. anyway, remember contest iPhone 5 Gadget Impian yang PG join sebelum ini? ya. PG tahu, ada bloggers yang ingat tentang contest ini. dan PG ada juga uar-uarkan dekat few blogger yang join segmen PG, yang mana untuk membantu PG dalam contest iPhone 5 tersebut, bahawanya (wa. macam nak baca ikrar pulakan) PG tidak memenangi hadiah utama iaitu 'iPhone 5' contest tersebut. hehe. tak pe. manatau next time, rezeki PG, bolehlah menang lagi kan :)

tapi. PG nak umumkan dekat korang, yang mana PG berjaya memenangi wang tunai dari contest tersebut. waaaaa!!! tak sangka. syukur sangat-sangat. ini adalah kali pertama PG join contest yang begini besar dan PG berjaya menang wang tunai dari contest ini. malah, PG banyak belajar something dari sini. terima kasih sangat-sangat blogger yang banyak membantu PG selama contest berjalan. dan insyaAllah, PG akan menjadi seorang blogger yang baik dan lebih baik selepas ini. insyaAllah ;)


Berikut adalah keputusan untuk setiap tugasan dan hadiah.

Ranking Tugasan 1 (G+1) : Pemenang Tugasan 1
  1. Akmaromar.com – RM500
  2. Puangojes.blogspot.com – RM300
  3. Cheezemaz.blogspot.com – RM100
Ranking Tugasan 2 (SEO) : Pemenang Tugasan 2
  1. Cikgunaman.com – RM500
  2. Akmaomar.com – RM300
  3. Eyriqazz.com – RM100
Ranking Tugasan 3 (Vote) : Pemenang Tugasan 3
  1. Education-vionet.blogspot.com – RM500
  2. Cheezemaz.blogspot.com – RM300
  3. Puangojes.blogspot.com – RM100
dan jumlah keseluruhan wang tunai yang di menangi oleh PG ialah sebanyak RM400.00. syukur alhamdulillah. dan gambaran di bawah adalah senarai top 10 blogger yang berjaya menang hadiah utama / pemenang setiap tugasan dan pemenang sagu hati dari Tuan Denaihati juga para penaja contest iPhone 5 Gadget Impian tersebut. syukur alhamdulillah. dan berterima kasih sangat-sangat dekat Tuan Denaihati. info sepenuhnya bolehlah klik di iNi


sumber : denaihati
 
blog PG berada di kedudukan ke 7. ;)
terima kasih pada semua blogger yang sudi membantu PG. 
terutama kak maz, kak akma, kak sha, miri, bang iwan, bang kamil dan 

SUDAH semestinya pada 84 segmenmate
yang join contest ini. 

terima kasih sekali lagi pada Tuan Denaihati, dengan tagline 'hidupkan untuk memberi',
kerana bermurah hati untuk memberikan sesuatu / berkongsi rezeki ini. 
terima kasih banyak-banyak ;) semoga Tuan Denaihati sentiasa di murahkan rezeki. 
insyaAllah. AMIN2 ;)

salam. Puan Gojes

segmen

Segmen : Pencarian Bloglist Feb-Jun Mieya Atiera

February 16, 2013

tak best pula kalau PG just tengok je. tapi tak support blogger sorang ni. memandangkan Mac 2013 belum melabuhkan tirai. so PG join segmen Bloglist yang di anjurkan oleh empunya segmen iaitu Mieya Atirah ;) harap mia terima ya ;)



header blog mia yang comel ;)

#blogger out there, bolehla join segmen mia ni sama ;), 
klik banner header tu ya. tarikh akhir 10 mac 2013. sempat lagi .

salam. PG

BR1M 2.0

Terima Kasih Perdana Menteri - BR1M 2.0

February 16, 2013

assalam and selamat tengahari pula fellas ;)

entry baru nak buat. tapi Br1M da habis ngap. hehe. syukur alhamdulillah. sebelum ni PG juga pernah dapat Br1M yang pertama. syukurlah kan. sapa nak bagi duet free macam ni. kali ni PG sharing dengan suami. cuma dia rm200, PG rm300. lebih sikit. sebab PG yang apply. ahaha. last year, PG sendiri-sendiri pakai :D 



keadaan masa nak ambik Br1M ni


PG sebenarnya tak faham, kenapa nak kena pakai manual style untuk ambik Br1M ni .
kan boleh pakai komputer atau pun laptop .
rasanya lebih mudah .


