sinopsis drama samarinda ruby lakonan siti saleh dan shaarnaz ahmad

siapa tengok drama ruby? yang ada Siti Saleha plus kekasih hati, cinta hati shila hamzah tu, Sharnaaz Ahmad. aku mula-mula tak tengok pun drama ni. rasa macam tak best je. hehe. lagi pula timing macam tak ngam nak tonton drama ni sampai jam 11.00 malam. lewat da tu. da la kena bangun awal ecok pagi. sekurang-kurang kena ambik masa 1 jam juga baru nak lelap kan mata dengan lena. hehe. 

tapi, kali ni nak bagitau korang. citer ni aku akan pastikan yang aku tak akan terlepas pandanglah. insyaAllah :D makin lama makin best citer ni. dengan si ben tu yang tak de harta dan duit da. dan nenek dia da kena strok. lepas ni nenek dia nak duduk mana ntah. drama melayu ni orang selalu kata, da boleh agak la apa yang akan jadi. orang jahat selalu akan di balas dengan kejahatan juga di hujung cerita. atau maybe insaf. jadi, aku nak tunggu till the end this drama. sebab nak tengok ben dapat balik tak harta dia semula. rumah, kereta. kereta? semalam ending, kereta ben di ketuk somebody. ntah-ntah orang-orang datin tu la suruh tarik keta dia. ar, lagi la kesian kan. mengeram betul la dengan datin tu. ishhhhh. memang dasar tak kenang budi betul :D so. korang. nantikan episod ni seterusnya tau. sinopsis ringkas boleh baca kat bawah :)

 


Sinopsis Ruby

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.


Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia? Nantikan drama bersiri Ruby di Slot Samarinda, TV3 bermula 2 Januari 2013! 
:) kredit to : metrowealthpictures

Comments

  1. he he he...selalunya tonton kat Tonton jer...sebab timing tu cam x kena jer... ^_^

    ReplyDelete
  2. tu la pasal farah. lewat sgt jam 10.00 tu kan. citer ni memang best. kalau di tayangkan jam 9.00 pun da kira okei aper. :D

    ReplyDelete
  3. wahhhh menariks tertarikssss... nak tgk lah nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mak :)
      mak tengok la sama. hehe.
      kat umah tak pasang astro, jadi apa yg ada tu la di tengok. best juga mak :)

      Delete
  4. kak bila nak topupkann sy -aida afni-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai syg :)
      insyaAllah petang ni ya syg.
      nanti akak inboxkan number topup. bolehkan? :)

      Delete

Post a Comment

Roda surih ganti dakwat,.
Terima kasih sudi melawat.

with <3 PuanGojes

Popular posts from this blog

Isu Cuti Menjaga Anak atau Suami Sakit bagi Si Penjawat Awam

Biodata Aishah ilias Pelakon Love You Mr. Arrogant

Waktu Operasi Urban Transformasi Centre (UTC) Kota Kinabalu dan Di Seluruh Negara