2 biji kueh paw kat pipi :D

syukur alhamdulillah. mama, abang yang tinggal bujang tu pun dapat. sapa nak bagi ;) tu pun payah-payah nak suruh dok isi. lenguh juga berkata-kata nak suruh isi borang tu. hehe. ar, lepas ni PG nak daftar untuk dapatkan rebet rm200 untuk telefon tu pula. ada yang da isi dan menggunakannya tak? sharing la ;)

salam. PG

segmen

Segmen: Paly nak bagi topup RM5

February 16, 2013

morning fellas. pagi hari ni main blogwalkingla jawapnya. macam biasa, masuk blog akak mialiana yang suker join segmen, membuatkan PG nak join sama segmen ni. kot-kot melekat topup tu untuk PG kan. rezeki tu ;)

 Segmen: Paly nak bagi topup RM5


ok / syarat yang sungguh mudah untuk di selesaikan .
  1. Follow Blog Paly, Like FBPage Blog Paly, Follow Twitter Blog Paly
  2. Bukak satu entri bertajuk "Segmen: Paly nak bagi topup RM5"
  3. Copy banner atas, backlink ke entri ni
  4. Publish, anta link kat komen dibawah, setel!
  5. Tunggu senarai para penjoin, boleh blogwalking dan suai kenal :)
# Tamat 16hb Februari 2013 @ 23:59 ( jom join ! )

salam. PG

masih aku cinta free download

Lagu Masih Aku Cinta BY Shila Amzah Untuk Sharnaaz

February 15, 2013

remember lagu popular Patah Seribu by Shila Amzah? dan kini, Lagu baru dari Shila Masih Aku Cinta, korang boleh tengok dekat youtube. yang di katakan lagu tersebut di berikan khas buat bekas cinta hatinya. huhu. berbakat sungguh shila ni kan. apa pun, mari kita doakan shila tabah dan tenang lalui semua dugaan ini ;)

kredit to : fyna blog ;)

salam. PG

kerja oh kerja

#another friday

February 15, 2013

morning fellas. hari ni mata tak berapa nak elok. kak neta kata kurang tido. huhu. but yup. lately memang kurang tido. lewat around 12.00 tengahmalam baru dapat lelapkan mata. risau juga kalau hari-hari lewat tido malam. sebab ecok pagi kena bangun pegi keja kan. sebagai seorang kakitangan kerajaan sepatutnya kena fresh awal pagi kalau boleh. tapi kalau begini keadaanya. huhu. tepuk dada tanya selera. sampai ke nak besara till 60 tahun tu? hehe.



pagi ni buka inbox facebook fan page PG. dapat mesej dari encik anarm khairul empunya blog anarm.net permohonan nak dapatkan detail PG untuk proses penghantaran hadiah kemenangan contesh iPhone 5 gadget impian yang di anjurkan oleh blog Denaihati.com hari tu. wa. tak sabar. hari yang di nantikan telah pun tiba. da selesai send detail. dan sekarang tinggal tunggu hadiah sampai je la. nanti PG sharing dengan korang k.

ok. PG stop kat sini dulu. banyak keja pula hari ni :D
salam. PG

gift from friend

terima kasih Mr. GA - Bunga Ros (Ferrero Rocher) selamat sampai

February 14, 2013

tensionnya hari ni. rasa macam tak nak mengadap sapa-sapa. hurm. nasiblah terima titipan dari Mr. Ga yang baik hati sebab sudi hantar bunga coklate :D siap bubuh nama PG lagi. hehe. terima kasih ya Mr. Ga ;) apasal tak hantar handphone ke public pon ke. hehe. ar. kengkawan. ni bukan hadiah sempena hari valentine sedunia je tau. tapi ni hadiah dari bos yang baik hati pasal tahu staff dia semua bebaik belaka. tetttt.. ahaha. to bos. even aku tak tahu siapa penghantar bunga coklate ini. tapi aku tahu juga, itu adalah engko e1-tribe ! :D thanks boss !




salam. PG

dato' siti nurhaliza slim

Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Sidang Media Minggu Setiausaha Yang Super Slim !

February 14, 2013

wow ! cantiknya dato' siti nurhaliza dengan bentuk badan yang makin langsing kan. di temui di sidang media Minggu Setiausaha pada 13 februari 2013. hurm. sure la jatuh cinta kali ke100 cik abang datuk k kan. apa pun. sebut pasal datuk siti, mari kita doakan dato k, suami kepada penyanyi kesayangan kita ni cepat sembuh ! ;)


cantik la wei ! ;)


perempuan cantik memang macam ni ke?
hurm. dada? tepuk dada, tanya selera la..
kredit to : di sini bermula ;)

salam. PG

bro jejai meninggal dunia

Jejai (blogger) meninggal dunia - alfatihah

February 12, 2013

Assalamualaikum fellas.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham jejai. Yang mana jejai juga adalah seorang blogger otai dalam dunia blog. PG tidak sempat untuk mengenali siapakah arwah jejai ini sepenuhnya. Cuma PG hanya mengetahui yang arwah jejai sakit. Dan kutipan derma untuk membantu meringankan beban kewangan bagi mengubati jejai semasa hayatnya amat luas di kalangan blogger. Apa pun, PG ucapkan takziah buat seluruh keluarga arwah. Alfatihah buat arwah jejai.

informasi di Twitter Kak Redmummy.

“@redmummydotcom: Jejai telah meninggalkan kita, pulang ke Rahmatullah jam 3pm tadi. Jenazah berada di rumah parents kak maz dan akan dikebumikan esok hari” : kredit to Denaihati.com

Salam. PG

home sweet home

another bebelan

February 12, 2013

morning and assamualaikum fellas.

hari ni lasti bercuti CNY. jangan perasan la nak cuti lebih-lebih kalau yang gomen tu. simpan sikit cuti korang tu sama. kang ecok hari ada emergency kes ke ape ke, boleh la ambik cuti masa tu. ;) ecok PG da start masuk keja semula. dua hari cuti minggu lepas, cuti yang tak di jangka. dek sebab PG demam masa tu. ambik mc on khamis dan jumaat pula kena cuti sendiri la jawapnya. sayang cuti masa tu. tapi kalau gigih juga pegi masuk keja masa tu, memang sepanjang hari akan tido dalam office gak. sebab kepala memang tak larat nak angkat da masa tu. subuh pun tak tido lena dek hidung kan tersumbat. pernafasan pun selesa. tido terganggu. balik-balik terbangun malam. huhu.

so. hari n PG dan beransur pulih. even masih ada batuk dan flu kat badan ni. tapi, insyaAllah. ecok da boleh masuk keja. sure keja hari tu masih tak terusik. memandangkan bos da naik meroyan pasal due keja da tamat. insyaAllah bos. keja tu pasti siap :D kalau tak bz layan facebook dan blog. hehe.

oh anyway. PG da mula bosan dengan template yang ada sekarang ni. rasanya da banyak kali kot PG mention nak tukar template ni semua, tapi masih belum di ke temu yang sesuai di hati. hehe. harap-harap dapat bertemu la nanti ;)

salam. PG

segmen

SEGMEN: "Saya Blogger Peramah!"

February 10, 2013

assalamualaikum fellas. ok. PG nak join segmen ni. 
senang dan mudah je syarat-syaratnya. 
dan PG done pun dengan syarat-syarat tu semua.


klik banner sekiranya nak join ya ;)

nak tag : Mieya Atiera

salam. PG ;)

shila amzah nyanyi lagu ombak rindu

(VIDEO) Shila Amzah Mohon Maaf dan Nyanyi Lagu Ombak Rindu

February 10, 2013

wehuu. PG da bagitau tadi kan. PG kalau bab-bab artis ni sometimes boleh tertinggal jauh 100 kilometer di belakang :D dan ni pun baru je sekodeng apa yang patut dalam blog abg nara aku tu. siapa? blog beautifulnara.com tu la. sapa lagi. hehe. ok. balik dengan tajuk. itu dia. shila amzah lagi. apasal aku update pasal shila amzah je ni erk? hehe. tak pe la. tak kisah dan tak da sapa larang pun kan ;)

video ombak rindu pula? adoi. aku tak reti la. kenapa mesti shila buat macam ni. tak kan rasa macam orang meroyan ke macam ni? adoi. as peminat. aku rasa, shila tak perlu la sangat buat bagai macam ni. better silent je benda ni kan. insyaAllah, ayah awak sure terima keadaan awak dan cinta hati awak tu. lagi pun, da meluas tahu hubungan korang. jika korang sabar dan terus sabar. i'm sure, pasti hubungan korang akan di terima dan akan di satukan. redha dan tenang dan banyakkan la berdoa. jika awak yakin hubungan yang awak telah jalinkan itu tidak salah dan awak yakin, besabar la. jangan menyesal kemudian hari, sudahlah. as peminat awak. banyakkan berdoa. as abg nara juga kata, banyakkan berdoa. pasti kebahagian akan menjadi milik awak.

salam. PG

Collagen Enrich Produk Kesihatan Keluaran Shila Amzah

Produk Kesihatan Keluaran Shila Amzah - Collagen Enrich

February 10, 2013

Collagen Enrich. honestly. PG baru mengetahui yang shila amzah bukan sahaja berbakat dari bidang nyanyian dan juga lakonan. malah lebih dari itu. rupanya shila mempunyai produk kesihatan keluarannya sendiri. Collagen Enrich. itu nama dia. ada sesiapa tahu tentang ini ke? ;) PG baru search dan dapat tahu sedikit info tentang ini dekat blog iNi. korang boleh la klik sini untuk baca lebih lanjut tentang produk ini. wa. lepas ni, sapa yang dok minat fanatik dekat shila amzah, boleh la mencuba produk kesihatan keluaran beliau ;)


full kredit to blog buzzera.net

salam. PG

Instagram

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images